Sunday, June 20, 2010

BENDA FREE DAN SEDAP..SYAITAN GODA KEDUA2..HUKUM REJAM DAN ROTAN TAK DE..SAPE PUN TAK TAKUT...NI MUNGKIN BYK BERLAKU

Padah kasih isteri orang



2010/06/21
JITRA: Gara-gara menjalin hubungan dengan isteri orang, seorang lelaki cedera di muka dan bahagian badan akibat dibelasah sekumpulan lelaki di satu kawasan di Alor Setar, Khamis lalu.
Difahamkan, mangsa berusia 18 tahun menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang juga isteri orang berusia 26 tahun dan sering ke rumah wanita itu di taman perumahan di Bandar Darulaman di sini, ketika suami wanita itu tiada di rumah.
Mangsa mendakwa dipukul dengan kayu hingga menyebabkan mukanya parah dan dipercayai patah kaki.

Wanita itu mempunyai empat anak dan semua anaknya sering mengikut suaminya keluar berniaga menyebabkan wanita itu mengambil kesempatan membawa teman lelakinya masuk ke rumah mereka.

Mangsa, seorang pekerja kantin dipercayai berasal dari Pokok Sena dibawa dari tempat kerjanya di Alor Setar sebelum dibawa ke lokasi terbabit kira-kira jam 4 petang.

Menurut sumber, lelaki itu turut mengaku pernah mengadakan hubungan seks beberapa kali dengan wanita terbabit di rumah wanita itu di Taman Mahsuri di sini, ketika suaminya keluar berniaga di negeri lain.

Sumber itu berkata, suami wanita berusia 28 tahun itu berang selepas mengetahui isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain sebelum menjemput mangsa di tempat kerjanya.

Disebabkan geram, lelaki itu membelasah mangsa bertubi-tubi sebelum membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk membuat laporan

No comments:

Post a Comment