Warga emas kurung gadis
KOTA BHARU – Kegiatan terkutuk seorang warga emas berusia 61 tahun yang menjadikan seorang wanita Indonesia sebagai alat untuk memuaskan nafsunya sejak enam bulan lalu memakan diri apabila dia ditahan di sebuah pondok di kawasan perkuburan terbiar di Jalan Kubur Kuda di sini.
Suspek yang telah berkahwin itu ditahan Rabu lalu selepas gadis berusia 24 tahun tersebut membuat laporan polis.
Difahamkan, kawasan perkuburan itu tidak lagi digunakan dan suspek menggunakan dua buah pondok di situ untuk memperkosanya.
Sebelum merogol, suspek dikatakan akan memakan ubat kuat.
Episod duka mangsa berlaku apabila dia dibawa pulang ke rumah suspek di Jalan Limau Manis di sini yang terletak kira-kira 500 meter dari pondok tersebut selepas dia ditemui di pejabat imigresen di Jalan Telipot di sini, Jun tahun lalu.
Mangsa pergi ke pejabat pihak berkuasa itu untuk meminta pertolongan selepas dia lari dari majikannya di Wakaf Baru. Sebaik tiba di pejabat itu, kakitangan jabatan itu telah pulang.
Suspek yang merupakan pengutip kotak kemudian menawarkan tempat tinggal kepada gadis itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Idris Abd. Rafar (gambar kecil) berkata, suspek kemudian mengugut mangsa supaya tidak keluar rumah bagi mengelakkan dikesan jiran-jiran dan pihak berkuasa.
Katanya, isteri suspek yang tidak mengesyaki apa-apa membiarkan suaminya membawa keluar mangsa pada waktu malam kononnya bagi membantu mencari kotak.
Sindiket curi lori RM1 juta tumpas
BAGAN SERAI - Kerisauan pemandu di daerah Kerian di sini mengenai kecurian lori sejak tiga bulan lalu berakhir apabila polis menahan empat lelaki bergelar Geng Maday Rabu lalu.
Suspek-suspek berusia lingkungan 20 dan 40-an tersebut ditahan bersama 11 buah lori yang dicuri di sekitar daerah ini dan Nibong Tebal, Pulau Pinang sejak Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mohd. Fauzi Nayan berkata, kesemua suspek itu ditahan selepas pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menangani kejadian tersebut.
Katanya, polis menerima enam laporan mengenai kehilangan lori di sekitar daerah Kerian sejak tiga bulan lalu termasuk yang terbaharu di Taman Pekan Baru, Parit Buntar dekat sini pada 2 Januari lalu.
"Risikan polis membawa kepada penahanan empat anggota sindiket terbabit yang dipercayai turut mencuri sekurang-kurangnya lima lori di Nibong Tebal," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, soal siasat kemudian menemui lori yang dilaporkan hilang 2 Januari lalu di kawasan Jalan Kuala Kangsar, Ipoh kira-kira 120 kilometer dari sini tiga hari kemudian.
Menurut Mohd. Fauzi, siasatan awal mendapati kesemua lori yang ditemui itu dalam proses untuk dileraikan sebelum komponennya seperti enjin, tayar, stering, rim, kotak gear dan ekzos bernilai lebih RM1 juta hendak dijual di beberapa pusat pengumpulan barangan lusuh di sekitar Ipoh.
"Modus operandi Geng Maday ialah mencuri lori yang diletakkan di tepi-tepi jalan pada waktu malam dan awal pagi dengan mencantum wayar untuk menghidupkan enjin lori," katanya.
Ujar Mohd. Fauzi, suspek menerima bayaran sebanyak RM3,000 bagi setiap lori yang dicuri dan polis sedang menjejaki seorang dalang sindiket berusia 58 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Guna Facebook pesong akidah
SEREMBAN - Golongan remaja khususnya wanita Islam dinasihat supaya berhati-hati ketika berkenalan dengan individu tidak dikenali di Facebook kerana terdapat aktiviti untuk memesongkan akidah mereka menggunakan laman sosial berkenaan.
Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, perkara itu terbongkar selepas kajian yang dijalankan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) baru-baru ini.
Katanya, trend terbaharu itu cukup membimbangkan memandangkan golongan remaja kerap berkenalan dengan individu tidak dikenali di Facebook.
"Bermula dengan berkenalan, kemudian membuahkan bibit-bibit cinta. Jadi ketika bercinta apa sahaja mereka sanggup lakukan termasuklah keluar daripada agama Islam.
686 permohonan murtad direkod
January 8, 2012
Pengerusinya, Azmi Abd Hamid berkata, jumlah tersebut menggambarkan isu murtad sebagai isu besar yang perlu diberi perhatian dan ditangani semua pihak.
“Jumlah tersebut adalah analisa terkini yang kita peroleh menerusi permohonan murtad dilakukan di Mahkamah Syariah.
“Sebagai contoh, di Pulau Pinang sahaja, sebanyak 36 permohonan murtad diterima dan ia bukan jumlah yang kecil,” katanya selepas selesai program Himpunan Sejuta Umat Peringkat Negeri Sembilan di Stadium Tertutup Paroi.
Menurutnya, sebahagian besar permohonan yang diterima untuk keluar Islam terdiri daripada golongan saudara baru.
“Secara umumnya, permohonan paling tinggi daripada saudara baru. Dalam kalangan umat Islam pula, gejala murtad banyak melibatkan golongan remaja berusia lingkungan 20-an.
“Antara faktor berlakunya gejala murtad ini adalah masalah kemiskinan, kesempitan hidup dan juga ilmu Islam yang masih kurang mendalam menyebabkan mereka ingin menukar agama,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya turut mengesan kaedah terbaru cubaan menghasut umat Islam keluar agama menerusi laman sosial.
“Mangsa terdiri daripada remaja perempuan yang terpengaruh melalui perkenalan di laman sosial, di ikuti pertemuan sehingga menerbitkan cinta, sebelum menghasut mangsa untuk keluar agama.
“Kita telah merekodkan peng akuan mangsa sendiri yang mendakwa diri mereka murtad. Namun, dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kita berjaya mengembalikan mangsa kepada ajaran Islam semula,” katanya.
No comments:
Post a Comment