Thursday, January 12, 2012

MERUPAKAN BALA@MUSIBAH AGAR KITA MUHASABAH DIRI...ADAKAH JAUH DARI ALLAH ATAU PERKARA MUNGKAR YANG KITA BUAT...CUMA RASA TIDAK KERANA TELAH BIASA...YANG HARAM SUDAH TIDAK TERASA HARAM LAGI...

Wardina sorok bawah selimut

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

BERSELERAK...Wardina dan Ikhwan menunjukkan barang-barang milik mereka yang digeledah penyamun.
BERSELERAK...Wardina dan Ikhwan menunjukkan barang-barang milik mereka yang digeledah penyamun.
AMPANG: “Saya menyorok dalam selimut sambil memeluk tiga anak kerana takut dicederakan. Kami membaca ayat suci al-Quran minta dilindungi dan memohon tiga penyamun itu cepat keluar dari rumah.
“Tiba-tiba mereka menarik selimut dan minta saya serahkan barang kemas.
Ketika itu, saya hanya terfikir jika mereka sentuh saya, saya akan lawan dan pertahankan diri sampai mati,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32.

Personaliti televisyen itu yang masih trauma dan menggigil ditemui selepas rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini, disamun tiga lelaki warga asing bersenjata pemutar skru, pada jam 3 pagi semalam.

Dalam kejadian lebih setengah jam itu, Wardina kerugian lebih RM20,000 membabitkan sebentuk cincin, dua komputer riba, satu iPad, empat telefon bimbit dan wang tunai.
Menurutnya, ketika kejadian dia bersama lima lagi ahli keluarga iaitu suaminya, Ikhwan Johari, 37, tiga anak, Amna Nafeesa, 8, Azra Sareera, 6, dan Imran Arrazi, 3, serta seorang saudara perempuannya tidur.

Budak mandi asid

Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my

DERITA...badan, muka dan tangan Ali  berbalut akibat terkena percikan kimia.
DERITA...badan, muka dan tangan Ali berbalut akibat terkena percikan kimia.
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun cedera di muka, dada, tangan dan leher akibat terkena percikan sejenis bahan kimia yang ada dalam satu tin logam ditendang kakaknya ketika dua beradik itu melalui sebuah kilang dipercayai beroperasi secara haram di Jalan Meranti 7, Taman Rinting, Masai, di sini.
Dalam kejadian jam 8.30 malam pada 3 Januari lalu, Mohd Ali Baser, anak keempat daripada lima beradik dalam perjalanan ke kedai di kawasan berhampiran bersama kakak sulungnya, Aida, 11 dan kilang itu terletak kurang 100 meter dari rumah mereka.

Wakil masyarakat Sabah di Johor, Alex Puspah yang dimaklumkan kejadian itu oleh keluarga dan jiran mangsa yang menyaksikan insiden berkenaan berkata, akibat percikan cecair berkenaan, muka, dada, tangan dan leher Ali menjadi kehitam-hitaman seolah-olah terbakar.
Menurutnya, ibu Ali, Salbiah Mayong, 32, yang sedang melayan anak bongsu berusia enam bulan terkejut apabila Ali berlari masuk ke rumah sambil menjerit kesakitan.

“Melihat Ali sedemikian rupa, abang mangsa, Ishak yang berusia sembilan tahun segera menyimbah adiknya menggunakan air paip di luar rumah menyebabkan wajah Ali bertukar kemerah-merahan,” katanya,” semalam.

Menurut Alex, saksi kejadian memaklumkan mengenai kejadian itu. Katanya, ketika itu Ali tidak berhenti menangis menyebabkan keluarganya panik manakala bapa kanak-kanak itu, Baser Maid, 33, pergi ke kilang berkenaan untuk menyiasat.

“Saya dimaklumkan, ketika kejadian Aida menendang satu tin dan percikan cecair dalam tin yang diletak di depan kilang itu mengenai Ali. Penduduk pergi ke kilang terbabit dan mereka mengatakan ia bukan petrol seperti sangkaan awal.

“Pekerja warga asing di kilang itu berkata, cecair itu adalah minyak hidrolik,” katanya.
Menurut Alex, keluarga Ali membawanya ke Klinik Penawar Masai sebelum kes dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Ali ditahan di wad HSA selama seminggu sebelum dibenarkan pulang Isnin lalu dan kecederaan dialaminya menyebabkan Ali tidak boleh bercakap selama tiga hari. “Doktor membenarkan Ali pulang namun dia perlu ke HSA setiap hari untuk mencuci kecederaannya. Setahu saya, sejak kejadian sehingga hari ketiga, pemilik kilang dipercayai berusia lingkungan 40-an baru sekali bertemu keluarga mangsa,” katanya.Menurut Alex, selepas kejadian kecoh diperkatakan, barulah pengurusan kilang terbabit datang dan berjanji menanggung semua perbelanjaan, sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah pun melawat Ali di HSA, seolah-olah mahu lepas tangan. Alex turut mempertikaikan bagaimana premis itu boleh beroperasi menggunakan bahan kimia berbahaya sedangkan kedudukannya berhampiran kediaman.

“Kilang terbabit dipercayai sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu dan jika tiada tindakan tegas dikenakan, saya khuatir kejadian lebih buruk berlaku,” katanya.


‘Nanti beta datang lagi’

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Husni Mohd Noor

MISTERI...seluar dalam suspek sengaja ditinggalkan di belakang rumah mangsa di Gunung Rapat.
MISTERI...seluar dalam suspek sengaja ditinggalkan di belakang rumah mangsa di Gunung Rapat.
BUKTI...nota tulisan tangan ditinggalkan di rumah mangsa.
BUKTI...nota tulisan tangan ditinggalkan di rumah mangsa.
IPOH: Tindakan seorang lelaki yang memecah masuk beberapa rumah penduduk sebelum meninggalkan nota misteri dan seluar dalam yang sudah dipakainya, menggemparkan penduduk sekitar Gunung Rapat dan Taman Silibin, di sini.
Lelaki itu didakwa sengaja menakutkan-nakutkan penduduk kerana kandungan nota yang diletakkan memaklumkan dia akan datang semula ke rumah mangsa pada lewat malam.
Setakat ini, tiga gangguan dikesan dilakukan suspek di sekitar kawasan berkenaan termasuk kejadian terbaru, membabitkan rumah seorang pensyarah wanita di Gunung Rapat, semalam.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nonie, 37, berkata dia hanya menyedari rumahnya diceroboh suspek ketika bangun daripada tidur untuk menyiapkan persekolahan anaknya pada jam 6 pagi.


Menurutnya, pembantu rumah yang menyediakan sarapan di dapur memberitahu dia mendapati ada kertas diselitkan di bawah pintu belakang rumah.

No comments:

Post a Comment