Saturday, December 3, 2011

BILA TAK KIRA SUMBER PENDAPAT...HALAL ATAU HARAM...JANJI KAYA DAN SENANG....HUKUM ALLAH SERTA NERAKA TIDAK DIYAKINI LAGI...HUKUM ALLAH DITOLAK MENTAH2...INILAH TANDA2 AKHIR ZAMAN@DUNIA HAMPIR KIAMAT...

Bayar komisen lepas rompak

Oleh Hadzlan Hassan
hadzlan@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis antara empat yang ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan menyewakan senjata api jenis revolver .38 kepada pihak tertentu yang kemudian digunakan untuk melakukan jenayah termasuk rompakan.
Difahamkan, senjata berkenaan disewakan pada harga RM2,000 hingga RM5,000 dan bayaran dilakukan secara komisen menggunakan wang hasil rompakan.
Menurut sumber, kegiatan itu terbongkar selepas Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu menahan dua individu termasuk seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu pada 29 November lalu.

Sehari selepas penahanan itu, dua lagi anggota polis yang bertugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di sini, dicekup kerana disyaki menjadi antara individu yang mempunyai kaitan rapat berhubung kegiatan pengedaran serta penyewaan senjata api berkenaan.


“Dua anggota polis yang ditahan di ibu negara itu berusia pertengahan 20-an dan mereka baru berkhidmat antara empat hingga lima tahun.

Si comel di mahkamah

Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my

UNTUK DICAM...Cif Inspektor Hartisyah Abduhu bersama bayi perempuan berusia setahun di mahkamah, semalam.
UNTUK DICAM...Cif Inspektor Hartisyah Abduhu bersama bayi perempuan berusia setahun di mahkamah, semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang bayi yang nyaris dijual dengan harga RM21,000 menarik perhatian orang ramai yang hadir di Mahkamah Sesyen di sini, semalam apabila dibawa untuk tujuan pengecaman oleh seorang saksi yang juga pengadu dalam kes itu.
Bayi perempuan comel yang berusia setahun itu dicam saksi kelima pendakwaan, Norfatimah Ahmad, 43, sebagai bayi yang dibelinya daripada sebuah hospital swasta, tahun lalu. Dia dibawa ke mahkamah pada perbicaraan kes bekas jururawat, Gulab Jan Abdul Jabir, 49, atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan, tahun lalu. Gulab Jan didakwa memperdagangkan bayi perempuan berusia lapan bulan bagi tujuan eksploitasi di Hospital Taj, jam 2.10 petang, 1 November 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Bayi itu kini berada di dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga selesai perbicaraan kes itu. Norfatimah turut melakukan pengecaman terhadap individu yang ditemuinya ketika melakukan urusan pembelian bayi di Hospital Taj, Jalan Ipoh di sini, November tahun lalu iaitu pakar bedah, Datuk Dr Mohammad Feizal Abdullah dan anak perempuannya, Suraij Banu yang bekerja di hospital sama.

Mahkamah turut memanggil Datin Mumtaj Nashir Bee iaitu isteri Dr Mohammad Feizal bagaimanapun dia memberitahu mahkamah isterinya tidak dapat hadir kerana tidak sihat.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Amalina Ismail turut memberitahu mahkamah pihak pendakwaan gagal menyerahkan sapina kepada pembantu jururawat, Munirah Ali Bakar dan orang awam, Mohamed Kassim Ibrahim untuk dipanggil sebagai saksi pada tarikh perbicaraan akan datang.

Mahkamah menangguhkan perbicaraan di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain pada 13 hingga 17 Februari tahun depan.

Tendang bayi menangis

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

GEORGETOWN: Hanya kerana tidur terganggu akibat tangisan bayi perempuannya berusia sembilan bulan, seorang bapa 'naik hantu' dan tergamak menendang bayi itu dalam kejadian di rumah mereka di Lebuh Maccalum di sini, kelmarin.
Malah, dalam kejadian jam 7 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun terbabit turut didakwa menghempas bayinya ke atas tilam sebelum isterinya cuba mententeramkan keadaan.
Bagaimanapun, tindakan isterinya menyebabkan wanita itu turut menerima padah apabila ditendang suaminya sehingga meminta pertolongan ibu mentua yang tinggal serumah dengan mereka.

Menurut sumber, kejadian malang menimpa bayi itu berlaku ketika ibunya berada di dapur membancuh susu dan meninggalkan anaknya bersama suami yang sedang tidur di dalam bilik.


“Lelaki terbabit terjaga daripada tidurnya apabila anaknya menangis sebelum menengking dan memarahinya.


Kajang banjir besar!

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Naimah Mohamed
am@hmetro.com.my

TERENDAM...parkir pusat beli-belah dilanda banjir menyebabkan banyak kenderaan tenggelam.
TERENDAM...parkir pusat beli-belah dilanda banjir menyebabkan banyak kenderaan tenggelam.
TOLAK...seorang drebar cuba menyelamatkan teksinya.
TOLAK...seorang drebar cuba menyelamatkan teksinya.
KAJANG: Bandar Kajang lumpuh apabila ditenggelami air melebihi satu meter menyebabkan puluhan kenderaan tenggelam dan premis perniagaan dimasuki air selepas hujan lebat selama dua jam bermula jam 2.30 petang semalam.
Selain beberapa jalan utama di pusat bandar, beberapa kawasan penempatan turut ditenggelami air yang dikatakan melanda secara mendadak bermula jam 3.30 petang menyebabkan sembilan penduduk Kampung Jalan Kelapa terpaksa dipindahkan. Antara kawasan lain yang turut terbabit Jalan Bukit, Jalan Reko, Jalan Semenyih, Jalan Kampung Sungai Kantan dan Jalan Sungai Jelok.

Berpuluh kenderaan yang diletakkan di ruang meletak kereta di tepi jalan dan di dalam kompleks beli-belah, Metro Kajang dilaporkan tenggelam, malah air turut masuk ke aras bawah kompleks itu menyebabkan peniaga serta orang ramai kelam kabut. Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan kira - kira jam 3.51 petang dan 20 anggota dari Balai Bomba Kajang dan Cheras digerakkan ke lokasi kejadian.
“Lima orang termasuk tiga warga emas yang terperangkap di dalam rumah di Kampung Sungai Kantan berjaya dikeluarkan manakala empat orang lagi termasuk dua wanita diselamatkan di kawasan Kampung Jalan Kelapa.

“Usaha menyelamatkan mangsa dilancarkan di tiga kawasan utama yang dinaiki air sehingga ke paras dada iaitu Kampung Sungai Kantan, Kampung Jalan Kelapa dan Pasar Kajang,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, berdasarkan maklumat penduduk Kampung Jalan Kelapa, kejadian banjir semalam terburuk sejak 40 tahun lalu di mana 12 buah rumah di situ tenggelam sepenuhnya.

Temberang tak menjadi



ALOR SETAR: Taktik seorang calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendakwa meminjam motosikal rakannya tidak menjadi apabila dia dicekup dalam operasi bersepadu di persimpangan Masjid Aman, Jalan Kuala Kedah, di sini, malam kelmarin kerana memiliki motosikal curi.
Difahamkan, pelajar lelaki berusia 17 tahun itu dipercayai baru mencuri motosikal Honda di Jalan Stadium, di sini, jam 9 malam sebelum ditahan polis dua jam selepas itu.

Ketua Trafik Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah, berkata pelajar itu memberi alasan meminjam motosikal kawannya dan mahu pulang ke rumahnya di Kuala Kedah, di sini.
“Pelajar itu teragak-agak dan gagal memberitahu nama kawannya yang memberikan dia pinjam motosikal itu. Apabila disoal berkali-kali, barulah dia beritahu baru lepas mencuri motosikal itu di Jalan Stadium jam 9 malam.

“Dia beri alasan pinjam motosikal kawan dan nak balik rumah di Kuala Kedah dan apabila ditanya siapa nama kawannya itu, dia tidak dapat menjawab.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan siasatan lanjut masih dilakukan,” katanya selepas mengetuai operasi itu di sini, malam kelmarin.

No comments:

Post a Comment