Ditahan 5 jam lepas bunuh
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar, berkata lelaki terbabit ditahan di rumahnya di Sungai Way, dekat sini, jam 2 pagi selepas siasatan polis di tempat kejadian.
Menurutnya, sebelum itu dalam kejadian jam 9.15 malam, seorang wanita, Lai Kam Lian, 62, mati selepas ditikam lima kali di depan rumahnya di 3/194B, Taman Seri Segambut sejurus pulang daripada sesi tari-menari.
Mangsa yang juga ibu seorang juruhebah radio MyFM dan bedah siasat mengesahkan mangsa maut akibat lima tikaman di belakang badan, punggung dan tangan.
“Suspek kes itu ditahan tidak sampai lima jam selepas kejadian dan dia kini direman sehingga 8 Disember ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Motif suspek membunuh mangsa masih dalam siasatan,” katanya.
Beliau berkata, suspek dipercayai menunggu sehingga mangsa masuk ke pekarangan rumah dan menikam wanita itu ketika dia hendak membuka pintu jeriji rumah.
“Ketika melakukan jenayah itu suspek pula memakai topi keledar, sarung tangan serta penutup muka. Dia dipercayai sudah berada di perkarangan rumah mangsa sebelum wanita itu tiba,” katanya. Menurutnya, siasatan awal mendapati motif kejadian tidak bertujuan untuk menyamun mangsa kerana barangan berharga milik mangsa tidak diambil suspek. Sementara itu, seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, ia rutin mingguan mereka untuk menghadiri majlis tari-menari.
Katanya, apabila hujan mereka pulang ke rumah jam 9 malam dan wanita berusia 60-an itu berjalan pulang seorang diri. “Kira-kira 30 minit kemudian, saya menerima panggilan daripada seorang rakan yang tinggal berdekatan rumah mangsa memberitahu dia sudah meninggal dunia. “Saya tidak menyangka ini kali terakhir dia berhibur bersama kami,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Bukan lari ikut pengkid
SEREMBAN: Seorang gadis yang didakwa lari mengikut pengkid sejak setahun lalu tampil memberikan penjelasan sebenar mengenai perkara itu, di sini, semalam.
Siti Saidatul Aishah Razali, 17, atau dikenali sebagai ‘Manja’ berkata, dia tidak lari mengikut pengkid dikenali sebagai Nano berusia 20-an seperti didakwa sebelum ini. “Saya mengambil keputusan berpindah ke rumah keluarga angkat selepas tertekan dengan situasi berlaku di rumah.
“Tiada sedikit pun niat lari meninggalkan ibu, namun saya terpaksa berpindah ke rumah keluarga angkat di Taman Jasper Jaya sejak April 2010,” katanya ketika datang ke pejabat Harian Metro, di sini, semalam.
Gadis itu mendakwa, sikap ibu dan bapanya yang sering berselisih faham mendorong dia mengambil keputusan berpindah dan tinggal bersama keluarga angkatnya itu.
“Sebenarnya saya tidak lari dari rumah mengikut seorang pengkid seperti didakwa ahli keluarga, sebaliknya sudah meminta izin daripada ayah sebelum keluar rumah.
“Walaupun sudah tidak tinggal bersama, saya sering berjumpa keluarga dan mereka juga selalu menziarahi saya di rumah keluarga angkat,” katanya.
Menurutnya, keadaan tegang di rumah menyebabkan dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan mengambil keputusan berhenti sekolah selain tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
“Macam mana nak belajar kalau setiap hari dengar mak dan ayah bertengkar? Jadi saya beritahu pada mak saya tidak mahu ke sekolah lagi kerana sudah tidak berminat meneruskan pelajaran,” kata anak kelima daripada tujuh beradik itu.
Sementara itu, bapa angkatnya, Shahril Rashid, 52, berkata, dia terkilan dengan dakwaan mengatakan anak angkatnya itu lari dari rumah sedangkan keluarganya sudah membenarkan Manja tinggal di rumahnya.
“Saya dan ayah Manja baik dan kami selalu keluar makan bersama namun tidak menyangka keadaan boleh jadi begini.
“Mungkin ini salah faham dan saya berharap perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.
Sebelum ini Harian Metro melaporkan, seorang ibu kesal apabila anaknya berusia 17 tahun dikenali sebagai ‘Manja’ hilang dari rumah dipercayai mengikut seorang pengkid dikenali sebagai Nano berusia 20-an, sejak lebih setahun lalu.
Siti Saidatul Aishah Razali, 17, atau dikenali sebagai ‘Manja’ berkata, dia tidak lari mengikut pengkid dikenali sebagai Nano berusia 20-an seperti didakwa sebelum ini. “Saya mengambil keputusan berpindah ke rumah keluarga angkat selepas tertekan dengan situasi berlaku di rumah.
“Tiada sedikit pun niat lari meninggalkan ibu, namun saya terpaksa berpindah ke rumah keluarga angkat di Taman Jasper Jaya sejak April 2010,” katanya ketika datang ke pejabat Harian Metro, di sini, semalam.
Gadis itu mendakwa, sikap ibu dan bapanya yang sering berselisih faham mendorong dia mengambil keputusan berpindah dan tinggal bersama keluarga angkatnya itu.
“Sebenarnya saya tidak lari dari rumah mengikut seorang pengkid seperti didakwa ahli keluarga, sebaliknya sudah meminta izin daripada ayah sebelum keluar rumah.
“Walaupun sudah tidak tinggal bersama, saya sering berjumpa keluarga dan mereka juga selalu menziarahi saya di rumah keluarga angkat,” katanya.
Menurutnya, keadaan tegang di rumah menyebabkan dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan mengambil keputusan berhenti sekolah selain tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
“Macam mana nak belajar kalau setiap hari dengar mak dan ayah bertengkar? Jadi saya beritahu pada mak saya tidak mahu ke sekolah lagi kerana sudah tidak berminat meneruskan pelajaran,” kata anak kelima daripada tujuh beradik itu.
“Saya dan ayah Manja baik dan kami selalu keluar makan bersama namun tidak menyangka keadaan boleh jadi begini.
“Mungkin ini salah faham dan saya berharap perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.
Sebelum ini Harian Metro melaporkan, seorang ibu kesal apabila anaknya berusia 17 tahun dikenali sebagai ‘Manja’ hilang dari rumah dipercayai mengikut seorang pengkid dikenali sebagai Nano berusia 20-an, sejak lebih setahun lalu.
Bertempiaran flat bergoyang
Oleh Mohd Razlan Salleh dan Fardy Bungga
hmkk@hmetro.com.my
hmkk@hmetro.com.my
Gegaran kira-kira jam jam 1.20 tengah hari dengan kekuatan 5.5 skala Richter menyebabkan semua penduduk rumah pangsa berkenaan bergegas lari ke kawasan lapang berhampiran.
Malah, ada antara mereka masih enggan memasuki rumah masing-masing selepas kejadian itu berikutan bimbang berlaku gegaran lebih kuat.
Seorang penduduk, Badriansyah Mohd Hamdi, 47, berkata dia bersama beberapa lagi penduduk bergegas meninggalkan rumah apabila merasai rumahnya seakan-akan bergoncang.
“Saya sedang menikmati makan tengah hari di rumah apabila tiba-tiba berasa seperti pening. Pada masa sama, beberapa jiran menjerit dan mengarahkan semua penduduk turun,” katanya yang terus mengikuti jejak jirannya selepas mengambil beberapa dokumen penting.
101 tahun masih kuat
Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Seoh Kadir yang dilahirkan pada 29 Ogos 1910 sudah menjangkau usia 101 tahun, namun ramai tidak menyangka usia sebenarnya sehingga ada bertanya rahsia kekal sihat.
Menurutnya, rahsia diamalkan sejak muda lagi ialah melakukan senaman ringkas diajar nenek moyang iaitu duduk dan melipat kaki di bahagian kiri dan kanan selama beberapa minit bertujuan melancarkan pengedaran darah dan menguatkan lagi tulang belakang.
“Senaman inilah yang saya praktikkan sejak puluhan tahun lalu sehingga kini dan hasilnya tulang belakang saya masih kuat serta tidak mengalami sakit pinggang dan mampu menguruskan diri sendiri tanpa perlu memakai tongkat,” katanya ketika ditemui Kampung Tanjung Keling, di sini, semalam.
Katanya, dia juga tidak mengalami masalah kesihatan yang sinonim dengan warga emas seusianya, malah mampu mengingati sejarah lampau.
Bekas guru kecewa hilang wang pencen
Abdullah dari Kampung Seberang Pekan, di sini, berkata dia yang kini dimamah usia mengharapkan wang pencen RM221 itu untuk menampung perbelanjaan harian.
“Memanglah jumlahnya kecil, tetapi ia wang saya dan jika mereka tidak mahu memasukkannya, mereka patut memberi notis terlebih dulu,” katanya.
Abdullah berkata, sejak bersara pada tahun 60-an, dia menerima wang pencen setiap bulan sehinggalah pada Februari lalu apabila ia tidak dimasukkan ke dalam akaunnya seperti biasa.
Ketika menjadi guru, Abdullah pernah mengajar di Sekolah Melayu Baling (kini Sekolah Kebangsaan Baling) dan walaupun berusia lebih 100 tahun, dia masih mampu membaca akhbar yang menjadi rutin hariannya ketika bersarapan.
Anaknya, Siti Safur, 50, berkata, bapanya masih boleh membaca walaupun usianya lanjut, cuma pendengarannya terjejas dan memerlukan bersuara kuat ketika bercakap dengannya.
“Alhamdulillah ayah masih sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit. Amalannya ketika muda ialah sering berdoa ketika melakukan apa-apa perkara termasuk ketika mandi, solat, memakai baju dan keluar bekerja,” katanya. Abdullah yang juga bapa kepada lapan anak (tiga daripadanya sudah meninggal dunia) kini mempunyai 32 cucu, 22 cicit dan enam piut. Dia kini tinggal bersama Siti Safur yang juga anak bongsunya selepas isterinya, Sofiah Daud meninggal dunia 25 tahun lalu.
Budak 4 tahun maut ditimpa pokok kelapa ditebang jiran
Muhammad Faiz Hakimi Aziz yang cedera parah di kepala dan badan, mati dalam perjalanan ke Hospital Daerah Besut.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian
pada jam 3.15 petang itu, kanak-kanak itu dikatakan melintas secara tiba-tiba
di bawah pokok kelapa yang ketika itu sedang tumbang selepas ditebang.
Penebangan pokok kelapa yang condong ke arah rumah jiran kanak-kanak itu dilakukan oleh jiran mereka dengan bantuan keluarga kanak-kanak itu.
Ibu kanak-kanak itu, Rogayah Mohamad, 41, turut menyaksikan kerja penebangan pokok itu dan Muhammad Faiz Hakimi melintas di bawah pokok berkenaan untuk pergi ke arah ibunya," kata Kamaruddin kepada pemberita di sini hari ini.
Rogayah, ketika ditemui berkata beliau tidak menyangka anak bongsunya itu akan berlari ke arahnya ketika pokok sedang tumbang.
"Sebaik melihat anak saya ditimpa bahagian tandan dan daun-daun pokok kelapa itu, saya dan keluarga yang lain segera mencarinya di celahan daun kelapa.
"Kami menemuinya terbujur di situ dalam keadaan berlumuran darah," kata ibu kepada lapan anak itu. - Bernama
Kaki kiri pula patah
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
hadzlihady@hmetro.com.my
Dia berkata, adiknya, Siti Mariam, 25, baru saja menjalani pembedahan lutut dan mengambil cuti sakit sejak pertengahan Oktober lalu selepas terjatuh di tempat kerjanya.
“Akibat kejadian ini, adik saya sekali lagi terpaksa dimasukkan ke wad kerana kaki kirinya pula patah selain muka bengkak selepas terjatuh daripada motosikal dan diseret di atas jalan.
“Saya geram dengan tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian, dia membonceng motosikal ditunggang bersama adiknya sebelum seorang lelaki menarik beg tangan disandangnya. “Peragut cuba tarik, tetapi tali beg terlilit di tangan menyebabkan ia sukar dilepaskan. Berang kerana gagal menarik beg tangan saya, peragut itu bertindak menendang motosikal menyebabkan adik saya tidak dapat mengawal sebelum kami berdua terjatuh,” katanya.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, dua beradik terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Jalan Perak, di sini, selepas keluar membayar duit pinjaman rumah.
Menurut Azlina, dia memang mahu melepaskan beg tangannya kerana memikirkan risiko bakal berlaku tetapi disebabkan tali terlilit, sukar untuk melepaskannya hingga menimbulkan kemarahan kepada peragut itu.
“Kami berdua menaiki motosikal ke bank kerana jalan agak sesak. Selepas membayar wang pinjaman rumah, kami bersiar-siar di kawasan terbabit dan ketika itu wang dalam beg saya masih ada RM1,000,” katanya.
Adiknya yang patah kaki dan cedera di muka itu kini masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP), tetapi keadaannya dilaporkan stabil.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
Mangsa banjir di Kerian meningkat
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan berkata mangsa banjir terbaru yang dipindahkan malam tadi membabitkan 59 orang dari Kampung Parit Mat Keling.
Kesemua mereka ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Merah, kata ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata kampung-kampung yang masih terjejas dengan banjir ialah Kampung Padang Lalang, Kampung Batu 40 Bukit Merah, Kampung Perlis, Kampung Ban Abu Hasan, Kampung Batu 38 Bukit Merah dan kampung Parit Ayer Hitam. - Bernama
63 musang dirampas
Oleh Mohd Rafi Mamat
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Pengarahnya, Khairiah Mohd Shariff berkata, hasil maklumat orang awam, pihaknya melakukan serbuan ke rumah lelaki terbabit dan menemui binatang berkenaan yang sudah dilapah tersimpan dalam peti sejuk dipercayai untuk diambil pihak kedua.
Menurutnya, siasatan mendapati lelaki terbabit mendapat bekalan haiwan berkenaan daripada penduduk setempat, selain dia turut aktif sebagai pemburu di kawasan hutan termasuk ladang kelapa sawit berhampiran penempatan mereka.
Katanya, selain menggunakan sumpit, haiwan berkenaan yang aktif pada waktu malam ditangkap menggunakan jerat dawai dan perangkap dengan umpan buah-buahan seperti nangka, cempedak dan pisang. “Kita difahamkan, lelaki yang ditahan bertindak sebagai peraih atau orang tengah dengan membeli haiwan terbabit daripada orang kampung dengan harga antara RM9 hingga RM15 seekor bergantung kepada saiz dan spesies.
“Musang berkenaan hanya untuk pasaran di beberapa daerah di negeri ini bagi memenuhi permintaan pemilik restoran haiwan eksotik yang sentiasa mendapat sambutan menggalakkan,” katanya di sini, semalam.
Khairiah berkata, untuk mengenal pasti spesies musang yang dirampas itu, pihaknya menghantar beberapa contoh ke jabatan kimia untuk dilakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum tindakan pendakwaan dilakukan terhadap lelaki yang ditahan.
Beliau berkata, di negara ini terdapat lebih lapan spesies musang dan hanya beberapa jenis saja diburu bagi tujuan hidangan eksotik, selain kulitnya dijadikan hiasan. Katanya, bagi kesalahan memiliki musang pulut dan musang tenggalung, mereka yang bersalah akan didakwa mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Menurutnya, bagi kesalahan memiliki musang akar, musang memerang, musang belang, musang lamri dan musang jebat yang dilindungi sepenuhnya, mereka terbabit boleh didenda RM500,000 dan lima tahun penjara “Kita akan terus melakukan pemantauan dan risikan bagi memastikan kegiatan menangkap musang tidak terus berlaku terutama di daerah ini. Tindakan tegas menanti individu yang terbukti melakukan kesalahan.
“Rekod kita mendapati banyak kes di daerah ini membabitkan masyarakat Orang Asli yang melakukan kesalahan memiliki binatang dilindungi untuk tujuan perniagaan dan mereka menjadi orang tengah kepada individu lain,” katanya.
Khairiah berkata, sebagai contoh, bukti tindakan tegas sudah diambil apabila seorang Tok Batin Kampung Air Molek di sini, dihadapkan ke Mahkamah Kuantan pada Ogos lalu selepas didapati bersalah memiliki pelbagai organ binatang seperti harimau kumbang dan kijang.
Sehubungan itu, dia berharap pihak yang mengetahui adanya aktiviti menangkap, memiliki dan menjual binatang dilindungi supaya menghubungi pejabat Perhilitan negeri atau daerah. “Unit Penguatkuasa akan segera bertindak bagi menyekat aktiviti berkenaan daripada terus berlaku dan mengheret mereka yang terbabit ke muka pengadilan,” katanya
No comments:
Post a Comment