Ramzi dipenjara setahun kerana hantar SMS ugutan
|
KUALA TERENGGANU - Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang bekas setiausaha politik, Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir selepas didapati bersalah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan kepada tiga wakil rakyat Barisan Nasional (BN) serta memfitnah bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu dua tahun lalu.
Ahmad Ramzi, 39, yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh didapati menghantar SMS ugutan itu pada 13 April 2009 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Paka, Mohd. Ariffin Abdullah, Abd. Halim Jusoh (ADUN Permaisuri) dan Datuk Rosol Abd. Wahid (ADUN Ajil).
Hakim M. Bakri Abd. Majid memerintahkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap tuduhan dan dijalankan secara berasingan mengikut peruntukan Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun.
Ahmad Ramzi dituduh melakukan kesalahan tersebut di rumah nombor E726, Kampung Kubang Parit antara pukul 11.21 malam dan pukul 11.25 malam pada tarikh tersebut dengan mesej SMS berbunyi, 'Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?'
Selain itu, Ahmad Ramzi juga dihukum penjara tiga bulan lagi selepas didapati bersalah memfitnah Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu, Wan Ahamad Wan Muda (kini Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri).
Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Ramzi menghantar SMS ugutan itu melalui talian Internet menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.
Orang Asli dipenjara kerana mencabul
29/11/2011 7:17pm
KUALA LUMPUR — Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga minggu ke atas seorang Orang Asli selepas mengaku bersalah terhadap dakwaan menggunakan kekerasan untuk mencabul kehormatan seorang gadis bawah umur.
Majistret Parvin Hameedah Natchair memerintahkan hukuman ke atas Baharom Awang, 23, dilaksanakan mulai tarikh dia ditangkap pada 23 Nov.
Baharom, seorang pekerja membancuh simen, didakwa menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan seorang gadis berumur 17 tahun di koridor bertentangan dengan Maple Boutique, No. 105 Jalan Sultan, Dang Wangi, pada 11.45 pagi 23 Nov.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau rotan atau mana-mana dua hukuman jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Siew Ping. — Bernama
Dua dicekup ketika duduki SPM
bergelar Geng Walad Kechik yang diberkas di sini baru-baru ini kerana terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal. Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, ekoran penahanan 12 remaja pada 10 November lalu, polis kemudian menemui sebuah motosikal curi dan 12 buah rangka motosikal yang dileraikan oleh kumpulan remaja itu pada keesokan harinya.
Menurut beliau, kesemua rangka motosikal tersebut ditemui di beberapa lokasi iaitu di beberapa buah tangki najis dan tali air di kawasan Sungai Acheh dan Bagan Serai di sini.
"Motosikal yang dicuri dileraikan komponennya untuk dijual sebagai alat ganti manakala rangka motosikal yang telah dilerai dibuang di beberapa lokasi," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Kata Mat Fauzi, dengan tertumpasnya Geng Walad Kechik, polis percaya dapat menyelesaikan tujuh kes curi motosikal di daerah Kerian dan masing-masing satu kes curi motosikal di Selama, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.
Tauke dikejar dua penjahat
MARANG - Tindakan seorang tauke kedai emas menyergah dua perompak di kedainya mencetuskan detik-detik cemas apabila lelaki itu dikejar penjenayah terbabit yang kemudian melepaskan tembakan yang nyaris mengenai dua beradik yang berada dalam sebuah kereta.
Insiden mencemaskan pada pukul 11.30 pagi di pekan Wakaf Tapai di sini semalam bermula apabila dua suspek memakai topi keledar bercermin gelap masuk ke dalam kedai emas yang baru hendak memulakan perniagaan.
Ketika kejadian, terdapat enam pekerja menyusun barang kemas manakala tauke kedai itu pula berada di luar kedai.
Sebaik dua penjenayah itu masuk, salah seorang terus mengeluarkan pistol dan diacukan ke arah seorang pekerja menyebabkan semua pekerja itu melarikan diri ke belakang.
Keenam-enam pekerja itu kemudian bersembunyi dalam sebuah bilik.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Supritendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, penjenayah terbabit mengejar pekerja-pekerja itu tetapi gagal kerana mereka mengunci bilik.
Kesempatan itu kemudian digunakan oleh dua perompak itu untuk memecahkan kaunter cermin pameran menggunakan tukul besi sebelum mengaut emas yang dianggarkan bernilai RM10,000.
Mayat mangsa lemas ditemui
KOTA BHARU - Mayat seorang remaja yang dikhuatiri lemas di pantai Kuala Pak Amat, Pengkalan Chepa di sini ditemui malam kelmarin.
Pegawai Bomba Tinggi Pengkalan Chepa, Saipu Bhari Mohd. Noor ketika dihubungi memberitahu, mayat Mohd. Farid Mohd. Yusoff, (gambar) 20, dijumpai terdampar oleh pasukan penyelamat di tepi pantai itu pada pukul 8.02 malam.
Mohd. Farid yang dipercayai menghidap sawan terjatuh ke dalam air ketika mengayuh basikal di pesisiran pantai itu pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun, dua lagi mangsa yang dikhuatiri lemas iaitu Mohamad Alif Razwan Azman, 15, di Sungai Sat, Machang dan Azam Che Omar, 20, di Sungai Golok, Rantau Panjang masih belum ditemui sehingga pukul 4 petang semalam.
Mayat pelajar lemas dijumpai terapung
29/11/2011 6:31pm
MACHANG — Mayat seorang pelajar yang dilaporkan lemas ketika mandi di Sungai Sat, dekat sin, Sabtu lepas dijumpai terapung sejauh lapan kilometer dari tempat kejadian petang ini.
Ketua Polis Daerah Machang, DSP Che Malek Bedot berkata, mayat Mohd. Alif Razman Azman, 15, ditemui dalam longgokan buluh dan sampah sarap di Kampung Tandak oleh penduduk Kampung pada pukul 1.05 petang.
"Mangsa bersama tujuh rakannya sebelum itu mandi di Sungai Sat, Kemuning pada pukul 4.30 petang dan dihanyutkan arus deras setengah jam kemudian,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, operasi dijalankan oleh 91 anggota daripada pelbagai agensi dan jabatan termasuk Polis, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA) dan Unit Res Q Jabatan Pelajaran Negeri.
Mayat murid tingkatan tiga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai itu dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat, katanya. — Bernama
Bunuh: Dua beradik rakyat Myanmar diburu
29/11/2011 2:59pm
KUANTAN — Polis Pahang sedang mencari dua beradik rakyat Myanmar bagi membantu siasatan kes bunuh rakan senegara mereka di Kampung Kasing, Pianggu, dekat Rompin pada 20 Nov lepas.
Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata, kedua-dua beradik itu dikenali sebagai Khin Then Maung, 41, dan adiknya Khin Tin Maung, 35 Dalam kejadian 2.30 petang itu, Soe Myint, 28, mati ditetak beberapa kali dengan senjata tajam di bahagian badan. — Bernama
No comments:
Post a Comment