Sebahagian besar Negara mula berpuasa pada hari Jumaat
Jutaan Umat Islam di seluruh dunia menyambut awal bulan Ramadhan pada
hari Jumaat, Julai 20, sedangkan beberapa negara pula menyambut
kehadirannya satu hari berikutnya.
Darul Iftaa Mesir mengumumkan bahawa bulan baru / hilal Ramadhan dilihat pada Khamis, 19 Julai.
"Oleh kerana itu, hari ini adalah hari terakhir Sya'ban dan Jumaat, 20 Julai akan menjadi hari pertama Ramadhan."
Kuasa keagamaan di Arab Saudi, tempat kelahiran Islam, juga mengumumkan bahawa hari pertama Ramadhan jatuh pada hari Jumaat, 20 Julai. Hal yang sama juga berlaku di Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Kuwait. Ramadhan juga akan bermula 20 Julai di Jordan, Sudan dan Yaman, demikian laporan onislam.net, Khamis 19 juli.

Bulan Ramadhan juga akan bermula hari Jumaat di Palestin, Sheikh Mohamed Ahmed, Mufti Jerusalem, mengumumkan.
Minoriti Islam di Barat juga akan merayakan hari pertama Ramadhan pada hari Jumaat, 20 Julai.
Fiqh Council of North America (FCNA) dan Islamic Society of North America (ISNA) mengumumkan bahawa Ramadhan akan bermula pada hari Jumaat. Majlis Eropah tentang Fatwa dan Penyelidikan juga mengumumkan bahawa Ramadhan akan bermula pada hari Jumaat, 20 Julai. Islam di Turki juga memulakan Ramadhan pada hari Jumaat, 20 Julai. Islam di Kosovo, Macedonian, Romania, Bosnia, Serbia, Bulgaria, Montenegro, Albania dan Slovenia juga akan merayakan hari pertama Ramadhan pada hari Jumaat.
Namun, beberapa negara akan memulakan hari pertama Ramadhan pada Sabtu, 21 Julai. Pihak berkuasa di Oman mengumumkan bahawa hari pertama Ramadhan akan bermula pada hari Sabtu, tarikh 21 Julai.

Kerajaan Syria juga mengumumkan bahawa Ramadhan akan bermula pada Sabtu.
Islam di Malaysia juga mengumumkan bahawa Ramadhan akan bermula pada
Sabtu, Julai 21. Islam di Filipina juga akan mula Ramadhan pada hari
Sabtu. Kerajaan Indonesia juga mengumumkan bahawa bulan suci Ramadhan
akan bermula pada Sabtu, Julai 21.
Penampakan Bulan selalu menjadi isu kontroversi di antara negara-negara Muslim, dan bahkan ulama nampaknya berbeza pendapat atas masalah ini.
Satu kelompok mengatakan bahawa umat Islam di mana-mana harus mematuhi kalendar hijriah Arab Saudi. Pendapat kedua, menyatakan bahawa yang bertanggung jawab penetapan kalendar hijriah adalah lembaga-lembaga rasmi di negara masing-masing.

Saudara Seislam kita di Sudan Sambut Ramadhan dalam Kesedihan
Tidak seperti berjuta-juta Umat Islam di seluruh dunia, Islam Sudan
menyambut bulan Ramadhan dengan rasa keprihatinan atas kenaikan harga
dan kesengsaraan ekonomi yang mencengkam negara Arab itu.
"Ini adalah Ramadhan yang paling sukar kami hadapi kerana semuanya sangat mahal," kata Huda Abdullah, yang bekerja di sebuah universiti negeri, kepada Reuters hari Khamis, 19 Julai Semalam.
"Kami membeli daging jauh lebih sedikit tahun ini kerana kami tidak mampu membelinya."
Ramadan, bulan suci dalam kalendar Islam, diharapkan akan bermula pada hari Jumaat, 20 Julai. Rakyat Sudan biasa menggunakan daging, rempah-rempah dan gula-gula untuk mempersiapkan iftar bagi keluarga selama bulan puasa suci. Tapi kenaikan harga sayur-sayuran dan daging menjelang Ramadhan telah menjadi ujian buat rakyat Sudan dalam menghadapi bulan puasa.
"Saudara saya empat, saya dan ayah saya berkongsi pendapatan tapi itu tidak cukup untuk membeli makanan yang cukup untuk keluarga," kata Abdullah, yang tengah memeriksa harga limau di pasaran makanan di pusat bandar Khartoum.
Sudan telah menghadapi krisis ekonomi yang sukar sejak pemisahan diri Sudan Selatan yang kaya minyak tahun lalu. Pendapatan minyak telah memburukkan kekurangan Dollar, mencetuskan inflasi kerana Sudan perlu mengimport sebahagian besar keperluannya . Walaupun mempunyai mata wang sendiri, tapi transaksi di Sudan sudah terbiasa menggunakan Dollar. Pedagang di pasar utama mengatakan harga untuk barang-barang runcit seperti gula telah naik dua kali ganda sejak tahun lalu.
"Pengeluaran makanan Sudan terlalu kecil untuk menghasilkan bekalan makanan yang cukup," kata Sherji, seorang peniaga kepada Reuters.

Tindakan demo sempat dilakukan beberapa minggu terakhir sebelum bulan
Ramadhan. Protes setakat ini terhad kepada mahasiswa, peguam,
intelektual dan aktivis pro-demokrasi yang jarang mengerahkan lebih
daripada beberapa ratus orang sekaligus. Presiden Omar Bashir, yang
berkuasa sejak 1989, telah menolak aksi protes, mengatakan Sudan tidak
akan melihat musim semi Arab sebagaimana negara Arab lain yang sedang
melakukan reformasi, hanya musim panas saja.
Rakyat Malaysia Benci Mamak sebab Mahathir ?
Sekarang
kalau kita lihat, dah banyak masalah dibawa oleh Mahathir. Dahulu
orang suka Mahathir. Sekarang dia dilihat seperti orang tua yang gila
nak jadi PM semula.
Sekarang
ini mana-mana Mamak saya lihat di Malaysia saya rasa malas nak pandang.
Penuh rasa benci terhadap Mahathir sehingga terbawa-bawa pada seluruh
kaum Mamak di Malaysia.
Namun ini tak berlaku langsung
di Singapura. Di sana, semua Melayu dan Mamak masing-masing cukup
makan. Walaupun ada yang berkata mereka tertindas di bawah pemerintahan
Lee Kuan Yew, walaubagaimana pun mereka masih kaya dan boleh bershopping di Johor.
Di sini kita dapat lihat di mana apabila semua orang cukup ada duit, maka tak timbul isu nak berbalah antara Mamak dan Melayu.
Masalah di Malaysia ialah, ada
kaum Melayu, Mamak dan Arab elit dalam UMNO yang dah makan terlebih.
Jadinya yang Melayu kebanyakannya masih merempat dan marah dengan
keadaan yang berlangsung sekarang. Sekarang ini Melayu merempat di bumi
sendiri. Tapi bila di tanya bagaimana hidup di Malaysia? Macam biasa
Melayu akan tipu diri mereka dengan berkata, "Oh, kita hidup OK! No problems!"
Secara jujur saya cakap, saya
lebih senang untuk tambah berat badan di Singapura, berbanding di
negara sendiri. Nak tahu lebih lanjut kerjalah di Singapura. Berkenaan
dengan isu memilih majikan dan menukar majikan itu bukan isu. Itu satu
kebiasaan. Orang Singapura sendiri tukar-menukar majikan. Mereka tak
macam orang Malaysia, bersikap seperti lembu. Disebat, ditarik dan
diherdik pun masih akur. Mereka guna akal.
OKlah, baru-baru ini ada kes
Mahathir bersurat-menyurat dengan pemimpin Israel. Saya tak kisah apa
jua isi surat itu. Namun, kita tetap kecewa dengan tindakan
berkomunikasi itu.
Ini tak adil. Mana mungkin
adil. Kita semua rakyat Malaysia dilarang untuk ke Israel, sedangkan
pemimpin kita boleh senang-senang berhubungan pula?
Dari ekonomi sampailah ke kes
liwat dan ini belum dilibatkan isu protes kaum Mamak di Pulau Pinang
yang berkala. Saya sudah meluat dengan kaum ini di Malaysia. Jelas kaum
Mamak di Malaysia jauh ketinggalan dengan standard Mamak di Singapura.
Saya menyeru agar kaum Mamak
Malaysia mula merantau ke Singapura. Ini penting bagi membuka minda
anda semua. Usah kita berbalah antara Melayu dan Mamak lagi. Kenapa di
Singapura kita semua boleh bersatu? Kerana cukup makan! Semua badan
berisi.
Jadi kita perlu humbankan
Mahathir ke Sri Lanka secepat mungkin. Jika tidak kita perlu merantau
ke Singapura sampai tahun 2020, malah mungkin lebih atau pun
selama-lamanya!
21 Julai 2012
KARAK - Seorang pembantu kedai runcit di Taman Sentosa, dekat sini,
tidak menyangka dua lelaki yang masuk ke kedainya kira-kira jam 9 malam
kelmarin rupanya penyamun.
Supriyanni, 30, berkata, ketika kejadian dia sedang duduk di kaunter sebelum menyedari terdapat dua lelaki masuk ke kedai, namun tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka mereka adalah pelanggan.
Menurutnya, ketika itu terdapat seorang lagi pelanggan yang sedang membeli barangan, namun berlalu pergi selepas membuat bayaran. “Secara tiba-tiba, seorang daripada dua lelaki tadi menerpa ke arah saya yang berada di kaunter bayaran sambil mengacukan pisau ke bahagian perut.
“Lelaki itu minta saya diam dan ke tepi. Selepas itu dia bertindak menggeledah bahagian kaunter terutama tempat simpanan wang,” kepada Sinar Harian.
Supriyanni berkata, seorang lagi lelaki yang ketika itu memakai cermin mata hitam pula berkawal di depan kedai dan bertindak menghalang beberapa pelanggan masuk ke kedai.
Katanya, dalam keadaan cemas itu dia sempat melarikan diri ke bilik belakang kedai bagi memaklumkan majikannya berhubung kejadian yang berlaku.
“Selepas beritahu majikan, kami keluar dari bilik dan melihat kedua-dua lelaki tadi sudah melarikan diri di percayai menaiki sebuah kereta yang
berada di luar kedai. “Selepas diperiksa, mereka dipercayai mengambil wang tunai anggaran RM700 termasuk duit syiling,” katanya.
Sempat simpan duit
SEMENTARA itu, majikan Supriyanni, Ariana Zambri, 34, berkata, sebelum kejadian berlaku, dia sempat menyimpan sebahagian daripada hasil jualan menyebabkan tidak banyak wang yang ditinggalkan di kaunter.
Menurutnya, kejadian itu sememangnya tidak disangka, namun bersyukur kerana pekerjanya tidak Supriyanni menunjukkan mesin wang yang digeledah penyamun. diapa-apakan.
“Ini kali pertama kejadian samun melibatkan senjata berlaku di kedai saya, memandangkan sebelum ini ada kes curi biasa tetapi tidak melibatkan penggunaan senjata.
“Saya tidak sangka kedua lelaki itu bertindak begitu berani sedangkan pada waktu kejadian, masih ramai orang berada di sekitar kawasan kedai,” katanya kepada Sinar Harian.
Ariana berkata, kejadian itu tidak mematahkan semangatnya kerana kedai tetap dibuka seperti biasa pagi semalam.
Siasatan lanjut dijalankan
SEMENTARA itu Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Menurutnya, berdasarkan maklumat diterima terdapat dua lelaki terlibat dalam kejadian itu dan mereka menggunakan pisau untuk menakutkan mangsa.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kerjasama orang awam sangat diharapkan untuk menyalurkan maklumat,” katanya
Pisau diacu ke perut

Pelakon veteran Ismail Hutson meninggal dunia
21 Julai 2012
Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara di sini tengah hari ini.
Ismail, 72, meninggal dunia pada pukul 1.05 pagi di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya akibat komplikasi penyakit jantung, kata isteri kedua Allahyarham Hafidzah Khasbullah kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu sejak Selasa ekoran demam panas yang berpanjangan.
"Sudah ketentuan Ilahi untuk Allahyarham pergi meninggalkan kami (keluarga) pada awal Ramadan ini, dan sudah pasti sambutan raya tahun ini berbeza dengan ketiadaan beliau," katanya.
Selain Hafidzah, Allahyarham turut meninggalkan isteri pertama Zaiton Osman dan tujuh orang anak.
Ismail, yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran mewarnai dunia perfileman tanah air sejak tahun 1970-an dan pernah berlakon dalam filem dan drama. Antara filem lakonan beliau ialah Dayang Suhana (1978), Tujuh Biang Keladi (1984), Hantu Siang (1986), Cinta Kita (1995), Layar Lara (1997) dan Mr Cinderella 2 (2003). - Bernama
Bapa didakwa rogol anak OKU
21 Julai 2012
Lelaki berusia 43 tahun itu yang bekerja sebagai pencari udang mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Nor Sharidah Awang.
Bagi tuduhan pertama, dia didakwa merogol anaknya di tepi parit Jalan Saring Tebuk Jawa, Sabak Bernam di sini, pada awal Jun lalu.
Dia didakwa mengulangi perbuatan sama kira-kira jam 2 petang di rumahnya di Sabak Bernam, pada pertengahan Jun lalu.
Pendakwaan rogol dibuat mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan manakala pertuduhan seks oral mengikut Seksyen 377C Kanun sama.
Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin memohon mahkamah untuk tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh atas alasan keselamatan mangsa kerana mereka tinggal serumah.
Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 4 September depan untuk sebutan semula kes.
Mayat reput sebalik ranting
21 Julai 2012
Mayat yang tidak mempunyai sebarang identiti itu berkemungkinan mati beberapa hari lalu berdasarkan keadaannya sudah berbau dan berulat.
Mayat berkenaan ditemui orang awam selepas mendapati bau busuk sekitar lokasi kejadian.
Difahamkan, kedudukan mayat yang tersembunyi dengan jarak ladang getah terbabit kira-kira satu kilometer dari jalan raya menyukarkan iaditemui sedangkan laluan itu digunakan penoreh getah setiap pagi.
Ketika ditemui mayat lelaki itu hanya memakai seluar jean dan tidak berbaju, sementara di sekitar mayat turut ditemui tali yang ditinggalkan berkemungkinan digunakan suspek untuk mengikat mangsa.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, mangsa ditemui penduduk dekat sebuah ladang getah.
“Sebaik sahaja mangsa ditemui, mereka memaklumkan kepada polis dan kini siasatan masih diteruskan.
“Disebabkan tiada sebarang identiti pengenalan diri ditemui, kita terpaksa menunggu hasil bedah siasat untuk mengenal pasti identiti mangsa,” katanya.
Mayat dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Bob Lokman: Artis sudah celik politik
21 Julai 2012
Bob Lokman berkata, trend artis yang kini berdiri di pentas politik bersama Pas membuktikan bahawa golongan artis di negara ini sudah celik dan berpandangan jauh selain yakin mereka mampu melontarkan idea bernas untuk kebaikan parti.
Menurutnya, jika dahulu ramai artis hanya memikirkan kepada sumber pendapatan sebagai penghibur semata-mata, namun pada hari ini, golongan itu sudah berubah dan semakin berani tampil di khalayak dengan gagasan perjuangan parti politik masing-masing.
“Mereka ini sudah mula buka fikiran kepada perkara lain selain daripada soal cari makan dan sudah mula menunjukkan kecenderungan mereka ke arah politik.
“Sepatutnya hal ini sudah lama berlaku, mungkin ada artis yang berasa takut kerana sumber pendapatan mereka bergantung kepada stesen televisyen yang dinaungi kerajaan,” kata beliau kepada Sinar Harian pada Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara dekat sini.
Bob Lokman berkata, sejak menyertai Pas beliau sudah beberapa kali berjumpa artis yang berkempen untuk bersama-sama berjuang dengan parti itu termasuk rakan baik beliau yang juga pelakon filem, Hairie Othman.
“Saya ada bertemu Hairie dan dia sendiri ada beritahu saya yang dia masih banyak perkara hendak dibuat dalam parti ini termasuk mengeluarkan pendapatnya sebagai artis,” katanya.
Selain itu, katanya, beliau yakin artis seperti Hairie boleh menjadi ahli politik jika serius dalam bidang itu kerana melihat rakannya itu mempunyai keterampilan dalam berhujah dan mengeluarkan pendapat.
“Hairie juga yakin dengan perjuangan Pas kerana beliau nampak kejujuran dan keikhlasan Pas yang akan memperjuangkan nasib umat Islam serta tidak meminggirkan kaum lain di negara ini.
“Jika dia mahir dalam sepak terajang politik, tidak mustahil suatu hari nanti Hairie juga boleh menjadi orang politik yang boleh menerangkan dasar parti kepada rakyat,” katanya.
Pasangan bogel dicekup berasmara depan rumah
17 Julai 2012
Perbuatan tidak bermoral yang dilakukan pada jam 12 malam itu disedari penduduk yang melakukan rondaan di sekitar kawasan tersebut.
Pada mulanya, mereka tersentak selepas melihat sebuah kenderaan pelbagai guna yang terletak di bahu jalan bergoyang.
Ahli Jawatankuasa KRT Zuhri Othman berkata, hasil intipan dilakukan mendapati terdapat bayangan orang seperti sedang menari dalam kenderaan itu.
Mengesyaki terdapat aktiviti tidak bermoral berlaku, penduduk menghampiri kereta terbabit dan dapat melihat dengan jelas, lelaki dan wanita bertelanjang bulat sedang terbaring berpelukan.
“Bila kami ketuk cermin, kedua-duanya bingkas bangun dan hanya sempat menutup anggota sulit masing-masing dengan pakaian dan tangan,” katanya
Zuhri berkata, remaja lelaki berusia 19 tahun yang dicekup berkenaan adalah penuntut sebuah kolej swasta
Katanya, remaja itu mengaku baru pulang menonton wayang mahu menghantar teman wanitanya pulang.
Ketika kejadian, ibu bapa remaja perempuan itu sedang nyenyak tidur dan tidak langsung menyedari kelakuan sumbang anaknya di luar rumah.
“Mereka merayu meminta supaya tidak dikenakan tindakan tegas dan penduduk menasihati pasangan itu supaya tidak mengulangi perbuatan terbabit.
“Rekod dan butiran diri mereka diambil sebelum dibenarkan pulang,” katanya.
Anak dicabul, ibu tunggal dakwa dihalau guru besar
19 Julai 2012
Wanita yang mempunyai tiga anak itu, dikenali Maryam, 32, dihalau guru besar di sebuah sekolah agama di sini, kira-kira jam 9.30 pagi, kelmarin.
Maryam mendakwa, guru besar sekolah tersebut memarahi dan menghalaunya kerana dia membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku terhadap anak perempuannya yang berusia 9 tahun itu.
Menurut Maryam, kejadian cabul itu berlaku ketika anaknya berada di sekolah pada 8 Mei lalu.
“Apabila pulang daripada sekolah dia (anak) menceritakan rakan sekelasnya sering usik payu dara dan kemaluannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Maryam yang juga kerani Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah itu berkata, keesokannya dia bertemu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) dan menceritakan kejadian itu.
Menurutnya, dia diarahkan mengisi borang aduan salah laku murid dan PKHEM berjanji akan merujuk perkara tersebut dengan guru disiplin serta guru besar.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak mendapat sebarang berita berhubung aduan yang dibuat.
“Sekali lagi saya bertemu dengan PKHEM iaitu tiga minggu selepas aduan dibuat, tetapi jawapan yang diberikan amat mengecewakan.
“Setelah berfikir dan mendapatkan nasihat, saya terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis lalu,” katanya.
Maryam mendakwa, dia yang bekerja di pejabat PIBG di sekolah tersebut bagaimanapun diarahkan keluar daripada sekolah selepas laporan polis itu diketahui oleh guru besar.
“Dia (guru besar) kata sekiranya saya tidak berpuas hati dan ada masalah, saya perlu keluar serta membawa semua barang di dalam pejabat,” dakwanya.
Menurutnya, disebabkan itu, dia membuat satu lagi laporan polis di IPD Shah Alam, kelmarin.
Katanya, dia juga sudah membuat aduan di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga.
“Saya terkilan dengan apa yang berlaku. Saya mahu menuntut keadilan bagi anak saya tetapi tidak disangka diri saya turut menjadi mangsa,” katanya.
No comments:
Post a Comment