Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata, penyebaran rakaman aksi  seks itu membuktikan negara itu perlu kepada peraturan lebih ketat bagi  mengawal Internet.
“Kita semakin sedar bahawa rakyat negara ini  tidak sepatutnya diaibkan dan menjadi mangsa teknologi maklumat kerana  akan ada lebih ramai mangsanya,” katanya kepada media minggu lalu.
Rakaman pendek aksi ranjang Ariel itu membabitkan teman wanitanya  ketika ini, Luna Maya, 26, selain bekas kekasihnya, Cut Tari.
Kedua-dua  rakaman itu dilakukan di dua waktu dan lokasi berbeza.
Luna dan  Cut Tari, 32, adalah personaliti televisyen terkenal di Indonesia. - AFP
 
No comments:
Post a Comment