Wednesday, October 26, 2011

SEMUA DALAM KEKUASAAN ALLAH SERTA DALAM ILMUNYA...BANJIR...GEMPA BUMI..KELUARKAN MINYAK....MENGHUKUM DAN BANYAK LAGI...TIDAK MAMPU DIHITUNG...MAKA BERTAKWALAH SERTA BERTAUBATLAH...

Jacko peroleh pendapatan tertinggi selepas meninggal dunia


MICHAEL JACKSON



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Selama dua tahun berturut-turut, Michael Jackson kekal sebagai artis yang telah meninggal dunia tetapi memperoleh pendapatan tertinggi di dunia, menurut senarai majalah Forbes melibatkan barisan selebriti yang terus popular walaupun selepas mereka meninggal dunia.
Menghembuskan nafas terakhir dua tahun lepas ketika berusia 50 tahun, Raja Pop memperoleh pendapatan AS$170 juta (RM531.4 juta) sepanjang 12 bulan lalu sekali gus mengatasi bintang-bintang pop lain sama ada yang masih hidup atau telah mati kecuali kumpulan rock dari Ireland, U2.
Tempat kedua pula menjadi milik penyanyi legenda, Elvis Presley dengan pendapatan AS$55 juta (RM171.9 juta) melalui hasil jualan buku lagunya selain pengunaan lagu-lagunya oleh Cirque de Soleil dalam pementasan di Las Vegas.
Aktres simbol seks Marilyn Monroe meraih pendapatan AS$27 juta (RM84.4 juta) sejak setahun lalu untuk menduduki tempat ketiga senarai berkenaan.
Pencipta kartun Peanuts, Charles Schulz pula berada di tangga keempat manakala legenda kumpulan Beatles, John Lennon terikat dengan aktres Elizabeth Taylor di tempat kelima.
Lennon dan Taylor masing-masing memperoleh pendapatan AS$12 juta (RM37.5 juta) sepanjang tahun lalu.
- AFP

Penduduk lari banjir merebak di Bangkok



BEBERAPA pelancong berjalan di sebuah kawasan yang
dilanda banjir di tepi Sungai Chao Phraya, Bangkok semalam.



BANGKOK - Banjir melimpah ke kawasan baharu di Bangkok semalam manakala beberapa buah kedai mula membuat catuan makanan.
Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra memberi amaran bahawa sebahagian tempat di ibu kota ini akan dilimpahi dengan banjir selama sebulan.
Penduduk di Bang Phlad, daerah di tepi sungai di utara Bangkok diminta berpindah dengan segera oleh pihak berkuasa.
"Selepas membuat penilaian, kami menjangkakan banjir akan kekal di Bangkok selama kira-kira dua minggu hingga sebulan sebelum ia mengalir ke laut," kata Yingluck kepada pemberita.
"Namun, kita tidak berdepan dengan banjir setinggi dua hingga tiga meter selama dua atau tiga bulan seperti yang berlaku di lain-lain wilayah," tambahnya.
Banjir paling teruk dalam tempoh setengah abad itu telah menyebabkan 366 orang maut sejak pertengahan Julai lepas selain menjejaskan kehidupan 2.5 juta orang.
Seramai 113,000 orang ditempatkan di pusat perlindungan manakala 720,000 lagi memperoleh rawatan perubatan.
Penduduk Bangkok bergegas untuk menyimpan makanan tetapi air botol tidak lagi dilihat di kedai-kedai.


SEORANG penunggang motosikal membeli telur yang dijual dari sebuah trak di sebuah kawasan yang dilanda banjir di Bangkok semalam.



Sejumlah kedai mengehadkan pelanggan untuk membeli barangan bagi mengelak perbuatan menyorok.
Menurut Pengarah Pusat perubahan Cuaca dan Bencana Universiti Rangsit, Seri Supharatid, semua kawasan Bangkok akan dilanda banjir jika semua daik pecah.
Kelmarin, Lapangan Terbang Don Mueang dilanda banjir dan semalam ia masih belum surut.
Tiga wilayah utara Bangkok dilanda banjir sejak Sabtu lalu.
Ketika panik berlaku dalam kalangan penduduk, Pasar Raya Big C Supercentre Pcl mengehadkan pembeli membeli cuma satu paket beras dan satu papan telur.
Di beberapa kawasan, orang ramai mengadu mengenai kemerosotan kualiti air paip.
Sementara itu di Singapura, pemerintah negara itu meminta rakyatnya meninggalkan Bangkok dengan segera ekoran air sungai di ibu kota berkenaan telah melimpah. - Agensi

Obama kurang senang layanan buruk ke atas mayat Gaddafi

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Barack Obama (gambar) kelmarin memberi ulasan mengenai kematian berdarah bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dengan menyatakan orang mati wajar dilayan dengan sopan walaupun ketika hidupnya dia telah melakukan perkara-perkara yang buruk.
Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia di gurun Sahara kelmarin, lima hari selepas dia ditangkap, dibunuh dengan jenazahnya dijadikan pameran.
Beberapa klip video menunjukkan bekas pemimpin Libya berusia 69 tahun itu dicaci, dipukul dan didera sebelum dia meninggal dunia.
"Layanan terhadap Gaddafi dan jenazahnya bukan sesuatu yang menggembirakan kita," kata Obama ketika ditanya mengenai perasaannya berhubung penyiaran klip-klip video terbabit dalam rancangan bual bicara Tonight Show terbitan NBC yang dihoskan oleh Jay Leno.
"Saya fikir anda perlu melayan orang mati dengan tertib walaupun dia melakukan perkara yang teruk semasa hidupnya," tambah Obama.
Obama memberitahu, pentadbirannya tidak menyiarkan satu pun gambar bekas pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati ditembak komando AS pada Mei lalu. - Reuters

Pemimpin Nation of Islam bidas Gaddafi dibunuh

CHICAGO - Pemimpin Nation of Islam di Amerika Syarikat (AS), Louis Farrakhan kelmarin menyatakan, kematian bekas pemimpin LIbaya merupakan 'satu pembunuhan.'
Menurutnya, kematian itu juga melibatkan AS, Britain dan Perancis.
Louis menganggap Gaddafi sebagai rakannya.
Dia menyatakan negara-negara yang menguatkuasakan zon larangan untuk menghalang jet-jet Gaddafi dan menawarkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Libya sebenarnya berhasrat untuk menyingkirkan kepimpinannya.
Louis menyatakan demikian kepada sebuah stesen radio di sini.
"Tiada siapa boleh percaya pada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana ia merupakan bidak catur dunia Barat," katanya. - Agensi


Putera Nayef dijangka diumum jadi Putera Mahkota




DUBAI - Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah dijangka mengumumkan Menteri Dalam Negeri, Putera Nayef (gambar) sebagai pewaris takhtanya.
Putera Nayef pernah melakukan tugas Raja Abdullah semasa ketiadaan baginda sejak beberapa tahun lalu.
Menteri Dalam Negeri itu dijangka menggantikan Putera Sultan sebagai Putera Mahkota.
Putera Sultan mangkat pada Sabtu lalu.
Putera Nayef dijangka memainkan peranan yang aktif kerana keadaan kesihatan Raja Abdullah dan umurnya yang mencecah lebih 80 tahun.
Dilahirkan pada 1933, Putera Nayef dianggap oleh golongan liberal Arab Saudi sebagai antipembaharuan konservatif. - Reuters

Lagi mangsa gempa dikeluarkan



SERHAT GUR yang berusia 10 tahun berjaya dikeluarkan daripada celah runtuhan di bandar Van, Turki kelmarin.



ERCIS, Turki - Agensi berita pemerintah Turki menyatakan seorang guru berusia 27 tahun berjaya ditarik keluar daripada runtuhan sebuah bangunan selepas 67 jam timur negara berkenaan dilanda gempa bumi dahsyat.
Agensi berita Anatolia melaporkan, guru bahasa Inggeris tersebut, Gozde Bahar yang cedera telah dikeluarkan daripada timbunan runtuhan itu semalam.
Ia menyebut bahawa jantung mangsa berhenti berdegup semasa dia dirawat di sebuah hospital bergerak tetapi beberapa doktor berjaya memulihkannya.
Beberapa jam sebelum itu, seorang pelajar universiti berusia 18 tahun turut ditarik keluar oleh anggota-anggota penyelamat.

WAJAH Gozde Bahar ketika diusung pasukan penyelamat.


Seorang lagi guru, Seniye Erdem juga berjaya dikeluarkan hidup-hidup daripada celah runtuhan sebuah bangunan, tiga hari selepas gempa bumi berlaku.
Gempa bumi bermagnitud 7.2 itu menggegarkan timur Turki pada tengah hari Ahad lalu dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 459 orang terbunuh.
Para anggota penyelamat kelmarin turut mengeluarkan seorang budak lelaki berusia 10 tahun, Serhat Gul daripada celah-celah runtuhan di rumahnya di wilayah Van kelmarin.
Budak itu kemudian dihantar ke sebuah hospital dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan. - Agensi


20 bulan buang tatu pada tubuh



PERUBAHAN muka Byron Widner yang menjalani proses rawatan membuat tatu pada muka dan lehernya.



PASADENA, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bekas gengster skinhead di AS, Byron Widner mengalami sakit kepala dan kesakitan lain selepas menjalani pembedahan untuk membuang tatu perkauman pada muka sehingga ke kakinya.
Menyentuh mengenai kesakitan itu, Widner berkata: "Ia merupakan harga yang kecil untuk dibayar bagi menjadi manusia semula."
Dia kini tinggal di sebuah lokasi rahsia bersama isterinya, Julie Larsen, dan anaknya untuk membina kehidupan baharu selepas berkahwin pada 2006.
Widner bergelumang dengan kumpulan gengster selama 16 tahun.
Dia merupakan pengasas bersama sebuah kumpulan perkauman kulit putih skinhead yang beroperasi di Indiana dan Ohio yang dikenali sebagai Kelab Sosial Vinlanders.
Namun, Widner kemudian insaf selepas menyedari dia tidak mahu membesarkan anaknya dalam budaya permusuhan dan keganasan yang melanggar batas undang-undang.
Dia menjalani proses membuang tatu selama 20 bulan dengan bantuan kewangan Pusat Undang-Undang Kemiskinan Selatan. - Agensi

Minyak keluar dari tanah penduduk di Bosnia






TUZLA, Bosnia - Seorang penduduk, Hajrudin Bilalic menemui minyak mentah yang keluar dari tanah yang didudukinya sejak 10 tahun lalu.
Hajrudin menemui minyak tersebut yang keluar dari tiga sumber di tanah tersebut yang terletak di Dubrave dekat ini, kira-kira 130 kilometer dari Sarajevo.
Persekutuan Muslim-Croat Bosnia akan menandatangani satu perjanjian awal pada bulan depan dengan syarikat cari gali minyak Shell untuk mengeksploitasi potensi minyak dan gas di wilayah tersebut. - Reuters

Makmal kelahiran Internet dibuka



GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan para saintis komputer di makmal kelahiran Internet di Universiti California Los Angeles.



LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Jabatan Komputer Sains, Universiti California Los Angeles (UCLA) dan Sekolah Kejuruteraan dan Sains Gunaan Henry Samueli bekerjasama membina semula makmal kelahiran Internet.
Tempat kelahiran Internet itu adalah di 3420 Dewan Boelter, UCLA.
Makmal itu dikenali sebagai Tapak Warisan Internet dan Arkib Kleinrock (KIHSA).
Mesej Internet pertama itu telah dihantar lebih 40 tahun tahun lalu dari makmal berkenaan dalam projek yang dinamakan ARAPANET melibatkan penghantaran mesej antara dua buah komputer.

RUANG dalam Peranti Pemprosesan Mesej Antara Muka yang disimpan Kleinrock selama 20 tahun di 3420 Dewan Boelter, Universiti California Los Angeles.


Hubungan antara komputer itu dibuat melalui mesin sebesar sebuah almari yang dikenali sebagai Peranti Pemprosesan Mesej Antara Muka (IMP).
Mesin IMP yang pertama itu masih disimpan oleh seorang profesor UCLA, Leonard Kleinrock di 3420 Boelter Hall, UCLA.
Kleinrock memajukan teori matematik mengenai rangkaian paket, teknologi yang menjadi asas Internet yang digunakan dalam penghantaran mesej pertama.
Mesej Internet pertama yang dihantar ialah huruf LO atau daftar masuk kepada Institut Penyelidikan Stanford pada 29 Oktober 1969.
Satu pertemuan semula melibatkan para saintis komputer yang terlibat dalam penghantaran mesej itu akan turut diadakan.
Teknologi ARAPANET berevolusi menjadi rangkaian Internet.
Kini makmal ARAPANET dibuka kepada umum pada Sabtu ini. - Reuters

Hukuman Abu Bakar Bashir dikurangkan




JAKARTA - Sebuah mahkamah di sini mengurangkan hukuman penjara ke atas seorang guru agama, Abu Bakar Bashir (gambar) yang didapati bersalah membiayai sebuah kumpulan pengganas, kata seorang jurucakapnya, Ahmad Sobari semalam.
Menurutnya, hakim telah mengurangkan hukuman penjara itu daripada 15 tahun kepada sembilan tahun.
Menurut laman berita Detikcom, hakim tersebut membuat keputusan berkenaan pada 20 Oktober lalu.
Dia yang berusia 73 tahun dipenjarakan kerana membiayai sebuah kumpulan pengganas yang merancang melakukan serangan terhadap penduduk dan pemimpin Barat di Indonesia. - AFP

No comments:

Post a Comment