Monday, June 21, 2010

TAK SERIK2....AYAT PAK TAM TENTU POWER....JGN2 SIHIR...SIHIR NI SEMUA KAUM GUNA....

Lelaki Nigeria perdaya wanita tempatan dengan hadiah

21/06/2010 5:12pm

PULAU PINANG - Polis Pulau Pinang memberkas 11 pelajar Nigeria dan tiga wanita tempatan dipercayai anggota satu sindiket yang memperdayakan lebih 100 wanita termasuk seorang warga emas di negeri itu melibatkan wang RM1.5 juta dengan janji untuk berkahwin.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kesemua anggota sindiket itu ditahan secara berasingan Jumaat lepas di dua buah rumah di Seberang Perai yang dipercayai dijadikan tempat operasi mereka sejak tahun 2008.
"Polis menerima aduan daripada 111 mangsa termasuk seorang wanita warga emas berusia 73 tahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, pelajar warga Nigeria dari sebuah institusi pengajian tinggi swasta di negeri ini menyamar sebagai warga British dan memperdaya wanita tempatan menerusi laman sembang dalam internet dengan menyatakan hasrat untuk berkahwin dan meminta alamat serta nombor telefon wanita-wanita berkenaan untuk dihubungi.
"Mereka kononnya akan menghantar bungkusan hadiah dari luar negara untuk kekasih mereka itu sebelum tiga pelajar wanita tempatan yang menyamar sebagai pegawai kastam pula akan menghubungi wanita terlibat dan menyatakan terdapat bungkusan hadiah dihantar dari luar negara tetapi dirampas kerana tidak membayar cukai,” katanya.

Tun Hisan menambah, wanita-wanita terlibat yang percaya bahawa bungkusan itu dihantar oleh teman laman web mereka itu dikehendaki membayar cukai untuk mendapatkan hadiah mereka.
"Bagaimanapun setelah bayaran duti dibuat melalui internet atau memasukkan wang dalam akaun tertentu, mangsa tidak akan dapat bungkusan yang dijanjikan dan lelaki terbabit gagal dihubungi,” katanya.
Antara hadiah yang dijanjikan dalam bungkusan itu ialah sejumlah wang Amerika Syarikat, barang kemas, produk kraftangan mewah, kamera dan komputer riba.
Beliau berkata, anggota sindiket itu juga memperdaya mangsa mereka dengan taktik kononnya teman lelaki mereka telah ditahan di lapangan terbang di sini kerana kesalahan membawa wang melebihi had dan meminta teman wanita itu membayar wang jaminan jika mereka mahu membebaskan teman lelaki terbabit. - Bernama

No comments:

Post a Comment