Saturday, December 3, 2011

ALLAH BOLEH BUAT APA SAJA...ADAKAH KITA MALAS BERFIKIR...PENCURI TAK DIPOTONG TANGAN...YANG KENA CURI DAH BANYAK PATAH TANGAN DAN KAKI...DAH YANG MATI PUN DAH BANYAK...HUKUMLAH MEMANG TEPAT DAN TAK ADA SILAP...SILAP BUKAN SIFAT ALLAH SWT...

Minta tangkap Bush di Afrika

GEORGE W. BUSH (kanan) berjabat tangan dengan seorang penari tradisional semasa tiba di Lapangan TerbangAntarabangsa Kenneth Kaunda di Lusaka, Zambia semalam.


NEW YORK - Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International kelmarin meminta negara Habsyah, Tanzania dan Zambia menangkap bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush kerana melanggar hak asasi manusia semasa dia melawat Afrika dalam bulan ini.
Bush menjadi presiden dari tahun 2001 hingga 2009.
Semasa pemerintahannya, dia membenarkan penggunaan teknik mencurahkan air pada muka dan beberapa teknik soal siasat lain ke atas para tahanan.
Amnesty International dan beberapa pertubuhan hak asasi manusia yang lain menganggap teknik tersebut sebagai satu penderaan.
"Undang-undang antarabangsa mengkehendaki tidak ada syurga selamat untuk sesiapa yang bertanggungjawab melakukan penderaan.
"Habsyah, Tanzania dan Zambia perlu mengambil kesempatan ini dengan memenuhi tanggungjawab mereka dan menamatkan kebebasan daripada hukuman yang dinikmati George W. Bush setakat ini," kata seorang penasihat undang-undang kanan, Matt Pollard dalam satu kenyataan.
Pada Februari lalu, beberapa kumpulan hak asasi menyatakan Bush membatalkan satu lawatan ke Switzerland kerana ancaman tindakan undang-undang ke atasnya berhubung isu penderaan.
Para penganjur lawatan Bush itu menyatakan, lawatan tersebut dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan dan bukan kerana aduan jenayah.
Bush telah mempertahankan penggunaan teknik mirip kaedah melemaskan para tahanan yang terdiri daripada aktivis ekstremis bagi mengelak serangan pengganas pada 11 September 2001 berulang lagi di AS. Menurut Amnesty International, Bush melawat Afrika bagi membangkitkan kesedaran mengenai kanser. - Reuters


Polis bongkar rahsia 5 penculik

MOHD. ADNAN (kiri) dan pegawainya menunjukkan sebahagian barangan kes pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Penahanan lima suspek termasuk seorang wanita yang melarikan seorang budak berusia lima tahun bersama kereta BMW di Desa Jaya, Kepong dekat sini Isnin lalu membongkar kegiatan jahat mereka apabila didapati kesemuanya terlibat dengan 13 kes curi kereta, pecah rumah dan samun.
Kumpulan suspek yang tidak mempunyai gelaran berusia di antara 20 dan 34 tahun itu disyaki terlibat 10 kes di Ipoh dan Manjung, Perak serta masing-masing satu di Gombak, Ampang dan Kepong.
Modus operandi mereka ialah menggunakan ibu kunci untuk mencuri kereta yang diletakkan di kawasan sunyi, mengacukan senjata tajam untuk menyamun dan menceroboh rumah ketika penghuninya keluar bekerja.
Suspek dari Puchong, Kajang, Klang, Balakong dan Port Dickson, Negeri Sembilan itu telah bergiat sejak setahun lalu dan sanggup ke negeri lain untuk melakukan jenayah.


Hattan nafi cerai talak tiga


DETIK manis majlis pernikahan Hattan dengan Farah pada 11 November lalu.


KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal, Hattan menafikan gosip mengatakan dia telah menceraikan isterinya, Farah Asyikin, 32, dengan talak tiga selepas hanya seminggu berkahwin pada bulan lalu.
Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Sahabuddin, 47, berkata, gosip tersebut tidak benar dan berniat jahat.
Beliau turut membidas sikap pihak tertentu yang menulis tanpa bersandarkan etika.
"Menjatuhkan talak tiga adalah perbuatan paling zalim yang dilakukan lelaki kepada isteri.
"Saya tak akan ceraikan isteri dengan talak tiga, semua itu adalah fitnah!," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

 

Sebahagian besar bandar Kajang ditenggelami air


BANJIR kilat selepas hujan lebat petang semalam mengakibatkan sebahagian besar bandar Kajang lumpuh seketika.


KAJANG - Hujan lebat lebih sejam mulai pukul 2 petang semalam menyebabkan sebahagian besar daripada bandar ini ditenggelami air sehingga satu meter dalam masa hanya kira-kira 15 minit.
Ramai penduduk khususnya pemilik kedai dan pemandu kenderaan dikejutkan dengan limpahan air secara tiba-tiba khususnya di sekitar Plaza Metro Kajang.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, hujan lebat mengakibatkan air Sungai Jerlok melimpah dan membanjiri beberapa kawasan rendah di sekitar pusat bandar Kajang.
Menurut Mohd. Sani, beberapa premis perniagaan antaranya Plaza Metro Kajang, pasar besar dan sekitar pusat perniagaan berdekatan ditenggelami air.
"Air dikatakan naik mendadak sehingga ke paras pinggang, namun banjir kilat ini kembali surut lewat petang," katanya dengan menambah, kawasan lain yang turut dilanda banjir ialah pekan Semenyih berhampiran Jalan Bangi Lama dan Jalan Jerlok.


Mayat dalam semak dibunuh


IMRAN (tengah) dan pegawainya menunjukkan gambar barangan milik mangsa bunuh seperti kunci, jaket, tali pinggang dan seluar pada sidang akhbar di Sepang semalam.


SEPANG - Siasatan terhadap satu mayat lelaki yang ditemui di dalam belukar dekat landasan Express Rail Link (ERL) dari arah Putrajaya ke stesen KL Sentral, Presint 11, Putrajaya pada 23 November lalu mendapati mangsa telah dibunuh selepas dipukul.
Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, mayat yang belum dikenal pasti itu telah mati di antara dua minggu dan dua bulan ekoran keadaannya yang berulat.
Katanya, punca kematian mangsa akibat pukulan kuat di kepala.
"Bedah siasat mendapati dagu kanan, dua tulang rusuk kiri dan kanan mangsa patah manakala tengkorak kanan dan patang tulang pipi kanan pula retak.
"Mangsa berusia lingkungan 30 dan 40-an itu mempunyai ketinggian di antara 1.63 dan 1.69 meter. Hidungnya juga patah, hilang gigi rahang serta terdapat implan pada tangan kanan dan kaki kanan yang dipakai ekoran terlibat dalam kemalangan," katanya.


Dijel 2 tahun buang bayi sendiri


NURUL IZZATI SYAZWANI diiring keluar dari Mahkamah Majistret Tampin, Negeri Sembilan semalam.


TAMPIN - Perbuatan kejam seorang kerani sebuah kolej yang tergamak membuang bayi sendiri selepas dilahirkan di dalam semak 22 November lalu berbalas apabila dia dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Nurul Izzati Syazwani Zulkarnian, 23, diarahkan menjalani hukuman tersebut selepas Majistret Mahyon Yusuf mendengar pengakuan bersalah tertuduh.
Pertuduhan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan itu menyatakan tertuduh sengaja menyembunyikan kelahiran sebelum membuang bayi itu di dalam satu kawasan semak di Jalan Batu Belang, Jalan Tampin di sini kira-kira pukul 6.30 petang.


Beg diragut selepas pinjam wang


Siti Mariam masih terlantar di Hospital Pulau Pinang semalam selepas cedera ketika cuba menghalang peragut melarikan beg tangan kakaknya.


GEORGE TOWN – Tekad dua beradik cuba menyelamatkan beg tangan yang diragut seorang lelaki di Jalan Masjid Kapitan Keling, di sini tidak berhasil apabila motosikal mereka ditendang suspek sehingga terbabas kelmarin.
Akibatnya, Siti Mariam Zulkifli, 25, bersama kakaknya, Noor Azlinah, 40, cedera selepas tersungkur di bahu jalan dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu.
Siti Mariam cedera di muka dan patah tangan kanan dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala kakaknya hanya luka ringan di tangan.

No comments:

Post a Comment