Drebar teksi samun penumpang
Dalam kejadian terbaru pada jam 7.40 pagi kelmarin, seorang wanita berusia 25 tahun yang menaiki teksi terbabit di Batu 8, Jalan Gombak Lama, untuk ke tempat kerja tergamam apabila disamun lelaki terbabit bersama rakan subahatnya menyebabkan kerugian RM4,000.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa meminta pemandu teksi itu menghantarnya ke Kuala Lumpur dan pada masa sama terdapat seorang penumpang lelaki di tempat duduk hadapan yang kononnya ingin ke destinasi sama.
“Bagaimanapun, sebaik tiba di Batu 7, Jalan Gombak Lama, tiba-tiba teksi itu membuat pusingan U sebelum memecut ke Kuantan menyebabkan mangsa yang panik menjerit meminta dilepaskan.
“Tindakannya menjerit menyebabkan lelaki yang berada di sebelah pemandu mengeluarkan pisau dan mengugut akan mencederakan mangsa jika dia tidak mengikuti arahan,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang ketakutan berdiam diri dan merayu dilepaskan. “Mangsa yang bimbang dengan keselamatan dirinya akur sebelum menyerahkan beg tangan berisi wang RM100 dan telefon bimbit.
“Lelaki terbabit yang belum puas kerana barangan samun sedikit merampas cincin emas dan gelang tangan dipakai mangsa,” katanya.
Menurutnya, mangsa dibawa ke kawasan perumahan di Bukit Lela, Simpang Tiga Gombak, sebelum ditinggalkan di tepi jalan.
Tiga sorok dalam lubang
Bagaimanapun, helah mereka yang berusia 20-an itu dengan berdiam diri dalam lubang persembunyian dibina khas di bawah sinki dapur itu tidak bertahan lama apabila dikesan anggota penguat kuasa yang melakukan pemeriksaan menyeluruh di rumah berkenaan.
Anggota penguat kuasa mengarahkan mereka keluar sebelum ditahan untuk pemeriksaan dalam Ops 6P sekitar Desa Rasah, Kampung Batu Tiga di Mambau, Kampung Panchor di Paroi dan kawasan perumahan Cengal di Taman Ampangan.
Dalam serbuan pada jam 12 tengah malam hingga 5 pagi itu, pasukan penguat kuasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan 32 pendatang asing tanpa izin termasuk 17 lelaki dari Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh, 13 wanita Indonesia serta dua kanak-kanak perempuan dari negara sama.
Dalam operasi itu, 80 warga asing diperiksa sebelum 32 daripada mereka ditahan yang berusia antara lapan hingga 40 tahun.
9 peluru robek nyawa
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
lias@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Lau Leh Hing, 41, dari Salim, di sini, meninggal dunia di sebuah hospital swasta akibat cedera parah selepas ditembak dari jarak kira-kira tiga meter.
Satu daripada peluru dikatakan menembusi dadanya dan kejadian dipercayai dilakukan tiga lelaki yang menaiki sebuah Proton Saga.
Difahamkan, serangan ke atas mangsa yang mempunyai dua anak lelaki dikaitkan dengan perebutan empayar perniagaan kerana mangsa didakwa turut mempunyai pusat hiburan, pembalakan serta kedai komputer.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama rakan menaiki pacuan empat roda ke kedai berkenaan untuk membeli peti besi keselamatan.
Azab 13 hari
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
mfirdaus@hmetro.com.my
Difahamkan, kumpulan penjenayah itu dilaporkan akan ‘menjual’ mangsa kepada satu pihak lain di Singapura dan mereka mengurungnya sementara menunggu keputusan daripada pihak yang mahu membelinya itu.
Bagaimanapun, mangsa terselamat apabila berjaya melarikan diri daripada kurungan berkenaan kira-kira jam 5 pagi, Isnin lalu sebelum membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan.
Menurut sumber, kejadian bermula kira-kira jam 7.30 malam apabila mangsa yang baru selesai solat Maghrib di Masjid Jamek, di sini, disapa seorang lelaki berusia lingkungan 20-an.
“Lelaki terbabit mengajak mangsa makan di kawasan berhampiran Dataran Merdeka bagi menyambung perbualan.
“Dia (mangsa) yang tidak curiga bersetuju mengikutnya. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, lelaki itu mengeluarkan pisau dan mengacukannya ke arah mangsa. Pada masa sama, sebuah van putih dinaiki dua lelaki menghampiri mereka sebelum mangsa ditolak masuk ke dalam kenderaan itu,” katanya.
Sumber berkata, mangsa dibawa ke sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya sebelum dikurung.
“Sepanjang dikurung, mangsa menyedari semua orang yang terbabit dalam insiden itu seramai tujuh orang.
Sumber berkata, mangsa bernasib baik apabila berjaya melarikan diri.
“Sebaik meloloskan diri, dia berlari menuju ke lebuh raya sebelum mendapati dia berada di kawasan Dengkil. Mangsa menahan sebuah kereta sebelum dibawa ke Putrajaya.
“Berbekalkan sedikit wang diberikan lelaki yang membantunya itu, mangsa kemudian menaiki bas dan turun di kawasan Serdang sebelum berjalan ke rumah rakannya di sekitar kawasan berkenaan bagi mendapatkan bantuan,” katanya.
Katanya, dengan bantuan rakannya itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum kes itu dirujuk ke Balai Polis Tun HS Lee, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Difahamkan, pihak berkuasa sedang menyiasat motif sebenar kumpulan terbabit mengurung mangsa dan siasatan lanjut masih dilakukan.
Malah, sepanjang dikurung, mangsa dilaporkan tidak dipukul kumpulan terbabit.
Naik bas 5 jam sebelum diperkosa kekasih SMS
Wanita yang termakan pujukan manis lelaki berusia 20-an itu dilaporkan menempuh perjalanan lebih lima jam dengan menaiki bas dari rumahnya di Dungun, Terengganu untuk bertemu kekasihnya itu di ibu kota pada 8 Januari lalu.
Difahamkan, mangsa keluar dari rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari sebelum tiba di Hentian Putra, di sini, kira-kira jam 5 petang dan dijemput lelaki terbabit.
Menurut sumber, mangsa kemudian dibawa ke rumah kekasihnya itu di Jalan Semarak, di sini, sebelum dirogol lelaki terbabit.
“Selepas kejadian itu, lelaki terbabit berjanji untuk bertanggungjawab atas perbuatannya.
“Mangsa kemudian dihantar ke Hentian Putra untuk pulang ke rumah. Lelaki itu sekali lagi berjanji akan menghantar rombongan peminangan ke rumah mangsa untuk sebagai tanda kasih,” katanya.
Bagaimanapun, sejam selepas bas meninggalkan hentian berkenaan, lelaki itu menghantar SMS mengatakan tidak mahu bertanggungjawab dan mengarahkan mangsa melupakannya.
Berang dengan perbuatan kekasihnya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Besi di Dungun pada 9 Januari sebelum kes berkenaan dirujuk semula ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang ditembak mati polis di ibu negara petang kelmarin manakala seorang lagi meloloskan diri, dipercayai saki-baki Geng Mamak yang terbabit dalam pelbagai kes rompakan bank mengakibatkan kerugian RM1.08 juta.
Polis kini giat memburu suspek yang melarikan diri itu dan percaya lelaki terbabit turut cedera dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis ketika kumpulan itu dalam perjalanan untuk menyamun berdekatan sebuah pasar raya di Wangsa Maju, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian itu, dua lelaki berusia 23 dan 45 tahun mati ditembak dalam kereta Proton Putra dinaiki selepas polis menerima maklumat mengenai kereta berkenaan berlegar-legar berdekatan pasar raya jam 4.15 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, hasil siasatan dan keterangan saksi kejadian mendapati suspek yang masih bebas dipercayai turut cedera.
“Polis percaya suspek yang melarikan itu cedera dan berdasarkan gambaran itu, polis kini dapat mengecilkan pencarian kepada beberapa suspek saja yang dipercayai menganggotai sindiket atau kumpulan jenayah sama.
“Anggota kumpulan itu yang ditembak mati semalam (kelmarin) dipercayai saki-baki Geng Mamak dan kedua-duanya dikehendaki berhubung beberapa kes rompakan di sekitar Lembah Klang,” katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati suspek berusia 45 tahun mempunyai 12 rekod jenayah dan masih dalam senarai dikehendaki polis berhubung lima kes rompakan sekitar Lembah Klang, manakala suspek berusia 23 tahun mempunyai lima rekod jenayah lampau.
Katanya, kumpulan terbabit dipercayai terbabit sekurang-kurangnya dalam 15 kes di Kuala Lumpur dan 15 lagi di Selangor berhubung kes samun mangsa yang keluar dari bank. “Polis berharap orang ramai atau pengamal perubatan yang mempunyai maklumat berhubung individu mengalami kecederaan yang mencurigakan supaya melaporkan kepada balai terdekat atau menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999,” katanya.
Tauke balak direman
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Suspek berusia 41 tahun itu ditahan ketika datang ke Pejabat SPRM di Bandar Meru Raya, dekat sini, jam 7 malam kelmarin bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Penahanan dilakukan bagi membolehkan SPRM melakukan siasatan berhubung penemuan wang tunai RM720,000 dan akaun saham amanah mencecah RM4 juta daripada pegawai Jabatan Perhutanan di Grik, 4 Januari lalu.
Difahamkan, SPRM berjaya mendapat kebenaran Mahkamah Majistret, di sini untuk menahan reman ahli perniagaan itu selama empat hari.
Selain ‘tauke balak’ berkenaan, pegawai SPRM turut membawa pegawai Jabatan Perhutanan Perak berusia 50 tahun terbabit ke mahkamah sama bagi dan mengemukakan permohonan melanjutkan tempoh reman ke atasnya.
Mahkamah membenarkan SPRM melanjutkan tempoh reman lima hari ke atasnya.
Perintah reman baru ke atas ‘tauke balak’ dan sambungan reman membabitkan pegawai itu dikeluarkan Majistret Fauziah Hani Ahmad Fuzi di kamarnya.
Pada 4 Januari lalu, SPRM menahan pegawai berkenaan dan merampas wang tunai RM720,000 ketika menyerbu rumahnya di Grik pada kira-kira jam 10 malam. SPRM turut menemui beberapa akaun saham amanah atas nama ahli keluarganya yang nilai pelaburannya mencecah RM4 juta yang disembunyikan suspek di dapur dan bilik tidur rumahnya.
Serbuan itu susulan penahanan seorang pegawai jabatan sama berusia 40-an dan seorang ‘tauke balak’ di Hutan Kuar, Pangkalan Hulu, pada sebelah siang dan menyita 300 batang kayu balak, dipercayai ditebang di luar kawasan.
Difahamkan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan maklumat, pegawai yang berusia 40-an itu sudah dibebaskan selepas keterangannya diambil.
Cakar isteri enggan layan nafsu
Difahamkan, dalam kejadian tengah malam kelmarin di Bandar Baru Ampang, di sini, mangsa yang cedera dipukul dan dicakar suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran kerana bimbang dicederakan lagi.
Sumber berkata, mangsa berusia awal 30-an dikatakan merajuk dengan suaminya selepas dipukul lelaki terbabit sehari sebelum kejadian menyebabkan mangsa tidak mahu menuruti permintaan suaminya.
“Tindakan merajuknya itu membawa padah apabila suaminya mula naik angin lalu memukul mangsa dan mencakar tangannya hingga cedera,” katanya.
“Mangsa yang kesakitan cuba melepaskan diri daripada, namun tidak berhasil apabila dia terus dipukul,” katanya.
Menurutnya, suami itu kemudian mengambil bekas air panas di dapur sebelum mengugut mahu menyimbah air panas berkenaan jika mangsa enggan melakukan hubungan seks dengannya.
Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran berhubung ugutan suaminya itu kerana bimbang dicederakan lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Nenek disamun sangka 2 lelaki silap rumah
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa berusia 77 tahun sebelum itu menyangka kedua-dua lelaki terbabit tersilap rumah tanpa menduga mereka merancang untuk meragut rantai leher dan gelang emas yang dipakainya.
Sumber berkata, mangsa yang tinggal seorang diri di rumahnya didatangi dua lelaki menunggang motosikal jenis Honda EX5, lalu meluru masuk sambil bertanya sama ada dia tinggal seorang diri atau bersama ahli keluarga.
“Mangsa yang tidak menyangka niat lelaki itu kemudian memberitahu tinggal seorang diri. Seorang suspek kemudian bertindak menyerkup mulut mangsa, manakala seorang lagi suspek terus meragut rantai dan gelang tangan warga emas itu. “Kedua-dua suspek yang memakai topi keledar berwarna hitam kemudian melarikan diri. Secara kebetulan ketika kejadian, jiran mangsa tiada di rumah kerana keluar menoreh.
“Mangsa tidak mampu berbuat apa-apa kerana faktor usia selain jeritannya tidak didengari jiran berhampiran,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Sik, Asisten Superintendan Mohamad Rusli Mat, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan.
“Polis percaya suspek sudah lama memerhatikan mangsa yang tinggal seorang diri dan mengambil peluang apabila jiran berhampiran keluar bekerja.
“Justeru, kita menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan orang tidak dikenali selain mengunci pintu rumah,” katanya.
No comments:
Post a Comment