Sunday, July 15, 2012

ISLAM ALLAH YANG JAGA...KITA JUGA PERLU JAGA ISLAM UNTUK DAPAT RAHMAT ALLAH SWT....IBLIS AMBIK KESEMPATAN UNTUK MENYESATKAN MANUISIA.....LAGI MUDAH JIKA JAUH DARI ALLAH SWT

Otak manusia dimakan mentah-mentah, zakar dibuat sup

Posted on the July 15th, 2012 under Luar Negara by admin

SYDNEY: Polis di kawasan terpencil Papua New Guinea telah menahan anggota kumpulan kultus kanibal yang didakwa membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang, memakan otak mereka mentah-mentah dan membuat sup daripada zakar mangsanya itu, kata satu laporan, di sini semalam.
Sejumlah 29 orang yang ditangkap polis itu adalah sebahagian daripada 1,000 anggota kumpulan tersebut, yang dibentuk bagi menentang ahli sihir yang menyeleweng, yang disifatkan oleh akhbar The National sebagai mereka yang mengenakan bayaran keterlaluan.
Kos menggunakan seorang bomoh bagi mendedahkan punca kematian atau menghalau hantu biasanya sekitar 1,000 kina ($600) dalam bentuk wang tunai bersama seekor babi dan seguni beras tetapi ada juga yang meminta habuan seks bagi pembayarannya.





“Adalah melanggar etika tradisional dan moral kami bagi seorang ahli sihir mengadakan hubungan seks dengan isteri seorang lelaki atau anak perempuan remajanya,” kata seorang pemimpin kultus di Tangi, sebuah daerah pedalaman wilayah Madang di kawasan pantai timur Papua New Guinea.
“Itu adalah punca utama kekecewaan yang menyebabkan pembentukan satu kumpulan memburu ahli sihir.
“Dari masa ke masa, apabila para suspek dibebaskan bagi meneruskan tugas sebagai ahli sihir, kami semakin lelah dan bosan,” katanya lagi.
Terdapat kepercayaan berleluasa terhadap ilmu sihir di Papua New Guinea, yang ramai penduduknya tidak dapat menerima punca-punca semula jadi sebagai penjelasan bagi kejadian-kejadian malang, kesakitan, kemalangan atau kematian.
Menyusuli pembunuhan itu, polis telah menyerbu kampung Biamb dan menangkap 29 orang termasuk lapan wanita, pada minggu lalu. – AFP.

100 rentung cuba cedok minyak tumpah

Posted on the July 15th, 2012 under General by admin

ORANG ramai dan pasukan penyelamat melihat mayat-mayat mangsa yang rentung berikutan sebuah lori tangki yang membawa minyak terbakar dan meletup.
PELABUHAN HARCOURT, Nigeria – Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api.
Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.





Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.
“Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan,” jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.
Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.
Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.
Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak – AFP

Cicak Spiderman ditemui di Kenya

Posted on the July 8th, 2012 under Luar Negara by admin

Cicak Spiderman adaptasi dari Mwanza Flat Headed Agama.
NAIROBI – Sepasang suami isteri berjaya merakamkan cicak Spideman atau nama saintifiknya, Mwanza Flat Headed Agama ketika menghadiri bengkel fotografi di Taman Negara Masai Mara di Kenya, minggu lalu.
Cassio Lopes bersama isterinya Alessandra hampir tidak percaya apabila spesies cicak yang berasal dari Afrika itu muncul mendekati mereka.





Menurut Lopes, cicak itu hanya pernah dilihat di dalam komik popular Spiderman.
“Cicak itu mempunyai warna di dada, lengan dan kaki, ia menyerupai cicak dalam animasi Spiderman dan hanya melekat pada batu berhampiran sungai,” katanya.

Bas ekspres di Malaysia tak mesra pengguna Islam

Posted on the June 27th, 2012 under Tempatan by admin

25 Jun 2012 ; BAS EKSPRES DAN SOLAT – Kami sebagai pelajar kebanyakannya merantau jauh ke negeri lain untuk ke tempat pengajian dan menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utama pada musim cuti semester ataupun cuti-cuti perayaan untuk pulang ke rumah.
Kami amat bergantung kepada perkhidmatan bas ini kerana kosnya lebih murah dan masa perjalanan yang lebih singkat berbanding kereta api.
Namun terdapat perkara yang tidak menyenangkan berlaku dalam hampir setiap perjalanan kami iaitu pemandu bas tidak berhenti di stesen R&R bagi memberi peluang kepada penumpang untuk menunaikan solat.

Sinar


Anai-Anai Mengenali Kesucian Ayat Al-Quran Berusia 100 Tahun

Posted on the June 20th, 2012 under Agama by admin
Al-quran yang beserta dengan terjemahan dalam bahasa Urdu yang telah berusia 100 tahun ini telah dimakan oleh anai-anai. Apa yang ajaibnya anai-anai ini memakan semua termasuk terjemahannya tetapi tiada satu pon ayat Al-quran dalam bahasa Arab yang dimakan oleh anai-anai tersebut.
Kejadian ini berlaku di dalam rumah seorang muslim yang bernama En. Md Farooq penduduk Tappachabutra, Hyderabad.
Dalam Al-Qur’an surat Al-Hijr, surat ke 15 ayat ke 9, Allah Swt. berfirman:





“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.”
Ayat di atas menunjukkan jaminan dari Allah Swt., bahawa Dia selain menurunkan dan mewahyukan Al-Quran, juga berkomitmen akan menjaga kemurniannya hingga Hari Kiamat.
Al-Quran Al-Karim Adalah Mukjizat
Daripada Saidina Ali r.a :
Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ” Awaslah! Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar”. Aku bertanya: ” Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?” Baginda menjawab: ” (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya – akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya.” (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus.”
(Saidina Ali r.a)
Firman Allah Ta’ala Yang Bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.” ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
Subhanallah, Wallahu’alam….
hasnulhadiahmad.com

Warga emas ‘hamilkan’ anak sotong

Posted on the June 18th, 2012 under Luar Negara by admin

Gambar Hiasan
SEOUL- Seorang wanita berumur 63 tahun di Korea Selatan dilaporkan ‘menghamilkan’ 12 anak sotong selepas dia memakan calamari sotong goreng.
Difahamkan, warga emas itu berjumpa doktor selepas mulutnya berasa tidak selesa dan hasil pemeriksaan mendapati anak sotong telah melekat di bahagian gu si, lidah serta pipinya.
Doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan sedozen anak sotong didakwa terhasil daripada sperma yang terdapat pada calamari tersebut.





Disember lalu, seorang wanita di Jepun yang memakan sotong mentah jug a terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sperma haiwan itu dari mulutnya.

Lelaki potong dan jual daging manusia

Posted on the May 26th, 2012 under Luar Negara by admin
BEIJING: Polis di barat daya China, menahan seorang lelaki disyaki membunuh lebih 20 remaja lelaki dan memotong badan mereka untuk dijual.
Laporan media Hong Kong dan China mengatakan, polis membuat penemuan ngeri itu ketika menyiasat kehilangan beberapa remaja lelaki di wilayah Yunnan sejak beberapa tahun lalu.





Laman web Guanxi News melaporkan, Zhang Yongming, 56, ditahan dua minggu lalu di rumahnya di Kampung Nanmen di Yunnan dan kini disiasat di atas pembunuhan remaja 19 tahun lewat April lalu dan kehilangan lelaki lain.
Polis menyiasat rumah Zhang dan menjumpai telefon bimbit, kad bank dan beberapa bukti yang lain.
Laman web itu berkata, berpuluh remaja lain hilang dari kampung itu sejak beberapa tahun lalu.
Katanya, Zhang seorang yang hidup bersendirian, tidak pernah bercakap dengan jirannya, pernah merengkuk di penjara selama 20 tahun kerana membunuh.
Di kampung itu dia dikenali sebagai “raksasa yang makan daging manusia.”
Laporan media itu turut memetik kata-kata jiran yang berkata, mereka nampak tulang putih terkeluar daripada beg plastik hijau yang digantung di rumahnya.
Akhbar Hong Kong, The Standard, melaporkan, polis menemui mata manusia yang disimpan di dalam botol wain, seperti “wain ular” dan potongan daging yang kelihatan seperti daging manusia digantung untuk dikeringkan, di rumah Zhang.
Polis berkata, Zhang mungkin memberi makan daging manusia kepada tiga anjingnya dan menjual daging bahagian lain di pasar dengan mengatakan ia daging “burung unta.”
Polis tempatan enggan memberi komen dan berkata maklumat akan diberi pada “masa yang sesuai” dan hampir semua laporan mengenai kes itu ditarik balik daripada laman web China, semalam.
Carian atas talian untuk “kehilangan di Yunnan” juga diblok.
Agensi berita rasmi Xinhua berkata, Beijing menghantar pasukan khas ke Yunnan untuk memantau siasatan kehilangan remaja tetapi tidak merujuk kepada butir mengerikan yang terkandung dalam laporan lain.
Polis berkata, keluarga mangsa pada mulanya menyangka mereka diculik dan dipaksa bekerja di kilang membuat batu.
Dua ketua polis dipecat dan kerajaan menggesa supaya kes itu diselesaikan dengan cepat. – AFP

SPR: Kangkung, Timun Adalah Pengundi Sah

Posted on the May 21st, 2012 under Politik by admin

PORT DICKSON: Mereka yang memiliki nama-nama ‘unik’ membuatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pening kepala dengan para pengkritik yang mempertikaikan kewujudan golongan tersebut.
Namun, SPR berkata, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuktikan bahawa mereka adalah pengundi yang sah.
Para pengkritik suruhanjaya itu membuat jenaka terhadap nama-nama haiwan, sayur-sayuran dan individu terkemuka yang masih hidup atau meninggal dunia dalam kalangan daftar pemilih seramai 12.8 juta pengundi.





Mereka turut bertanya mengapa wujud pengundi dengan nama seperti Timun, Kangkung, Harimau dan Kuda dalam daftar pemilih.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, mereka yang memiliki nama unik yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak adalah pengundi sah.
Katanya, adalah tidak adil bagi SPR dituduh sengaja mereka nama-nama tersebut dan mendaftarkan pengundi-pengundi yang tidak wujud.
“Agak hairan bahawa pengkritik masih tidak memahami perkara ini yang berada diluar kawalan kami.
“Kami mempunyai pengundi yang memiliki nama seperti Elvis Presley, Reagan dan A.Ramlie bin Jefridin dalam daftar pemilih. Namun, kesemuanya wujud dan merupakan rakyat Malaysia,” katanya. (A.Ramli dan Jefri Din merupakan penyanyi terkemuka negara pada 1960)
Abdul Aziz berkata, terdapat pengundi dengan nama seperti Atas Jalan, Tepi Jalan, Machine Gun dan Boeing.
“Selagi butiran tarikh lahir mereka sama dengan rekod JPN, kami tidak boleh mempertikaikan status mereka dan mesti mendaftarkan mereka sebagai pengundi,” katanya.
Beliau berkata, SPR terus menerima kritikan berhubung perkara yang diluar kawalan mereka walaupun pelbagai usaha dilakukan pegawai-pegawai untuk memastikan daftar pemilih bersih dan dikemas kini.
Katanya, daftar pemilih mempunyai kira-kira 15,000 pengundi yang nombor kad pengenalan mereka tidak selari dengan jantina seperti ditetapkan JPN.
Bagi jantina lelaki, nombor terakhir dalam 12 digit kad pengenalan merupakan nombor ganjil manakala perempuan pula adalah nombor genap.
“Jika berlaku campur aduk, kami tidak boleh katakan bahawa mereka tidak boleh didaftarkan sebagai pengundi kerana JPN mempunyai rekod mengenai kewujudan mereka.
“Mungkin berlaku kesilapan apabila MyKad diserahkan kepada mereka,” katanya.
Abdul Aziz berkata, mereka juga sering dilontarkan dengan pertanyaan mengenai kewujudan pengundi yang memiliki nama serupa dan lahir pada tarikh dan negeri yang sama.
“Perbezaan hanya empat digit terakhir dalam nombor kad pengenalan mereka. Apabila kami mengenal pasti kes ini dengan JPN, kami mendapati mereka didaftarkan pada sejak lahir dan masih hidup,” katanya.
Menurut beliau, terdapat beberapa soalan dibangkitkan mengenai kewujudan pengundi yang berusia lebih 100 tahun dalam daftar pemilih walaupun rekod SPR menunjukkan kira-kira 1,000 pengundi bagi golongan tersebut.
“Kami terus mengesahkan maklumat-maklumat tersebut dengan agensi berkaitan. Kami tidak boleh memadam nama-nama pengundi walaupun mereka sudah mencecah usia 100 tahun.
Abdul Aziz berkata, kira-kira 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih walaupun pelbagai kempen dilakukan untuk menggalakkan mereka berbuat demikian.
mStar

Islam AS hidupkan peranan asal masjid zaman Nabi Muhammad SAW

Posted on the May 21st, 2012 under Luar Negara by admin
Untuk mengembalikan peranan asal masjid dalam Islam, sebuah Islamic Center di Houston menyeru kepada para Imam untuk memberikan pengajaran kepada jamaah Muslim tentang pengurusan masa kemajuan ekonomi umat.
“Seringkali kita lupa bahawa model masjid pada masa Nabi Muhammad bukan hanya tempat beribadah,” kata Khalis Rashaad, Imam of Ibrahim Islamic Center di bandar Houston, kepada Houston Chronicle.





Terletak di Jalan Almeda, masjid ini hanya mendapatkan sumbangan serta memaklumkan kegiatan masjidnya melalui laman facebooknya. Tidak seperti masjid lain, tempat ibadah Muslim itu mempunyai reka bentuk geometri.
Sementara banyak masjid hanya berfungsi terutama sebagai tempat ibadah untuk lima waktu solat, khutbah Jumaat dan kelas agama, Islamic center di Houston tersebut mempunyai kegiatan yang berbeza.
Beroperasi lebih seperti pusat komuniti, pengelolanya sedang bekerja untuk melancarkan beberapa program baru khusus untuk melayani masyarakat dari ekonomi menengah kebawah. Program ini meliputi dapur awam dan bengkel undang-undangdan program sukan, ditambah kaunseling ubat dan alkohol, bengkel perubatan, keusahawanan dan kelas pengurusan kewangan.
“Rancangan kami adalah untuk menangani projek-projek yang banyak organisasi tidak suka menangani,” katanya. “Dan di daerah di mana pekerjaan yang diperlukan.”
Rashaad berharap untuk menghidupkan kembali peranan asal masjid pada masa Nabi Muhammad SAW ketika umat Islam mengunjungi Masjid untuk mengatasi isu-isu sosial, masalah ekonomi dan membahagikan zakat.
“Sebuah masjid yang berdiri di dalam tembok bukanlah masjid sama sekali, itu kelab,” kata Rashaad.
“Kami perlu keluar dalam masyarakat, memenuhi keperluan masyarakat di wilayah mereka, dengan keadaan mereka.”
Imam Rashaad, ayah dari dua anak ini juga salah seorang di antara muslim yang dibesarkan di Amerika yang mengambil kedudukan kepimpinan dalam masjid.
Tahun lalu, ia menyelesaikan program tiga tahun latihan Imam yang dianjurkan oleh Imam Wazir Ali, Muslim kelahiran El Paso yang memimpin di sebuah masjid di tenggara Houston.

Wanita hamil dipaksa telan telur, jilat air kencing

Posted on the May 18th, 2012 under Jenayah,Tempatan by admin

Rumah mangsa berselerak selepas disamun tiga lelaki.
SUNGAI SIPUT – Bukan sahaja mulut disumbat dengan telur mentah, seorang wanita hamil sembilan bulan dipaksa menjilat air kencing dalam kejadian samun di rumahnya di Jalan Lintang di sini, awal pagi semalam.
Lebih malang, wanita yang hanya menunggu hari untuk bersalin itu turut ditendang tanpa peri kemanusiaan.





Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, M Yugeswari, 22, tinggal bersendirian di rumah selepas suaminya keluar ke sebuah stesen minyak manakala ibu bapa mertua ke kandang lembu bagi menjaga ternakan.
Menurutnya, secara tiba-tiba tiga lelaki bertopeng meluru masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang tanpa sempat dia berbuat apa-apa.
“Salah seorang lelaki berkenaan memegang dan menyuruh saya diam manakala dua lagi menggeledah rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Kata Yugeswari, tidak tahan dengan bau badan tiga lelaki berkenaan, menyebabkan dia termuntah.
Tambahnya, akibat berang dengan tindakannya itu, salah seorang lelaki berkenaan menyumbat telur dalam mulutnya yang diambil dari peti sejuk.
“Selepas itu, salah seorang daripada lelaki tersebut kencing di atas lantai dan memaksa saya menjilat air berkenaan, tetapi saya enggan berbuat demikian.
“Marah dengan tindakan itu, penyamun tersebut terus menendang saya, namun bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Yugeswari berkata, dalam kejadian itu tiga lelaki berkenaan melarikan wang hasil jualan lembu berjumlah RM5,000 dan juga barang kemas.
Katanya, laporan polis dibuat sebaik sahaja suaminya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Azman Salim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan suspek masih belum dikenal pasti.
Sinar

Cubaan Kaum Salib Mencuri Jasad Rasulullah S.A.W

Posted on the May 18th, 2012 under Agama by admin
  1. Samhudi, seorang ahli Sejarah menyebutkan dalam kitab tarikhnya ” Wafaul Wafa “
  2. Abu Bakar Al-Maraghy dalam kitab tarikhnya ” Talkhisul Ma’alim Daril Hijrah “
  3. Abbasi dalam bukunya ” Fi ‘Amdatil Akhbar “
semua kitab itu menceritakan tentang percubaan kaum Salib dalam membongkar kubur Nabi Muhammad s.a.w. dan mencuri mayat baginda yang suci dan utuh , kerana mayat para Nabi tidak dimakan oleh tanah. percubaan itu terjadi pada tahun 557H.(1162M) , yakni pada zaman khalifah Abbasiah, Al-Mustanjid Billah.
Mereka telah mengirim 2 org lelaki dari benus Eropah ke tanah suci Madinah Al-Munawwarah, di mana Nabi bermakam. mereka datang menyamar sebagai org perantau dan bertempat tinggal di suatu rumah tidak jauh dari “Raudhah ” di mana kubur Rasulullah s.a.w. terletak. keduanya menjalankan tugasnya siang dan malam menggali dan melubangi tanah yang menjuruskan ke makam Rasulullah s.a.w..





Tiba2, pada suatu malam ,seorang raja bernama Raja Nurudin dari Iraq, bermimpi melihat Rasulullah s.a.w.. Baginda membangunkannya dan menerangkan bahawa diri baginda dalam bahaya dan beliau meminta perhatian Raja Nurudin tersebut.
Keesokannya, Raja Nuruddin bermimpi lagi Rasulullah s.a.w. yang juga mengatakan seperti malam sebelumnya, yakni baginda dalam bahaya.
Dan pada malam ketiga, Nuruddin bermimpi lagi dengan Rasulullah s.a.w. sambil membentak2 kepada Nuruddin mengapa tidak acuh sama sekali atas apa yang di alami Baginda s.a.w.. dan pada malam itu juga lah, Nuruddin terbayang 2 org lelaki sedang beraksi menjalankan perbuatan nekadnya itu.
Dan setelah itu, barulah Nuruddin yakin penuh percaya dengan mimpinya itu dan keesokannya , beliau memanggil Menteri yang bernama Jamaluddin untuk segera berangkat ke Madinah. Setelah 20 hari di jalan ,maka kedua-duanya sampai di destinasi tersebut.
Ketika kedua-dua pembesar itu pergi ke Raudhah , maka benarlah terjadi seperti apa yang dilihat Raja dalam mimpinya, 2orang lelaki yang mengaku beragama Nasrani sedang beraksi menggali lubang yang menjurus ke makam Baginda s.a.w.. mereka mengaku bahawa mereka hendak mencuri jasad Nabi Muhammad s.a.w.. maka, lelaki2 Nasrani itu pun dihukum bunuh dan mayatnya di bakar.
Demikianlah dalamnya rasa permusuhan dari kaum Salib itu terhadap Islam, dinul syumul, bukan sahaja umatnya mahu dibinasakan dengan sehancur2nya dalam perang 200 tahun itu, ajarannya mahu dikikis semua, tetapi juga jasad Nabinya yang telah di dalam kubur pun mereka mahu merampas dan memperkosa sedemikian rupa.
Tetapi ,dewasa ini kerana tidak mungkin lagi untuk mencuri dan membongkar kubur Nabi akhir zaman itu, atas asbab penjagaan yang terlalu ketat , maka kaum Salib meneruskan perjuangan operasinya di bidang lain, iaitu di bidang da’wah, propaganda dan misi yang tujuannya tidak lain menasranikan umat Baginda s.a.w..
so, hati-hati dengan kaum Salib/ Kristian kerana mereka berhasrat untuk menjahanamkan / menasranikan umat Nabi walau dengan apa cara pun, sehingga ke hari ini.
ingatlah firman ALLAH , mafhumnya :
” Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. itu (Muhammad) bagimu adalah ikutan yang baik ! “ (Surah Al-Ahzab : 21)

5 kali cubaan mencuri jasad Rasulullah saw

  1. CUBAAN PERTAMA SEMASA PEMERINTAHAN AMRULLAH ALUBAIDI Penyamar dari Mesir dan telah dibunuh oleh kaum kerabatnya. Allah menghantar taufan dan gempa bumi ke Bandar Madinah
  2. CUBAAN KEDUA SEMASA PEMERINTAHAN AL-UBAIDI Mereka menghantar orang yang tertentu dan berkerjasama dengan penduduk yang tinggal berhampiran kubur nabi dengan mengorek lubang kearah kubur nabi, dengan izin Allah ada suara memberitahu perbuatan kianat tersebut maka Allah mengancangkan bumi Madinah.
  3. PERANCANGAN RAJA-RAJA NASRANI DENGAN KOMPLOT DARI NASRANI MAGHRIBI. Pemimpin Islam yang bernama Nuruddin Zanki bermimpi dan mengetahui perancangan tersebut lalu bertindak dan memang terdapat dua orang Maghribi yang berpura-pura beribadat di dalam Masjid Nabawi , Mereka ditangkap. Penguasa Nuruddin telah membina penghadang daripada besi untuk keselamatan jasad Rasulullah.
  4. SEKUMPULAN NASRANI DATANG BERSAMA JEMAAH HAJI DENGAN NIAT MENCURI JASAD RASULULLAH. mereka tidak berjaya dan telah ditangkap oleh penduduk Islam semasa mereka pulang bersama jemaah haji.
  5. PADA KURUN KE-9 HIJRAH 40 lelaki cuba melarikan jasad Baginda tetapi dapat ditangkap oleh penguasa Islam zaman tersebut.
Wallahu a’lam.
Sumber: Nuriman 

Nanas kembar 15 bentuk hati

Posted on the May 17th, 2012 under Tempatan by admin

BUKIT SELAMBAU – Seorang peniaga kedai perkakasan terkesima apabila suaminya membawa pulang nanas kembar 15 seberat 7.7 kilogram yang tumbuh di ladang getah mereka di Kampung Sungkup, Bukit Selambau.
Menurut Zuraini Md Isa, 41, nanas unik itu menjadi bualan penduduk kampung dan pengunjung yang memenuhi kedai mereka yang terletak depan masjid Bukit Selambau untuk melihat secara dekat, apabila buah itu diletak sebagai pameran.
“Nanas ini agak pelik sebab berbentuk hati, mempunyai 15 buah yang bercantum di bahagian tengah. Kalau dilihat secara kasar memang nampak ada yang sudah masak dan ada yang masih hijau,” katanya.





Zuraini berkata, dia dan keluarga tidak berhasrat untuk menjadikan buah nanas itu hidangan atau dimasak memandangkan kejadian disifatkan sangat unik dan tidak pernah dialaminya sebelum ini.
Sinar

Aktivis Islam di Kenya dibunuh Kejam

Posted on the April 29th, 2012 under Luar Negara by admin

Islam Kenya sudah tidak percaya lagi dengan kerajaan mereka disebabkan kematian dua aktivis Islam, yang mana telah ditangkap oleh orang-orang kerajaan.
“Kami menuntut agar kerajaan Kenya akan melakukan penyiasatan ke atas penculikan dan pembunuhan aktivis Islam itu,” kata Al-Amin Kimathi, ketua Forum Hak Asasi Manusia Muslim dalam siaran akhbar yang diperoleh OnIslam.net, pada Khamis 25 April lalu.





Menurut Al-Amin, dua aktivis Islam diculik oleh pegawai polis dengan menggunakan teksi di bandar pelabuhan Mombasa.
“Samir Hashim Khan dan Mohamed Kassim Bekhit, yang berasingan berada di perhentian teksi wagon Toyota probox diculik setelah membuat kekacauan kerana orang ramai berkumpul di sekitar tempat kejadian di siang hari pukul 11 pagi,” katanya.
Undang-undang membantah penangkapan dua aktivis Islam tersebut ketika saudara-mara dan teman berusaha untuk bertanya tentang nasib mereka. Namun berita mengejutkan bagi kaum Muslim, kedua-dua aktivis itu kemudian ditemui mati.
Tubuh Khan telah ditemui di semak di jalan antara Mombasa dan Nairobi, bertempat di Taman Negara Tsavo.
Menurut Al-Amin, Khan pernah ditahan oleh unit polis anti-keganasan (anti-terrorism police unit / ATPU). Dia ditahan pada tahun 2010 dengan memiliki senjata berbahaya. Al Amin mengatakan bahawa kes Khan masih tertunda di Mombasa hingga akhirnya dia ditemui mati.
Mohamed Kassim Bekhit, seorang aktivis yang buta dari Kibera di Nairobi, juga telah ditemui mati selepas penculikannya, media Kenya melaporkan minggu lalu.
Sebelum penculikannya di Mombasa, Bekhit telah diculik tiga minggu lalu di luar Masjid Jamia Nairobi oleh lelaki yang mengheret dia ke kereta yang menunggu dan menghantarnya mengelilingi bandar dan bertanya kepadanya untuk pencurian kenderaan bermotor yang dikatakan padanya. Para penculik yang dipercayai sebagai sebahagian daripada operasi keselamatan negara kemudian membuang aktivis itu di pinggir bandar.
Muslim Human Rights Forum of Kenya (MHRF) telah meminta penjelasan dari pesuruhjaya polis dan unit anti-keganasan terhadap pembunuhan dua aktivis Islam tersebut. Islam Kenya menuduh kerajaan mereka menangkap dan menculik para pemimpin mereka.
Pada tahun 2010, kerajaan Kenya menangkap dan menghantar 13 orang Islam Kenya ke Uganda atas tuduhan bahawa mereka terlibat dalam serangan berani mati di ibu negara Kampala.
Sheikh Abdullahi Salat, dari Dewan Agung Muslim Kenya, mengatakan kerajaan Kenya keliru dalam ‘membuang’ rakyatnya ke negara lain.
Al-Amin sendiri juga ditangkap di Uganda dan dipenjara selama 10 bulan ketika ia cuba untuk campur tangan bagi mengetahui nasib Islam yang dibuang di Uganda.
Hampir sepuluh juta Islam di Kenya daripada penduduknya 36 juta. Islam membentuk hampir-hampir 98 peratus masyarakat di bahagian Utara Wilayah di wilayah timur.
Halim Islam Online

Rakyat Syria dibunuh dan diseret dengan kereta

Posted on the April 29th, 2012 under Luar Negara by admin

Sesungguhnya rakyat Syria diuji oleh Allah sebagaimana umat Islam di permulaan dakwah Islam yang menerima tentangan hebat oleh golongan musyrikin bagi melawan ajaran Islam yang suci yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Di Syria hari ini, rakyat Syria yang menuntut kebebasan dan keadilan telah diperlakukan seperti binatang. Kita boleh menyamakan rejim Bashar seperti golongan musyrikin yang berpakat dengan golongan tentera Hizbullah dan Iran Syiah.
Lihat bagaimana video ini,seorang mangsa dibunuh dan diikat pada sebuah kereta lalu diseret mengelilingi kampung.Hanya Syria dan Hizbullah yang melakukannya,satu-satunya di dunia.







Geng Culik, rogol, samun seawal 7 pagi

Posted on the May 15th, 2012 under Jenayah,Tempatan by admin

KUALA LUMPUR: Culik, rogol dan samun. Itulah serangan ‘tiga serangkai digunakan sekumpulan tiga lelaki yang bukan saja menculik dan menyamun mangsa tetapi juga menjadikan mereka ‘tawanan’ melampiaskan nafsu.
Difahamkan, kumpulan terbabit yang bergerak dengan kereta Proton Waja hitam itu berlegar-legar seawal jam 7 pagi di sekitar kawasan perumahan sebelum menculik mana-mana wanita yang berjalan sendirian.





Dalam kejadian terbaru di hadapan sebuah rumah di Jalan Sri Hartamas, di sini, kelmarin, seorang wanita berusia 38 tahun menjadi mangsa kumpulan yang bersenjatakan pisau itu apabila diculik, dirogol bergilir-gilir sebelum disamun.
Malah, kejadian rogol itu dirakam kumpulan berkenaan dipercayai sebagai koleksi peribadi mereka.
Mangsa yang dibebaskan selepas diperlakukan seperti binatang oleh kumpulan berkenaan membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini.
Menurut sumber, mangsa yang bersendirian dalam perjalanan ke kedai mendakwa tiba-tiba dihampiri dua lelaki tidak dikenali.
“Kedua-dua suspek memegang tangannya sebelum seorang daripada mereka meletakkan pisau di leher wanita berkenaan.
“Mangsa yang cuba melawan diugut dicederakan sebelum diheret masuk ke dalam kereta Proton Waja yang siap menunggu berhampiran kawasan berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, kepala mangsa ditutup menggunakan kain sebelum dia dirogol seorang daripada suspek di dalam kenderaan itu.
“Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ, dia terus dinodai kumpulan berkenaan di rumah kosong. Kali ini, mangsa dirogol bergilir-gilir tiga lelaki terbabit. “Selepas diperlakukan demikian, seorang daripada suspek menyerahkan semula pakaian mangsa,” katanya memberitahu barang berharga milik mangsa seperti telefon bimbit dan wang tunai lebih RM100 dirampas kumpulan itu.
Katanya, kumpulan itu membawa mangsa sebelum meninggalkannya di bahu jalan di Jalan Tun Sambanthan, di sini.
Mangsa yang dibantu orang awam menghubungi keluarga sebelum tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan namun usaha memburu kumpulan itu giat dijalankan. Kami masih meneruskan siasatan namun tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan sama seperti dengan beberapa kes yang dilaporkan sebelum ini,” katanya.
Pada 30 Mac lalu, Harian Metro melaporkan seorang pelajar perempuan diculik sekumpulan tiga lelaki ketika menunggu bas di Jinjang, di sini, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu mereka di bilik sebuah hotel di Balakong.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa sepanjang tempoh berkenaan, dia dipaksa berbogel, dipukul dan ditendang serta diarah melakukan onani selain menjilat kaki semua lelaki terbabit malah, setiap aksinya itu dirakamkan kumpulan terbabit, namun mangsa mengakui tidak dirogol.
Manakala, pada 24 Mac lalu akhbar ini melaporkan seorang wanita berusia 37 tahun bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau, tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya.
Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran pasar raya di Kepong, di sini, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi.
Lagi satu kes yang dilaporkan pada 22 Februari lalu, seorang remaja diculik dan dirogol bergilir-gilir di sebuah hotel di Pudu.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, remaja berusia 17 tahun dan berasal dari Kundang itu dilaporkan diumpan tiga lelaki terbabit bertemu sebelum itu diculik dan dirogol bergilir-gilir.
Harian Metro

Tambang teksi RM459 untuk perjalanan 3km

Posted on the April 27th, 2012 under Tempatan by admin

KUALA LUMPUR – Dua pemandu teksi didenda antara RM400 hingga RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menuntut bayaran tambang melebihi kadar yang ditetapkan semalam.
J. Elanggo, 30, pemandu teksi eksekutif, didenda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda itu kerana menuntut kadar tambang melebihi yang ditetapkan iaitu sebanyak RM459.20 daripada dua pelancong Britain berbanding kadar yang ditunjukkan di meter teksi sebanyak RM8 iaitu lebihan RM451.20.
Elanggo didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Imbi berhadapan Hotel Dorsett Regency di sini pada 1.59 petang, 8 Februari lepas setelah membawa pelancong berkenaan dari KLCC.

Budaya minum arak kian teruk di Britain

Posted on the May 15th, 2012 under Luar Negara by admin

LONDON – Pengambilan arak secara berlebihan tanpa henti mencapai tahap kritikal di Britain, kata beberapa pakar kesihatan.
Pada hujung minggu, sekumpulan lelaki dan wanita keluar dari pub dan kelab malam dalam keadaan terhuyung-hayang akibat mabuk menjadi perkara biasa di ibu kota Britain di sini.





Sebahagian wanita berkenaan tanpa segan silu muntah di kaki lima tanpa menghiraukan pakaian mereka terselak dan menampakkan seluar dalam.
Sebahagian daripada mereka terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri ekoran minum terlalu banyak.
“Anda malu jika dilihat mabuk di rumah. Di sini (pub dan kelab malam), ia merupakan satu trend,” kata seorang pelajar universiti, Kaisa Toroskainen semasa dia minum bir di sini bersama beberapa rakannya.
Mengulas tentang aktiviti tidak sihat itu, beberapa pakar menyatakan budaya minum arak menyebabkan Britain menanggung beban kewangan sekitar AS$4.4 bilion (RM13.57 bilion) setahun.
Ia termasuk bil hospital dan kos rawatan kesihatan berkaitan pengambilan minuman keras terutamanya penyakit hati yang melonjak 25 peratus sejak beberapa tahun lalu.
“Semakin ramai belia berusia lewat 20-an hingga pertengahan 30-an menghidap penyakit hati akibat minum arak,” kata seorang pakar hati di Universiti Newcastle, Chris Day.
“Keadaan ini tidak berlaku di Britain 20 tahun dahulu,” tambahnya.
Had umur untuk minum arak di Britain ialah 18 tahun berbanding 21 tahun di Amerika Syarikat.
Harga arak di negara ini murah iaitu kurang daripada $1.10 (RM3.39) untuk sebotol minuman keras. – Agensi

No comments:

Post a Comment