Thursday, January 12, 2012

MENINGKAT KEGIATAN JENAYAH..ADAKAH KITA MASIH MENYINGKIR HUKUM ALLAH..ADAKAH KITA MENGATAKAN ALLAH ITU LEMAH@BODOH DALAM MENGUBAL UNDANG2 UNTUK MAKHLUKNYA...SEDANGKAN... IA@ALLAH MENCIPTA SEGALA2NYA...ROSAK AKIDAH JIKA KITA BERANGGAP BEGITU...ATAU MENGANGGAP TAK SESUAI DIZAMAN INI...

Perompak masuk bilik Wardina



WARDINA menunjukkan keadaan biliknya yang diselongkar perompak yang berada dalam rumahnya hampir sejam semalam.



KUALA LUMPUR - Denyutan jantung pelakon, model dan pengacara televisyen, Wardina Saffiyah Fadhlullah Wilmot bagaikan terhenti seketika apabila dia yang terjaga daripada tidur selepas selimutnya direntap tiba-tiba ternampak kelibat tiga lelaki yang menutup muka berada dalam bilik tidurnya.
Semasa kejadian pada pukul 3 pagi itu, Wardina, 33, yang tidur seorang diri dalam bilik utama di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa di sini tidak mampu menjerit atau berbuat apa-apa kerana terlalu takut.
Sejurus selepas itu, artis terbabit mula sedar bahawa rumahnya telah dimasuki perompak dan saat itu ketakutannya bertambah kerana dikhuatiri dirinya atau ahli keluarga yang tidur di bilik lain akan diapa-apakan penjenayah itu.
"Saya terus berdoa agar tidak berlaku apa-apa yang buruk terhadap diri saya dan ahli keluarga saya," kata Wardina semasa menceritakan detik-detik cemas berhadapan dengan tiga perompak ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Mengimbas pengalaman itu, Wardina berkata, ketiga-tiga penjenayah yang membawa kayu panjang, pemutar skru dan pemotong besi masuk ke rumahnya selepas mengumpil pintu belakang.
Wardina tidur seorang diri kerana demam. Suaminya, Ihkwan Johari, 37, tidur bersama anak bongsu lelakinya, Imran Ar-Razi, 3, di bilik lain di tingkat atas.
Dua anak perempuan pasangan itu, Amna Nafeesa, 8, dan Azra Fareera, 5, tidur bersama di sebuah bilik di tingkat atas manakala seorang saudara Wardina warga Aceh tidur di tingkat bawah.
"Ketika nyenyak tidur, tiba-tiba saya terjaga apabila terasa selimut direntap sebelum saya dengar orang arahkan saya bangun.
"Bila saya buka mata saya nampak ada tiga lelaki asing dalam bilik saya dengan dua lelaki sedang menyelongkar bilik," ceritanya lagi.
Perompak kemudian membawa ahli keluarganya ke bilik tersebut sebelum tangan suaminya diikat dengan wayar kabel komputer.
Wardina memberitahu, perompak tersebut yang bercakap loghat Indonesia beberapa kali mengugut dia dan suami supaya menyerahkan wang dan barang kemas.

Samun wang RM400,000



Polis menjalankan siasatan di premis pengurup wang yang dirompak di IOI Mall, Puchong, Selangor semalam.



PUCHONG - Dua pekerja premis pengurup wang berlesen di pusat beli-belah IOI di sini cemas apabila diacu parang oleh dua lelaki menyebabkan kerugian RM400,000 kira-kira 15 minit selepas premis itu memulakan operasinya semalam.
Dalam kejadian pada pukul 10.15 pagi itu, dua suspek tersebut menutup mata dan mulut mangsa termasuk seorang wanita serta mengikat tangan mereka sebelum melarikan wang tunai di dalam premis itu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superitenden Abdul Razak Elias berkata, ketika kejadian, terdapat dua pekerja di dalam premis tersebut manakala pengawal keselamatan syarikat itu keluar untuk membaiki motosikalnya.
"Ketika kejadian, dua pekerja termasuk seorang daripadanya yang baru sehari bekerja itu didatangi oleh suspek yang memakai topi besbol dan baju berwarna merah lalu mengacu parang ke arah mangsa.
"Selepas menutup mata dan mengikat tangan mangsa, dua suspek terbabit mengambil pelbagai mata wang berjumlah RM400,000 dan sebuah Unit Pemprosesan Komputer (CPU) kamera litar tertutup (CCTV)," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kesemua wang yang akan diletak di kaunter hadapan premis itu kemudian dipindahkan ke dalam sebuah beg galas yang dibawa oleh suspek.

Lelaki ditembak, dirempuh mati



ANGGOTA polis memeriksa mayat Ping Yee yang mati ditembak dan dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Taman Tema Desa Water Park, Kuala Lumpur kelmarin.



KUALA LUMPUR - Hasrat seorang lelaki untuk menyelamatkan diri dengan berlari sejauh 300 meter selepas cedera terkena tembakan tidak kesampaian apabila mangsa kemudian sengaja dirempuh pula sebuah pacuan empat roda dinaiki dua penjenayah di Taman Tema Desa Water Park di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 9.30 malam, mangsa Wong Ping Yee, 35, pada mulanya cedera terkena tembakan di bahu kiri semasa memandu kereta Honda Accord selepas meninggalkan sebuah restoran di kawasan itu.
Mangsa kemudian memberhentikan kereta dan berlari ke arah jalan besar untuk mencari bantuan.
Namun semasa berlari sejauh 300 meter, sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu melawan arus merempuh mangsa menyebabkan Ping Yee terjatuh. Kenderaan pacuan empat roda itu terus meninggalkan mangsa.
Beberapa minit selepas itu, mangsa digilis pula sebuah kereta secara tidak sengaja.
Mangsa yang bekerja sendiri mati di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan cedera terkena tembakan di bahu kiri. Polis yang menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian menemui dua kelongsong peluru di lokasi mangsa ditembak dalam kereta dan lima kesan tembakan di tepi tingkap penumpang sebelah pemandu kereta mangsa.

Polis tawar ganjaran RM10,000



SEORANG lelaki terbaring selepas terkena serpihan bahan letupan di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 9 Januari lalu.



KUALA LUMPUR - Polis menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada mana-mana individu yang dapat menyalurkan maklumat berhubung tiga kejadian letupan yang berlaku berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada Isnin lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ganjaran berupa wang tunai itu akan diberikan kepada pemberi maklumat tepat sehingga tertangkapnya suspek kejadian tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya percaya jerangkap rekaan elektrik yang diletakkan di dalam kon itu dilakukan oleh individu yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran membuat bahan letupan.
Jelas beliau, jerangkap yang terdiri daripada jam penggera, bateri dan paip polivinil klorida (PVC) itu disyaki diletakkan bagi menimbulkan huru-hara pengunjung perhimpunan Bebas Anwar 901.
"Setakat ini, belum ada keterangan dan tangkapan berhubung kejadian letupan itu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Justeru itu, beliau meminta peniaga dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bahan-bahan yang digunakan untuk membuat jerangkap itu agar menyalurkan kepada pihaknya bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci.
"Kita mendapati jam penggera yang digunakan itu pelbagai warna dengan bahagian belakangnya berwarna merah, manakala kon yang digunakan pula kualitinya lebih rendah disyaki dicuri atau diambil di lokasi lain dan diletakkan di kawasan letupan tesebut," katanya.

Operator kilang dituduh bakar rumah

PUTRAJAYA – Seorang operator kilang didakwa di Mahkamah Sesyen Kajang di sini semalam atas tuduhan melakukan khianat dengan membakar sebuah rumah banglo ketika penghuninya tiada di kediaman mereka pada Jun tahun lalu.
R. Arjunan, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.
Tertuduh didakwa bersama-sama dua lagi yang masih bebas telah melakukan khianat dengan menyebabkan kebakaran menggunakan minyak petrol dengan niat untuk merosak dan membinasakan rumah M. Paramesivam, 43.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah No. 23, Jalan 1/8A, Seksyen 1, Bandar Rinching, Semenyih dekat sini pada pukul 3 pagi, 24 Jun 2011.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Balkiah Abd. Wazaid menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin, namun, peguam P. Gunalan yang mewakili tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan.

Ribuan mangga kunci cinta diletakkan di pagar



RIBUAN mangga kunci diletakkan di pagar sebuah jambatan kereta api di Rhine, Cologne Jerman kelmarin.



COLOGNE, Jerman - Ribuan mangga kunci yang diletakkan pada pagar sebuah jambatan kereta api di Rhine, Cologne kelmarin.
Mangga itu diletakkan oleh pasangan kekasih di Jerman.
Menurut agensi berita AP, pasangan itu akan mengunci mangga tersebut manakala kuncinya dibuang ke dalam Sungai Rhine.
Mangga itu turut ditulis perkataan cinta dan dilukis dengan gambar hati. - Agensi

No comments:

Post a Comment