Tembak ibu sebelum amuk
PENDUDUK Minneapolis menahan tangisan ketika menyertai perhimpunan mengenang kejadian amuk Lanza di Taman Martin Luther King Park, semalam.
Penyerang itu, Adam Lanza, 20, membawa dua pistol menyerang Sekolah Rendah Sandy Hook dan mengamuk di situ sebelum membunuh diri. Pihak berkuasa berkata, ada antara mangsa berusia lima tahun.
Murid yang semuanya ketakutan sesetengahnya menangis dibawa meninggalkan bangunan itu oleh polis.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berkata negara itu bersedih dengan insiden berkenaan. “Kanak-kanak itu mempunyai masa depan yang cerah dan sepatutnya menyambut hari lahir, menamatkan pengajian, berkahwin dan memiliki keluarga sendiri,” katanya. Sehingga petang semalam, polis masih belum mengetahui motif serangan itu, tetapi Lanza dipercayai mengalami masalah gangguan personaliti dan tinggal bersama ibunya, Nancy, abangnya di Connecticut.
Sumber berkata, selepas membunuh Nancy, Lanza memandu ke sekolah itu dengan tiga senjata api, termasuk satu raifal berkeupayaan tinggi. Namun, tiada butiran lengkap bagaimana insiden selama “beberapa minit” itu berlaku didedahkan sehingga petang semalam. - AP
Lanza bekas pelajar pintar tapi bersikap aneh
Mempunyai perawakan tinggi dan kurus, Adam Lanza membawa beg hitam untuk menghadiri kelas bahasa Inggeris.
Dia juga sering duduk berhampiran pintu bagi memudahkan dia menyelinap keluar atau masuk pada bila-bila masa.
Apabila disoal, dia mampu memberikan jawapan walaupun kelihatan gemuruh, resah dan amat sukar bercakap. Lanza datang ke sekolah menengahnya di Newtown dengan berpakaian kemas dan alat tulis yang sewajarnya seolah-olah dia tidak mahu menarik perhatian sesiapa.
Namun, keadaan benar-benar berbeza kelmarin (awal pagi semalam, waktu Malaysia).
Menurut polis, Lanza, 20, memakai pakaian perang dan bersedia melakukan satu daripada amukan sekolah paling kejam dalam sejarah Amerika Syarikat.
Berbeza daripada pemuda lain, Lanza tidak banyak meninggalkan kesan untuk sesiapa mengenalinya.
Sebahagian daripada lepasan sekolah menengah itu percaya Lanza tidak menamatkan pembelajarannya. Seorang daripada teman sekelas Lanza, Matt Baier, berkata pemuda itu jelas tidak selesa apabila berada bersama orang ramai. “Bukan kerana orang lain memulaukan Lanza, tetapi nampaknya, orang membiarkan dia dengan dunianya,” katanya. Bekas teman sekelas yang lain berkata, Lanza biasanya tidak menunjukkan sebarang emosi apabila sesiapa memandangnya. “Mungkin keadaan itu menyebabkan orang yang tidak memahami Lanza akan memandangnya dengan sinis,” katanya. Pihak lain pula berkata, Lanza mengalami masalah gangguan tumbesaran didakwa Sindrom Asperger yang mempunyai kaitan dengan autisme. Pihak berkuasa pula berkata, siasatan masih dijalankan sama ada Lanza mengalami sebarang gangguan kesihatan. - NYT
Obama dikecam
Dikenali sebagai aktivis yang cenderung mahu pemilikan senjata api dikawal, Bloomberg mengeluarkan kenyataan itu melalui Mayors Against Illegal Guns - pertubuhan diasaskannya bersama Datuk Bandar Boston, Thomas Menino.
“Obama bertindak betul menyatakan kesedihan kepada keluarga mangsa di Newtown, tetapi AS memerlukan dia menghantar undang-undang ke Kongres bagi mengatasi masalah ini,” katanya. Menurut Bloomberg, menggesa supaya tindakan bermakna tidak mencukupi, sebaliknya semua pihak mahukan tindakan serta-merta. “Kita mendengar retorik sebelum ini. Apa yang kita tidak lihat ialah kepemimpinan, sama ada dari Rumah Putih atau Kongres,” katanya. - Reuters
‘Saya sangka kami tidak akan terselamat’
Menurut Kaitlin Riog, dia dan muridnya bersembunyi dalam tandas sekolah berkenaan sejurus selepas mereka bertemu dalam suasana “penuh keriangan.” “Ia sangat menakutkan dan saya terfikir, kami mungkin tidak selamat,” katanya. Ketika tembakan bermula, kata Kaitlin, 29, mengajak muridnya - berusia enam dan tujuh tahun berlindung dalam tandas. Untuk memastikan semua 14 muridnya boleh bersembunyi di situ, sesetengah mereka terpaksa memanjat ke tempat lebih tinggi.
“Saya tak pasti jika penyerang akan datang. Saya cuma minta murid berdiam diri.
“Jika ada yang menangis, saya memujuk mereka. Saya terpaksa berpura-pura berani untuk meyakinkan murid, walaupun sebenarnya saya sendiri takut” katanya. Dalam kejadian itu, Adam Lanza, 20, menyerang sekolah berkenaan dan menembak mati 27 orang, termasuk 20 kanak-kanak, sebelum membunuh diri. Polis menerima panggilan kecemasan pada jam 9.41 pagi daripada seseorang yang mengaku bersembunyi dalam tandas.
Kata Kaitlin, dia berpesan kepada muridnya bahawa dia sangat menyayangi serta gembira berpeluang mengajar mereka.
“Saya katakan kepada mereka, jika kamu percaya kepada kuasa doa, mereka perlu berdoa bersama-sama.
Mengapa Tuan Presiden bersedih untuk mereka sahaja?
Posted on Saturday, December 15 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: tokpepijat
"Presiden Obama juga kelihatan sebak ketika membuat kenyataan mengenai tragedi tersebut di White House dan mengisytiharkan berkabung di seluruh Amerika.
Hari ini kita melihat air mata Presiden Amerika mengalir di White House mengenang tragedi tertimpa ke atas kanak-kanak Amerika.
Tetapi kita tidak pernah melihat Presiden Amerika menangis mengenang nasib ribuan kanak-kanak Vietnam, Iraq dan Afghanistan yang terbunuh dan cacat angkara pengeboman Tentera Amerika ke atas sekolah dan rumah mereka.
Situasi berbeza. Pembunuh 20 murid dan enam guru di Sandy Hook telah terbunuh tetapi pembunuh(pilot) ribuan kanak-kanak di Veitnam, Iraq dan Afghanistan masih berkeliaran bebas bahkan turut dinaikkan pangkat atas jasa membunuh!
Sekolah Sandy Hook masih berdiri gagah walaupun berlaku tragedi itu tetapi bangunan-bangunan sekolah yang dibom oleh Tentera Amerika di Iraq dan Afghanistan hancur berkecai menjadi debu dan rata. Memakan masa bertahun untuk dibina semula. Memerlukan bantuan luar.
Apapun, kita turut bersedih tragedi yang berlaku di Sekolah Rendah Sandy Hook dan kita ucapkan takziah buat keluarga mereka. Moga rakyat Amerika juga berfikir juga nasib ke atas kanak-kanak di seluruh dunia yang menjadi mangsa pengeboman tentera negara mereka sendiri
Mengapa Tuan Presiden bersedih untuk mereka sahaja?"
Kanak-kanak Gaza memakai jersi Ozil terbunuh, menguris hati Mesut Ozil
Serangan tentera Israel yang membabi buta menyebabkan ramai rakyat Gaza tidak bersalah terbunuh. Serangan peluru berpandu Zionis ditujukan terus keatas kanak-kanak dan kaum perempuan bukan cerita rekaan. Sebagai bukti, ramai yang terkorban terdiri dari kalangan kanak-kanak,wanita dan warga tua.
Keadaan itu menyebabkan kesedihan dari banyak pihak, tidak terkecuali Mesut Ozil. Pemain Real Madrid itu sangat sedih dengan kematian kanak-kanak yang sedang bermain bola sepak di jalanan. Entah mengapa, ketika asyik bermain jet pejuang tentera Yahudi jatuh dan mengorbankan kanak-kanak itu.
Dalam gambar itu kelihatan jenazah kanak-kanak itu ditangisi rakannya. Dengan mengenakan serban, dia tidak sempat menutup kedua-dua matanya dan mulutnya yang masih menganga. Kelihatan darah dan sebahagian jersi Madrid yang dikenakan mangsa terbakar.
@officialmesutozil10: This little kid died while playing football with my shirt on. R.I.P to all the innocent victims, I’m praying for you. #FreeGaza #FreePalestineDetik Islam
Kematian kanak-kanak meningkatkan jumlah kematian kepada 26 orang
Jumlah mangsa Palestin yang terbunuh ketika serangan Israel yang terbaru ke atas Semenanjung Gaza meningkat kepada 26 syuhada setelah seorang budak lelaki berusia 7 tahun meninggal akibat kecederaan serius pada pagi Rabu.
Jurucakap jawatankuasa kecemasan dan ambulans Gaza, Adham Abu Silmiya berkata dalam satu program TV yang dianjurkan oleh jabatan maklumat kerajaan, bahawa para syuhada itu termasuk seorang wanita dan 3 anak.
Serangan Israel itu yang berlarutan sejak Jumaat lepas, mencederakan 96 rakyat Palestin, 30 daripadanya kanak-kanak dan kebanyakannya masih menerima rawatan perubatan di hospital, Abu Silmiya mengatakan.
penterjemah : idawati
11 Syahid Dalam Pembunuhan Besar-Besaran Terbaru Israel Ke Atas Gaza
GAZA, (PIC)– Angkatan Bersenjata Israil (IOF) pada petang Ahad telah menjalankan pembunuhan besar-besaran yang dahsyat di Bandar Gaza, mereka mengebom kediaman keluarga Dalo yang membunuh dan mencederakan seluruh anggota keluarga.
Sumber tempatan mengatakan pesawat udara Israil mengebom kediaman keluarga Dalo di al-Nasser Street di barat Bandar Gaza pada tengahari Ahad yang menyebabkannya musnah.
Sumber perubatan mengatakan krew ambulan dan pertahanan awam telah menemui jenazah 11 syuhada yang kebanyakannya kanak-kanak dan wanita sebagai tambahan kepada 11 yang cedera dan jumlah dijangka bertambah.
Aman Palestin
Wanita Hamil, Dua Kanak-Kanak Cedera Dalam Serangan Terbaru Israel Ke Atas Gaza
GAZA, (PIC)– Sumber perubatan memaklumkan seorang wanita hamil dan dua kanak-kanak cedera dalam serangan terbaru Israil ke atas Gaza.
Dr. Ashraf Al-Qudra, jurucakap kementerian kesihatan memberitahu wartawan bahawa serangan dan tembakan Israil selepas tengah malam Rabu mencederakan 12 penduduk lantas membawa peningkatan jumlah kecederaan kepada 150 sejak keganasan bermula pada hari Rabu.
Beliau berkata pesawat perang Israil tidak berhenti terbang merentasi semenanjung berdasasrkan kepada bunyi letupan yang berterusan kedengaran di pelbagai kawasan akibat serangan terkini.
Tiga anggota Briged Qassam terbunuh dalam serangan awal pada hari Khamis di Khan Younis, selatan Semennjung Gaza.
Aman Palestin
Israel buru keturunan pejuang Palestin
GAZA: Seorang pejuang Hamas, Shuhid Baseem sudah meninggal dunia lapan tahun lalu, namun dendam rejim Israel terhadapnya nyata belum berkesudahan apabila sebuah rumah dihuni 30 warisnya, dibedil hingga musnah sama sekali dalam kejadian pada tengah malam 21 November lalu.
Seorang ahli keluarga Shuhid, Zuhir Salim Gudiah, 55, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, rumah tiga tingkat didiami mereka di perkampungan Abasan Kabira, Khan Younis, di sini, dihujani lebih 30 roket Zionis hingga menghasilkan kesan lubang besar menyerupai kawah gunung berapi.
“Mujur kami semua selamat kerana melarikan diri dan bersembunyi di tempat selamat, 10 minit sebelum serangan,” katanya ketika ditemui semalam.
“Letupan dahsyat itu mengakibatkan rumah batu tiga tingkat milik lima sekeluarga runtuh menyembah bumi.
“Kesan ledakan peluru roket terlalu kuat hingga membentuk lubang kawah sedalam 10 meter di tengah rumah runtuh,” katanya.
Zuhir Salim berkata, dia yakin serangan itu ada kaitan dengan dendam Israel terhadap Allahyarham Shuhid yang terkorban dalam satu kejadian pada 2004.
“Dalam kejadian itu sepasukan anggota tentera Zionis yang memburu Shuhid menceroboh masuk ke dalam kampung dan mengepung rumah Allahyarham.
“Mereka memaksa Shuhid menyerah diri, namun Shuhid enggan dan berlaku kejadian tembak-menembak selama kira-kira enam jam antara Shuhid dan kumpulan tentera Zionis.
“Shuhid yang lebih rela mati syahid meletupkan dirinya menggunakan bom dipasang pada tubuh. Tindakan itu menyebabkan dua tentera Israel mati dan lima lagi parah,” katanya. Menurutnya, tentera Israel berang dengan kejadian itu meletupkan rumah Shuhid sebelum beredar meninggalkan Tebing Gaza.
“Ternyata dendam Zionis terhadap Shuhid tidak pernah padam apabila mereka sekali lagi menyerang rumah kami 10 hari lalu untuk membunuh kami yang juga waris Shuhid.
“Kami kini hilang tempat tinggal dan terpaksa hidup merempat. Tiada satupun barangan sempat diselamatkan, namun kami tidak akan berpindah dan nekad membina semula hidup baru di tapak rumah runtuh ini,” kata Zuhir Salim.
Harian Metro
170 syahid semasa 8 hari serangan Israel
GAZA: 800 rumah musnah samasekali, 170 syahid, 300 yang cedera parah, 1000 yang cedera rengan, 5000 kediaman yang rosak manakala 50,000 keluarga kini menjadi miskin tegar.
Itulah apa yang diperolehi Majlis Perunding Islam Malaysia (Mapim) dalam tinjauan mereka ke Gaza.
Misi tinjauan dan mencari fakta MAPIM ke Gaza memutuskan bahawa keperluan utama yang mendesak sekarang di Gaza ialah rumah orang awam yang separuh musnah dan yang musnah samasekali sejak peperangan 8 hari (14-22 hb November 2012) yang lalu.
Misi kedua seramai lima orang yang diketuai Cikgu Azmi Abdul Hamid, Setiausaha Agong Mapim kini berada di Gaza meneruskan tinjauan selanjutnya.
Menurut Setiausaha Agong Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, Mapim sedang mengerakkan usaha untuk memberi keutamaan yang mendesak mengikut keperluan dan telah menjalin kerjasama dengan Majlis NGO Pembangunan Gaza untuk memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada mangsa.
Kordinasi juga telah diperolehi dengan pejabat OIC di Gaza yang sedang giat mengemaskini data dan maklumat terkini mengenai keperluan Gaza.
Mapim, katanya, membawa bantuan kemanusiaan berbentuk makanan dan ubatan bernilai RM 200,000.
Delegasi Mapim yang sempat meninjau masjid yang telah dibina oleh Mapim di daerah Beit Hanoun.
Cikgu Azmi menyatakan kesyukuran masjid tersebut tidak terjejas.
Sebuah masjid lagi yang sedang dibangunkan oleh Mapim iaitu Masjid Umar Abdul Aziz sedang berjalan lancar yang dijangka siap Mei 2013.
Program tinjauan telah dapat menemukan Cikgu Azmi dengan Ismail Haniyeh Perdana Menteri Gaza serta Dr Mulfid Menteri Kesihatan Gaza.
Dalam pertemuan tersebut PM Gaza tersebut menyatakan kekagumannya terhadap kegigihan NGO Malaysia yang tidak henti-henti meneruskan bantuan kepada Gaza.
Beliau sangat menghargai kesungguhan rakyat Malaysia dan menyatakan bahawa kemenangan Gaza adalah kemenangan Ummah.
Dalam tinjuan selepas gencatan senjata 23 hb Novemebr yang lalu ini keadaan di Gaza kelihatan tenang dan masyarakat menjalani kehidupan seharian seperti biasa.
Gencatan senjata yang telah dimeterai membolehkan nelayan pergi ke laut sejauh 6 batu nautikal berbanding 3 batu nautikal sebelum ini.
Mapim sedang menyusun usaha yang lebih besar untuk menghubungkan pelbagai pihak di Malaysia dengan Gaza dalam pelbagai sektor dalam rangka mengusahakan proses pemulihan Gaza dengan secepat mungkin.
Harakahdaily.net
Sumpah Ariel Sharon: “Saya Akan Bakar Setiap Bayi Dilahirkan Di Palestin!”
Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956. Daripada ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin.
Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin.
“Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R Bukhari dan Muslim).
Bagi umat Islam, antara sesama Muslim ibarat satu tubuh. Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita. Dan bagi sesama manusia pula, tidak kira bangsa dan agama, jika ada nilai kemanusiaan yang tulen, derita orang lain, setidaknya ada rasa kasihan terdetik di jiwa.
Jadi, sudah tentu menjadi kewajiban kita semua membantu segenap warga Palestin yang ditimpa musibah dan bencana akibat sumpah kerakusan Zionis Israel yang mahu melenyapkan anak-anak Palestin di negara kiblat pertama itu.
Bantuan boleh kita berikan dengan doa yang khusyuk kepada ALLAH, meminta kepada-NYA agar saudara kita diberi kekuatan hati dan sentiasa dalam lindungan-NYA; memberi sumbangan berupa wang dan sokongan moral serta sumbangan lain yang mereka perlukan.
Mari kita kikis sifat acuh kita agar peduli kepada saudara-saudara kita di Palestin. Ketika ini, kita mungkin asyik duduk di ruang berhawa dingin, menonton rancangan TV kegemaran dan bergurau senda dengan keluarga.
Sementara di Gaza, mereka berteduh di rumah bocor atap dan dindingnya; meratap di katil hospital menanggung sakit, berjaga-jaga menunggu serangan Israel yang entah bila benar-benar berakhir.
Menyumbanglah. Hulurkanlah derma menerusi Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian, ke akaun Maybank, Sinar Karangkraf, 506164-019988. Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi Sekretariat Sinar Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain 03-51013820.
Sebelum ini, sumbangan pertama daripada Yayasan Nur Karangkraf RM50,000 diserahkan kepada Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut bagi membeli ubat-ubatan untuk dihantar ke Gaza.
MyNEWSHUB
Tentera Israel ramai mati bunuh diri dari berperang
Bunuh diri merupakan penyebab utama kematian di kalangan pasukan tentera yahudi zionis laknatullah. Dari laporan data bahagian pemulihan tentera Israel, harian Ibrani Maariv melaporkan pada tahun 2003 jumlah tentera yahudi lanatullah yang bunuh diri meningkat lebih tinggi berbanding mereka yang terbunuh dalam serangan tentera di Tebing Barat dan Genting Gaza.
Dari laporan tersebut jumlah meningkat kepada 43 tentera Zionis laknatullah bunuh diri berbanding dari angka tahun sebelumnya yang mencatatkan 30 orang. Data ini menunjukkan adanya kenaikan 30% dari jumlah tentera yahudi bunuh diri pada 2002 yang mencapai 31 orang.
Pada tahun 2003 semasa Intifada kedua, seramai 43 tentera yahudi dilaporkan mati kerana bunuh diri dan ini menjadi menjadi penyebab utama kematian di kalangan tentera rejim laknatullah itu. Sementara pada enam bulan pertama tahun 2004 seramai 15 tentera yahudi dilaporkan bunuh diri.
Jurucakap kementerian hanya mengatakan bahawa dia tidak mengetahui masalah itu dan pihaknya tidak ada hubungannya dengan kes bunuh diri tersebut.
Tentera yahudi laknatullah juga menyangkal bahawa tindakan bunuh diri itu ada kaitan dengan tindakan-tindakan jahat yahudi di wilayah jajahannya.
Sumber tentera berkata alasan seperti faktor emosi, penganiayaan dan ugutan oleh pihak atasan, serta tekanan psikologi sebagai punca tentera yahudi bunuh diri. Hakikat sebenarnya tentera yahudi ini mengalami trauma atas kejahatan mereka di Tebing Barat dan Jalur Gaza yang kemudian berakhir dengan bunuh diri.
Aktivis keamanan Israel mengatakan kepada Aljazeera.net bahawa mereka yakin bahawa kebanyakan tentera yang bunuh diri tidak boleh hidup dengan menanggung beban yang mengerikan atas tindakan kejam mereka di wilayah Palestin.
Pada 2008 seorang polis sempadan Israel bunuh diri di depan Perdana Menteri Perancis ketika itu Nicholas Sarkozy. Pada tahun 2007 hingga tahun 2009 terdapat penurunan jumlah kes bunuh diri. Namun jumlah kes bunuh diri melonjak selepas tahun 2009.
Pada suku pertama 2010 seramai 19 tentera yahudi laknatullah dilaporkan bunuh diri sedangkan pada tahun 2009 statistik mencatatkan terdapat 21 tentera bunuh diri.
Pada 2010 itu dua tentera yahudi laknatullah dilaporkan bunuh diri di Daliat el Carmel. Tentera pertama Ashraf Meriyah 18, ditemui mati kerana tembakan di kepala di rumahnya. Manakala Louis Nasser a Din 21, mengetahui rakannya itu bunuh diri di wilayah tentera yahudi di Haifa, dia juga turut sama bunuh diri dengan menembak kepalanya.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pernah menjalankan program khusus untuk membantu komander-komander mereka mengesan tekanan psikologi di kalangan tentera akibat meningkatnay jumlah tentera yahudi bunuh diri. Sebahagian daripada program ini, IDF memutuskan untuk mengurangkan jumlah tentera yang membawa senjata ketika pulang.
Menurut IDF, kes bunuh diri ini tidak ada hubungannya dengan perkhidmatan ketenteraan mereka dan IDF mengkaji apakah ada kesilapan oleh komander sebagai pencetus kes bunuh diri.
Pada 2008, laman Ynet melaporkan terdapat dua pegawai dihukum kerana dianggap gagal menghalang seorang prajurit yang bunuh diri akibat tekanan psikologi. Dalam kes yang sama, seorang pegawai kesihatan mental dikenakan tindakan disiplin kerana gagal membantu tentera.
Pada 2011 dilaporkan seorang pengasas kumpulan anti tentera rejim Israel New Profile, Ruth Hiller memberitahu bahawa dianggarkan sebanyak 50% tentera yahudi yang ditanam di tanah perkuburan tentera adalah akibat mati bunuh diri berbanding kemalangan atau dibunuh.
Pada tahun 1989, Jabatan Tentera Israel melaporkan purata angka bunuh diri setiap tahun mencapai 35 orang.
Diterjemahkan dari sumber globalmuslim – http://detikislam.blogspot.com
No comments:
Post a Comment