Cedera dibelasah tegur wanita buang sampah
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa yang berusia 25 tahun menegur perbuatan seorang wanita membuang sampah di kawasan awam.
Teguran mangsa membuatkan teman lelaki wanita terbabit yang berada di tempat kejadian tidak berpuas hati lalu memanggil rakannya untuk membelasah mangsa.
Menurut mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 25, teman lelaki wanita itu datang ke rumahnya bersama seorang rakan dengan membawa dua besi panjang.
Katanya, mereka mengetuk dan menendang pintu pagar rumahnya serta mencabar untuk berlawan.
“Saya cuba memberi nasihat, namun berlaku pertengkaran sebelum mereka memukul saya dengan menggunakan besi,” katanya di sini, semalam.
Katanya, lebih malang, dua lelaki itu mencekik lehernya hingga tidak boleh bernafas, namun bersyukur kerana dapat melepaskan diri.
Menurutnya, selepas kejadian itu, dua lelaki terbabit masih tidak berpuas hati dan mengajaknya bergaduh, namun dia menolak kerana tidak mahu perkara itu diperbesarkan.
Terjun dari apartmen elak dicekup
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, lelaki berusia 30-an terbabit bertindak terjun dari apartmennya di Mentari Court, di sini kerana menyangka polis melakukan serbuan, tetapi serbuan sebenarnya dijalankan oleh Jabatan Imigresen Selangor yang menjalankan penguatkuasaan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).
Pengarah Imigresen Selangor, Amran Ahmad, berkata operasi dijalankan itu bermula jam 11.30 malam membabitkan 86 anggota dan pegawai.
“Kami memeriksa lebih 200 warga asing terutamanya warga Afrika di kawasan berkenaan dan menahan 27 daripadanya yang melakukan pelbagai kesalahan imigresen,” katanya.
Ajal di tempat wuduk
Oleh Azahar Hashim
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Hishamsul yang bekerja sebagai penyelia berkata, dia pelik mendapati kawasan tapak pembinaan berkenaan sunyi tanpa kehadiran pekerja melakukan tugas masing-masing seperti biasa.
Berikutan itu, katanya, dia meronda di sekitar kawasan selain memeriksa tempat mengambil wuduk wanita yang dijadikan tempat tinggal pekerja asing.
“Ketika sampai, saya melihat kesan darah di pintu masuk lalu menyangka ia mungkin kesan darah ikan disiang pekerja terbabit.
“Saya masuk ke dalam dan terkejut melihat seorang lelaki dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di dalam bilik berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.
Menurutnya, dia langsung tidak mengenali lelaki terbabit kerana mukanya dipenuhi darah lalu menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian.
Katanya, dia mempunyai 10 pekerja menjalankan kerja pembinaan masjid berkenaan, namun mayat lelaki ditemui itu mungkin pekerja kepada subkontraktor lain yang turut melakukan kerja di tempat sama.
“Saya hampir pengsan selepas melihat mayat lelaki itu dalam keadaan mengerikan dan terus berlari keluar sebelum memaklumkan polis serta majikan saya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Law Tiang Huat berkata, pihaknya menerima laporan orang awam mengenai penemuan mayat seorang pekerja asing di kawasan berkenaan, jam 10 pagi.
Katanya, polis ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang lelaki warga Myanmar berusia 30-an.
“Mayat lelaki terbabit masih belum dikenal pasti identitinya kerana tiada pengenalan diri pada mangsa.
“Hasil pemeriksaan, pasukan forensik percaya mangsa kemungkinan dibunuh lebih seorang dan kejadian mungkin berlaku pada awal pagi tadi (semalam).
“Mangsa cedera di bahagian muka iaitu satu kecederaan di atas kening dan tiga kesan cedera di bawah bibir. Polis turut menemui sebatang kayu mempunyai kesan darah di tempat kejadian dipercayai digunakan suspek,” katanya.
Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mungkin diserang dengan senjata tajam berdasarkan kesan kecederaan, tetapi gagal menemui senjata terbabit.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintendan C Tharmalingam di talian 04-4906222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Usus, hati di luar badan
Oleh Mohd Idris Sulaiman
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Iman Taufik terpaksa menanggung derita apabila tidur dalam keadaan telentang sejak dilahirkan kerana tali pusat dan usus di atas abdomennya.
Selain itu, anak kelima pasangan Azman Abdullah, 32, dan Norhayama Ramli, 29, itu memerlukan penjagaan rapi bagi menghalang jangkitan kuman.
Norhayama berkata, mereka sekeluarga reda menerima ketentuan takdir dan setakat ini anaknya itu sihat sama seperti bayi normal lain.
“Pada usia kandungan 19 minggu, saya dimaklumkan bayi dikandung mengalami kecacatan dan selepas itu, kes berkenaan dirujuk ke Hospital Seri Manjung (HSM) dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lambor Kanan, dekat sini, kelmarin.
Norhayama berkata, biarpun dilahirkan tidak sempurna seperti empat lagi anaknya berusia antara lima hingga setahun, dia tetap memberikan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada Iman Taufik.
Dia ia juga sanggup tidak bekerja demi memberikan tumpuan sepenuh masa kepada bayi itu.
Penderitaan Iman Taufik mendapat perhatian Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Belanja, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan yang melawat keluarganya bersama Skuad Sayang Wanita Umno Bahagian Parit.
Bagi meringankan beban keluarga itu, Umno Parit mengesyorkan Iman Taufik dirujuk kepada pakar perubatan di Ipoh dengan segala kos ditanggung bersama Adun Belanja dan Bota.
“Kita bersimpati dengan nasib yang menimpa bayi kecil ini dan saya dimaklumkan, pembedahan hanya boleh dijalankan ketika Iman Taufik berusia tiga tahun.
“Sementara menunggu tempoh pembedahan, saya mengesyorkan kes ini dirujuk kepada pakar kanak-kanak bagi menjamin kesihatannya, katanya.
Terbakar dipanah petir
Mangsa, M Yakup M Salleh, 41, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Sarifudin Ishaqa, 31, parah selepas petir menyambar besi konkrit digunakan untuk membina bahagian atas rumah dua tingkat, kira-kira jam 3.30 petang.
Menceritakan detik mengerikan itu, adik mangsa, M Irfan berkata, ketika kejadian, dia berada di lokasi berasingan manakala abangnya bersama rakan sibuk melakukan kerja memasang besi konkrit berkenaan.
“Sebelum kejadian, keadaan cuaca masih cerah walaupun hujan mula turun dan kebanyakan pekerja lain sibuk melakukan tugas masing-masing, manakala abang saya mengangkat besi itu untuk dipasang pada tingkat atas rumah berkenaan.
“Secara tiba-tiba, saya menerima panggilan daripada rakan memaklumkan abang saya dipanah petir, manakala rakannya pengsan.
“Saya bergegas ke lokasi kejadian, namun tidak berani mendekatinya kerana bimbang disambar petir. Beberapa minit kemudian, barulah saya menghampiri abang dan melihat dia sudah tidak bernyawa,” katanya yang baru lima bulan bekerja di negeri itu.
Azan selamat nyawa guru
Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca apabila kira-kira 20 batang besi dibawa lori satu tan dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an itu tidak diikat dengan kemas sehingga ia terhumban menembusi cermin belakang kereta berkenaan.
Mangsa yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Telok Mas, berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Duyong, dekat sini, selepas menghadiri mesyuarat berkenaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Katanya, sebelum kejadian kereta dipandunya di lorong kanan Lebuh AMJ bergerak perlahan apabila menghampiri persimpangan Melaka Sentral diekori lori berkenaan yang sarat dengan muatan besi.
“Saya dari Sekolah Menengah Sri Tanjung, Klebang dan sebaik tiba di tempat kejadian semua kenderaan dipandu perlahan kerana ia berdekatan persimpangan dan tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat sebelum telinga berasa berdesing,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, terkejut dengan kejadian itu dia kemudiannya melihat ke bahagian belakang kereta dan mendapati sebahagian besi itu menembusi keretanya.
Katanya, panik dengan kejadian itu, dia segera menelefon ayah dan suaminya mendapatkan bantuan.
“Jantung saya seperti nak gugur apabila melihat besi itu nyaris kena saya. Mujur ketika kejadian saya bersandar di tingkap untuk mendengar azan.
Didera tiga penceroboh
Warga emas itu kerugian ribuan ringgit, malah menanggung kesakitan akibat ditumbuk penjenayah.
Menceritakan detik getir itu, Puziah yang juga ibu tunggal, berkata dia terjaga daripada tidur kerana mahu ke tandas membuang air kecil, kira-kira jam 3 pagi.
“Namun, sebaik melangkah keluar dari pintu bilik, saya ternampak kelibat tiga lelaki memegang parang di tangga dapur rumah.
“Mereka yang menyedari kemunculan saya kemudian terus menerkam dan menutup mulut saya. Saya sempat melawan dan bergelut tetapi secara tiba-tiba seorang daripada mereka bertindak menumbuk pipi saya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.
Puziah yang tinggal bersendirian selepas kehilangan suami sejak 10 tahun lalu berkata, penjenayah itu kemudian menggeledah masuk ke dalam bilik mencari barang berharga.
Anak angkat durjana
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
ya_t@hmetro.com.my
Lebih malang, warga emas dan isterinya yang mengalami angin ahmar terpaksa disembunyikan di tempat lain oleh kariah masjid bagi mengelakkan perbuatan kejam anak angkat warga emas itu berulang.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dipercayai dilakukan hanya kerana bapa angkatnya yang berusia 70 tahun enggan menukar hak milik dua rumah milik warga emas itu kepada nama wanita berkenaan.
Mendedahkan perbuatan tidak bertanggungjawab wanita berkenaan, Pengasas Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Muji Sulaiman berkata, anak pasangan berkenaan yang dipercayai hilang pertimbangan dan memukul kepala bapa angkatnya tanpa perasaan belas kasihan apabila warga emas itu enggan berbuat demikian.
“Pasangan warga emas itu mengambil wanita itu sebagai anak angkat sejak bayi memandangkan mereka tidak dikurniakan anak dengan harapan dia dapat menjaga mereka ketika tua.
“Namun, harapan mereka musnah apabila anak perempuannya gelap mata dengan harta yang dimilikinya. Warga emas itu mengaku sudah menukar hak milik tanah miliknya kepada nama anaknya.
“Tetapi dia masih tidak berpuas hati dan meminta bapanya memindahkan hak milik dua rumah kepada namanya dan apabila bapanya enggan, dia memukul lelaki malang itu di kepala,” katanya.
Akibatnya, warga emas malang itu terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala dan tidak berani pulang ke rumah kerana bimbang dipukul semula anak perempuan mereka.
“Namun, isteri warga emas itu bernasib baik kerana tidak diapa-apakan, mungkin kerana keadaannya yang tidak mampu berjalan dan lumpuh akibat angin ahmar,” katanya.
Muji berkata, ketika dihantar keadaan pasangan berkenaan menyedihkan dan mereka mengakui tidak menyangka anak yang dijaga dengan penuh kasih sayang sejak bayi sanggup berlaku kejam terhadap mereka.
Beliau berkata, perbuatan anak perempuan pasangan itu ibarat ‘susu yang diberi tuba yang dibalas’ kerana sanggup memperlakukan ibu bapa mereka sedemikian rupa.
Beliau berkata, selepas lebih sebulan berada di pusat jagaan itu, keadaan kesihatan kedua-dua warga emas itu bertambah baik, malah isteri warga emas itu juga sudah boleh berjalan menggunakan alat bantuan ‘walker’.
Pada masa sama, beliau menasihatkan ibu bapa menitik- beratkan ajaran agama kepada anak dan tidak terlalu bekerja keras bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.
Katanya, kebanyakan kes ini berlaku terhadap anak yang tidak mempunyai pengetahuan agama dan ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan sehingga mengabaikan anak tanpa disedari.
“Kita jangan terlalu meminta anak mengejar ilmu akademik semata-mata dan mengabaikan ilmu agama kerana perbuatan ini pasti memberi kesan negatif kepada anak.
“Malah, luangkan masa berkualiti dengan anak bagi mengelakkan mereka rasa terpinggir dan tidak mustahil mereka memperlakukan perbuatan sama apabila dewasa kelak.
“Tak guna kalau ketika kecil kita gembira dengan kejayaan mereka, tetapi apabila sudah tua, kita terpaksa menangis diabaikan anak,” katanya.
Sorok dalam stor elak perompak bersenjata
Difahamkan, dalam kejadian jam 5 pagi itu, tiada pelanggan di dalam kedai berkenaan dan hanya seorang pekerja bertugas.
Menurut sumber, pekerja berkenaan yang menyapu sampah di dalam kedai terkejut apabila tiga lelaki memakai topeng dilihat tergesa-gesa memasuki kedai dan menuju ke arah kaunter bayaran.
“Menyedari kehadiran suspek yang mengundang bahaya, pekerja berusia 20-an itu segera melarikan diri ke arah belakang kedai sebelum menyorok di dalam stor.
“Dia (pekerja) hanya menyaksikan tindakan ketiga-tiga suspek yang bersenjatakan pisau dan kayu melalui rakaman kamera litar tertutup di dalam stor itu,” katanya.
Menurut sumber, semua suspek ke kaunter bayaran sebelum membawa lari peti simpanan wang tunai yang menyebabkan kerugian RM1,500.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
No comments:
Post a Comment