100 penghuni asrama terjejas, pagar asrama turut runtuh
15 Julai 2012
PAKA - “Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan, seketika kemudian air
keluar dari tangki sehingga melimpah di sekitar pagar berdekatan asrama
sekolah.
Demikian kata Mohd Redzuan Zamri, 31, saksi kejadian tangki air pecah di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, tangki air Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paka yang terletak di atas menara setinggi kira-kira 10 meter itu pecah, menyebabkan air takungannya mencurah keluar sehingga kawasan berdekatan digenangi air.
Pagar asrama sepanjang kira-kira 10 meter juga turut runtuh, selain bumbung sebuah bangunan berdekatan mengalami kerosakan teruk terkena air yang jatuh dari tangki air terbabit.
Ketika kejadian, terdapat hampir 80 pelajar perempuan mendiami asrama tiga tingkat yang terletak kira-kira 50 meter dari menara menempatkan tangki air berkenaan, selain hampir 40 pelajar lelaki yang difahamkan sedang bersiap untuk menunaikan solat Jumaat.
Menceritakan detik sebelum kejadian itu, Redzuan yang juga pengawal keselamatan di sekolah berkenaan berkata, ketika kejadian, dia sedang berada di pondok pengawal, beberapa meter dari menara tangki air terbabit.
Menurutnya, sebaik mendengar bunyi letupan, dia terus bergegas keluar untuk meninjau apa yang berlaku sebelum melihat air mencurah-curah keluar dari tangki yang pecah itu.
“Mula-mula saya terkejut juga, ingat apa yang meletup.
Rupa-rupanya tangki air pecah, nasib baik tiada pelajar yang cedera,” katanya.
Usaha Sinar Harian untuk mendapat ulasan pihak pengurusan sekolah bagaimanapun gagal apabila pengetua sekolah berkenaan tidak menjawab panggilan yang dibuat.
Kejadian itu merupakan tragedi runtuhan yang pertama sejak sekolah berkenaan beroperasi lebih lima tahun lalu.
Akibat kejadian itu, sebahagian besar penghuni asrama lelaki dan perempuan juga difahamkan terpaksa pulang ke rumah masing-masing kerana menghadapi masalah gangguan air.

Suami didenda rosakkan kereta isteri
15 Julai 2012
KUANTAN - Berang dengan desakan isterinya yang berkeras meminta cerai,
seorang lelaki naik angin lalu bertindak memecahkan lampu belakang dan
memijak bonet kereta wanita itu sehingga lekuk dalam satu kejadian di
Lorong IM 2/57, Bandar Indera Mahkota, di sini, kira-kira jam 11.36
malam, 15 Februari lalu.
Sikap panas baran si suami itu memakan diri sendiri apabila isterinya membuat laporan polis dan dia ditahan serta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, kelmarin.
Tertuduh, G Ravichandran, 47, dari Bandar Indera Mahkota, didenda RM800 selepas mengaku bersalah atas tuduhan itu di hadapan Majistret Rini Triany Muhammad Ali.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat itu ke atas kereta jenis Proton Persona milik isterinya sehingga mendatangkan kerugian dianggarkan RM1,650.
Tertuduh yang didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan sebelum itu berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Ravichandran dalam rayuannya memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia sudah insaf dengan perbuatannya itu.
Menurutnya, dia hilang sabar dan kesal dengan sikap isterinya kerana tidak mahu keluar berjumpa anaknya ketika dia mengunjungi rumah wanita itu.
"Saya pergi menemui isteri kerana kasihan dengan anak yang sangat merindui ibunya, namun dia pula enggan menemui kami.
“Sikapnya yang terus berdegil tidak mahu keluar menyebabkan saya hilang sabar dan bertindak di luar kawalan. Bagaimanapun semuanya sudah berlaku dan saya sudah insaf dengan perbuatan itu,” katanya.
Tertuduh juga merayu supaya dikenakan hukuman ringan kerana perlu menanggung ibu dan anaknya yang cacat dengan pendapatan RM3,200.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Lari bogel elak dicekup Imigresen
15 Julai 2012
KUALA LUMPUR – Sebuah penempatan haram yang menjadi tempat tinggal
pendatang tanpa izin di Hutan Simpan Bukit Kiara, di sini, terbongkar
selepas diserbu anggota Jabatan Imigresen, awal pagi semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, penguat kuasa perlu meredah denai di dalam hutan itu selama 30 minit sebelum menemui penempatan haram di lereng bukit itu pada jam 5 pagi.
"Ketika serbuan, kebanyakan warga asing terbabit tidur nyenyak sebelum dikejutkan penguat kuasa. "Setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa, ada di antara mereka yang melarikan diri dalam keadaan bogel selepas kain sarung yang dipakai terlucut, ada pula yang bersembunyi di belakang pintu untuk mengelak daripada dicekup penguat kuasa," katanya.
Menurutnya, dalam serbuan itu seramai 17 warga Indonesia ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
“Berdasarkan risikan, penempatan haram yang wujud sejak lebih tiga tahun lalu itu turut dijadikan transit oleh ejen atau syarikat perumahan yang menggunakan khidmat pekerja warga asing sebelum dibawa ke tempat lain,” katanya.
Operasi dua jam yang berakhir 7 pagi itu turut mendapat kerjasama daripada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Mereka yang ditahan dalam operasi itu berusia 19 hingga 52 tahun dibawa ke Pusat Tahanan Imigresen Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Derita hidu bau busuk
15 Julai 2012
SIMPANG RENGGAM – Penduduk Lorong Enam Taman Puteri Emas di sini,
tertekan berikutan terpaksa menghidu bau busuk akibat pencemaran di tali
air berhampiran rumah mereka sejak lima tahun lalu.
Penduduk, Kamsul Pairan, 33 berkata, keadaan di tali air itu yang mana airnya berwarna hitam yang mengeluarkan bau busuk dan meloyakan.
Menurutnya, masalah itu sudah diajukan kepada pihak bertanggungjawab namun sehingga kini tiada sebarang tindakan yang diambil bagi mengatasinya.
“Malah, masalah yang berlaku ini semakin berlarutan sehingga kini. Apa yang menyedihkan adalah, aliran daripada tali air ini menuju ke Sungai Parit Haji Hashim yang mana di sungai tersebut terletaknya satu loji rawatan air.
“Seingat saya, lebih kurang 10 kali perkara ini dimaklumkan kepada pihak yang sepatutnya namun, pihak berkenaan hanya memaklumkan kepada penduduk bahawa mereka akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.
“Sehingga sekarang, tiada juga tindakan yang diambil malah dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang langkah-langkah penyelesaian yang dijalankan,” katanya.
Kamsul berkata, penduduk di taman tersebut amat kesal kerana hak mereka sebagai sebagai penduduk setempat untuk menikmati kehidupan yang sihat seolah-olah dipandang remeh oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab mengatasi masalah berkenaan.
Katanya, jika dilihat pada setiap hujung minggu ataupun cuti umum keadaan air di tali air itu akan bertambah teruk malah bau yang dikeluarkan juga bertambah busuk.
“Apabila menjelang malam, kami rasa mahu tidak selesa dan seakan-akan mahu berpindah ke tempat lain sementara menunggu siang kerana pada ketika itu, bau daripada tali air tersebut amat busuk dan merimaskan penduduk yang tinggal berhampiran,” katanya.
Sementara itu, bagi Amal Basri Satiman,46, berkata, sebelum keadaan ini berlaku setiap petang pasti ramai anak-anak muda dari taman berkenaan yang akan memancing ikan di tali air tersebut.
Beliau berkata, disebabkan pencemaran yang berlaku, telah mengakibatkan ikan semakin tiada di tali air berkenaan malah, aktiviti memancing juga tidak dijalankan lagi oleh mereka.
“Berikutan masalah yang berlaku, jelas menunjukkan air di dalam tali air ini telah tercemar teruk dan pihak yang bertanggungjawab sepatutnya mengambil tindakan sebelum ianya merebak ke sungai utama yang menjadi sumber minuman penduduk dalam kawasan Simpang Renggam ini.
“Kami penduduk di taman ini berharap sangat masalah yang dihadapi ini dapat diselesaikan dengan segera,” katanya.

Nanas berbentuk kipas tangan
15 Julai 2012
BENUT – Seorang pemuda terkejut apabila nanas yang ditanam di halaman
rumahnya di kampung Parit Kerimon, di sini berbentuk seakan-akan kipas
tangan.
Aziz Wahad, 32, mula menyedari kewujudan nanas tersebut ketika pulang dari kerja petang kelmarin. Dia pada mulanya menyangka terdapat dua pokok nanas yang berbuah terlalu dekat, namun setelah didekati nyata sangkaannya itu meleset.
“Saya terus ke pokok nanas tersebut, alangkah terkejutnya selepas mendapati buah nanas itu leper tidak seperti nenas lain.
“Saya segera mengambil parang dan memotong nanas tersebut, dan mendapati ia berbentuk seakan kipas tangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di parit Kerimon, di sini, semalam.
Menurutnya, dia segera memberitahu penemuan nenas yang disifatkan berbentuk pelik ini kepada kakak dan ibunya.
“Mereka turut memberitahu tidak pernah melihat nanas seumpama ini dan menyifatkan kejadian itu adalah kali pertama,
“Saya juga turut menceritakan penemuan ini kepada penduduk kampung dan mereka turut terkejut selain menyatakan ia adalah penemuan kali pertama,” katanya.
Katanya, nanas pelik itu bukanlah dari di kacukan sebaliknya hanya nanas biasa yang ditanam dan dibiarkan membesar.
“Nanas ini bukan dari benih kacukan tetapi nanas biasa atau nanas kampung yang biasanya ditanam di kawasan halaman rumah,” katanya.
Dia yang bekerja kampung berkata, akan menyimpan nanas tersebut sebagai kenangan kerana nanas tersebut begitu istimewa baginya.

Datuk Zainal: Saya pilih Nur Syafiqa kerana...
15 Julai 2012
PARIT BUNTAR - “Nur Syafiqa memiliki segala aspek yang saya perlukan
dari seorang isteri: penyayang, bijak, menghormati orang tua, berjiwa
besar, cantik dan mempunyai sifat keibuan terserlah.”
Demikian pengakuan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ketika ditemui Sinar Harian selepas majlis resepsi perkahwinan di antara beliau dan pemenang rancangan realiti Gadis Melayu musim ke-2, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23, selamat disempurnakan di Taman Pinggiran Sungai Kerian, di sini semalam.
Zainal Abidin yang menamatkan zaman dudanya selama dua tahun itu berkata, kisah cinta mereka berdua mula disulam dalam satu pertemuan tidak disengajakan di salah satu program dirasmikannya.
Menurutnya, pertemuan kali pertama itu menyebabkan hatinya terpaut dengan keayuan Nur Syafiqa hingga memberanikannya untuk mendapatkan nombor telefon gadis kelahiran Parit Buntar itu.
“Sepanjang tempoh kami berkawan, hanya kiriman pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon sahaja yang menghubungkan kami berdua dan kami tidak pernah ‘berdating’ sehinggalah pertemuan kali pertama di rumah keluarga Nur Syafiqa.
“Justeru, boleh dikatakan hubungan cinta kami berdua disulam melalui cara tradisional dan kami tiada masalah memandangkan jadual waktu kerja kami berdua ketika itu memang padat dengan pelbagai aktiviti,” katanya.
Beliau yang mesra dipanggil Tok Non berkata, kesemua anaknya terutama anak bongsu amat rapat dengan Nur Syafiqa dan akan menelefon ‘buah hati’ baru mereka setiap malam sebelum tidur.
“Arwah isteri saya sebelum ini merupakan seorang berjiwa rakyat dan sentiasa membantu saya dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan saya percaya Nur Syafiqa mampu menyambung tugas sama di samping memberikan perhatian terhadap anak-anak saya,” katanya.
Sementara itu, Nur Syafiqa jelaskan sifat romantik dan ciri-ciri bapa mithali yang ada pada Zainal Abidin menyebabkan hatinya yakin beliau membuat pilihan tepat.
“Saya sentiasa percaya saya membuat keputusan tepat memilih Zainal Abidin sebagai suami dan ianya sama sekali tiada kaitan dengan harta kebendaan.
“Saya sendiri mempunyai perancangan pada masa hadapan untuk meneruskan kerjaya pengacaraan secara sambilan di samping membantu suami dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.
Majlis resepsi perkahwinan kedua mempelai dibuat secara gilang-gemilang itu dihadiri lebih daripada 5,000 tetamu yang terdiri daripada tokoh politik, saudara-mara, kenalan terdekat serta rakyat Parit Buntar dan Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Hadir sama memeriahkan majlis berkenaan, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal dan kepimpinan Umno Perak dan Pulau Pinang.
Terdahulu, dengan dua kali lafaz, Zainal Abidin sah bergelar suami kepada Nur Syafiqa di hadapan 300 orang tetamu termasuk keluarga dan teman terdekat yang turut hadir menyaksikan penyatuan bersejarah kedua mempelai itu di Taman Semarak di sini, 9.30 pagi kelmarin sempena hari kelahiran Zainal Abidin.
Pasangan tersebut telah dinikahkan dengan mas kahwin senaskhah al-Quran dan sepersalinan solat dan wang tunai RM27,777.
Zainal Abidin, 52, sebelum ini kehilangan isteri, Datin Shazarina Shamsuddin yang meninggal dunia pada 22 Disember 2010 lalu akibat barah hati dan paru-paru.
Sementara Siti Nur Syafiqa pula ialah anak sulung daripada lima beradik yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Mikrobiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kegiatan cetak rompak tumpas
15 Julai 2012
IPOH – Seorang lelaki berusia 30-an meraih pendapatan puluhan ribu
ringgit hasil kegiatan mencetak sendiri cakera digital (DVD) cetak
rompak di rumahnya, Kampar, yang diserbu anggota Pejabat Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri, kelmarin.
Timbalan Pengarah PPDNKK Negeri, Rosli Ahmad berkata, daripada maklumat yang diterima, bermodalkan DVD kosong dan peralatan komputer khas, suspek mampu membuat 44 salinan pelbagai filem dalam tempoh 10 minit.
Katanya, PPDNKK Negeri telah membuat intipan di rumah berkenaan dan berjaya menahan suspek ketika leka membuat salinan filem ke DVD cetak rompak dalam serbuan pada jam 12 tengah hari.
“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kami telah merampas empat unit komputer, lima alat pencetak, dakwat, kertas, pelekat, kepingan DVD filem pelbagai tajuk, pemacu cakera keras dan pelbagai peralatan lain.
“Kami turut menemui 800 keping DVD yang sudah siap disalin kandungan filem antaranya, Born Rich, Master of Play, Man In Charge, No Regrets dan sebagainya,” katanya.
Beliau memaklumkan, suspek ditahan untuk disoal siasat serta boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 41(1)(g) Akta Hakcipta 1987 yang boleh membawa denda minimum RM2,000 bagi setiap satu salinan DVD.
“Berdasarkan siasatan awal, suspek melakukan kegiatan itu secara solo dan menjual sendiri DVD cetak rompak di pasar malam sekitar daerah ini dan Ipoh dengan harga sekitar RM7 sekeping.
“PPDNKK amat memerlukan kerjasama orang ramai untuk melaporkan aktiviti cetak rompak supaya tindakan boleh diambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

Panjat siling tinggalkan bini
15 Julai 2012
BANDARAYA MELAKA - Seorang lelaki warga asing sanggup membahayakan
dirinya memanjat siling dan meninggalkan isteri serta anaknya yang
sedang tidur akibat tidak mahu dicekup anggota penguat kuasa, awal pagi
semalam.
Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, lelaki warga Indonesia berusia 24 tahun itu panik apabila anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri menyerbu rumah yang didiami bersama beberapa rakan senegara.
Dengan hanya berseluar pendek, buruh binaan dari Lampung itu gagal melarikan diri apabila anggota penguat kuasa terdengar bunyi pergerakan orang atas siling rumah.
Berikutan itu, anggota terbabit bertindak memanjat siling berkenaan melalui lubang kecil di dalam sebuah bilik.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamaluddin Ismail berkata, ketika serbuan, lelaki berkenaan berada dalam bilik bersama isterinya berusia 20-an dan anak lelakinya yang sedang tidur.
“Dia yang menyedari kedatangan kami terus memanjat dan menyorok di siling rumah. Bagaimanapun kita dapat mengesan pergerakan di siling, selain terdapat kesan panjat pada dinding bilik sebelum menemui lelaki itu.
“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan dan anaknya tidak mempunyai dokumen sah. Manakala, isterinya tinggal lebih masa di negara ini,” katanya pada sidang media selepas operasi di pejabat jabatan itu di Ayer Keroh, di sini, semalam.
Kamaluddin berkata, seorang wanita warga Indonesia berusia 40 tahun yang menyewa di salah sebuah bilik rumah itu juga ditangkap kerana dipercayai memberi perlindungan kepada pendatang tanpa izin.
Sementara itu, Kamaluddin berkata, terdahulu pihaknya menyerbu sebuah pusat hiburan yang dikesan turut menawarkan perkhidmatan mengurut pelanggan di premis dua tingkat di Malim, di sini.
Serbuan itu membawa kepada penahanan sembilan wanita warga Vietnam dipercayai pelayan pelanggan (GRO) dalam lingkungan usia 19 hingga 26 tahun disyaki menyalah gunakan pas lawatan sosial.
“Lima wanita warga Vietnam berkenaan berada di tingkat atas dipercayai sedang memberikan perkhidmatan mengurut, manakala empat lagi di dalam pub di tingkat bawah dipercayai sedang menunggu tempahan mengurut daripada pelanggan.
“Hasil siasatan awal mendapati, lima wanita itu dipercayai menawarkan khidmat urut dan kegiatan seks kepada pelanggan mereka dengan bayaran RM120 sejam,” katanya.
Beliau berkata, modus operandi pelayan berkenaan adalah menarik perhatian dengan berpakaian seksi sebelum menawarkan khidmat urut dan seks, dengan memilih mana-mana wanita yang mereka kehendaki melalui iPad disediakan.
Menurutnya, kesemua mereka antara 16 individu yang ditahan daripada 31 warga asing yang diperiksa dalam empat serbuan berasingan disertai 18 pegawai dalam operasi selama empat jam bermula 11 malam, kelmarin

Sempat minta rakan ambilkan gambarnya sebelum maut
15 Julai 2012
CHENG, Melaka Tengah - Seorang askar sempat menikmati char kuey teow
'terakhir' serta meminta rakannya mengambil gambar sebagai kenangan
sebelum dia maut dalam kemalangan di persimpangan Cheng, Lebuh AMJ di
sini, awal pagi semalam.
Mangsa, Mohd Hazril Mat Deris, 22, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal jenis Yamaha 125Z ditunggang bersama rakannya bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Saga di persimpangan lampu isyarat Cheng, di sini kira-kira 2.50 pagi.
Beberapa minit sebelum kejadian, mangsa sempat bergurau dengan rakan bahawa dia mahu makan char kuey teow 'terakhir'.
Bagaimanapun, motosikal mangsa yang dinaiki bersama rakan dikenali sejak di bangku sekolah, Mohd Azizul Mahassan, 22, berlanggar dengan sebuah kereta dipandu Abu Hasan Lemat, 50, ketika dalam perjalanan pulang ke Kem Terendak selepas selesai makan.
Pelanggaran itu juga menyebabkan Mohd Azizul yang membonceng cedera di peha kiri, sementara Abu Hasan cedera ringan dan kedua-duanya dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Rakan mangsa, Syarafizam Arifin, 21, berkata, sebelum kejadian, arwah duduk termenung di katil dan mengadu sakit pinggang ketika mereka berlima hendak keluar makan bersama di Pantai Puteri kira-kira 12 tengah malam.
Katanya, biarpun dinasihatkan untuk membatalkan saja perancangan untuk keluar makan, namun Mohd Hazril masih berkeras untuk keluar juga.
"Bagaimanapun, dia tidak makan kerana tiada selera apabila sampai di sebuah kedai makan di Pantai Puteri.
“Selepas itu, kami pergi duduk di tepi Pantai Klebang dan di situ arwah menyuruh mengambil gambar sebagai kenangan menggunakan telefon bimibit saya dan meminta saya menyimpan gambar itu dan melarang membuangnya.
“Kemudian dia ada berkata, teringin makan char kuey teow 'terakhir' dan mengajak kami ke sebuah kedai di Klebang," katanya.
Syarafizam berkata, dia tidak menyangka gurauan mengenai 'char kuey teow terakhir’, selain gambar diambil dan diminta untuk disimpan adalah petanda Mohd Hazril yang dikenalinya sejak memasuki tentera dua tahun lalu akan pergi selama-lamanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman mengesahkan menerima laporan kejadian.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat di talian 06-284 2222.

Kelab dihadiri VIP, ahli perniagaan diserbu
15 Julai 2012
PETALING JAYA – Beberapa gadis pelayan pelanggan (GRO) yang leka
memberi layanan mesra kepada beberapa pelanggan di sebuah pusat hiburan
di Seksyen 16 dekat sini tersentak selepas premis itu diserbu pasukan
Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis
Daerah Petaling Jaya, malam kelmarin.
Hasil serbuan itu, seramai 14 wanita warga asing berusia 20 hingga 36 tahun masing-masing dari Thailand (14) dan seorang Indonesia ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka masuk dan bekerja di negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
Melalui pemeriksaan yang dijalankan juga, seorang daripada wanita warga Thailand memberi alasan bahawa dia masuk ke negara ini untuk berseronok bukannya bekerja.
Ketua operasi, Asisten Superintendan Mohd Nazri Daud berkata, siasatan awal mendapati wanita warga Thailand itu bekerja di Jerman tetapi ke Malaysia untuk bekerja sebagai GRO.
“Mereka bekerja sebagai GRO di kelab ini kerana memperoleh pendapatan lumayan kerana kelab ini hanya dihadiri dalam kalangan VIP dan ahli perniagaan,” katanya.
Menurutnya, seorang lelaki Cina tempatan turut ditahan selepas mengaku semua wanita terbabit bekerja di kelab berkenaan.
Ke semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial dan Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1963 iaitu kesalahan mengambil atau menggaji warga asing yang tidak memiliki pas yang sah.

Merempat dalam kubu Jepun
15 Julai 2012
Zaini Kasim, 43, berkata, sejak ibu mereka, Halimah Othman terbunuh dalam kemalangan maut empat tahun lalu, hidup mereka semakin melarat sehingga terpaksa menumpang di pondok tepi tanah perkuburan.
Menurutnya, ketika ibu mereka masih hidup, mereka tinggal menumpang di sebuah rumah di Pulau Belongan, namun terpaksa keluar selepas kematian ibu mereka.
“Kami tiga beradik kini ibarat sebatang kara sejak ibu meninggal dilanggar kereta sewa ketika dalam perjalanan menghantar kuih ke kedai, empat tahun lalu.
“Selepas ibu meninggal dunia, kami menumpang di pondok tepi kubur Bachok kira-kira setahun. Sejak minggu lalu, kami terpaksa pindah mendiami kubu peninggalan Jepun ini sebagai tempat perlindungan baru,” katanya kelmarin.
Beliau berkata, kini hanya dia seorang sahaja yang bekerja sebagai awak-awak bot nelayan sekali sekala untuk menyara dua adiknya yang sakit.
Menurutnya, dua adiknya, Zami, 42, menghidap batuk kering dan Zafni, 41, pula mengalami penyakit mental.
Bagaimanapun, adik bongsu mereka, Rosmiza Kasim telah berumah tangga dan menetap di Kemaman.
“Kami tidak mampu menyewa rumah sendiri kerana pendapatan saya tidak menentu dan cukup untuk kami makan ala kadar sahaja," katanya.
Saudara mereka, Che Rahim Mohamad, 53, berkata, dia bersimpati terhadap tiga beradik itu dan berharap ada pihak sudi membantu.
“Saya yang bawa mereka tinggal di sini buat sementara waktu selepas tidak mempunyai tempat tinggal lain untuk berteduh. Tetapi kubu ini tidak selamat kerana apabila air pasang, air melimpah ke dalam kubu. Apabila musim tengkujuh juga ribut dan ombak besar melanda.
“Sebelum ini ketika mereka tinggal di tepi kubur, saya sering membantu dari makan minum mereka. Malangnya mereka buta huruf dan tidak sihat menyebabkan sukar mereka mendapat pekerjaan.
"Mereka yang ingin membantu boleh hubungi saya di 014 5158654,” katanya.
- Faizul Deraman · Top Commenter · Guru at Peraktolong menolong la kita sesama manusia, keenapa lepas pandang begitu.. encik bleh datang rumag tim. menteri kewangan dekat dah tu dengan rumah YB Awe Adik... YB parlimen Bachok skarang bukan org bachok tu dia x sempat nak tgok kemiskinan dlm kawasan dia sebab bini dia penasihat.. lepas tu balik negeri dia..mana nak cakna penduduk bachok..depa peduli hapa...katanya...
- Asri Haji Mahmood · Top Commenter · Works at Designer n Entertainerlaa, dah tua, takkan tak pandai cari akan lagi, takkan nak harapkan arwah mak lagi... agak-agak la
- Taufiqi Hafiz Azu · Top Commenterkenapa tmpt peninggalan sejarah yg penting ini tidak dijaga & dipulihara..
Kisah Benar Disebalik Penceraian Pasangan Warga Emas Gara-Gara POLITIK
PASIR MAS: “Dia yang cabar saya suruh saya ceraikan dia dengan talak tiga,”ujar Yahya Ibrahim, 82 (gambar) ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Kubang Badak, dekat sini pagi tadi.
Pada masa yang sama katanya, bekas isterinya yang juga penyokong tegar Umno, Che Hasnah Che Ahmad, 61, bukan sahaja menolak perjuangan PAS, sebaliknya menghina Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Jelasnya, sepanjang 14 tahun perkahwinan keduanya dengan Che Hasnah selepas kematian isterinya, beliau tidak pernah berselisih faham dengan bekas isterinya.
Bagaimanapun, penghinaan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di samping menuduh mengundi PAS berdosa besar beliau tidak boleh bertolak ansur lagi, apa lagi bekas isterinya ‘mencabar’ supaya menceraikannya.
Harakahdaily mengambil pendekatan untuk mengetahui penjelasan sebenar berhubung perkara itu dari Yahya, memandangkan kes perceraian mereka telah tersiar dalam media arus perdana pro Umno termasuk media cetak.
Ianya berikutan kenyataan yang hanya melalui Che Hasnah, semata-mata, tanpa mengetahui kisah sebenar dari bekas suaminya.
Kes perceraian mereka juga turut dibahas hangat dalam laman social facebook dan twitter yang bersandarkan PAS menjadi dalang kepada perceraian itu.
Yahya yang merupakan bapa kepada 8 orang anak (semuanya dari isteri pertama) mengakui isterinya adalah aktivis Umno.
“Malah beliau menjadi guru al-Quran pun dipilih oleh Umno dan dibayar gaji, saya tidak kisah tentang itu walaupun sejak awal lagi kami berlainan politik.
“Tetapi sejak akhir-akhir ini dia begitu mencabar, mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap perjuangan PAS, dia juga sudah tidak hormatkan saya lagi, apa hukumnya keluar rumah atau pergi ke suatu tempat yang suami tidak suka.
“Malah saya bimbang kalau-kalau perkataannya yang begitu keterlaluan itu boleh terkeluar aqidah. Anak-anak dan cucu yang mendengarpun menggeleng kepala kerana tidak sanggup mendengarnya,”ujarnya.
Yahya turut memberitahu, isterinya keluar menyertai program Datuk Dr Hassan Ali, bagaimanapun Che Hasnah merahsiakannya.
“Dia hanya memberitahu pergi program cabutan bertuah, tetapi selepas dua hari baru saya tahu perkara sebenar dan memang saya marah sebab dia tipu saya.
“Saya tak kisah kalau dia pergi belajar tajwid walaupun bergurukan orang Umno, bersesuaian dengan dia sendiri mengajar al-Quran,”ujarnya.
Sambungnya, perceraian itu turut mendapat sokongan saudara mara yang terdekat termasuk abang kepada bekas isterinya itu, Ustaz Che Hussin.
Akibat perselisihan faham semakin tidak dapat dikawal, beliau terpaksa berpuasa dua hari untuk mengurangkan ketegangan yang dicipta isterinya sendiri.
Akhirnya, pada 11 Julai lalu, mereka sah bercerai di Mahkamah Pasir Mas setelah perceraian mereka didaftarkan pada 26 Jun lalu.
Imam Tua Mukim Chetok, Zulkifli Awang (gambar atas kiri), yang juga merupakan saksi nikah mereka sebelum ini memberitahu, sebelum mereka bercerai, beliau sebagai orang tengah turut menasihati Che Hasnah agar kembali pada Yahya.
“Bagaimanapun Che Hasnah enggan dan saya tidak boleh berbuat apa-apa, jadi saya serahkan semula kes itu kepada mereka beruda untuk membuat keputusannya,”ujarnya yang turut hadir pada pertemuan itu. - HARAKAHDAILY
— with Musliany Ibrahim, Farah Hanna Anna, Saiful Nizzam, Iramie Jimy, Mct Love June, Aini Julia, Najimuddin Haji Husain, Nurul Ainey, Key Wgt and Ana Baizura Ali.
· · Share · 18 minutes ago - 259 people like this.
- 67 shares
- 50 of 75
- Salihin Saari Alhamdulillah...bila pkara sbnr diceritakan...benda mcm ni xde plak kluar kat mainstream media...
- Cucu Ayah Long Soh Meihatkan wajah tenang pakcik ni, teringat aku pada Almarhum Ustaz Fadhil Noor.10 minutes ago · · 7
- Nona Leeya isteri perlula taat kepd suami....klu tak kita jatuh nuysus....bukan kerana pas isteri dicerai...tapi kerana umno isteri engkar dan berdusta dengan suami.....10 minutes ago · · 6
- Arif Mohd inilh kalau dah bertaksud pada politik....adaklanya terputus tai persaudraan...ingatlh kembalilh pada al-quran..itu yg disuruh olh jujngn Nabi Kita Muhammad saw..
- Mohd Afiz Mustapa itu le dugaan perjuangan menegakkan Islam.. Alhamdulillah... moga Che Hasnah diberikan kesedaran dan kembali bertaubat
- Leela Ezzaty hah.tu diaa..berita lain2...tp logik dh..trgt pesanan dr.fadzilah kamsah..penting juga cari pasangan yg sama aliran politik...x pun.. jgn sentuh hal politik kalau psgn xsama pahaman..huu..xpala pakcik ya..kepada makcik..udah2 la memburukkan bekas suami..sabo je la yoo...7 minutes ago · · 1
- Ekal Enrique Ohara orang umno,pas,dap semua la,orang politik..memang x boley pakai..puii..
- Mohamad Juipri Mahasim wanita yang tak hormati suaminya memang patut diceraikan. Tahniah
- Azizulraman Maarof Achoi Kalau dah isteri keluar rumah tanpa izin & pengetahuan suami....nyakitkan hati suami...jk aku pun ceraikan. Memang dia mengajar mengaji....Rosmah pun mengaji...Rosmah pun poei haji...Rosmah pun agama dlm ICnya islam....TAPI lu fikir la sendiri? Tun Hanif pun beragama islam...
- Khalid Abdullah alhamdulillah, ada juga cerita dari pihak suami.. tak salah menceraikannya, jika itulah solusi terakhir, kerana Allah izinkan walaupun dibenciNya. Ajar Quran tak semestinya faham isinya, tafsirnya... innalillah...7 minutes ago · · 1
- Apit Dino tu tandanye isteri yg sial yg dididik oleh umno,tgk betina tu masa kahwin pertama pun suami dia cerai nampak sangat betina ni mmg betina derhaka yg umno suka dan mengankat jadi idola,,... ni semua sebb hassan akidah sial punya pasal hassan akidah perosak rumah tangga orang ,pemecah belah orang islam,dan perosak negara,hapuskan hassan akidah sial..hassan akidah lebih teruk dari yahudi,dan lebih umno dari org umno7 minutes ago · · 1
- TtAh Adz-Dzaariyaat Berdosa kluar rumah tnpa izin suami..nenek kmbali la ke pangkal jalan..6 minutes ago · · 2
- Hasni Tarmizi Tak kira parti apa pun yg penting taat seorg isteri pada suami krn syurga terletak pada suami6 minutes ago · · 2
- Pukulan Hebat Pukulan Hebat Owh..bru aku tahu hal sbnr..celaka sungguh barua umno ni,6 minutes ago · · 1
- Muhammad Faizal Muhammad Faizal Walau pun isteri sedang tekun membaca Al Quran tiba2 dipanggil suami maka isteri harus berhenti membaca Al Quran dan datang kepada suami yg memanggil..6 minutes ago · · 5
- Juniey Musa ngok yg ngok..elok la sokong sgt kat umngok 2..ergh dr 1997 lg aku mmg tak sokong..halalkan yg haram..
- Zam Azmi rilek pakcik yahya...nenek saya single...bule tahan gak...nenek sy pas forever...pm sy kalo nk bekenalan ok...ape pon besabar yer pakcik...
- Isham Ismail patutla kena cerai..kesian pak cik ni, ramai yg bertaggapan buruk kt dia2 minutes ago · Edited ·
- Yeng Yang cerai saja isteri yg dh x mampu jaga kebaikan utk suami utk dunia dan akhirat.. pakcik jgn menyesal..ada rezeki hassan ali atau ibrahim ali akan lamar bekas bini pakcik yg pro UMNO itu.. brsbrlah pakcik dlm prjuangan.. isteri dan anak2 hanyalah pelengkap kehidupan pakcik sementara mahu ke akhirat nanti
- Mohamad Shazwan Abdullah tk sefahaman politik tk salah, tp tk mghormati suami itu sememangnya salah malah berdosa..
- Sumbu Plito bilo bc satkoba amno gak....jahat skmo laaaa pokcik yahyo nim.....!!!!...cari bini bru laaaa la pokcik yahyo weiiiii......acu tra tyn abby abadi nuuu pokcik weiiiii...klu2 nok sakut plop...hohohohoho....sor haluwe doh tu.......hohoho
- Anila Anilaz bro Mohd Khaidir : hari tu paper cerita bini jer...ni cerita si suami lak... baru adil kan?
- حفيظا اسماعيل aci kerat jari la paper umno nk sebr kata2 dr ust yahya ni..dgq pihk dpa ja.....
- Ayah-Pin Wak-Razak Isteri yang nusyuz bukan saja menyusahkan suami malah mendatangkan masalah kpd anak2 dan memalukan nama baik keluarga serta memperlihatkan keperibadian yang tidak baik.....
No comments:
Post a Comment