Friday, June 25, 2010

KISAH INI HARI2....MACAM DAH LALI...ITU YANG DAPAT DIKESAN...YANG TERSEMBUNYI ENTAH BERAPA BANYAK...HUKUM ALLAH MASIH DIPANDANG SEPI

Suspek rogol anak tiri ditahan


SHAH ALAM – Seorang kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang diburu selepas dipercayai merogol anak tirinya berusia 12 tahun di rumah mereka di Pelabuhan Klang, Isnin lalu, ditahan polis petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan hasil risikan yang dijalankan termasuk maklumat daripada orang awam.

“Selepas tiga hari menghilangkan diri, kami mengesan suspek sebelum dia ditahan kira-kira jam 2 petang di kawasan Klang.

“Suspek direman selama tiga hari sehingga esok (hari ini) bagi membantu siasatan,”katanya semalam.

Mohamad berkata, pihaknya juga masih menunggu laporan perubatan rasmi daripada pihak hospital berhubung pemeriksaan yang dilakukan ke atas mangsa berusia 12 tahun dan adiknya berusia lapan tahun.

“Mereka masih berada di hospital dan kita sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada mereka dengan bantuan doktor pakar kanak-kanak,” katanya.

Menurutnya, polis mendapatkan khidmat doktor pakar kanak-kanak kerana faktor usia kedua-dua mangsa yang terlalu muda selain mengelakkan mereka tertekan sekali gus selesa untuk bercerita perkara yang berlaku terhadap mereka.

Sementara itu, Isnin lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan dirogol bapa tiri ketika ketiadaan ibunya.

Ketika kejadian, mangsa yang sedang tidur dikejutkan bapa tirinya sebelum diminta menanggalkan baju dan menghisap kemaluannya.

Bapa tiri mangsa turut merogolnya dan mangsa yang trauma terus menghubungi bapa kandungnya di Subang Jaya, sebelum satu laporan polis dibuat pada hari yang sama.

Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dirogol sekurang-kurangnya lima kali oleh bapa tirinya selain turut mendedahkan bahawa adiknya berusia lapan tahun turut dicabul dan dipaksa menghisap kemaluan bapa tiri mereka

No comments:

Post a Comment