Sunday, January 8, 2012

BILA KEKAYAAN YANG ADA DIGUNAKAN UNTUK BERMEWAH2...BUKAN DIHABISKAN UNTUK PENYEBARAN@MEMBANGUNKAN ISLAM ...YANG KEUNTUNGAN BERLIPAT2 GANDA DIAKHIRAT...SERTA KEKAL...

Gadis maut dihempap pokok
SITI NOOR SEPEE
January 8, 2012
gadis dihempap pokok
JOHOR BAHRU - Seorang gadis maut selepas kereta dinaiki bersama rakan lelakinya dihempap sebatang pokok dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, di Persimpangan Jalan Gertak Merah-Jalan Dato’ Menteri, di sini, semalam.

Mangsa, Sintayana Abas, 25, yang juga pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pontian, dipercayai dalam perjalanan dari Plaza Larkin Sentral untuk ke institut kemahiran berkenaan selepas pulang dari rumah keluarganya.

Ibu mangsa, Tuminah Abu Yamin berkata, anak ketujuh daripada sembilan adik-beradik itu pulang ke rumahnya di Felda Bukit Aping, Kota Tinggi kerana bercuti dan tidak menyangka tragedi itu menimpa anaknya.

“Makcik mendapat panggilan daripada kakaknya, Kartini Abas, memaklumkan Sintayana kemalangan.

“Namun ketika itu, dia tidak memaklumkan bahawa adiknya itu telah meninggal dunia,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Rumah Mayat, Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, semalam.

Menurutnya, sebelum bertolak dari rumah, mangsa ada memberitahu, rakan lelakinya yang dikenali sebagai Farhan akan menghantarnya ke tempat dia belajar, sejurus tiba ke Johor Bahru dengan menaiki bas.

“Mereka (Sintayana dan Farhan) memang sudah lama berkawan, malah dia pernah memaklumkan saya dan ayahnya, Abas Jantan, untuk berkahwin selepas tamat belajar,” katanya.

Sementara itu, Kartini ketika ditemui berkata, mangsa sempat pergi ke rumah semua adik-beradiknya termasuk yang tinggal di Kuala Lumpur ketika dia bercuti baru- baru ini.

“Saya orang pertama yang mendapat berita tentang kematian Sintayana daripada rakan sekampung.

“Rakan berkenaan mengetahuinya daripada seorang saudara yang tinggal di sini. Saya yang mendapat tahu berita itu terus menghubungi ibu termasuk ahli keluarga lain,” katanya.

Jenazah akan dikebumikan di tanah Perkuburan Felda Bukit Aping, Kota Tinggi, manakala Farhan yang cedera parah di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner, Zai­nuddin Yaacob mengesahkan kejadian terbabit dan mengklasifikasikannya sebagai kes mati mengejut (SDR).

Orang ramai atau saksi kejadian kemalangan terbabit diminta untuk menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.



Maut kereta dihempap dahan pokok


KAWASAN lokasi kejadian kereta yang dinaiki Sintayana dihempap dahan pokok tembusu di persimpangan Jalan Gertak Merah - Dato' Menteri, Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU - Seorang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pontian maut manakala teman lelakinya parah apabila kereta yang dinaiki dihempap dahan pokok tembusu di persimpangan Jalan Gertak Merah - Dato' Menteri berhampiran Sekolah Kanak-Kanak Istimewa Johor Bahru di sini semalam.
Dalam kejadian 3.30 petang itu, Sintayana Abas , 25, yang mengikuti kursus jahitan di IKBN berkenaan maut dipercayai akibat kecederaan di kepala manakala teman lelakinya yang parah dikenali sebagai Farhan, 25.
Difahamkan ketika kejadian, hari hujan dan mangsa dalam perjalanan dari arah Zoo Johor ke pusat bandar raya dan apabila tiba di lokasi berkenaan tiba-tiba sebatang dahan menghempap kereta jenis Proton Saga yang dipandu Farhan.

Mayat tertiarap dalam parit
Wartawan Sinar Harian
January 7, 2012
Mayat tertiarap dalam parit
MUAR – “Saya nampak basikal, lalu menghampiri parit dan terkejut lihat seorang lelaki tertiarap dalam parit ini,” kata saksi kejadian penemuan mayat seorang warga emas dalam parit di Jalan Sungai Abong, berhadapan Lembaga Hasil Da­lam Negeri (LHDN) di sini, kelmarin.

Lee Boon Tong, 50, berkata, dia menyedari kejadian itu pada jam 6.05 petang semasa dalam perjalanan dari rumahnya di Lorong Jelawat, Jalan Sungai Abong menuju ke Bandar Muar.

Menurutnya, setibanya di persim­pangan berhampiran tempat kejadian, dia ternampak sebuah basikal berada dalam parit.

“Saya musykil dan tergerak hati untuk menghampiri parit itu dan terkejut mendapati seorang lelaki berada dalam parit yang mengandungi air.

“Lelaki itu dijumpai dalam keadaan tertiarap dan mukanya tersembam dalam air parit,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di tempat kejadian.

Boon Tong berkata, dia segera menjerit meminta pertolongan orang ramai dan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ahmad membantunya dengan menghubungi polis.

Jelasnya, dia menghampiri parit tersebut pada jarak lebih dekat dan mendapati lelaki berkenaan sudah tidak lagi bernafas dan terdapat kesan luka pada bahu kirinya.

Dia menjadi lebih terkejut apabila mengetahui lelaki dalam parit itu adalah rakannya, Gan Kim San, 60,

“Kim San sering menggunakan basikal untuk pergi ke mana-mana dan sebelum kejadian dipercayai dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari sebuah kedai berhampiran.

“Dia belum berkahwin dan tinggal bersama-sama kedua ibu bapanya yang sudah uzur,” katanya.

Namun katanya, lebih menyedihkan Kim San menemui ajal dalam keadaan yang menyayat hati dan kejadian berlaku hanya pada jarak 100 meter dari rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, kematian mangsa dipercayai akibat lemas disebabkan keadaan mukanya yang tersembam dalam air parit itu.

“Insiden itu tiada kaitan dengan langgar lari berdasarkan tiada kesan pelangga­ran pada basikal mangsa.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), sebelum dituntut keluarganya,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di talian 06-9526222,” katanya.


Saya sudah serik nak bercinta - Norzila

MELAKA – Mangsa tikaman cemburu, Norzila Alismadi, 22, kini serik untuk bercinta dengan menerima lelaki selepas nyaris maut ditikam di perut oleh kekasihnya sendiri lewat malam Khamis lalu.
Menurut anak kelima daripada enam beradik itu, dia masih terbayang-bayang kejadian itu sehingga menyebabkannya fobia untuk bercinta dengan lelaki.
“Dalam masa terdekat ini saya tidak akan bercinta dengan lelaki, masa depan tak tahu lagi.
“Kalau ditakdirkan saya bercinta semula di masa hadapan, saya akan lebih berhati-hati memilih pasangan,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka semalam.
Kosmo! muka depan semalam melaporkan Norzila ditikam sebanyak dua kali diperut oleh kekasihnya, seorang duda anak satu hanya kerana perasaan cemburu dan tidak puas hati yang meluap-luap apabila gadis berkenaan mahu memutuskan hubungan.
Kejadian pukul 10 malam di belakang sebuah restoran makanan segera di Lebuh Ayer Keroh di sini itu menyebabkan Norzila yang bekerja di premis berkenaan nyaris kehilangan nyawa sebelum diselamatkan oleh rakan sekerjanya yang bergegas membawanya ke Hospital Melaka.
Difahamkan, Norzila ingin memutuskan hubungan yang terjalin sejak lapan bulan lalu selepas tidak tahan dengan sikap suspek yang tidak bekerja selain dia dipaksa membayar ansuran bulanan kereta suspek sebanyak RM420.
Norzila berkata, sebagai langkah berhati-hati, dia selepas ini akan menyiasat latar belakang bakal teman lelakinya sebelum bercinta.


Lelaki maut dipercayai terlebih ambil ubat kuat

08/01/2012 3:34pm

JAKARTA — Seorang lelaki warganegara Malaysia ditemui mati di sebuah bilik hotel di sini pagi Ahad dan polis percaya beliau mati akibat terlebih mengambil ubat kuat (peransang seks).
Difahamkan mayat lelaki berusia 56 tahun itu dijumpai pada kira-kira pukul 5 pagi. Beliau berasal dari Selangor.
Polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat. Jenazahnya dihantar ke rumah mayat Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM) untuk bedah siasat.
Polis telah memaklumkan kejadian itu kepada Kedutaan Besar Malaysia di sini. — BERNAMA


Guna Facebook pesong akidah



SEBAHAGIAN orang ramai yang hadir pada program Himpun di Paroi, Seremban semalam.



SEREMBAN - Golongan remaja khususnya wanita Islam dinasihat supaya berhati-hati ketika berkenalan dengan individu tidak dikenali di Facebook kerana terdapat aktiviti untuk memesongkan akidah mereka menggunakan laman sosial berkenaan.
Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, perkara itu terbongkar selepas kajian yang dijalankan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) baru-baru ini.
Katanya, trend terbaharu itu cukup membimbangkan memandangkan golongan remaja kerap berkenalan dengan individu tidak dikenali di Facebook.
"Bermula dengan berkenalan, kemudian membuahkan bibit-bibit cinta. Jadi ketika bercinta apa sahaja mereka sanggup lakukan termasuklah keluar daripada agama Islam.


Lelaki terminum racun rumpai kini makin kritikal

TELUK INTAN - Abdul Wahab, 59, lelaki yang terminum racun rumpai dipercayai dorongan bisikan misteri pada Rabu lalu dilaporkan kini semakin kritikal di Unit Rawatan Rapi, Hospital Teluk Intan di sini semalam.
Isterinya, Zaleha Anuari, 48, berkata, doktor yang merawat suaminya mengesahkan Abdul kini sudah berada pada tahap 95 peratus dalam keadaan koma.
"Jika sebelum ini suami saya boleh menggerakkan sedikit jari tangan apabila kami sekeluarga cuba berkomunikasi dengannya, namun sejak malam semalam (kelmarin) tidak lagi.
"Keadaan ini membuatkan kami sekeluarga pasrah menghadapi apa juga kemungkinan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.


Nikon D4 masuki pasaran awal Februari


KAMERA SLR digital Nikon D4


KUALA LUMPUR - Kamera SLR digital pro terbaharu Nikon D4 akan memasuki pasaran Malaysia pada awal Februari, kata Pengurus Kanan Perkhidmatan Profesional Nikon, Jabatan Pemasaran Produk Pengguna, Mahfooz NR.
D4, kamera Nikon FX-format yang merupakan model kebanggaan baharu dalam barisan kamera SLR digital Nikon itu akan dipamerkan pada Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa (CES) 2012 yang akan berlangsung pada 10 hingga 13 Januari di Las Vegas, Nevada, katanya.
Kamera itu menggunakan enjin pemprosesan imejan Expeed 3 yang dioptimumkan khusus bagi kamera DSLR, kata Pengurus Besar Jabatan Pemasaran Produk Penggunanya, David Ng pada majlis pelancaran model itu semalam.
Nikon Malaysia menjangka jualan Nikon D4 meningkat sekali ganda berbanding model Nikon D3S yang dilancarkan sebelumnya.
Kata beliau, D4 mempunyai sebilangan fungsi dan ciri yang ditambah bagi memenuhi keperluan jurugambar profesional dan amatur untuk menghasilkan prestasi yang tinggi dan menjadikannya serba boleh. - Bernama


Pembangunan di pulau buatan berjalan lancar di Dubai



PEMBANGUNAN dilihat dilakukan di salah sebuah pulau buatan di Dubai kelmarin.



DUBAI - Kerja-kerja pembinaan di pulau buatan manusia yang terletak di luar pantai Jumeirah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berjalan dengan lancar.
Sejumlah pulau buatan manusia itu mempunyai 300 pulau tiruan yang dibahagikan kepada empat kategori iaitu, rumah peribadi, hartanah, resort impian dan komuniti.
Ia dimajukan oleh syarikat pembinaan, Nakheel Properties.
Menurut syarikat itu, pulau pertama akan dibuka dalam tempoh terdekat dengan pelancaran Kelab Pantai Pulau Dunia.
Resort itu pada mulanya dijangka dibuka pada suku keempat 2011 tetapi kerja-kerja pembinaan projek tersebut ditangguhkan menyebabkan ia lewat disiapkan.
Resort eksklusif di pulau itu memerlukan seseorang ahli membayar sebanyak AS$10,890 (RM34,249) selama setahun. - Agensi

No comments:

Post a Comment