Thursday, July 19, 2012

MENGAKU NABI SATU HAL...BOLEH TANGKAP DAN HUKUM....BAGAIMANA YANG TAK MENGAKU...TAPI TINDAK TANDUK MEREKA AGAMA DALAM GENGGAMAN MEREKA...AGAMA KENA IKUT TELUNJUK MEREKA...JANGAN BIMBANG MEREKA AKAN ALLAH HUKUM JUA....

Biar mayat ibu terlantar busuk



KLANG: Dipercayai kerana kesempitan wang, seorang remaja perempuan berumur 15 tahun bersama dua rakan sebayanya menjerut dan mencekik ibu angkatnya hingga mati ketika cuba merampas gelang emas dipakai wanita itu sebelum membiarkan mayat terbabit terlantar selama tiga hari di rumah mereka di Kapar, di sini.
Dalam kejadian Sabtu lalu itu, remaja terbabit bersama dua rakannya datang ke rumah dihuni ibu angkatnya itu untuk meminta wang, tetapi wanita terbabit enggan memberikannya.
Berikutan itu, remaja terbabit dan rakannya bergelut dengan mangsa hingga menjerut dan mencekik mangsa hingga pengsan sebelum meninggalkan rumah tanpa menyedari perbuatan mereka itu menyebabkan mangsa sesak nafas dan meninggal dunia.

Tiga hari selepas itu, remaja terbabit pulang semula ke rumah ibu angkatnya itu sebelum terkejut apabila menemui mayat ibunya itu dalam keadaan sudah mereput dan berbau busuk.


Panik dengan penemuan itu, remaja terbabit membuat laporan polis kononnya dia menemui mayat ibunya dalam rumah dan tidak tahu apa yang berlaku.

‘Aku nabi akhir zaman’

Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my

DIDAKWA...Roslan (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, semalam.
DIDAKWA...Roslan (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, semalam.
MELAKA: Akibat tindakannya membuat pengakuan dirinya Allah dan nabi akhir zaman, seorang bekas kapten kapal dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, atas tuduhan mempersendakan agama Islam di sekitar negeri ini, kelmarin.
Tertuduh, Roslan Abdul Rahman, 44, yang berjubah putih dan berkopiah hanya kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir.
Tertuduh dari Pahang itu kemudian mengangguk faham akan pertuduhan yang terpaksa dibacakan dua kali berikutan tertuduh mencelah ketika ditanya mengenai pengakuannya.

Roslan membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon dibicarakan.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengejek-ejek agama Islam dengan perkataan ‘Aku ini nabi akhir zaman dan aku mengaku aku Allah’ di sebuah rumah di Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, dekat sini, jam 3.15 petang, 18 Julai lalu.

Mati serentak

Oleh Alias Abd Rani dan Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
am@hmetro.com.my

TRAGEDI...anggota bomba mengangkat mayat seorang  mangsa yang maut dalam nahas selepas  kereta dipandu bertembung lori simen, semalam.
TRAGEDI...anggota bomba mengangkat mayat seorang mangsa yang maut dalam nahas selepas kereta dipandu bertembung lori simen, semalam.
SRI AMAN: “Sebaik tiba di tempat kejadian, kami lihat bayi perempuan masih dalam pangkuan seorang wanita di tempat duduk depan dan berkeadaan kaku,” kata Penyelia Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Sri Aman, Tony Morni ketika membantu mengeluarkan lima sekeluarga yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 24, Jalan Sri Aman-Sarikei, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, lima daripada tujuh sekeluarga itu terbunuh serta-merta apabila Perodua Kancil dinaiki bertembung lori pembancuh simen.
Mereka yang terbunuh adalah pemandu Perodua Kancil, Mohd Rachael Abdullah, 22, dan isterinya, Santi Minggat, 19.

Turut terbunuh ibu Santi, Jamaah Ali, 42, kakaknya, Jamilah, 24, dan anak saudara perempuan Santi berusia 12 bulan, Noraini Bagio.


Kelima-lima mangsa terbunuh di tempat kejadian manakala dua lagi penumpang iaitu kakak Santi yang juga ibu kepada Noraini, Salbiah, 21, dan anak lelaki Santi berusia 12 bulan, Rizal Mustapha Mohd Rachel, cedera parah.

Kilang haram dikesan eksport minyak masak

GOMBAK: Sebuah kilang dikesan beroperasi secara haram apabila dipercayai membeli minyak masak daripada pembekal subsidi dilantik sebelum membungkus dan mengesksport minyak itu ke luar negara.
Difahamkan, pemilik kilang beroperasi di Taman Industri IKS, Taman Batu Muda, di sini, mengaut keuntungan berlipat ganda melalui penjualan semula minyak masak bersubsidi dengan anggaran keuntungan hampir RM200,000 sebulan.

Bagaimanapun, kegiatan mereka dipercayai sudah aktif sejak setahun lalu tumpas selepas diserbu pihak berkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), petang semalam.
Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Latifah Mat Yatim berkata, dua kilang termasuk premis itu disyaki menjalankan operasi penyelewengan minyak.

Gempar jumpa mayat berbuih

KEPALA BATAS: Seorang penduduk terkejut besar apabila menemui mayat wanita dalam keadaan terlentang dengan mulutnya berbuih di tepi jalan kawasan sawah padi berhampiran Permatang Binjai, dekat sini, semalam.
Ketika ditemui kira-kira jam 8 pagi, mayat wanita berkenaan lengkap dengan pakaian seluar sukan biru dan baju-T hitam, tetapi tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Mangsa dianggarkan berusia 30-an dan berkulit cerah dipercayai bukan penduduk kampung berkenaan kerana tiada yang mengenalinya.
Jalan berkenaan hanya dilalui penduduk untuk ke sawah selain jalan pintas ke Permatang Kuala, Penaga, tetapi difahamkan ada beberapa lelaki sering melepak di jalan berkenaan pada waktu malam kerana agak terlindung dari jalan utama.

Tiada sebarang senjata ditemui selain tiada kesan pergelutan dipercayai akibat hujan malam semalam.

Polis yang dimaklumkan berhubung penemuan itu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat seorang wanita dalam keadaan terlentang kira-kira satu kilometer dari jalan utama.

Jurucakap polis berkata, identiti mangsa belum dikenal pasti sama ada wanita tempatan atau asing kerana tiada pengenalan diri ditemui padanya.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan atau luka dikesan pada anggota badan mangsa kecuali mulutnya berbuih,” katanya. Menurutnya, mayat berkenaan dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat bagi mengenal pasti puncak kematian sebenar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias gagal dihubungi untuk mendapatkan maklumat berhubung penemuan mayat berkenaan.

Kedai permaidani diserbu

Oleh Hamid Karim
am@hmetro.com.my

KLANG: Rutin harian Mat Karpet yang bergerak ke pelosok beberapa kampung terutama di Bukit Rimau, Johan Setia dan Jalan Kebun, di sini sehingga mencetuskan keresahan penduduk tempatan, terencat apabila Jabatan Imigresen Selangor, membuat serbuan mengejut, semalam.
Serbuan dijalankan ekoran pendedahan kegiatan warga asing terbabit yang dikatakan semakin meningkat menjelang Ramadan menjual pelbagai produk khususnya permaidani dengan menjadikan kediaman penduduk tempatan sebagai sasaran.

Hasil serbuan di sebuah kedai menjual permaidani dan perabot berdekatan sebuah pasar raya di Kota Kemuning, empat lelaki warga asing dari Pakistan termasuk seorang yang dipercayai pemilik premis diberkas manakala beberapa barangan turut dirampas.
Serbuan empat penjuru pintu masuk ke beberapa kampung berkenaan bagi menahan Mat Karpet diarahkan sendiri Pengarah Imigresen Selangor, Amran Ahmad yang menyifatkannya perlu dibanteras.

Dalam serbuan diketuai Penolong Pengarah, Tarmizi Talib Ali bersama 13 anggota bahagian penguatkuasaannya Jabatan Imigresen turut membongkar penyalahgunaan permit kerja apabila tiga daripada warga asing yang ditahan itu memiliki permit bagi sektor tukang kebun. Tarmizi berkata, ketika ditahan, warga Pakistan terbabit bekerja di kedai menjual permaidani dan ia menyalahi Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Semalam Harian Metro melaporkan penduduk di beberapa kampung di daerah ini mengeluh dengan kehadiran terlalu ramai ‘Mat Karpet’ bermotosikal dan berbasikal mengunjungi kediaman mereka sehingga merimaskan keadaan.

Selain itu, penduduk turut mendakwa ada antara mereka tidak menghormati budaya tempatan apabila berada terlalu dekat dengan kediaman dan meminta minuman ketika tiada orang lelaki di rumah mereka.

Sementara itu, difahamkan beberapa warga asing yang selama ini menggunakan motosikal dan basikal mengunjungi dari rumah ke rumah penduduk menjual permaidani turut tidak kelihatan.
Mereka dipercayai berjaya menghidu operasi dilakukan Jabatan Imigresen seterusnya memberhentikan kegiatan seperti dilakukan sebelum ini bimbang dicekup.

Kegiatan warga asing terbabit dalam pelbagai perniagaan jualan langsung dari rumah ke rumah kebelakangan ini dilaporkan semakin berleluasa sehingga mencetuskan keresahan di kalangan penduduk tempatan.

Sementara itu Ahmad yang ditemui sebelum operasi berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan warga asing yang melanggar peraturan terutama berniaga dan melakukan pekerjaan lain daripada permit kerja yang dibenarkan.

Tertekan masalah keluarga

Oleh Amir Abd Hamid
am@hmetro.com.my

SEREMBAN: Tekanan akibat menghadapi masalah keluarga dikatakan menjadi punca seorang pegawai polis berpangkat inspektor mengamuk dan menyerang dua pekerja hotel Seremban 2, di sini, gara-gara ais krim dibeli di hotel berkenaan dikatakan mahal dalam kejadian Selasa lalu.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mohd Hassan (gambar), berkata berdasarkan soal siasat terhadap pegawai polis itu, dia didapati berada dalam keadaan tertekan akibat masalah keluarga.

Bagaimanapun, Abdul Manan tidak mengulas lanjut berhubung masalah dihadapi pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, yang beristeri dan memiliki seorang anak itu.
“Melalui siasatan kita didapati pegawai ini memang ada permasalahan sedikit, masalah keluarga. Jadi mungkin disebabkan ‘stress’ menyebabkan dia mengamuk.

“Saya difahamkan, dia ke hotel itu untuk berehat dan dalam keadaan stress (tekanan) saya difahamkan dia beli ais krim, tetapi dikatakan mahal yang menyebabkan dia mengamuk. Dalam keadaan ‘stress’, lepas itu orang charge (kenakan harga) mahal, dia mengamuklah.

“Mungkin komunikasi antara dia dengan pekerja (hotel), mungkin pekerja itu berlaku kasar dengan dia. Perkara ini masih dalam siasatan kita,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid dan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin.

Abdul Manan berkata, ketika kejadian, suspek sedang bercuti dan berada di hotel itu untuk berehat dan turut bersama seorang anggota polis lain.
Apapun, katanya, walaupun suspek adalah pegawai polis, pihaknya akan memastikan dia dikenakan tindakan setimpal dengan perbuatannya.

Dinodai dalam semak

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

GOMBAK: Lagi pemandu teksi dajal. Kali ini, seorang drebar teksi sanggup mengugut akan menolak seorang penuntut kolej ke dalam gaung sebelum bertindak memperkosanya di kawasan semak di Jalan Lama Gombak, dekat sini, sebelum mengikat tangan dan kaki mangsa, Isnin lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, gadis malang terbabit yang berusia 19 tahun menaiki teksi berkenaan di Batu Caves, sebelum meminta pemandu terbabit menghantarnya ke Taman Batu Muda, Sentul.

Menurut sumber, bagaimanapun ketika dalam perjalanan, pemandu itu memberitahu ingin membuang air kecil dan terus mengubah laluan ke Jalan Lama Gombak sebelum berhenti di tepi kawasan semak.

“Sangkaan mangsa lelaki itu memang ingin membuang air kecil ternyata meleset apabila tiba-tiba lelaki itu membuka pintu penumpang belakang dan mengarahkan mangsa keluar secara paksa.


“Terkejut dengan tindakan itu, mangsa cuba melawan namun gagal sebaliknya ditampar beberapa kali sebelum diacukan pisau di leher dan mengarahkan mangsa supaya berdiam diri serta mengikut segala arahannya,” katanya.

Pengurus songlap wang RM32,000

PETALING JAYA: Gelap mata melihat wang puluhan ribu ringgit mendorong seorang pengurus satu agensi membekal tenaga pekerja di Sungai Buloh, di sini, pecah amanah dan melarikan wang RM32,000 milik 12 pekerja warga asing yang dibayar kepada premis itu untuk memperbaharui permit kerja.
Pengurus wanita terbabit berusia 28 tahun diamanahkan untuk menjalankan tugas menguruskan permohonan memperbaharui permit 12 pekerja warga asing di pejabat imigresen, tetapi menghilangkan diri selepas menerima bayaran wang daripada pekerja berkenaan dalam kejadian pada April lalu.

Menurut sumber, perbuatan tidak bertanggungjawab pengurus terbabit disedari pihak atasan agensi itu apabila mereka mahu membuat bayaran levi 12 pekerja warga asing itu sebulan kemudian, namun gagal dihubungi.
“Pengurus terbabit hanya menyerahkan borang dan salinan dokumen untuk diproses kepada pihak agensi tanpa wang berkenaan.

“Apabila pihak atasan menghubunginya untuk meminta wang itu yang diterima daripada pekerja warga asing berkenaan dia menutup telefon bimbitnya,” katanya.

Sumber berkata, pihak atasan agensi kemudian membuat semakan terhadap 12 pekerja warga asing itu sama ada mereka sudah menyerahkan bayaran untuk memperbaharui permit. “Pekerja warga asing itu mendakwa mereka sudah menyerahkan wang tunai RM32,000 kepada pengurus terbabit. Bagaimanapun, mereka tidak diberikan resit sebagai bukti pembayaran.

“Agensi itu kemudian cuba menghubungi pengurus terbabit sehingga kini, tetapi gagal sebelum akhirnya menyedari wang berkenaan sudah dibawa lari,” katanya.

Berikutan kejadian itu, agensi berkenaan membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh untuk tindakan lanjut, selain bimbang pengurus terbabit turut menyalahguna nama syarikat untuk kegiatan jenayah lain.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan dan kes masih disiasat.

‘Abah melambung dirempuh kereta’

Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my

KOTA BHARU: “Abah, bangun abah,” kata seorang pelajar berusia 13 tahun selepas melihat bapanya melambung ke atas jalan apabila motosikal dinaiki dilanggar sebuah kereta di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dewan Beta, Ketereh, di sini, kelmarin.
Situasi sayu itu turut disaksikan orang ramai yang mengerumuni pelajar berkenaan, Ahmad Aiman yang cuba memanggil bapanya, Pasrurazi Muhamad, 50, selepas tidak sedarkan diri dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akibat cedera parah di kepala, tangan dan kaki.

Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave ingin ke sekolah berkenaan menjemput anaknya itu pulang.


Mangsa dan pemandu Proton Wira dari arah Kota Bharu menghala ke Jalan Kemubu, Machang, namun ketika tiba di hadapan sekolah, mangsa cuba membelok ke kanan sebelum dirempuh kereta terbabit.

No comments:

Post a Comment