Wednesday, July 18, 2012

SIHIR NI AMALAN SYAITAN...DILARANG DALAM ISLAM.....

Jadi ‘bodoh’ disihir isteri

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my

MANGSA...Sufian menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
MANGSA...Sufian menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
KUALA LUMPUR: Tergoda kejelitaan dan janji indah seorang ahli perniagaan dari Indonesia, seorang lelaki tempatan meninggalkan isteri dan anak-anaknya untuk berkahwin dengan wanita itu sebelum wang tunai dan rumahnya yang keseluruhannya bernilai RM850,000 dikikis perlahan-lahan.
Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Sufian, 45, berkata kebahagiaan dikecapinya apabila berkahwin dengan Talya, 35, hanya untuk beberapa bulan sebelum dia bertukar pak turut dan diperlakukan seperti hamba.
“Malah, saya selalu dicaci serta dipukul hingga saya pernah cuba membunuh diri sebelum diselamatkan,” katanya ketika ditemui.

Sufian, percaya dia bertukar bodoh, dayus dan penakut disebabkan perbuatan sihir Talya selepas menemui beberapa bukti menjurus ke arah itu.


Kini, selepas berjaya meloloskan diri daripada cengkaman Yalya, baru Sufian sedar bahagia yang diimpikannya umpan ke neraka dunia.

Berguling tangan terikat

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

CARI BUKTI...Arjunaidi (kiri) bersama pegawainya memeriksa kawasan sekitar rumah isteri pertama Megat Junid, semalam.
CARI BUKTI...Arjunaidi (kiri) bersama pegawainya memeriksa kawasan sekitar rumah isteri pertama Megat Junid, semalam.
BEGINI...Mustafa menunjukkan  cara dia diikat tiga penyamun.
BEGINI...Mustafa menunjukkan cara dia diikat tiga penyamun.
PETALING JAYA: “Saya terpaksa berguling ke pintu pagar depan sebelum mematahkan anak pokok buluh dan menggunakannya untuk menarik perhatian orang yang lalu-lalang,” kata Mustafa Md Nor, pengawal keselamatan rumah bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.
Mustafa, 63, menceritakan kejadian diikat tiga penyamun yang menceroboh kediaman dua tingkat itu di SS7, Kelana Jaya, di sini, jam 5.40 pagi semalam.
Tiga lelaki dipercayai warga asing bersenjatakan pemutar skru dan pemotong besi dikatakan memanjat pagar sebelum menyerang dan mengikat tangan serta kaki pengawal keselamatan berusia 63 tahun itu dengan wayar.

Ketika itu, rumah itu hanya didiami isteri pertama Megat Junid, Puan Sri Faeizah Shuaib, 67, dan seorang amah warga Indonesia berusia 40-an serta Mustafa yang bertugas di luar.


Menurut Mustafa, ketika kejadian, dia meronda di kawasan belakang rumah apabila terserempak tiga penyamun terbabit.

Bergelut demi maruah

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

TRAUMA...mangsa menceritakan pengalaman diculik dan dicabul sekumpulan lelaki.
TRAUMA...mangsa menceritakan pengalaman diculik dan dicabul sekumpulan lelaki.
KUALA LUMPUR: “Saya melihat rakan tergolek di jalan sebaik dicampak keluar dari kereta. Pada masa sama, tiga lelaki dalam kereta itu enggan melepaskan saya sebaliknya meraba seluruh badan dan memujuk saya melakukan perkara tidak senonoh.
“Demi mempertahankan maruah, saya memberanikan diri bergelut sebelum nekad terjun dari kereta yang sedang bergerak agak laju meninggalkan kawasan sekolah,” kata pelajar yang mahu dikenali Nor Asmira, 13.
Asmira, seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Kajang, di sini, berkata demikian ketika menceritakan pengalaman dia dan rakannya ‘diculik’ sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika makan di taman permainan di hadapan sekolahnya itu dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, kelmarin.

Ketika kejadian, dia dan rakan sekelasnya menjamah makanan di taman berhadapan sekolah.


“Kami dikepung sekumpulan 15 lelaki tidak dikenali yang mengajak kami mengikut mereka bersiar-siar dan berjanji menghantar pulang selepas itu,” katanya.

AYAT QURAN YANG MENYEBUT TENTANG SIHIR...

  وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَ‌ۖ وَمَا ڪَفَرَ سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَ‌ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٌ۬ فَلَا تَكۡفُرۡ‌ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦ‌ۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡ‌ۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَٮٰهُ مَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ۬‌ۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡ‌ۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ (١٠٢) Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. / (102)

  فَلَمَّآ أَلۡقَوۡاْ قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئۡتُم بِهِ ٱلسِّحۡرُ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ سَيُبۡطِلُهُ ۥۤ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُصۡلِحُ عَمَلَ ٱلۡمُفۡسِدِينَ (٨١)Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (81) 
  Hukum mempelajari dan mengamalkan Ilmu Pengasih & Pembenci?
Soalan
Bolehkah dipercayai ada orang boleh membuat ilmu pengasih atau ilmu pembenci yang boleh didapati daripada pembuatnya dengan harga ribuan ringgit untuk tujuan pengasih atau pembenci. Bagaimanakah pandangan syarak dalam kes-kes seperti ini yang sering disebut berlaku dalam masyarakat kita?
FARAH WAHIDAH ISA
Pasir Puteh, Kelantan

Jawapan
Ilmu pengasih atan ilmu pembenci, ia merujuk kepada ilmu dan pengetahuan. Meski pun manusia diwajibkan mempelajari ilmu, namun ada ilmu yang dibenci dan ditegah oleh syarak khususnya ilmu yang boleh membawa kerugian yang nyata di dunia dan akhirat. Bagi limu pengasih atau ilmu pembenci, saya lebih cenderung untuk meletakkannya dalam kelompok ilmu sihir.
Melakukan sesuatu ikhtiar dengan berdoa ke hadrat Allah SWT atau untuk memperbaiki diri, meningkatkan penampilan diri, menjaga tutur kata dan akhlak mulia boleh menjadi penyebab seseorang itu dikasihi. Itu memang dibenarkan kerana ia adalah usaha atas jati diri atau usaha ‘gentleman’ untuk menaik­kan prestasi diri sehingga dikasihi.
Tetapi mengikhtiarkan sesuatu limu yang diketahui sebagai ilmu pengasih, inilah yang sebagaimana disebut dalam hadis yang disabdakan oleh Rasulullah saw. yang mahfumnya;
“Sesungguh­nya jampi mentera yang meng­gunakan perkataan terlarang dan tangkal menangkal dan at-tiwalah adalah perbuatan syirik.” (Hadis sahih - Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya dan Imam Daud dalam sunannya)
Ibnu Mas’ud ketika menghurai makna perkataan ‘attiwalah’ me­ngatakan; “Ada sesetengah perempuan atau lelaki, mengguna­kan sejenis tangkal atau seumpamanya, dipakai pada dirinya dengan tujuan menambat atau menyebab­kan dirinya lebih dicintai oleh orang lain, maka perbuatan itu adalah sejenis sihir.” Ertinya, Ibnu Mas’ud meng­anggap ilmu pengasih dengan ikhtiar yang sedemikian tadi sebagai ‘at-tiwalah’, sebagai perbuatan syirik.
Dalam kitab Ibnu Mas’ud di halaman 32, juga ada menyebut yang bermaksud Hukum-hukum jampi mentera dan tangkal-tangkal seperti benang-benang dan simpulan padanya yang dibawa jampi khusus untuk dipakai oleh perempuan atau lelaki dengan tujuan dia dicintai, yang disebut sebagai ilmu pengasih adalah termasuk dalam ‘at-tiwalah’.
Oleh itu ilmu pengasih yang digunakan daripada kaedah mengambilnya (mempelajarinya) dari seseorang untuk dipakai atau kadang-kadang diberi makan dan bahan sihir yang kotor amat ditegah oleh Islam untuk mengamalkannya.
Demikian juga orang yang meng­gunakan kaedah yang sama untuk memisahkan seseorang dengan se­seorang yang lain apatah lagi memisahkan dua orang yang berkasih kerana Allah ataupun antara suami isteri yang rumah tangga mereka ru­kun damai, tidak dengan cara nyata, digunakan cara halus.
Ilmu pembenci ini jelas ditegah oleh Islam. Firman Allah (Surah aI-Baqarah ayat 102);

“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Saya rujuk dalam Tafsir al­-Qurthubi juzuk kedua halaman 55, dalam tafsiran petikan ayat ini menyebut; “Tidak boleh dinafikan bahawa sihir mempunyai kesan pada hati-hati manusia dengan memaksakan kasih kepada mereka atau menjatuhkan kebencian yang melampau sehingga jika mereka bersuami isteri, pembenci itu boleh menyebabkan perceraian.”
Demikian juga perbuatan angkara makhluk halus ini boleh membolak-balikkan hati manusia, risau tidak menentu, sakit hati (menyampah) tidak tentu pasal sehingga membawa kepada kemurungan.
Semua yang tersebut di atas dapat dilihat dengan nyata dalam penghidupan seharian, kalau ada yang mengingkarinya mereka adalah orang-orang yang sengaja keras kepala.
Pada saya angkara jahat ini memang boleh berlaku, ada orang yang benar-benar boleh melakukan ilmu yang salah ini, memang boleh berlaku dengan izin Allah SWT.
Ada pun sebahagiannya dilaku­kan oleh orang yang tidak mempu­nyai kebolehan tetapi sengaja melakukan temberang kononnya dia pandai ilmu pengasth, seba­Iiknya memperdayakan mangsa untuk tujuan mendapat keun­tungan.Memang berlaku, ramai yang tertipu, wang habis tetapi hajat tidak kesampaian.
Namun demikian, sama ada perbuatan itu sungguh-sungguh menjadi kerana kepakaran in­dividu tertentu atau dibuat tetapi tidak menjadi, kesemua perbuatan itu termasuk dalam perkara sihir yang ditcgah oleh syarak. Sebaiknya dielakan dan dijauhi.
Wallahu a’lam,


Apakah hukum mempelajari dan mengamalkan ilmu Sihir?



Jawapan
Dalam kitab-kitab muktabar oleh ulama yang menulis dan menjelaskan tentang pengertian sihir, kesimpulannya diertikan sebagai suatu jampi mentera (biasanya berasusiasi) berurusan dengan makhluk halus (jahat) melalui proses amalan atau perbuatan halus untuk menganggu rohani dan jasmani mangsa dengan tujuan jahat menganggu dan menyakiti orang-orang tertentu.
Ditujukan kepada fikiran atau tubuh badannya bagi memaksa mengasihi sesuatu atau menyimpan kebencian yang boleh berlaku porak peranda dalam hubungan insan yang sedang berkasih atau suamiisteri sehingga menyebabkan perceraian atau menganggu fizikal sehingga boleh menjadi penyebab kepada kematian dan sebagainya.
Itulah pengertian umum, bahawa sihir adalah ilmu yang dipelajari dan diamalkan bagi suatu tujuan yang biasanya untuk mendatangkan berbagai-bagai kemudaratan
Pengertian atau pengenalan istilah sihir sudah menjadi sebutan umum, penyakit yang berpunca dari perbuatan orang atau suatu amalan halus yang dinamakan ilmu hitam atau black magic yang rata-ratanya ada hubung kait dengan amalan syaitan, yang membantu manusia bagi mengenakan sesuatu tujuan jahat untuk memuaskan kehendak nafsu bagi tujuan jahat.
JAWAPAN PERTAMA
Adapun tentang wujud sihir itu di alam nyata, memanglah sihir boleh berlaku di alam nyata, ianya wujud dan boleh dipercayai ia berlaku.
Dalam al-Quranul karim, terdapat sekurang-kurangnya 67 ayat yang menyentuh tentang sihir ini. Terkenal tentang kisah Nabi Musa a.s yang terpaksa menghadapi golongan ahli sihir mahir di zaman Firaun bagi menentang Nabi Musa yang mereka juga mendakwa bahawa Musa juga ahli sihir.
Sebelum Nabi Musa a.s banyak berlaku fenomena sihir dalam kehidupan insan terdahulu. Kisah Nabi Sulaiman a.s terdapat hal yang berkaitan dengan cerita sihir di zamannya.
Al-Quran mendedahkan banyak ayat tentang hal sihir ini bagi menyatakan kepada manusia, ianya wujud.
Firman Allah, “Musa a.s berkata kepada ahli-ahli sihir itu, lemparkanlah (lakukanlah) sihir anda sekelian. Tatkala mereka melakukannya, mereka menyulap pandangan ramai manusia (yang melihat) menjadikan mereka ketakutan, kerana mereka telah melakukan sihir agung yang menakjubkan.” (Surah al-A’raf ayat 116)
Firman Allah, “Mereka (membelakangkan kitab Allah) mengikut ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, pada hal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajar manusia ilmu sihir dan apa sahaja yang diturunkan kepada dua malaikat; Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seorangpun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu, ada juga orang-orang mempelajari daripada mereka berdua; ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isteri, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 102)
Jelas dalam dua ayat ini bahawa sihir wujud dan berlaku di hadapan Nabi Allah, Musa a.s dan Sulaiman a.s, dengan perbuatan yang boleh mempengaruhi manusia supaya manusia tercengang kehairanan.
Dalam hadis 2766, al-Bukhari dan hadis 89 al-Muslim, Nabi s.a.w menggesa umatnya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan dan salah satu daripada tujuh itu adalah perbuatan sihir.
Dalam hadis an-Nasai pula disebut (mafhumnya), “Sesiapa yang simpulkan benang dan dijampi menterakan untuk sesuatu tujuan jahat, maka sesungguhnya dia telah melakukan sihir. Dan sesiapa yang melakukan sihir, maka dia telah mensyirikkan Allah S.W.T.
Jelas kepada kita bahawa sihir memang wujud di alam nyata, bukan di alam khayalan, kita terpaksa menghadapinya.
JAWAPAN KEDUA
Apabila dinyatakan dalam al-Quran bahawa sihir wujud sejak dahulu kala sehingga zaman Nabi Muhammad s.a.w, berlaku setiap zaman sehingga zaman kita dan diakui oleh as-Sunnah daripada beberapa kutipan hadis sahih, maka hukum mempercayainya adalah wajib.
Jika kita menolak sihir dengan tidak mempercayainya, bermakna kita menolak kenyataan al-Quranul Karim dengan menafikannya. Hadis sahih pun sedemikian juga.
Sebagai seorang muslim, kita percaya benarnya al-Quran, benarnya hadis, sihir memang wujud dan wajib dipercayai.
JAWAPAN KETIGA
Sihir adalah ilmu yang dipelajari dan diamalkan dan hukum mempelajari sihir ini, disepakati oleh ulama adalah haram kerana dalam Surah al-Baqarah ayat 102 yang saya sebutkan di atas.
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa ilmu sihir tidak memberikan sebarang kegunaan, tiada manfaat kepada manusia.
Ilmu ini mengundang kemudaratan yang amat besar iaitu syirik kepada Allah kerana mereka terpaksa melalukan penyembahan kepada syaitan, ilmu sihir ini haram dipelajari dan tidak boleh diamalkan.
Haram menjadi perkara yang besar kerana sihir ini adalah ilmu untuk mengkhianati dan menganggu manusia.


Hukum ilmu sihir, hukuman ke atas ahli sihir – apa sikap negara?


Ibrahim Batturah al-Haddad
Dalam sebuah Negara Islam, apakah hukuman ke atas mereka yang mengamalkan ilmu sihir? Apakah pendirian Negara Islam ke atas mereka yang menggunakan ilmu sihirnya dengan tujuan membunuh dan merosakkan mana-mana bahagian tubuh seseorang dengan ilmu sihirnya?Sebenarnya kedudukan ilmu sihir ini bukan sahaja buruk di sisi umat Islam dan Negara Islam, malah dalam suatu kelompok masyarakat Barat Kristian pada suatu masa dahulu, ilmu sihir dan para pengamalnya telah dihukum bunuh.Mereka akan menangkap ahli sihir, mengikatnya di sebatang tiang, meletakkan kayu api di sekeliling ahli sihir itu dan akhirnya mereka membakarnya hidup-hidup sehingga ahli sihir itu mati bersama ilmu-ilmunya yang merosakkan itu. Hal-hal begini boleh kita tonton lewat filem-filem seram yang dicetak oleh ‘madrasah’ Hollywood ke serata dunia suatu ketika dahulu. Daripada suatu segi, kita berkongsi pandangan yang sama dengan Kristian terhadap isu ilmu sihir ini.
Hanya akhir-akhir ini saja, Hollywood menjulang ahli sihir dan pengamalnya ke taraf yang tinggi melalui Harry Porter. Tetapi, dalam pada itu pun, masih kita terdengar beberapa laungan dan kritikan gereja terhadap filem berkenaan.
Demikian kedudukan ilmu sihir dalam kacamata pandangan Islam. Satu-satunya agama samawi yang mungkin masih terlibat di dalam amalan ilmu sihir itu ialah agama Yahudi.
Kabbalah, salah satu pegangan dan amalan dalam agama purba Yahudi itu, dianggap oleh sesetengah pengkaji sebagai ilmu yang berasal daripada Mesir Purba; amalan ahli-ahli sihir Firaun yang pernah bertempur dengan mukjizat Nabi Musa suatu ketika dahulu.
Agama Islam telah memutuskan bahawa ilmu sihir ini adalah ilmu yang haram diamalkan. Bagaimanapun terdapat juga khilaf yang menyatakan bahawa ilmu ini harus diajar. Manakala sesetengah ulama lain menganggap, ilmu ini haram diajar.
Namun, kedua-dua aliran ini sepakat menyatakan bahawa ilmu sihir ini haram diamalkan. Itu jelas. Tapi, kita berdepan dengan suatu masalah baru ketika membincangkan hal ini. Iaitu jika agama telah merumuskan bahawa ilmu sihir ini haram diamal maka kenapakah negara, pihak pemerintah, penguasa, khasnya parti politik tidak mengharamkannya di dalam negara itu?
Mungkin, jawapannya ada pada kenyataan lewat pidato penyandang presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono baru-baru ini ketika Tanah Jawa kini sedang menyaksikan pertarungan merebut jawatan Presiden Indonesia.
“Ini ialah musim pilihan raya. Ramai yang mengamalkan ilmu hitam. Malahan keluarga saya dapat merasai kesannya,” kata calon presiden tersebut dalam sebuah majlis doa selamat di Cikeas, Bogor baru-baru ini.
“Saya membuat kesimpulan bahawa hanya melalui doa dan bacaan ayat suci boleh menghalang serangan ilmu hitam. Misalnya, malam Jumaat lepas, saya sentiasa membaca ayat suci al-Quran sepanjang jalan ke venue debat (pusingan ketiga dan akhir debat presiden) bersama-sama isteri saya, pembantu dan pemandu.
Katanya beliau sentiasa membaca ayat suci al-Quran sebagai cara untuk melindungi dirinya daripada serangan ilmu hitam daripada pencabarnya. Demikianlah serba ringkas petikan laporan tersebut.
Persoalan awal yang patut kita tanyakan kepada calon presiden tersebut, kenapakah ketika beliau diberi peluang sebagai Presiden Indonesia sebelum ini, amalan ilmu sihir itu tidak dibanteras habis-habisan dengan bersungguh-sungguh?
Kenapakah baru sekarang beliau mengeluh? Sedangkan ketika beliau berpidato itu, jelas beliau adalah seorang Muslim dan dengan taraf beliau sebagai penguasa Negara Islam dengan jumlah bilangan entiti rakyat yang besar, hal ilmu sihir itu boleh ditangani bersama majlis ulamak Indonesia.
Apabila beliau tidak berusaha mengguna jenteranya, mengerahkan pasukannya dalam bentuk negara, guna menghancurkan ilmu sihir itu, maka kini beliau diancam ilmu sihir pula menjelang pilihan raya presiden.
Ilmu sihir dalam pemerintahan
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka menyatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitanlah yang kafir (mengerjakan sihir).
“Mereka mengajar sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil; Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum menyatakan: “Sesungguhnya kami hanya ujian (kepadamu), sebab itu janganlah kamu kafir”.
“Maka mereka mempelajari daripada kedua-dua malaikat itu melalui sihir itu untuk menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan, mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat.
“Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, jika mereka mengetahui.” (Al-Baqarah: 102)
Daripada nas di atas, dapatlah kita fahami bahawa, ilmu sihir telah masuk merebak dalam pemerintahan negara. Sulaiman a.s bukanlah pengamal sihir sebenarnya walaupun baginda dapat menundukkan jin.
Ilmu sihir ini diajar oleh dua malaikat; Harut dan Marut. Apabila lafaz ini diMelayukan maka lahir istilah karut-marut yang sering digunapakai dalam bualan kita ketika merujuk hal-hal yang melibatkan ilmu sihir ini.
Sihir yang mengakibatkan cerai-berai paling utama!
Daripada nas itu juga, dapatlah kita rumuskan bahawa antara banyak ilmu sihir seperti santau, pukau, minyak pengasih, minyak dagu, dan minyak senyonyong, maka ilmu sihir yang melibatkan kes cerai-berai antara suami isteri itulah yang paling utama dan dahsyat sekali.
Kita tak tahu kenapakah ilmu sihir yang melibatkan cerai-berai antara suami isteri ini amat dahsyat. Tapi, kalau tidak hebat penangannya, maka Allah s.w.t tidak merakamkan kegunaan ilmu sihir guna merosakkan pernikahan itu dalam al-Quran sebagai yang disebutkan dalam nas di atas.
Tuhan tidaklah mnerakam ilmu-ilmu pengasih yang membuat seseorang dara jatuh cinta kepada seseorang jejaka, ilmu pukau sehingga menyebabkan seseorang itu terkhayal tidak sedarkan diri sebagai sihir yang utama, sebaliknya ilmu sihir untuk pecahbelahkan keluarga itulah yang telah dibangkitkan secara jelasnya di dalam kitab suci pegangan umat Islam itu.
Semua pendedahan ini pastinya mengheret ingatan kita ke atas suatu pendedahan dalam klip video bertajuk ‘Rosmah Puaka’ di laman YouTube.com. Ada kenyataan bahawa isteri Perdana Menteri itu mengamalkan ilmu hitam dan tiada pula kedengaran bahawa beliau membuat penafian atau membuat saman fitnah setakat ini berhubung hal tersebut.
Terselit dakwaan bahawa beliau mengamalkan ilmu hitam sebelum mendapatkan Najib dan terus mengamalkan ilmu sihir itu setelah mendapat Najib. Jika dakwaan ini benar, maka negara kita berada dalam keadaan tidak selamat dan huru-hara.
Rosmah wajib membersihkan nama baiknya ke atas pendedahan tersebut. Najib perlu menjawab bagi pihak isterinya itu.
Ini kerana (jikalau pendedahan itu benar), maka Rosmah mungkin terlibat dalam ilmu sihir paling agung yang disebutkan Tuhan di mana ilmu sihir itu mengakibatkan perceraian antara Najib dengan isteri pertamanya sebelum ini. Hanya Rosmah dan Najib yang dapat membersihkan nama mereka.
Jika benar, ini sangat merbahaya. Rosaknya Najib (jika Najib disihirkan), maka rosaklah negara seluruhnya. Jika Najib seorang PM (penjual mee) di kaki lima kompleks membeli belah Sogo di Jln. Tunku Abdul Rahman atau dekat Bangunan Mara di Jalan Raja Laut, hal itu bolehlah kita sensasikan buat sementara dalam diges Mastika guna melariskan jualan.
Itu tidak mengapa lagi. Tapi, jika PM itu bukan penjual mee, sebaliknya seorang Perdana Menteri, maka seluruh rakyat akan menerima padah dan parah yang keterlaluan azabnya kelak.
Kita terpaksa menulis sebegini kerana kita yakin penuh percaya bahawa akan sekalian mufti yang ramai di serata negeri pun tak akan berani menegur Najib, apatah lagi menegur Rosmah yang berkemungkinan besar, terjebak dalam ilmu itu.
Hukum bunuh kepada pengamal ilmu sihir?
Sepotong hadis menyebutkan: “Jauhilah tujuh perkara yang akan membinasakan.” Para sahabat bertanya: “Apa itu?” Baginda bersabda: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa tanpa alasan yang hak, makan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang, dan menuduh orang-orang yang beriman yang menjaga diri dari lalai.” (Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat at-Tarmizi, Jundub bin Ka’ab As-Sa’di, meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w, bahawa dalam hukum Islam hukuman dari pengamal sihir adalah dipenggal dengan pedang.
Telah ada riwayat daripada kaum ulamak salaf yang menfatwakan supaya pengamal sihir itu dibunuh. Diriwayatkan Imam Al-Bukhari dalam sahihnya, daripada Bajalah bin ‘Abdah, berkata ‘Umar bin Al-Khattab: “…agar membunuh para tukang sihir.” Maka, kami membunuh tiga tukang sihir.
As-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab di dalam Kitab At-Tauhidnya berkata: “Telah sahih daripada Hafshah bahawa beliau memerintahkan agar membunuh budak yang menyihirnya.” Dan telah sahih pula daripada Jundub r.a.
As-Syeikh Abdul Rahman bin Hasan dalam Fathul Majid berkata: “Diriwayatkan pula yang menyatakan (tukang sihir harus dibunuh) daripada Umar, Usman, Ibnu Umar, Hafshah, Jundub bin Abdullah, Jundub bin Kaab, Qais bin Sa’d, dan Umar bin Abdul Aziz.”
Pengamal sihir masih ada ruang diampuni
Perlu juga diingatkan di sini bahawa hukuman di sini, yang berhak melakukannya adalah pemerintah Muslim dan bukanlah hukuman tersebut boleh dilaksanakan secara sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu. Ini bermaksud, hukuman tersebut mestilah berada di bawah kuasa negara.
Dan, manakala pengamal sihir itu telah bertaubat, maka sentiasa ada ruang untuk diampuni dosa-dosa mereka itu. Hal ini amat besar faedahnya untuk dibahas dan didebat secara lanjut kerana hal ini lebih ternyata lebih bermanfaat dari debat berhubung isu Kerajaan Perpaduan yang sudah ditutup ruang untuk mendebatkan hal tersebut.
Cukuplah kita melihat betapa bahayanya ilmu sihir ini dengan melihat nas ini – Sesiapa yang mendatangi ‘arraaf (tukang ramal) dan bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak akan diterima solatnya 40 hari. (Muslim)
Cuma dengan mengunjungi tukang tenung, tukang ramal dan tukang tilik, lalu mempercayai kata-katanya, maka solat tidak diterima oleh Allah s.w.t.
“Mereka yang bertemu tukang ramal atau dukun lalu dia membenarkan apa-apa yang tukang ramal itu katakan, sesungguhnya dia telah kafir ke atas apa yang telah diturunkan kepada Muhammad.” (Riwayat 4 Ahlu Sunan, disahihkan oleh Hakim).
Adili siswa UM dengan berhikmah
Baru-baru ini, sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya sedang berdepan dengan masalah tindakan berhubung sikap mereka membantah keras kehadiran Rosmah Mansor ke universiti tersebut.
Bantahan mereka itu ternyata ada asas yang kuat, iaitu berdasarkan klip video Rosmah Puaka, maka mereka mengirim nota bantahan secara ‘liar’; menconteng dinding di bangunan universiti sebagai langkah protes ke atas kehadiran Rosmah.
Sebetulnya, kalau pun pihak universiti mahu mengenakan tindakan ke atas sikap pelajar itu sepatutnya pihak universiti perlulah bermuhasabah terlebih dulu, kenapakah mereka sanggup mengundang Rosmah yang masih belum membersihkan namanya yang terpalit dengan dakwaan ilmu sihir?
Kita tak boleh mengundang pihak yang masih belum membersihkan namanya seperti Rosmah. Sehinggalah nama Rosmah bersih daripada tohmahan itu, atau isteri Perdana Menteri membuat saman fitnah ke atas C4 Production dan menang barulah kita boleh menjemputnya. (Itu pun jika masih ada yang redha dengan isu C4 yang meletupkan jasad Altantuya!)
Golongan pelajar itu mungkin tidak bertindak keterlaluan jika yang datang ke kampus itu adalah isteri-isteri orang kenamaan, selain daripada Rosmah.
Rosmah masih berpeluang untuk bertaubat dan dia boleh diampuni dan pihak universiti boleh mengundangnya kalau beliau telah pun sedar dan insaf daripada perbuatannya yang lalu.
Tidak perlu dihukum siswa universiti tersebut kerana mereka cuma tidak inginkan individu yang mereka anggap terpalit dengan tubuhan sihir itu masuk ke daerah suci seperti universiti. Itu sahaja.
Akta Membendung Ilmu Sihir di Parlimen?
Apa pun, kembali semula kepada pokok persoalan kita yang asal, apakah hukuman negara ke atas para pengamal ilmu hitam ini? Adakah ahli-ahli Parlimen tanpa mengira faham agama dan parti boleh meluluskan akta guna menangani sihir ini?
Hanya satu sahaja yang tergambar dalam fikiran kita jika ahli-ahli Parlimen keberatan menyuarakan usul berhubung akta ini. Seperti yang disebut di atas tadi, SBY (Susilo Bambang Yudhoyono) telah menyatakan buah kekhuatirannya berhubung ilmu hitam yang mungkin digunakan ke atasnya dan keluarganya menjelang pilihan raya presiden yang akan datang.
Jadi, jika Akta Membendung Ilmu Sihir ini tak dapat diluluskan dalam Dewan Rakyat, mungkinkah hal ini disebabkan oleh ramainya wakil-wakil rakyat bertemu dukun dan bomoh menjelang pilihan-pilihan raya umum sebelum ini?


No comments:

Post a Comment