Lebih memeranjatkan, sindiket memperdagangkan wanita berusia 19 hingga 24 tahun dari China, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan Filipina itu menawarkan khidmat secara terbuka dengan membuka blog khas yang boleh dilayari sesiapa saja.
Pelanggan hanya perlu melayari blog disediakan untuk memilih nama wanita yang turut disertakan gambar di lapan pusat operasi disediakan dan jika berkenan, terus hantar SMS kepada mereka tanpa melalui orang tengah atau bapa ayam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (ACP) Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, kaedah digunakan Kelab Wanita Cantik adalah cara terbaru sindiket memperdagangkan wanita di negara ini.
Sehubungan itu, katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut mengenai sindiket berkenaan dalam usaha membasmi kegiatan tidak bermoral itu.
Mengandung hasil seks bebas
PADANG SERAI - Akibat menjalinkan hubungan seks bebas dengan beberapa lelaki menyebabkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dan tidak bersekolah disahkan mengandung.
Mangsa sebelum ini menjalinkan hubungan dengan beberapa orang lelaki yang dikenali.
Memandangkan mangsa pernah melakukan hubungan seks dengan beberapa teman lelakinya, mangsa tidak mengetahui siapa bapa kepada kandungan itu.
Rahsia perlakuan sumbang mangsa terbongkar apabila waris melihat perubahan pada dirinya.
Setelah membuat pemeriksaan doktor, mangsa disahkan mengandung dan mereka membawa mangsa untuk membuat laporan polis.
Oleh kerana mangsa masih di bawah umur, kes ini disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kes rogol merupakan antara kes yang sering dilaporkan berlaku.
Katanya, masalah perlakuan seks dalam kalangan remaja semakin serius apabila mereka mudah mendapatkan aksi ghairah melalui muat turun telefon.
“Kes rogol yang berlaku hari ini adalah perlakuan seks suka sama suka. Purata kes rogol dilaporkan berlaku setiap minggu.
“Bagaimanapun memandangkan mangsa terlibat masih di bawah umur, kes ini akan disiasat sebagai kes rogol walaupun mangsa merelakan dirinya disetubuhi kekasih.” katanya.
Ghuzlan turut menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak selain mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan.
Menurutnya, kejadian yang berlaku ini kemungkinan disebabkan ibu bapa yang kurang memantau kelakuan anak.
“Berikan didikan agama dan kasih sayang sempurna terhadap anak-anak,” katanya.
Bersilat 20 minit halau penyamun
Oleh Mohammad Ishak
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
BUKTI …Kamaruddin menunjukkan parang digunakan suspek untuk menyamun rumah warga emas di Kampung Gong Nangka, Jertih, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam, Abdul Ghani Jusoh, 65, bersama isterinya berusia 68 tahun yang nyenyak tidur dikejutkan dengan bunyi benda jatuh di dapur rumah lalu keluar dari bilik tidur untuk memeriksa.
Menurutnya, dia pada mulanya menyangka bunyi itu berpunca daripada kucing peliharaannya mengejar tikus sebelum terkejut apabila terserempak dengan seorang lelaki bersenjatakan parang di dapur rumahnya.
“Lelaki terbabit yang memegang sebilah parang terus menerkam saya dan berlaku pergelutan selama 20 minit yang menyebabkan saya cedera di dada dan bahu kanan akibat terkena torehan parang lelaki itu.
“Walaupun uzur saya tetap bersemangat untuk melawan lelaki itu dan menggunakan pengalaman ketika aktif bersilat pada zaman remaja untuk melawannya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut (IPD) Besut di Kampung Raja, di sini, semalam.
Menurutnya, lelaki terbabit melarikan diri manakala dia dikejarkan ke Hospital Besut oleh jiran sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, bagaimanapun dibenarkan pulang kira-kira jam 10 pagi semalam.
Abd Ghani yang luka di dada dan bahu akibat pergelutan itu menerima 10 jahitan di bahagian terbabit.
“Saya dan isteri yang menghidap penyakit lumpuh tidak menyangka penyamun sanggup memecah masuk rumah kerana kami tidak memiliki barang berharga,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Zakaria berkata, polis yang dimaklumkan kejadian berkenaan bertindak pantas berusaha mengesan suspek sebelum menahannya dengan bantuan penduduk dan Unit Kawalan Kampung Bukit Kenak, di sini, pada jam 8 pagi semalam.
“Suspek yang dalam keadaan keletihan ditemui dalam semak di Kampung Bukit Kenak, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian, bersama dua bilah parang dipercayai diambil dari rumah mangsa ketika memecah masuk rumah itu,” katanya.
Simoncelli temui ajal
Oleh Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my
saifulaffendy@hmetro.com.my
MALANG...kombinasi kemalangan yang mengakibatkan Simoncelli maut di Litar Sepang, semalam.
Simoncelli, 24, mengalami kemalangan pada pusingan kedua dan dilanggar oleh jentera ditunggang Colin Edwards dan Valentino Rossi ketika dia terseret ke tepi litar dengan jentera Honda miliknya.
Topi keledarnya tercabut dalam kejadian itu dan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang itu diberhentikan dengan bendera merah dan kemudiannya dibatalkan terus.
Edwards dari pasukan Yamaha turut mengalami kemalangan tetapi tidak mengalami kecederaan serius, manakala Rossi mampu untuk meneruskan tunggangan bersama jentera Ducati.
Simoncelli terbaring kesakitan di litar sebelum dikejarkan ke pusat perubatan litar itu apabila dia disahkan meninggal dunia pada jam 4.56 petang akibat kecederaan teruk di bahagian kepala, leher dan dada.
“Setiap orang yang terbabit dengan MotoGP mengucapkan takziah kepada keluarga Marco, rakan-rakan dan pasukan dalam apa yang dianggap kehilangan tragik ini,” kata MotoGP dalam satu kenyataan.
Casey Stoner, yang memenangi kejuaraan MotoGP dunia kedua pada Grand Prix Australia minggu lalu, berkata: “Sebaik saya saksikan sorotan itu, ia membuatkan saya rasa sedih. Apabila topi keledar tercabut, ia satu petanda yang tidak baik.” Kematian Simoncelli adalah yang pertama dalam kelas perdana itu sejak seorang lagi penunggang Honda, Daijiro Kato, terbunuh pada Grand Prix Jepun 2003.
Shoya Tomizawa turut maut dalam kemalangan serupa seperti Simoncelli dalam Moto2, satu kelas di bawah MotoGP, tahun lalu.
Simoncelli, yang lebih dikenali dengan potongan rambut ala afro, bermula dalam kelas 125cc pada 2002 sebelum berpindah ke kelas 250cc pada 2006. Dia menjuarai kelas 250cc dunia pada 2008.
Ia juga tragedi kematian pertama berlaku di Sepang.
Pengarah Perubatan MotoGP, Dr Michele Macchiagodena mengesahkan kematian Simoncelli.
“Simoncelli terbabit dengan tragedi kemalangan teruk yang menyebabkan kecederaan teruk di kepala, leher dan dada. Ketika tiba di kawasan kemalangan, pasukan perubatan mendapati dia sudah tidak sedarkan diri.
“Sebaik menaiki van ambulans, kakitangan perubatan memberi rawatan kecemasan dan diteruskan sehingga tiba di pusat perubatan, namun gagal untuk diselamatkan,” kata Macchiagodena.
“Satu siasatan akan dilakukan mengenai bagaimana topi keledarnya boleh tercabut,” kata Pengarah Perlumbaan MotoGP, Paul Butler yang menjawab pertanyaan wartawan mengenai insiden itu.
SUBANG – Kejadian banjir yang berlaku petang kelmarin di Masjid Lapangan Terbang Subang dekat sini berpunca dari longkang yang ditutup.
Nazir masjid, Roslan Abu Bakar berkata, kontraktor terlibat kerja pembinaan di kawasan berhampiran menutup saluran longkang menyebabkan air melimpah masuk ke kawasan rendah.
“Saya sudah periksa secara terperinci semalam, musibah berlaku bukan disebabkan kerja-kerja menambak tanah untuk dijadikan sekolah agama dan pembinaan tandas baru di dalam masjid,”katanya.
Katanya,banjir kilat itu turut menyebabkan bahagian luar masjid digenangi air dan selut.
“Ini kejadian pertama kali dan terburuk sejak masjid ini beroperasi 25 tahun yang lalu malah pihak pengurusan masjid juga akan mengkaji semula dan seterusnya membina sistem saliran yang lebih bersistematik di dalam kawasan masjid bagi mengelak ianya berulang,”katanya.
Pihaknya sudah mengarahkan kontraktor projek berkenaan membuka semula longkang yang ditutup.
Mengulas lanjut mengenai kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penghuni rumah berhampiran beliau berkata perkara itu di luar tanggungjawab masjid.
“Kalau diikutkan tiga unit rumah yang didiami pegawai dan juga bilal serta sebuah rumah musafir di situ berada di luar kawasan dan masjid tidak akan bertanggungjawab kerana kita pernah mengarahkan mereka berpindah sebelum ini,”katanya.
Sementara itu Bilal 2 Abdul Razak Said memaklumkan beliau kerugian RM 5,000 selepas peralatan elektrik dan perabotnya rosak disebabkan banjir kilat itu.
No comments:
Post a Comment