Saturday, June 26, 2010

GAYAH GEBU bercerita....menarik...biar mereka yg dikata itu insaf...

GAYAH GEBU: Semakin busuklah nama artis



2010/06/27

ROSAK, hancur, lebur! Apa nak jadi dengan minah seorang ini. Dulu kata dah insaf, tetapi sampai ke sudah, perangai tak berubah-ubah. Terbaru, gambar bersosial dia tersebar.
Tak serik-serik. Ungkapan insaf dan sedar diri hanya di bibir semata-mata. Kalau dah memang buruk perangai, sudah tak kisah halal atau haram... sampai ke tualah perangai begitu.

Kalau berulang kali asyik buat hal saja, lantaklah kau. Tiada gunanya beri nasihat kepada orang begitu. Memang dah dasar liar tak boleh dijinakkan, buatlah apa yang kau nak buat. Lagipun, ada Gayah kisah? Nampaknya, sekali lagi masalah gambar peribadi tersebar. Minah itu nampaknya tak ambil pengajaran daripada hal sama yang pernah berlaku sebelum ini. Mujur tidak berlaku seperti hal di seberang yang hangat diperkatakan sekarang ini.

Mintalah dijauhkan artis kita terbabit dalam skandal video lucah seperti Ariel ‘Peterporn’, Luna Maya dan Cut Tari. Dulu dah pernah berlaku, janganlah berlaku lagi.

Kembali kepada si Minah itu. Kau dah tahu gambar yang kau ambil tak senonoh, kenapa kau tak simpan elok-elok. Kau dah tahu kau menjadi perhatian, gambar busuk begitu kau letak merata-merata.
Barangkali kau letak gambar itu dalam Facebook. Kalau betul, kau memang cari nahas. Takkan kau tak tahu gambar kau boleh diambil oleh orang lain dan kemudian diletak di tempat lain.

Atau, kau memang saja buat begitu sebab bangga dengan apa yang kau ada. Kalau begitu, kau memang spesies tak tahu malu. Kalau dah rasa nak hidup dengan gaya hidup bebas, buat ikut suka hati... pergilah ke negara yang kau boleh hidup dengan gaya hidup bebas.

Kalau di sini, nanti orang lain marah. Bila orang lain marah, nanti kau kata orang itu kolot. Memang elok sangatlah minah sosial tak ingat dunia seperti kau tidak lagi berada di sini. Lu boleh blah! Cukuplah. Cakap banyak pun tak guna! Biarlah minah itu dengan dunianya.

Sebelum berundur, Gayah nak bebel mengenai kisah seorang artis kita yang ke mahkamah baru-baru ini berkaitan dengan hal rumah tangga. Alah... yang pasangannya itu mat salih.

Gayah tak puas hatilah sebab masing-masing mengunci mulut. Kes korang sudah lama jadi perhatian, kenapa terus menerus timbulkan tanda tanya? Apabila dah ke mahkamah, berilah penjelasan.

Wartawan tanya, jawablah. Sekarang bukan zaman ‘no comment’. Jangan biarkan masyarakat tertanya-tanya. Sebelum ini kecoh korang dah tak duduk sebumbung. Tup-tup keluar laporan akhbar kau ke mahkamah sebab nak sahkan pernikahan.

Gayah tahu, itu hak peribadi korang, tetapi bukankah lebih elok beritahu hal sebenar. Tak timbullah pelbagai andaian yang sampai satu tahap membuatkan korang bengang.
Sampai bila nak kunci mulut. Benda dah jadi kecoh, janganlah buat bodoh!

No comments:

Post a Comment