Kaki mertua patah dipijak menantu
MELAKA – Seorang warga emas yang cacat penglihatan patah kaki kanan akibat dipijak menantunya dalam pertengkaran di Kampung Morten di sini baru-baru ini.
Pada kejadian pukul 3.30 petang 10 Oktober lalu itu, Ibrahim Omar, 65, yang menetap di rumah anak keduanya, Jamilah, 46, di Kampung Pengkalan Rama Pantai, pergi ke rumah pusakanya di Kampung Morten untuk mengambil baju.
“Tiba di rumah itu, isteri saya, Arah Mahmud, 64, menghalau saya dari rumah tersebut sehingga berlaku pertengkaran di antara kami berdua.
“Pertengkaran itu semakin teruk apabila menantu saya yang berusia 38 tahun dan tinggal di rumah itu masuk campur,” katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Rama Pantai di sini semalam.
Ibrahim berkata, menantunya itu tiba-tiba bertindak ganas lalu memukulnya dari belakang.
“Dia menghumban saya ke luar rumah sebelum memijak kaki kanan saya dengan kuat sehingga patah,” katanya.
Menurut Ibrahim, jirannya yang menyaksikan kejadian itu terus menghubungi Jamilah yang kemudian datang untuk membawa Ibrahim pulang.
Katanya, pada malam selepas kejadian, kakinya berasa sakit dan beliau terus ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan.
Dua lari separuh bogel elak ditahan
Bagaimanapun, dua gadis berusia 20 dan 26 tahun berjaya ditahan apabila polis sudah mengepung kawasan berkenaan yang dikesan menjadi lokasi kegiatan aktiviti pelacuran.
Dalam serbuan jam 2.30 pagi, sepasukan polis Cawangan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu turut menahan pasangan gadis itu di rumah berkenaan.
Pemeriksaan di rumah itu turut menemui kondom yang masih belum digunakan dan dirampas termasuk dua telefon bimbit.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata susulan serbuan itu, polis berjaya menahan seorang wanita berusia 38 tahun dipercayai bertindak sebagai ibu ayam.
“Bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis melakukan intipan sebelum menyerbu sebuah rumah di pangsapuri terbabit.
“Ketika serbuan, dua gadis dipercayai sedang leka melakukan hubungan seks bersama pasangan masing-masing di dalam bilik berasingan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.
Media bantu atasi keruntuhan akhlak
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, fungsi media ketika ini memberi impak besar kepada masyarakat dan dalam soal isu sosial Ratu X ini, ia mungkin dapat disekat daripada terus berleluasa.
“Sebaik saja isu ini dipapar di muka depan akhbar, banyak mata memandang dan berasa ia satu isu besar yang perlu ditangani bersama.
“Kerosakan akhlak remaja dibayangkan oleh media sebagai masalah serius, sekelip mata mendapat perhatian semua pihak terutama ibu bapa dan pihak sekolah.
“Apabila semua pihak mula membuka mata terhadap isu ini, kegiatan pelajar 'gila' mengejar populariti ini dapat ditangani dulu sebelum sempat ia merebak kepada rakan lain,” katanya.
Hashim berkata, pembabitan remaja berkenaan dipercayai berpunca berikutan kurangnya pemantauan ibu bapa dan sekolah terhadap aktiviti remaja selepas waktu persekolahan.
“Ibu bapa begitu sibuk dengan karier masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab mengawasi aktiviti anak-anak dan mereka sekadar bertanya dan mendapat jawapan baik daripada anak-anak, tetapi tidak menjalankan pemeriksaan bagi memastikan kedudukan sebenar menyebabkan anak mengambil kesempatan,” katanya.
Menurutnya, ibu bapa harus peka dengan rutin dan aktiviti luar anak masing-masing selain sentiasa ada perasaan curiga bagi memastikan mereka lebih sensitif dengan perubahan anak mereka. Pendapat sama turut dinyatakan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan yang melihat peranan ibu bapa adalah penting dalam menentukan didikan betul. Beliau berkata, ibu bapa sebagai tonggak keluarga seharusnya menjadi sumber kekuatan akhlak anak remaja dan bapa sebagai ketua keluarga perlu bertindak secara proaktif sementara ibu perlu sentiasa rapat dengan anak gadis mereka.
Menurutnya, pengaruh negatif daripada rakan sebaya lebih mudah mempengaruhi diri remaja berkenaan dan akhirnya gadis ini terus hanyut lebih jauh.
“Kecelaruan antara nilai baik dan buruk mewujudkan konflik dalam diri remaja perempuan dan kesannya mereka gagal mengenal pasti perkara baik dan mata pula asyik melihat rakannya bergembira,” katanya.
Warga emas dibelasah menantu
Ibrahim Omar, 65, berkata kejadian yang berpunca daripada pertengkaran kecil antara dia dan isterinya, Arah Mahmud, 64, menyebabkan kaki kanannya patah kerana dipijak menantu berusia 38 tahun berkenaan.
Menurutnya, ketika kejadian jam 3.30 petang 10 Oktober lalu, dia dan isteri bertengkar di rumah pusaka berkenaan.
“Pertengkaran kami menjadi semakin hangat apabila menantu kami yang juga tinggal di rumah itu mula campur tangan sebelum berlaku pertelingkahan baru.
"Malah, lebih buruk apabila menantu kemudian memukul saya dari belakang ketika saya berpusing untuk mengambil barang," katanya di sini semalam.
Menurut Ibrahim, tidak cukup dengan itu, menantu berkenaan didakwa bertindak mencekak baju yang dipakai sebelum mengheretnya keluar dari rumah itu.
Isteri tewas godaan
Meskipun saya sudah mendirikan rumah tangga dan pernah berpisah dengan suami seketika, saya masih terjerumus dengan hubungan luar.
Beberapa kali saya tekad untuk berubah dan tidak mengulangi tetapi jejaka yang menjalin hubungan dengan saya terus menggoda, menyebabkan saya lupa status saya.
Walaupun saya memberitahu mereka saya ini isteri orang, mereka tetap menagih, mengharapkan balasan cinta daripada saya.
Perhatian dan habuan daripada kekasih gelap saya menyebabkan saya hampir terdorong untuk terpengaruh dengan pujuk rayu mereka.
Terus terang saya masih sayang suami saya kerana dia baik dan mempunyai pakej menarik. Disebabkan faktor itu saya menerima kembali suami dan membuat keputusan untuk setia dengannya walaupun pada waktu sama lelaki lain tidak putus asa.
Saya benar-benar hendak berubah. Saya memutuskan untuk menjadi isteri yang baik, tetapi ramai pula lelaki yang hadir.
Liena
Selangor
Pernahkah puan dengar pepatah tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Perasaan cinta atau kasih tidak mungkin berjaya jika hanya daripada sebelah pihak saja.
Secara tidak langsung Dang Setia percaya, andainya puan tidak melayan jejaka lain, hubungan cinta terlarang tidak akan terjadi.
Namun sebaik meneliti cerita puan, Dang Setia dapati puan sememangnya lebih gemar bermain api sedangkan puan sedia maklum tindakan itu hanya memakan diri sendiri.
Ada baiknya puan imbas memori saat bahagia bersama suami dalam usaha menghangatkan hubungan cinta sedia ada menjadi lebih intim.
Peranan puan sebagai isteri sepatutnya menjaga kehormatan dan maruah suami. Elakkan daripada berdua-duaan dengan mana-mana lelaki supaya tidak terjerumus dalam lembah kehinaan.
Fokuskan tumpuan yang tidak pernah berbelah terhadap suami supaya rumah tangga dan kehidupan puan lebih berkat.
Selain itu, tidak putus memohon kepada Allah supaya diberi kekuatan agar puan dapat menolak semua tarikan daripada kekasih gelap puan sebelum ini. Insya-Allah jodoh puan dengan suami akan terus berpanjangan.
Kawan baik rampas tunang
Saya tidak menjangka bekas tunang saya menjalinkan hubungan sulit dengan kawan baik saya.
Ini kerana di dalam setiap perhubungan cinta saya, saya sentiasa meletakkan kepercayaan tinggi di dalam hubungan yang dibina demi kebahagiaan kami bersama.
Namun, Allah SWT itu Maha Adil dan Maha Berkuasa di atas tiap-tiap satu perkara. Hubungan mereka diketahui sendiri oleh saya kerana perkara itu berlaku di hadapan mata saya sendiri.
Justeru, saya meminta penjelasan dengan nada dan emosi yang cukup terganggu pada masa itu daripada bekas tunang saya dan ternyata mereka memang menjalinkan hubungan sebelum saya bertunang dengannya lagi.
Lantas, perjumpaan di antara keluarga kami diaturkan sendiri oleh saya dan kami putus tunang secara baik dan beradab, walaupun di hati saya ini terlalu sedih.
Tidak dinafikan bahawa saya terlalu kecewa dan terkilan kerana setiap pengorbanan, kasih sayang, kejujuran, keikhlasan dan bimbingan saya hanya sia-sia.
Dang Setia, bantulah saya kerana hampir seluruh jiwa saya hilang selepas saya gagal dalam pertunangan.
Sekarang ini, saya mengalami gangguan psikologi dan emosi yang agak teruk kerana saya pikul ia sendirian.
Saya menangis sendirian apabila saya mengenang saat manis sewaktu bersama si dia. Meskipun ketika itu saya di khalayak ramai, saya tidak segan menangis kerana sangat tertekan. Bantulah saya Dang Setia.
Ejot
Selangor
Dang Setia memahami keseksaan dan azab ditanggung saudara dikhianati tunang yang tergamak menjalin hubungan dengan teman baik saudara sendiri.
Perasaan kecewa bersulam marah menjadikan segala kenangan indah bersama tunang bertukar memori hitam sukar dilupakan.
Sebaik-baiknya beristighfar dan berilah kemaafan kepada mereka yang berlaku kejam kepada saudara.
Tiada keimanan lebih tinggi dan penawar kemurungan paling berkesan melainkan dapat memaafkan mereka.
Pandang pengalaman duka ini menurut perspektif yang lebih optimis. Bayangkan sekiranya terlalu lewat untuk saudara menyedari, mungkin kekecewaan dan kesedihan ditanggung lebih perit berbanding kini.
Seharusnya panjatkan kesyukuran kerana saudara sempat menyaksikan sendiri kelakuan buruk tunang yang tidak selayaknya untuk saudara.
Lupakan dia dan mungkin Allah merencana jodoh lebih baik untuk saudara. Seharusnya dekatkan diri saudara kepadaNya.
Tidak salah untuk menangis dan melahirkan kekecewaan tetapi berpanjangan bersedih hanya merugikan saudara sendiri.
Lebih elok habiskan masa bersama mereka yang menyayangi dan menghargai diri saudara seperti keluarga kerana ia menjadikan saudara lebih tabah untuk melalui saat sukar.
Jangan bersendirian ketika saudara memerlukan sokongan kerana kesan jangka panjang menyebabkan saudara mengalami tekanan dan kemurungan.
Selain itu, bebaskan diri dengan aktiviti sihat yang saudara gemari agar ia menjadi terapi untuk memperbaiki diri.
Kekasih ada calon suami
Kekasih saya keliru kerana keluarga berkenaan banyak berjasa kepadanya.
Bermacam cara dia buat agar kami bersama termasuk berterus-terang dengan keluarga angkat dan juga bakal suaminya. Namun, mereka semua tetap mahu meneruskan perkahwinan. Dia tiada pilihan dan terpaksa akur kepada kemahuan keluarga angkatnya.
Lebih merunsingkan kami pernah terlanjur. Saya rasa berdosa pada bakal suaminya. Malah saya masih tidak dapat melupakannya. Saya kena bertanggungjawab terhadap keterlanjuran kami.
Untuk pengetahuan Dang Setia, kekasih saya seorang mualaf berbangsa Iban dan berasal dari Sarawak. Kini dia pula masih belajar di sebuah institusi pengajian tinggi di selatan tanah air.
Dia benar-benar sudah putus asa dan melahirkan kekecewaan kerana hubungan cinta kami terputus di pertengahan jalan.
Aidi
Kuala Lumpur
Penyelesaian ketika ini amat memerlukan ketabahan bukan sedikit andai benar saudara ingin dia menjadi suri dalam hidup saudara.
Ini kerana saudara dan dia perlu berterus terang sejauh mana hubungan kalian jika mengimpikan hidup bersama.
Saudara perlu menceritakan keadaan secara terperinci dan bertentang mata dengan keluarga angkatnya. Ia sebagai alternatif supaya mereka dapat melihat tindakan meneruskan majlis perkahwinan anak angkat dengan lelaki pilihan mereka tidak lagi wajar.
Namun, saudara dan dia perlu bersedia dihujani dengan tohmahan kerana kalian sudah terlanjur.
Bacaan al-Quran untuk si mati
Mereka memasang bacaan Yasin dan memperdengarkan kepada si mati menggunakan telefon bimbit.
Saya melarang mereka berbuat demikian dan menasihatkan mereka, jika tidak tahu membaca al-Quran cukuplah sekadar membaca al-Fatihah untuk disedekahkan kepada si mati.
Mereka tidak mengendahkan nasihat saya dan terus memasang bacaan itu.
Setelah bacaan Yasin habis, telefon bimbit itu seterusnya memainkan lagu cinta atau sebagainya, lalu kelam kabut mereka menghentikan mematikan lagu itu.
Adakah dibenarkan memasang bacaan ayat suci secara digital kepada si mati?
ROSDI MUSA
Kulim, Kedah
Bacaan al-Quran tidak perlu diperdengarkan kepada orang mati. Yang patut membaca, mendengar dan meneliti al-Quran ialah orang yang masih hidup. Orang mati boleh disedekahkan bacaan al-Quran daripada anak soleh yang akan sampai kepadanya.
No comments:
Post a Comment