Monday, June 21, 2010

PELAJAR TINGKATAN 5 MENGANDUNG.....

Tragedi Cinta Berahi



ANGGOTA polis mengusung mayat pelajar yang ditemui mati di sebuah pusat peranginan di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU - Telah hampir 20 tahun pantai peranginan terkenal di sini ditukar nama kepada Pantai Cahaya Bulan (PCB).
Namun semalam, kenangan terhadap nama lama iaitu Pantai Cinta Berahi kembali segar di kalangan penduduk Kelantan apabila seorang pelajar wanita berusia 17 tahun ditemui mati di sebuah pusat peranginan di pantai itu.
Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Pasir Mas dekat sini mati selepas mengalami pendarahan berlebihan akibat keguguran kandungan.
Sebelum menemui ajalnya, mangsa dikatakan menyewa sebuah bilik di pusat peranginan itu dengan alasan untuk 'mencari ketenangan' selepas mendakwa mempunyai masalah peribadi.



Pelajar mati tumpah darah

Oleh Adnan Mohamad

2010/06/22

KOTA BHARU: Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah agama di Pasir Mas, dekat sini, panik apabila teman wanitanya tiba-tiba rebah dan pengsan dipercayai akibat keguguran yang menyebabkan pendarahan teruk sebelum meninggal dunia di sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, semalam.
Difahamkan, mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, pergi ke resort berkenaan dengan membonceng motosikal ditunggang teman lelakinya, kira-kira jam 9 pagi.

Sebaik tiba di resort berkenaan, teman lelaki mangsa yang juga berusia 17 tahun, mendaftar masuk sebuah bilik di situ, namun difahamkan, sejurus tiba di depan bilik itu, gadis terbabit ‘tumpah darah’ teruk dipercayai akibat keguguran.

Panik dengan situasi dihadapi itu, teman lelaki mangsa memaklumkan kejadian menimpa teman wanitanya kepada seorang petugas di kaunter penyambut tetamu resort berkenaan untuk mendapatkan bantuan.

Pemuda berkenaan dikatakan memberitahu teman wanitanya pengsan dalam bilik, namun apabila diperiksa, gadis terbabit didapati sudah meninggal dunia.

Sumber memberitahu, pekerja resort yang bergegas ke bilik berkenaan menemui mangsa dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah di bahagian pinggang ke bawah, lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, pelajar perempuan yang mengalami pendarahan serius itu kemungkinan keguguran sehingga membawa kepada kematiannya. Bagaimanapun, setakat ini, usia kandungan gadis berkenaan belum diketahui.

Sementara itu, seorang guru sekolah berkenaan yang enggan namanya disiarkan memberitahu, pelajar itu ponteng selepas dihantar ibunya ke sekolah bersama seorang adiknya, pagi semalam.
“Dia seorang pelajar yang pendiam dan tidak menghadapi masalah disiplin walaupun tidak tergolong sebagai pelajar cemerlang dalam pelajaran,” katanya.

Menurutnya, sepanjang pengetahuannya pelajar terbabit mempunyai perwatakan yang baik dan sering solat berjemaah di masjid serta pernah menyertai kegiatan agama di sekolahnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Datuk Amir Hamzah Ibrahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, pihak polis yang menerima laporan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia akibat pendarahan teruk.

Katanya, siasatan awal dilakukan mendapati mangsa mengalami pendarahan selepas keguguran dan polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat yang mengakibatkan kematiannya.

“Polis sudah menghantar mayat mangsa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), untuk dibedah siasat. Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut,” katanya




Pelajar 'baik'

Oleh Ismail Muhamad

2010/06/24

KOTA BHARU: Kementerian Pelajaran sudah menerima laporan berhubung kes membabitkan seorang pelajar perempuan yang ditemui mati di sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, Isnin lalu, daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, pelajar berkenaan juga tidak mempunyai masalah disiplin seperti mana rekod yang diterima daripada pihak sekolah terbabit.
Katanya, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan pihak sekolah memberi kerjasama kepada polis bagi melakukan siasatan membabitkan kes pelajar berkenaan.

“Polis ada menghubungi pihak sekolah berdasarkan penemuan buku maklumat dalam beg yang berisi pakaian dan pelajar itu disahkan tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.

“Berdasarkan rekod sekolah, pelajar itu tiada masalah disiplin,” katanya selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia ke-49 2010 di Hotel Grand Riverview, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kes pelajar perempuan yang ditemui mati di sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, pagi Isnin lalu akibat sesak nafas dan pendarahan teruk

No comments:

Post a Comment