Monday, December 17, 2012

PILIHLAH ISLAM...NI ZAMAN KEBANGKITAN ISLAM...BUKAN SOAL KEBANGKITANNYA. TAPI AGAMA YANG HAQ@BENAR

Empat pemain muslim Newcastle tolak sponsor syarikat riba

Posted on the December 18th, 2012 under Agama,Sukan by admin
Kesepakatan Newcastle United dan Wonga tidak luput dari kontroversi. Empat pemain Muslimnya menolak mengenakan jersey berlogo sponsor Wonga kerana syarikat itu adalah syarikat pinjaman kewangan.
Dewan Muslim Britain (MCB) berharap pemimpin the Magpies boleh menghormati keinginan empat pemain Muslim Newcastle. Mereka meminta pengagihan tidak mengenakan jersey kelab berlogo sponsor Wonga. Kerana dalam undang-undang syariah, memberi atau menerima bunga sangat dilarang.
“Dengan andaian empat pemain berada di padang pada saat yang sama, jika anda mempunyai tujuh daripada 11 pemain (dengan sponsor di kaos mereka), anda mempunyai liputan yang cukup (untuk promosi sponsor),” kata Pembantu Setiausaha Agung MCB, Syaikh Ibrahim Mogra, seperti dikutip Guardian, Rabu (10/10).

Mogra mengatakan permintaan keempat pemain itu bukan permintaan yang terlalu banyak. Empat pemain itu adalah Demba Ba, Papiss Cisse, Cheik Tiote, Hatem Ben Arfa.
Wonga yang berpusat di London dan ditubuhkan pada 2006 itu dikenali mampu menyediakan dana pinjaman secara kilat. Namun, muncul tuduhan terhadap Wonga yang diidentikkan sebagai syarikat pinjaman kewangan terbesar di Britain.
Wonga yang mempunyai cabang hingga ke Afrika Selatan itu dikenali memberikan suku bunga hingga 4,214 peratus per tahun. Jumlah itu adalah tinggi di negara Elizabeth.
Detik Islam

Anak polis jadi penjenayah mati ditembak

Posted on the December 18th, 2012 under Tempatan by admin
MAYAT remaja yang mati ditembak polis selepas cuba merompak kedai KK Mart.
KUALA LUMPUR – Hajat dua penjenayah merompak sebuah kedai serbaneka KK Mart di Taman Sri Rampai di sini dengan mengacukan parang ke arah juruwang tidak kesampaian apabila sepasukan polis tiba-tiba muncul di premis itu dan menembak mati seorang suspek.
Dalam kejadian pada pukul 4 pagi, suspek yang maut ditembak merupakan remaja berusia 19 tahun. Remaja itu mati di depan kedai rangkaian 24 jam itu akibat cedera di dada.
Difahamkan, suspek dipercayai anak kepada seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar yang bertugas di Melaka.

Rakan suspek yang bersenjatakan parang sempat melarikan diri.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, rancangan dua suspek merompak kedai 24 jam itu disedari pasukan polis yang secara kebetulan membuat rondaan di kawasan tersebut.
“Salah seorang suspek yang sedang mengacukan parang ke arah juruwang panik apabila dia melihat kehadiran polis. Suspek terus mengacukan parang ke arah anggota polis sebelum melarikan diri,” kata beliau ketika dihubungi.
Kosmo

Budak lelaki 2 tahun mati dipercayai didera

Posted on the December 18th, 2012 under Tempatan by admin
ALOR SETAR — Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya di sini semalam.
Mangsa, Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar meninggal dunia pada kira-kira 3.30 petang ketika mendapat rawatan di sebuah klinik. Dipercayai ada unsur penderaan berdasarkan kesan lebam pada muka dan kecederaan pada testis.
Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46, berkata dia menerima panggilan daripada anaknya, Norhafiza Osman, 25, yang memaklumkan mangsa terjatuh tangga dan dibawa ke klinik berhampiran.

Padzilah berkata dia percaya cucu pertamanya itu meninggal dunia bukan disebabkan jatuh tangga tetapi didera teman lelaki anak perempuannya yang tidak bekerja.
“Dua hari lepas, cucu saya ada telefon ibu saudaranya dan beritahu dia sering dipukul. Dia juga cakap nak balik rumah saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) semalam.
Padzilah juga berkata dia menjaga kanak-kanak itu sejak lahir lagi, dan ibu bapa mangsa berpisah ketika mangsa berusia lima bulan.
Difahamkan ibu mangsa mengambil anaknya seminggu atau dua minggu sekali sejak beberapa bulan lepas.
Ibu saudara mangsa, Norhanisha, 23, berkata dia dan ibu Muhammad Faiz, yang bekerja di sebuah kedai makan, pernah membuat laporan polis berhubung kes kanak-kanak itu didera teman lelaki ibu mangsa Ogos lepas setelah melihat kesan lebam, gigitan dan calar pada anggota badan kanak-kanak malang itu.
Jenazah Muhammad Faiz dihantar ke HSB untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Akar Peluru di sini lewat malam tadi.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Setar DSP V.Saravanan ketika dihubungi berkata pihaknya menunggu hasil keputusan bedah siasat, dan jika terdapat unsur dera, lelaki terbabit akan ditahan untuk siasatan lanjut.
— BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz2FLGyIaXq
Hakcipta terpelihara

Mati terkulai dalam kereta

Posted on the December 18th, 2012 under Tempatan by admin
ANGGOTA polis menyiasat mayat Suntarambhal yang ditemui mati dikelar di dalam kereta miliknya di Desa Mentari, Petaling Jaya semalam.
PETALING JAYA – Tanda-tanya seorang suami mengenai isterinya yang gagal dihubungi terjawab apabila wanita itu ditemui mati dibunuh di dalam kereta jenis Honda City miliknya di tepi jalan berdekatan kawasan perumahan Desa Mentari di sini semalam.
Mayat S. Suntarambhal, 33, ditemui dengan lehernya dikelar pada pukul 1.15 pagi oleh orang awam.

Mengimbau semula kejadian itu, suami mangsa yang ingin dikenali sebagai Durairaju, 36, berkata, sebelum kejadian, isterinya ada memberitahu ingin keluar ke kawasan berdekatan rumah kira-kira pukul 10 malam atas urusan perniagaan. Rumah mereka terletak di Taman Damai Perdana, Cheras.
Katanya, tidak lama kemudian, dia hairan apabila gagal menghubungi telefon bimbit isterinya sebelum membuat laporan di Balai Polis Damai Perdana pada pukul 4 pagi.
“Saya kemudian diarahkan pergi ke Balai Polis Sungai Way dan sebaik tiba saya terkejut apabila dimaklumkan isteri saya telah dibunuh,” ceritanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur.
Kosmo

Surau di Stadium Etihad Man City dan Stadium Sports Direct Arena Newcastle United

Posted on the December 17th, 2012 under Luar Negara,Sukan by admin

Manchester City merupakan kelab Liga Primer Inggeris pertama yang menyediakan surau untuk pemain muslim.
Dilaporkan Prayermagazine.net sebelum ini, surau tersebut berada di dalam Stadium Etihad dan biasanya dimanfaatkan para pemain sebelum pertandingan bermula.
Di Newcastle pula pada 7 Mei lalu jurulatih Newcastle United Alan Pardew mengemukan tentang rancangan kelab membina surau di dalam kompleks Sports Direct Arena.
“Kita telah memikirkan membina sebuah bilik khas untuk berdoa bagi semua agama di St James ‘Park (nama lama Sports Direct Arena) yang boleh digunakan semasa hari pertandingan,” kata Pardew berkenaan pendapatnya yang diterbitkan Daily Mail.

Detik Islam

Pelekat tolak Najib, sokong Muhyiddin

Posted on the December 17th, 2012 under Politik by admin
Pelekat yang ditampal di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu di Batu Burok di sini
KUALA TERENGGANU – Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu, Batu Burok dilihat cubaan pihak tertentu untuk menarik perhatian editorial di sini.
Bagaimanapun, pelekat dengan tulisan ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya mungkin bertujuan menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Tidak pasti sama ada ia dilakukan dengan tujuan tertentu untuk melaga-lagakan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) ataupun wujud gerakan yang benar-benar menolak Najib, pemimpin Umno bagaimanapun tidak melihat ia sebagai perkara serius.
Pengarah Strategi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan menganggap ia hanya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan kepimpinan BN.
Beliau turut menjangka lebih banyak lagi perkara yang timbul daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menambah kehangatan PRU13.
“Isu-isu untuk melaga-lagakan. Lepas ni, macam-macam lagi yang timbul,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian tanpa mengulas lanjut.
Pelekat tersebut kelihatan ditampal beberapa hari lalu di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu dan juga di pintu masuk di tingkat bawah yang merupakan laluan utama ke blok bangunan ini.
Sementara itu, perang poster di negeri ini dilihat masih dalam keadaan terkawal, namun ‘bunga-bunga’ ke arah itu sudah pun kelihatan apabila beberapa poster dan kain rentang memburukkan pemimpin dan parti lain turut dipasang di tempat umum sebelum ini.
Bagaimanapun, keadaan itu tidak begitu disedari orang ramai apabila pihak bertanggungjawab pantas mengambil tindakan menurunkannya dalam tempoh tidak sampai 24 jam.
Terbaru, keadaan juga dilihat agak panas apabila warga Felda Selasih di Jabi baru-baru ini turut menghalang konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda yang disertai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),iaitu persatuan yang cenderung kepada pembangkang, sehingga menimbulkan kekecohan walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Sinar

Polis Indonesia tahan lelaki mengaku ‘nabi’

Posted on the December 16th, 2012 under Luar Negara by admin

JAKARTA – Polis Indonesia menahan seorang guru agama berumur 48 tahun di daerah Kutai Timur, Kalimantan Timur, selepas dia mengaku dirinya ‘nabi’.
Polis percaya lelaki itu yang mengetuai kumpulan dikenali Rantau Bemban, telah memperdayakan pengikutnya untuk memberinya wang dan membenarkannya tidur dengan isteri mereka.
Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah mengisytiharkan kumpulan itu sebagai kumpulan ajaran sesat, manakala polis sedang menimbangkan untuk mendakwa lelaki itu dengan pertuduhan menipu dan murtad, menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Globe pada Sabtu.
Kini lelaki itu menghadapi pertuduhan menipu dan menggelapkan wang.

Siasatan mendapati pengikut Rantau Bemban diminta memberi wang kepada lelaki itu untuk membersihkan dosa dan jika mereka tidak mampu berbuat demikian, mereka perlu membenarkannya tidur dengan isteri mereka sebagai cara untuk membersihkan dosa.
Setakat ini seorang lelaki membuat laporan mendakwa diperdaya oleh guru agama itu untuk membayar Rp170 juta bagi membersihkan dosanya dan polis percaya puluhan lagi pengikutnya telah membenarkan isteri mereka tidur dengan lelaki itu bagi tujuan membersihkan dosa. – Bernama

Lelaki 42 tahun hadapi 7 tuduhan rogol, liwat dan bunuh

Posted on the December 14th, 2012 under Jenayah by admin
Rabidin dibawa ke mahkamah dengan kawalan ketat.
BENTONG – Penjenayah kejam paling dikehendaki, Rabidin Satir, 42, dituduh di Mahkamah Majistret Bentong dan Mahkamah Sesyen Raub atas kesalahan merogol dan membunuh mangsa bawah umur antara tahun 2009 dan 2011.
Dua pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Bentong manakala lima lagi di Mahkamah Sesyen Raub.

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Bentong dalam keadaan tangan bergari, dengan kawalan ketat kira-kira jam 9.05 pagi, dengan berpakaian lokap berwarna oren.
Dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan merogol Annie Kok Yin Cheng, 17.
Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Liyana Shahrir, kejadian berlaku pada 7 Mac 2009 antara jam 11.30 malam hingga 1.50 petang, 8 Mac 2009 di sebuah rumah di Lot 4168 Kampung Ketari.
Ketika kes dibacakan, tertuduh kelihatan tenang kemudian menganggukkan kepala dan menjawab faham dengan pertuduhan itu.
Majistret, Nurliyana Ismail menetapkan 17 Januari 2013 sebagai tarikh sebutan semula kes.
Mahkamah Sesyen Raub pula menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 untuk setiap pertuduhan kerana lelaki itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan kedua hingga kelima iaitu merogol mangsa bawah umur.
Bagaimanapun, dia mengaku bersalah bagi pertuduhan pertama iaitu merogol seorang kanak-kanak berusia 9 tahun 5 bulan tetapi Hakim Murtazadi Amran, tidak membenarkan ikat jamin kerana bimbang akan menganggu mangsa.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwaraya Atiqah Liyana Shahrir memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap kes.
Mengikut kertas pertuduhan pertama, dia dituduh merogol kanak-kanak berusia 9 tahun 5 bulan di antara jam 2 pagi hingga 3 pagi di dalam sebuah bilik di Taman Sri Marong, Bentong pada 9 Julai 2009.
Bagi pertuduhan kedua, Rabidin yang berasalal dari Sabah itu dituduh merogol remaja berusia 17 tahun di dalam bilik di Kilometer 5, Jalan Kuala Lumpur- Bentong di antara jam 1 hingga 3 pagi pada 21 Jun 2010.
Pertuduhan ketiga membabitkan jenayah rogol kanak-kanak berusia 8 tahun 2 bulan di tepi sungai belakang rumah dekat Ketari, Bentong antara jam 12.30 pagi hingga 1.30 pagi pada 29 April tahun lalu.
Rabidin turut menghadapi dua lagi pertuduhan bagi kes keempat membabitkan remaja berusia 16 tahun 5 bulan iaitu rogol dan liwat dalam bilik di sebuah rumah di Ketari, Bentong antara jam 1 pagi hingga 2.30 pagi.
Rabidin dituduh membabitkan Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun keseksaan.
Hakim Murtazadi Amran, menetapkan 31 Januari 2013 sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sinar

Masuk Islam selepas minum air zam-zam

Posted on the December 14th, 2012 under Agama,Luar Negara by admin

Mukjizat Allah SWT terbukti kepada Raju iaitu seorang pembantu berasal dari Sri Lanka yang bekerja di Arab Saudi. Penyakit epilepsi yang dihadapinya selama 15 tahun sembuh setelah minum air zam-zam.
Setelah penyakitnya sembuh, Raju kemudian mengucapkan dua kalimath syahadah dan menukar namanya menjadi Farida.
Kejadian bermula apabila majikannya membawa air zam-zam dari Kota Mekah. Majikan beliau meminta Raju minum air yang dipercayai berkhasiat menyembuhkan pelbagai penyakit dengan kadar yang banyak. Maha suci Allah, setelah dua minggu secara rutin meminum air zam-zam, penyakit Raju hilang.

“Pembantu ini terus meminum air zamzam selama hampir dua minggu. Lalu, doktor memberitahu penyakit epilepsinya itu sembuh,” laporan dari sebuah akhbar Saudi, Sharq seperti dilaporkan oleh emirates247.com Ahad lalu.
Telaga mata air zamzam terletak di kawasan Masjidil Haram, tenggara kiblat umat Islam seluruh dunia, Kabah. Kedalaman telaga itu kira-kira 42 meter,dan hingga kini telaga itu tidak pernah kering.
Detik Islam

No comments:

Post a Comment