Wednesday, January 11, 2012

ADAKAH ARTIS NI MENYUMBANG KEBAIKAN ATAU SEBALIKNYA..IA LEBIH DISANJUNG DARI ULAMAK2 SERTA2 ORANG MENGAJAK KEBAIKAN SERTA MENCEGAH MUNGKAR...APA KAH MEREKA DISANJUNG JUGA DIAKHIRAT...TANYA MUFTI2...

Jeritan cucu dimamah api

Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my

BELURAN: Seorang datuk hanya mampu mendengar jeritan cucunya bergelut dengan maut sebelum kanak-kanak itu rentung di dalam biliknya selepas rumah mereka di Kampung Kuala Sapi, di sini, terbakar pada jam 8.30 malam kelmarin.
Selepas api berjaya dipadamkan anggota bomba dan penyelamat, Antang Angkut, 68, tidak mampu menahan sebak dan air matanya bercucuran sebaik melihat jasad cucunya, Eveyuna Elze John, 5, dalam keadaan tidak sempurna.
Menurut Antang, ketika kejadian, dia dan ibu bapa serta dua adik Eveyuna menikmati makan malam, manakala kanak-kanak itu tidur di dalam bilik.

“Tiba-tiba saya terdengar letupan dari dalam bilik Eveyuna. Apabila saya pergi ke bilik untuk mengetahui apa berlaku, saya terkejut melihat api sudah marak.


“Saya cuba masuk ke dalam bilik, tapi gagal. Saya beberapa kali memanggil Eveyuna, namun tiada sahutan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tak sempat merompak

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

PERIKSA...anggota polis memeriksa mayat penjenayah, semalam.
PERIKSA...anggota polis memeriksa mayat penjenayah, semalam.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat  penjenayah yang ditembak mati.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat penjenayah yang ditembak mati.
KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditembak mati manakala seorang lagi melarikan diri selepas berbalas tembakan dengan anggota polis ketika kumpulan itu dalam perjalanan untuk menyamun berdekatan sebuah pasar raya di Wangsa Maju, di sini, petang semalam.
Kumpulan lelaki terbabit dipercayai aktif merompak bank, samun kereta mewah dan samun di sekitar Kuala Lumpur dan Kelantan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata pihaknya menerima maklumat mengenai sebuah kereta Proton Putra berwarna putih sedang berlegar-legar berdekatan kawasan pasar raya itu yang disyaki penjenayah, kira-kira jam 4.15 petang.

Menurutnya, sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian dan ketika pihaknya sedang mengintip kenderaan itu, kereta yang dinaiki tiga penjenayah terbabit memecut laju sebelum dikejar.


“Ketika itu, kumpulan penjenayah terbabit sempat melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum dibalas anggota menyebabkan dua daripada mereka mati.

Aaron cedera

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my

AARON...bengkak kaki.
AARON...bengkak kaki.
KUALA LUMPUR: Hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz, 36, melalui detik mencemaskan apabila terjatuh dari bumbung kereta ketika melakonkan adegan lagak ngeri ketika penggambaran filem KL Gangster 2, di Wangsa Maju, di sini.
Aaron berkata, kejadian jam 3 petang, Sabtu lalu itu berlaku ketika dia melakonkan adegan bertumbuk dengan pelakon Rosyam Nor.

“Ketika terjatuh dari atas kereta, keadaan saya masih terkawal dan tidak berasa kesakitan, tetapi sejak Ahad lalu kaki saya mula berdenyut-denyut dan semakin sakit malam Isnin,” katanya ketika dihubungi semalam.
Berikutan itu, pada malam sama Aaron mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Tropicana, Damansara, dekat sini, dan diberikan tiga suntikan di tangan, badan dan punggung.

“Doktor memaklumkan kaki saya tidak mengalami keretakan hanya bengkak biasa. Berikutan itu saya diberikan cuti beberapa hari untuk berehat,” katanya.

Menurut Aaron, dia akan menyambung penggambaran seterusnya selepas keadaannya pulih dan insiden itu akan membuatkannya lebih berhati-hati.

Sementara itu, pengarah filem KL Gangster 2, Syamsul Yusof ketika dihubungi semalam berkata, kecederaan Aaron tidak serius seperti digembar-gempurkan pihak tertentu, sehingga ada yang meletak kesalahan ke atasnya dengan dakwaan dia mengabaikan keselamatan pelakon.

“Tidak timbul soal abaikan keselamatan kerana ketika penggambaran dijalankan kami memang mengambil berat soal keselamatan,” katanya.
Menurut Syamsul, dia sudah berjumpa Aaron petang semalam untuk mengetahui keadaannya dan lega kerana kecederaan pelakon itu tidak serius.

Katanya, ketika kejadian itu berlaku, Aaron memegang watak sebagai Malik dan bergaduh dengan Tailong (Rosyam) ketika aksi pergaduhan berlaku di atas bumbung kereta.

“Dalam adegan pergaduhan itu, cermin kereta pecah dan Aaron jatuh daripada kereta, ketika itulah dia cedera. Kejadian sebegitu memang tidak diduga dan selepas berjumpa Aaron, dia sendiri memberitahu saya keadaannya tidak serius.

“Buat masa ini, saya akan melihat kepada kemampuannya untuk meneruskan lakonan. Sekiranya kesihatannya tidak mengizinkan, saya akan membenarkan dia berehat seketika,” katanya.

Menurutnya, penggambaran KL Gangster 2 kini sudah 80 peratus siap dan baki 20 peratus lagi membabitkan babak berat yang dilakonkan Aaron. Syamsul berkata, filem itu memerlukan Aaron melalui 50 hari penggambaran termasuk 15 hari melakonkan aksi lasak.

“Saya menafikan tuduhan pihak tertentu yang menuduh keghairahan saya menyiapkan filem antara sebab Aaron tercedera. Tuduhan itu sangat melulu dan bertujuan menjatuhkan saya,” katanya.

No comments:

Post a Comment