Wednesday, October 26, 2011

ILMU ALLAH...MERANGKUMI SEGALANYA...DAHALU@SUDAH...SEMASA@KINI...AKAN DATANG@ BELUM BERLAKU....ALLAH MAHA PENCIPTA....ANGKURLAH@TAATLAH...PERBUATAN SILAP BUKAN ADA PADA SIFAT ALLAH SWT...TERIMALAH POLIGAMI SEBAGAI SYARIAT...TABARUJ@BERSOLEK MEMANG DILARANG KECUALI DIHADAPAN SUAMI DAN MUHRAM

Mangsa asid tercicir pelajaran



SHAFIQ AIMAN (kiri) dan Shafiq Haikal masih dirawat di HKL selepas selamat menjalani pembedahan kelapan pada bahagian muka pada 20 Oktober lalu.



KUALA LUMPUR - Ibu kepada dua beradik yang menjadi mangsa simbahan asid dalam kejadian di Felda Ketumbar Jengka 9, Maran pada 19 Julai lalu melahirkan rasa sedih mengenangkan nasib kedua-dua anaknya yang tercicir dalam pelajaran kerana banyak masa terpaksa dihabiskan di hospital.
Ruhashimah Julaili Mansur, 33, berkata, dia bingung setiap kali mengenangkan nasib kedua-dua anaknya iaitu Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, dan Shafiq Aiman, 10, telah hampir tiga bulan tidak hadir ke sekolah kerana terpaksa berulang-alik dari Maran untuk menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurutnya, setelah dimasukkan ke HKL sejak 20 Julai lalu, kedua-dua anaknya tidak dapat menjalani sesi persekolahan seperti biasa.
"Pilu hati saya apabila mengenangkan nasib kedua-dua anak saya yang ingin kembali ke sekolah tetapi mereka lebih banyak terlantar di katil hospital," katanya ketika ditemui Kosmo! di HKL semalam.
Malah katanya, nasib dua beradik itu bertambah malang apabila mereka tidak dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak sebaya kerana mengalami kecacatan kekal seumur hidup setelah muka mereka melecur teruk akibat disimbah asid.
"Mereka berdua tidak dapat ke sekolah seperti biasa selama hampir tiga bulan kerana terpaksa menjalani pembedahan bagi merawat kerosakan kulit.
"Lebih sayu apabila mereka ada bertanya sama ada rakan-rakan di sekolah akan menerima mereka atau sebaliknya kerana muka mereka sudah tidak seperti dulu," katanya
Dalam kejadian pada 19 Julai lalu, dua beradik itu mengalami kecederaan parah apabila disimbah cuka getah oleh seorang pekerja ladang yang juga jiran mangsa ketika dalam perjalanan ke rumah kawan mereka di Felda Ketumbar Jengka 9, Maran, Pahang.
Mereka yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk muka, mata dan badan itu telah menjalani lapan kali pembedahan termasuk tampalan kulit baharu pada muka sejak dirawat di HKL pada Julai lalu.
Ruhashimah memberitahu, kedua-dua anaknya sempat ke sekolah selama tiga minggu selepas menyambut Aidilfitri lalu namun, terpaksa meninggalkan persekolahan buat sementara kerana menjalani pembedahan yang seterusnya.
"Ketika sempat ke sekolah itu, anak saya ada mengadu yang mereka tidak dapat menjawab soalan peperiksaan kerana sudah lama tidak ke sekolah dan kurang faham dengan apa yang diajar oleh guru mereka." ujarnya.
Katanya, walaupun kedua-dua orang anaknya itu ada mengikuti program Sekolah Dalam Hospital (SDH) ketika dirawat di Wad Pediatrik HKL pada bulan Ogos lalu namun ia tidak banyak membantu.
"Mereka hanya sempat mengikuti program tersebut selama dua minggu sebelum dipindahkan dari Wad Pediatrik ke Wad Plastik di Institut Kaji Saraf HKL kerana keadaan mereka alah kepada cuaca panas," katanya.
Sementara itu, Ruhashimah turut merayu bantuan kewangan daripada pihak-pihak tertentu bagi menampung perbelanjaan perubatan kedua-dua anaknya itu.
Menurutnya yang merupakan seorang suri rumah, dia terpaksa menampung kos perjalanan pergi balik, kos pembiayaan perubatan dan kos pembedahan plastik yang menelan belanja yang banyak.
"Saya terpaksa membeli topeng dan sarung badan khas daripada klinik swasta untuk mereka berdua bagi melindungi kulit mereka yang melecur daripada matahari dan jangkitan bakteria.
"Topeng getah yang disediakan pihak HKL tidak cukup selesa dan kulit mereka akan berasa gatal-gatal jika terdedah kepada cuaca panas," katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Ruhashimah di talian 013-9590706.


Janda Perlis fobia bersolek

KANGAR – Sebahagian besar golongan janda di negeri ini yang berjumlah 5,400 orang menghadapi sindrom kemurungan selepas berlaku perceraian sekali gus mengakibatkan mereka langsung tidak berminat untuk bersolek selepas perceraian.
Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, golongan tersebut sama ada dicerai atau ditinggalkan suami mempunyai persepsi negatif bahawa mereka sudah tidak laku lagi untuk dipinang oleh mana-mana lelaki selepas menjadi janda.
Beliau berkata, paling memberi tamparan yang hebat kepada golongan tersebut ialah apabila mendapati suami meninggalkan mereka gara-gara berkahwin dengan wanita dari negara jiran yang dikatakan lebih cantik.
“Justeru tidak hairan tabiat golongan itu yang sebelum ini suka bersolek tiba-tiba berubah sehingga mereka trauma untuk bergincu atau berbedak kerana menganggap diri mereka tidak laku lagi.
“Situasi ini menyebabkan wanita tersebut akan menghadapi masalah kemurungan ekoran malu dan perasaan rendah diri untuk berhadapan dengan masyarakat,” katanya selepas dialog Memperkasakan Wanita dan Ibu Tunggal 2011 di sini semalam.
Majlis tersebut yang disertai lebih 100 ibu tunggal itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keluarga dan Masyarakat negeri, Mansor Jusoh.
Muhamad Hazimin berkata, berikutan itu, golongan tersebut lebih suka mengurung diri dalam rumah kerana bimbang pandangan serong masyarakat kononnya mereka sudah tidak cantik lagi.
Katanya, berdasarkan statistik sehingga September lalu, seramai 5,400 ibu tunggal di Perlis berdaftar dengan JPWN.
Ibu tunggal yang paling muda dikesan baru berusia 24 tahun dan menyara seorang anak.

POLIGAMI DALAM ISLAM DAN DIMANA KITA


Perkara ini memang sensitif untuk diperkatakan atau dibincangkan...lebih2 lagi dikalangan kaum wanita dan ibubapa yang ada anak perempuan belum kahwin...sedangkan anaknya pula bercadang atau sanggup bermadu,juga isteri yang sedang dimadukan atau akan bermadu....Bab ini memang telah banyak kali diperbincangkan dan hebohkan... juga telah lama diajukan oleh kawan lelaki2 penulis,agar penulis tulis didalam blog ini(mungkin mereka bercadang hendak pasang lebih kod)

...ini kesempatan ada....dan penulis cuba kupas mengikut ilmu yang sedikit yang ada pada penulis yang dikurniakan oleh Allah swt...memang penulis ada mengajar bab munakahat termasuklah bab poligami ini.....ayat Quran yang menyatakan keharusan@boleh berpoligami ialah pada surah an nissa ayat 3....'maka berkahwinlah kamu dengan perempuan yang baik untuk kamu dua atau tiga atau empat.......'maksud alQuran... manakala hadis saw...'pegang empat sahaja lepas yang baki'...maksud alHadis....

Jika diselidik dengan mendalam nescaya kita dapati syariat nabi Muhammad saw sesuai dengan kejadian manusia....dalam syariat nabi Musa as...seorang lelaki boleh menghimpun berapa banyak isteri tanpa had(memandang muslihat lelaki sahaja).....syariat nabi Isa as pula seorang lelaki tiada harus berkahwin melainkan seorang perempuan sahaja (memandang muslihat perempuan sahaja).Manakala syariat nabi kita dalam keadaan pertengahan antara dua syariat yang terdahulu itu....dalam hadis nabi saw telah bersabda...'sebaik2 pekerjaan itu ialah yang pertengahan'...maksud alhadis...

Maka syariat nabi Muhammad saw sesuai dengan kejadian manusia,lebih2 lagi buat masa ini dan nabi yang terakhir...kerana:
1.Boleh dikatakan tiap2 negeri didalam dunia bilangan perempuan ramai dari lelaki.
2.Bilangan lelaki kurang ramai,namun demikian setengah2 mereka banyak pula yang gugur dalam menentang musuh negara atau terkorban di medan peperangan kerana mempertahankan tanahair.dengan demikian jumlah bilangan semakin kurang....itu kita tolak yang dipenjara,di pusat2 pemulihan dadah...tiada pekerjaan dsbnya....ini menyebabkan ia bertambah kurang jumlahnya....

Ini jelas nampak daripada rashia yang tersembunyi dicelah firman Allah swt dalam surah an nissa ayat 1....iaitu 'wa nissa@wa nissa ah' yang jatuh kemudian daripada perkataan 'kathira@kasiro dalam ayat 1 surah an nissa..(sila rujuk quran untuk mendapat sebutan bunyi yang betul-juga sebagai pengesahan)...maksudnya...'wahai manusia hendaklah kamu takutkan Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu daripada yang satu(Adam)dan ia telah menjadikan daripada diri yang satu iaitu isterinya(Hawa) dan Ia(Allah) membiakan daripada keduanya lelaki yang banyak(ramai) dan perempuan2.'

Disitu Allah menyebut perempuan2 sahaja tidak disebut 'banyak@ramai',dipandang dari segi kenyataan kita dapati ramai daripada kelamin2 mempunyai anak lebih bilangan anak perempuan daripada anak lelaki..daripada nyatalah seolah2 perkataan 'nissa@nissa ah' itu bersifat dengan 'aqsar'(lebih banyak)......
3.Jika padukan satu sama satu sahaja jadilah yang lebih itu tidak ada tempat untuk hidup yang boleh mendapat nikmat bersama..
4.Biasalah tabi'e orang lelaki sahywatnya lebih dan sentiasa berkehendak kepada kepuasan nafsunya sepanjang masa.,manakala perempuan banyak rintangannya seperti,berhaid,mengandung,beranak dan nifas.Jika bilangan isteri itu lebih nescaya apa yang kurang daripada satu dapat disempurnakan dengan yang lain.
5.Terkadang setengah perempuan itu berkehendak kepada perlindungan untuk keselamatan atau untuk sara hidup,jika tidak ada poligami nercaya putus harapan perempuan2 yang bujang itu mendapat pembelaan.
6.Tidak sukakan poligami itu ialah kerana cemburu dan irihati tidak mahu suami bersuka2 dengan perempuan lain.Itu memang tabi'e semula jadi tidak dinafikan,tetapi perasaan itu boleh diketepikan atau dikurangkan,kerana jika dikutkan sangat membawa kepada akibat yang buruk kepada kedua2 pihak lelaki dan perempuan bujang yang lain,kerana mungkin kedua2 secara bersembunyi2 melakukan perkara yang tiada diredai Allah swt dan manusia.Sekiranya pihak isteri sanggup berkorban sedikit tentu saudara sejenis dengannya sama2 mendapat pembelaan.Jadi terjerumusnya saudata perempuan yang sejenis dengannya itu kedalam lembah kehinaan berpunca dari mereka yang sejenis dengannya juga kerana tidak hendak bertolak ansur barang sedikit pun..

7.Poligami itu diharuskan kerana dharurat untuk mengelakkan daripada kejahatan dan menarik kebaikan,itu pun disyaratkan mahu berlaku adil.Jika sekiranya tiada sanggup melakukan adil kekalkan dengan satu sahaja...Firman Allah swt...bermaksud..
'maka jika kamu takut tidak melakukan keadilan(terhadap isteri kamu)berkahwinlah satu sahaja atau cukuplah dengan hamba sahaya kamu sahaja'....surah an nissa ayat 3...
8.Dapat mengurangkan zuriat luar nikah dan berpeluang mendapat anak jika isteri tua mandul.....
jika dilihat sebab yang beri diatas ia begitu rasional@aidil dan lojik....bukan sifat Allah swt yang mempunyai seberang kelemahan sedangkan IA bersifat kesempurnaan...Mustahil Allah swt membuat sebarang kesilapan memberi atau menetapkan hukum...dan hukumNya sesuai memang dalam pelbagai zaman serta suasana serta adat resam.kerana IA lah yang mencipta manusia dan segalanya.Mustahil Allah swt ada sifat terlepas pandang.Sepandai2 kita tidak tahu bila kita akan mati atau masuk syurga atau neraka...oleh itu jangan berlagak dan takabur...orang berlagak dan takabur ini...tempatnya adalah neraka Jahanam.....Oleh itu jangan cuba2 mencabar Allah swt...(Takabur ini selendang@pakaian Allah...maksud alhadis)
Kita kena sedar bahawa kemampuan ilmu dan daya pemikiran kita terbatas...kita hanya mampu sekadar apa yang telah dikurniankan Allah swt sahaja.Lebih2 lagi kalau kita bercakap atau berfikir, sedangkan ilmu yang cakap@fikir itu, kita tidak arif@mahir...ditambah tidak menuntut ilmu agama,ditambah kita pula bergelumang dengan dosa,dengan kata lain ,kita sendiri banyak meninggalkan suruhan wajib malahan banyak membuat perkara apa yang dilarang Allah swt.

Takut kita jadi bahan@alat tunggangan syaitan...kita sesat dan menyesatkan orang lain...Menolak hukum2 dari quran,menolak walaupun satu huruf dari quran pun atau mempertikaikan hukum Allah cukup untuk kita keluar dari Islam@batal Islam kita...cakap kasar@kesatnya jadi kafir@murtad....kenapa kita sibuk hendak tahu perkara membatal puasa atau solat...kenapa kita mahu tahu,batalnya Islam...ambil diploma,ijazah pertama,kedua dan Phd ada masa menuntut ilmu fardu ain tidak masa...besok engkau orang jawablah dihadapan Allah swt.....


PASAL POLIGAMI LAGI


Lega penulis setelah menunaikan janji dari sahabat2@kawan2 penulis,mungkin mereka berharap agar masyarakat umum tahu apa dia poligami dalam Islam itu sendiri. Sekurang2nya pembaca dapat memahami sedikit sebanyak tentang poligami yang diharuskan oleh Allah swt itu..Terpulanglah anda disebelah mana dalam hal poligami ini....Bagi penulis wajib kita patuh dengan perintah Allah swt...jadikanlah kita muslim yang bersifat...'dengar dan mematuhinya'...menentang,ragu2,sangka buruk pada Allah swt memang dilarang.Perkara memang berkait rapat dengan qada dan qadar@takdir...Bila sudah sudah jadi takdir maka wajib kita reda....tidak reda bermakna mempertingkaikan takdir Allah swt yang telah ditentukanNya.Ada peristiwa melucukan penulis semasa menjadi kaunselor sukarela di JAIS....daerah S.Alam yang berpejabat di Subang Jaya...

Seorang isteri mengadu ia telah dimadukan.Ia reda (bagus wanita ini)...cuma musykil suami dahulu bagi rm700 tetapi setelah berkahwin lagi....ia hanya bagi rm500...penulis senyum didalam hati...nak tergelak pun ada...tapi penulis tahan....dan mendengar dengan penuh khusyuk...jadi pendengar yang baik....setelah habis baru penulis jawab dan terangkan....'sebenarnya puan, apa suami puan buat tu betul....ingat, puan sudah berkongsi....bermakna semua berkongsi dengan madu...kasih sayang berkongsi,malam@giliran berkongsi....sudah tidak sepenuhnya macam dulu...rm500 untuk puan sebab puan ada anak....madu puan rm200 tidak ada anak....sedangkan suami tidak bertambah...mana mungkin ia boleh bagi rm700 seperti dulu....dan sambung terus adab2 poligami...ia puas ...dan beredar...komen penulis ia wanita soleha@baik...bagi pengetahuan pembaca ia memakai purdah....ada satu peristiwa lucu juga masa penulis me...ngajar disuatu tempat....muslihat bertanya tentang poligami tapi jawapan saya jawab mereka tidak setuju,cuma kata mereka...suami@lelaki ni gatal,tidak adil,yang ada@isterilah...pun tidak diberi layanan cukup dan pelbagai2lah...Penulis jawab...kalau tidak adil ia yang berdosa...apa sahaja ia buat salah tetap berdosa...adil suami terletak pada isteri reda isteri2 maka adillah suami

...akhirnya penulis cakap begini.....'puan2...ini contoh...kalaulah(tapi memang tidaklah)....ayat perintah harus pada perempuan bukan lelaki....maknanya perempuan pula boleh kahwin lebih....mungkin perempuan hendak kahwin lebih dailognya begini...'saya memang sayang abang,abang baik dan segala baik tidak ada cacat cela.....tapi saya hendak kahwin lagi juga bang....sebab Allah swt sebut dalam Quran diharuskan.....'apa kesannya mereka terdiam...selain hukum harus....ia juga boleh membela nasib wanita,mengelak anak luar nikah,pelacuran,sumbang muhram,rogol dan segala perkara yang berhubung dengan zina.....lebih2 lagi hukum Quran tidak dilaksanakan...menjadikan wanita dan lelaki tidak takut melakukan zina.

...bagaimana kalau orang kaya bayar dulu dengan zina....katakan denda zina maksimum rm5000....maka ia bayar rm50000.....dengan resit pembayaran itu ia boleh berzina 10 kali......cuba pembaca fikir....dan lagi mustahil Allah swt bersifat bodoh tidak tahu membuat undang2....sedangkan IA mencipta kita dan dunia dari tiada kepada ada.....janganlah berfikir macam syaitan atau jadi barua pada syaitan....siapa makan cili ia akan terasa pedas......maaf banyak2 dari penulis....kata yang haq walaupun pahit atau kena dekat batang hidung sendiri.....


Poligami

Poligami ikut syarak, adil jamin bahagia
Oleh Asyraf Ismail

2010/05/25

Tidak patuhi syarat ditetapkan Islam punca pandangan negatif masyarakat

POLIGAMI, adalah satu perkataan yang bila disebut akan membuatkan sesetengah manusia tersenyum manakala sesetengah yang lain berkerut dahi. Poligami adalah antara perkara yang disyariatkan harus dalam Islam. Poligami juga adalah larangan keras dalam ajaran agama lain. Poligami sudah menjadi amalan umat manusia sebelum kedatangan Islam lagi.

Allah SWT berfirman: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang saja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman”. (Surah An-Nisa’, ayat 2)
Penulis tidak ingin membincangkan lebih lanjut syarat itu secara khusus, namun ingin membawa pembaca melihat kepada realiti semasa atau permasalahan semasa berkaitan poligami.

Poligami sering dilihat jijik, dipersalahkan dan dihina berdasarkan keadaan sekeliling yang memaksa masyarakat memandangnya begitu. Masyarakat sering dihidangkan dengan pelbagai adegan dan pemasalahan konflik poligami sama ada secara realiti atau lakonan di kaca televisyen.

Realitinya, masyarakat sering dihidangkan dengan keluarga poligami yang berpecah belah, tidak adil, isteri ditinggalkan, anak-anak terbiar dan sebagainya. Lakonan filem dan drama tidak kurang membuat paparan serupa malah lebih hina lagi apabila ia dijadikan bahan jenaka. Salahkah masyarakat berfikiran begitu? Mungkinkah jika mereka diberi hidangan yang lain mengenai poligami, maka mereka akan berubah fikiran?.

Pengamal poligami kebanyakannya bukanlah mereka yang layak seperti disyaratkan oleh Allah SWT di dalam Surah An-Nisa’ ayat 3 itu. Mereka mungkin bersedia dari sudut fizikal tetapi bagaimana pula dengan mentalnya (rohani)? Bersediakah mereka dengan ilmu? Bersediakah mereka dengan kesedaran bahawa Allah akan menyoal setiap amanah yang mereka pikul?

Sunnah Nabi SAW sering dijadikan alasan dan sandaran rapuh bagi golongan ini yang kononnya ingin mengamalkan sunnahnya. Kebanyakan mereka tidak menyedari sunnah ini disandarkan kepada hukum keharusan bersyarat yang Allah SWT nyatakan. Syarat-syarat ini sering dikesampingkan demi mencapai cita-cita berpoligami yang menjadi idaman sejak sekian lama.
Nafsu dan syahwat berlegar menguasai hati dan minda supaya terus menempuhnya tanpa perlu direnung lagi. Akibatnya, terjadilah poligami yang hina dan dihina. Wanita yang mengharapkan poligami dapat menyelamatkan mereka, terus hampa.

Namun, di sana ada begitu ramai kalangan wanita yang perlukan kasih sayang, perlukan suami, perlukan perlindungan daripada seorang lelaki. Bilangan wanita yang terus melebihi lelaki semakin bertambah saban tahun. Nisbah ini semakin ketara apabila dilihat secara lebih dekat di menara gading atau pusat pengajian lain.

Kebanyakan wanita yang berjaya sukar mendapatkan pasangan sesuai bagi mendirikan rumah tangga apatah lagi menginginkan pasangan yang baik. Lebih ketara lagi kepada janda (ibu tunggal) yang bercerai sama ada cerai hidup atau mati. Ramai di kalangan mereka muda serta masih mengimpikan sebuah keluarga.

Namun hakikatnya, mendapat pasangan yang masih bujang ketika mereka sudah bergelar janda dengan sejumlah anak, impian ini semakin sukar. Apakah jawapannya? Tentulah poligami. Dilema ini semakin menjadi rumit apabila memikirkan hakikat poligami semasa serta pandangan serong masyarakat terutama kalangan wanita sendiri terhadap amalan ini.

Kemungkinan besar, derita ibu tunggal ini akan berterusan terpaksa dipendam tanpa sempat menikmati hidup berkeluarga atas halangan terbabit. Wanita ini terus hampa. Ke mana perginya lelaki yang baik? Ke mana perginya ustaz yang begitu lantang menyampaikan dakwah? Mengapa mereka tidak tampil dan mengamalkan poligami sebenar sebagai contoh seumpama sunnah Nabi SAW?

Persoalan ini kerap timbul dan dibahaskan, ditambah ingatan bahawa sesungguhnya dakwah Nabi SAW berjalan serentak antara bil hal dan bil lisan (dengan perbuatan dan dengan perkataan). Nabi SAW tidak hanya mengajak umatnya ke masjid berjemaah tanpa Baginda terlebih dulu menunjukkan contoh. Begitulah dalam hal poligami yang diharuskan Allah SWT, Rasulullah adalah contoh teladan yang patut diikuti sepanjang zaman.

Mungkin kebanyakan lelaki baik ini mempunyai seribu satu alasan yang munasabah mahupun yang direka-reka. Antara alasan munasabah yang paling kerap diutarakan ialah berkaitan dengan undang-undang mengenai poligami. Undang-undang dilihat terlalu sulit lagi menyulitkan bagi mereka yang ingin berpoligami.

Pemohon perlu membuat permohonan melalui Mahkamah Tinggi Syariah yang namanya sudah menimbulkan gerun. Mahkamah Tinggi Syariah di Malaysia pula mempunyai bilangan hakim yang terhad sehinggakan kadangkala menunggu giliran perbicaraan, rumah tangga yang dibina sedia kala menjadi retak menunggu belah mahupun terus berderai.

Mahkamah pula akan memanggil isteri pemohon, di samping bakal isteri serta walinya. Perbicaraan biasanya dibuat dalam mahkamah terbuka yang sedikit sebanyak menyebabkan ramai yang terbantut memikirkan kemungkinan aib yang bakal didengari orang lain. Perbicaraan biasanya akan membabitkan keterangan isteri yang peratus menolaknya sangat tinggi.

Maka keterangan ini kebiasaannya akan membabitkan kelemahan atau kekurangan suami sebagai menguatkan hujah menolak permohonan itu, sama ada ia benar atau mungkin ditambah-tambah. Mana mungkin orang baik lagi terhormat sanggup menghadapi keadaan ini sedangkan mereka dihormati dan disanjung masyarakat.

Akhirnya, mereka hanya memendamkan hasrat poligami demi kerana baiknya mereka dan tidak sanggup menanggung malu. Wanita yang memerlukan pembelaan atau perlindungan lelaki yang layak dan baik, sekali lagi hampa.

Kesimpulannya, poligami adalah jalan penyelesaian yang disediakan Allah untuk hamba-Nya. Hamba-Nya sebagai khalifah, haruslah mengatur jalan ini supaya cantik dan sesuai. Semua syaratnya harus dipenuhi dan dipelihara tanpa dihujani tambahan perkara yang menyulitkan. Kekeluargaan adalah permulaan sebuah ketamadunan. Sistem Islam adalah penyelamat.

Tragedi Deepavali empat beranak



ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat salah seorang mangsa yang rentung dalam kemalangan di Rembau, Negeri Sembilan semalam.



REMBAU – Sebuah keluarga yang sedang berkabung atas kematian dua ahlinya tidak menyangka akan kehilangan dua lagi ahli keluarga mereka secara serentak selepas terlibat dalam kemalangan ngeri semalam.
Kejadian pukul 8.50 pagi di Kilometer 16, Jalan Seremban-Tampin di sini itu mengakibatkan P. Mugunthan, 42, dan isterinya, K. Jothi, 36, rentung manakala dua anak lelaki mereka, M. Visagaran, 14, dan M. Sreekhantuun, 10, cedera parah.
Difahamkan, keluarga Jothi tidak membuat sebarang persiapan menyambut Deepavali kerana masih berkabung atas kematian bapa saudara dan sepupu mereka akibat sakit beberapa bulan lalu.
Sebelum kejadian, empat beranak itu dalam perjalanan ke Palong, Jempol dari Taman Seremban Jaya, Seremban bagi melawat saudara-mara Mugunthan.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Honda City yang dinaiki empat beranak itu bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Iswara dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan sebelum kereta mangsa terbakar.
Katanya, sebuah kereta jenis Toyota Camry yang berada di belakang kereta mangsa turut melanggar kenderaan empat beranak tersebut selepas gagal menekan brek. Pemandu kereta itu tidak cedera manakala pemandu Proton dikejarkan ke hospital.
“Polis masih menyiasat bagaimana kereta tersebut boleh bertembung hingga mengakibatkan kemalangan ngeri,” kata jurucakap itu lagi.
Tambahnya, dua anak mangsa sempat dibawa keluar oleh orang ramai yang melalui jalan tersebut tetapi pasangan suami isteri itu tersepit dan gagal ditarik.
Menurut jurucakap itu, dua beranak yang diselamatkan sempat melihat ibu bapa mereka terbakar sebelum kedua-duanya pengsan lalu dibawa ke hospital.
Seramai 14 anggota dan tiga buah jentera bomba dari Senawang, Seremban 2 dan Rembau dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran serta mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah memberitahu pihaknya masih menyiasat punca sebenar kemalangan itu.
Dalam pada itu, adik Jothi, K. Vishnu, 28, memberitahu, keluarga kakaknya tiba di rumah ibunya di Seremban dari Skudai, Johor sejak Sabtu lalu sempena cuti Deepavali.
Katanya, sepanjang berada di Seremban, empat beranak itu tidak menunjukkan perangai pelik tetapi gembira kerana dapat berjumpa dengan adik-beradik yang lain walaupun masih berkabung.
“Kami jarang berjumpa kerana kakak menetap bersama suaminya di Skudai dan hanya pulang ke Seremban apabila cuti.
“Mereka sekeluarga sebenarnya mahu melawat abang Mugunthan yang tinggal di Palong tetapi hajat mereka tidak kesampaian,” ceritanya sedih.


Gadis hilang mati dibunuh



ANGGOTA polis mengangkat mayat Nurul Atikah yang ditemui mati dibunuh di kuarters Ladang Kambau, Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor semalam.



KOTA TINGGI – Misteri kehilangan seorang gadis sejak petang kelmarin terjawab apabila dia ditemui mati akibat dibunuh di ruang dapur sebuah rumah jirannya di kuarters Ladang Kambau, Tanjung Sedeli kira-kira 40 kilometer dari sini semalam.
Mayat Nurul Atikah Samsiah, 15, yang lengkap berbaju T dan berseluar sukan ditemui dengan kesan lebam di seluruh muka dan anggota badan.
Difahamkan, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibawa ke situ berdasarkan terdapat kesan seretan di lantai dapur dan di kawasan sekitar. Rumah itu hanya terletak selang tiga pintu dari kediaman gadis malang tersebut.
Rumah itu sering kosong dan hanya didiami oleh seorang pekerja bujang yang hanya datang untuk memasak.
Datuk mangsa, Muhammad Kasim, 62, berkata, mangsa yang menetap di situ bersama ibu bapanya dikatakan hilang sejak pukul 2 petang kelmarin.
Katanya, mayat mangsa ditemui pukul 6.30 pagi semalam oleh penduduk yang melancarkan operasi mencari sejak kehilangannya dihebahkan.
“Saya terus membuat laporan di Balai Polis Tanjung Sedeli sebaik dimaklumkan mengenai penemuan mayat cucu saya oleh ibunya, Rahimah. Ketika itu saya berada di Kampung Sungai Perepat kira-kira 10 kilometer dari Ladang Kambau,” ceritanya yang enggan mengulas lanjut.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Abdul Samad Salleh memberitahu, pihaknya telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, pihaknya menganggap kes itu selesai dengan penahanan pekerja ladang berusia 41 tahun tersebut.

Sorok bayi dalam plastik

KUALA LUMPUR – Kemusykilan seorang bapa terhadap anak gadisnya yang didapati berlumuran darah terjawab apabila remaja berkenaan rupa-rupanya telah melahirkan anak sebelum membungkus mayat bayinya itu di dalam plastik di Kampung Sungai Rasau, Sepang kelmarin.
Perkara itu terbongkar selepas bapa gadis berusia 14 tahun tersebut membawa remaja itu ke Hospital Putrajaya untuk dirawat sehari sebelum penemuan tersebut.
Difahamkan, gadis tersebut telah empat kali mengalami keguguran sebelum ini.
Sumber memberitahu, sebaik dirawat, doktor mengesahkan yang suspek telah melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan masih terdapat uri di dalam rahimnya.
Katanya, salah seorang ahli keluarga suspek kemudian terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.
“Polis yang pergi ke rumah gadis tersebut pada pukul 6 petang semalam (kelmarin) telah menemui mayat bayi lelaki yang disorok di dalam salah sebuah bilik di rumah tersebut.
“Mayat bayi itu dibungkus dalam beg plastik kuning. Siasatan awal mendapati bayi itu telah mati sebaik dilahirkan,” katanya kepada Kosmo!.
Tambahnya, remaja tersebut tinggal di rumah itu bersama ibu bapanya yang merupakan peniaga kedai runcit.
Menurut sumber itu lagi, pihaknya percaya suspek melahirkan bayi itu kurang 24 jam sebelum mayat bayi malang itu ditemui. Keadaan suspek dilaporkan stabil di hospital tersebut.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah mengesahkan kes tersebut.

Pegawai palsu PUNB lesapkan duit peniaga



PASAR Siti Khadijah yang menjadi tumpuan lelaki yang menyamar sebagai pegawai PUNB di Kota Bharu baru-baru ini.



KOTA BHARU – Seramai 25 peniaga Pasar Siti Khadijah di sini mendakwa ditipu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dengan menawarkan pembiayaan pinjaman perniagaan baru-baru ini.
Pengerusi Koperasi Pasar Siti Khadijah, Mohamad Ibrahim (gambar) berkata, dua bulan lalu, seorang lelaki datang ke pasar berkenaan dalam keadaan tergesa-gesa dan menawarkan pinjaman pembiayaan kepada peniaga pasar.
“Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu menunjukkan borang pembiayaan dan memberitahu peniaga pasar yang berminat membuat pinjaman sehingga RM500,000 boleh membuat permohonan melaluinya.
“Dia turut menyatakan masa untuk membuat permohonan sangat terhad dan meminta peniaga segera membayar RM50 sebagai bayaran ahli,” dakwanya di sini semalam.
Tambahnya, lelaki tersebut turut berjanji sekiranya peniaga sudah menjadi ahli dan memberi nombor akaun bank serta membayar RM50, PUNB akan memasukkan wang RM500 sebagai hadiah pendaftaran.
Tertarik dengan tawaran dan janji manis lelaki terbabit, 25 peniaga yang berhasrat mengembangkan perniagaan terus memberi RM50 setiap orang dan segera membuat salinan kad pengenalan untuk mendaftar.
“Selepas dua minggu tiada berita daripada PUNB, ahli jawatankuasa koperasi membuat laporan kepada PUNB dan pihak perbadanan yang datang ke Kelantan menyiasat dan kemudian mengesahkan kami ditipu.
“Kami harap, peniaga di tempat lain berhati-hati jika lelaki ini datang membuat tawaran serupa,” katanya.

Ibu bapa persoal bayaran RM10



SEORANG penduduk menunjukkan bukti yuran yang dikenakan ke atas murid-murid sekolah agama Taman Kota Masai sebanyak RM10 sebulan di Pasir Gudang semalam.



JOHOR BAHRU - Sekumpulan ibu bapa di Kota Masai, Pasir Gudang di sini menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan sebuah sekolah agama di kawasan terbabit yang didakwa mengenakan bayaran tambahan tidak munasabah untuk setiap pelajar.
Menurut mereka, sekolah terbabit mengenakan bayaran RM10 setiap bulan untuk setiap pelajar sejak sepuluh tahun lalu.
Seorang bapa, Zainorin Sajat, 39, berkata, mereka inginkan penjelasan terperinci ke mana wang tersebut disalurkan memandangkan bayaran tersebut agak membebankan kerana perlu dibayar setiap bulan.
Katanya, setiap kali mengajukan soalan kepada pihak pengurusan sekolah, mereka diberi alasan yang tidak jelas dan jika ada ibu bapa yang tidak menjelaskan bayaran terbabit, kad laporan prestasi anak-anak mereka akan disekat oleh pihak sekolah.
"Pada mulanya, mereka kata wang tersebut digunakan untuk membayar sewa rumah kedai yang dijadikan kelas serta pelbagai kos lain tetapi selepas bangunan sekolah siap awal tahun ini, kami masih dikenakan bayaran sama.
"Jika benar wang tersebut digunakan untuk membayar sewa, tunjukkan kami semua butiran pembayaran," katanya kepada pemberita di Pasir Gudang semalam.
Sementara itu, seorang lagi bapa, Azarudin Johar, 41, mendakwa, meskipun RM10 dilihat agak kecil, namun dia agak terbeban kerana tiga anaknya belajar di sekolah terbabit.
"Bayangkan, jika RM30 setiap bulan terpaksa saya bayar untuk tiga anak yang bersekolah di sana, berapa pula yang terpaksa saya bayar setiap tahun.
"Ini tidak kira dengan bayaran yuran tahunan yang wajib dibayar setiap kali pendaftaran. Tahun hadapan, saya akan lebih terbeban kerana seorang lagi anak saya akan mula bersekolah di situ," katanya.
Dalam pada itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas dan Johor, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan membuat surat yang ditandatangani ibu bapa untuk meminta agar wang tambahan tersebut dimansuhkan.
"Surat tersebut akan saya bawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang," katanya.

1 comment:

  1. Hello, Saya Puan Maryan sani pemberi pinjaman pinjaman peribadi. Syarikat kami menyediakan pinjaman pada kadar rendah sebanyak 2% anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda, atau anda
    memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda, membayar bil dan menambah kemudahan syarikat anda? Anda telah ditolak oleh bank-bank dan institusi kewangan lain? perkhidmatan
    Ini akan memberikan kedua-dua individu, syarikat-syarikat, lelaki dan wanita perniagaan peluang untuk meneroka dalam perniagaan varoius mereka dan kami tidak tergesa-gesa costomers kami untuk membayar pinjaman mereka sebaliknya kita memberi mereka lebih masa untuk membayar laon mereka telah yang mereka telah dikumpulkan. Walau bagaimanapun, peluang kewangan di muka pintu anda dan kemajuan anda adalah peroity kami, jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di: maryansaniloancompany@gmail.com

    ReplyDelete