Bukan untuk seks
RANGKA manusia yang ditemui di atas katil di rumah wanita itu.
Wanita Sweden itu didakwa mencabuli ketenangan si mati selepas dia dituduh menggunakan 100 bahagian, termasuk enam tengkorak dan satu tulang belakang untuk memuaskan nafsunya.
Dia memberitahu akhbar Goeteborgsposten, dia tidak menggunakan rangka manusia untuk kepuasan seksual, tetapi dia berminat dengannya.
Bagaimanapun, dia mengakui berminat dengan nekrofilia, tetapi menafikan cenderung untuk melakukan seks dengan rangka manusia.
“Saya tahu ia pelik, tetapi rangka manusia adalah hobi saya.
“Saya berminat dalam perubatan forensik dan saya juga meminati osteologi. Saya mempunyai gambar orang mati. Saya tidak menafikan itu,” katanya. Wanita itu ditahan September lalu apabila polis dihubungi ke apartmennya selepas kedengaran bunyi tembakan pistol. Mereka menemui beberapa rangka manusia dan beberapa pisau. Polis Sweden kemudian mendedahkan gambar yang dirakam di apartmennya menunjukkan tengkorak manusia di atas katil, dalam beg dan dalam peti dingin beku miliknya.
Ikan air tawar boleh 'berjalan' ditemui di Vietnam
HANOI - Beberapa saintis mengenal pasti sebanyak 129 spesies baharu di kawasan Mekong Besar termasuk ikan air tawar seperti keli yang boleh 'berjalan' di darat, kata Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) semalam.
Maklumat tersebut terdapat di dalam laporan baharu WWF yang memperincikan penemuan pada 2011 itu.
Kawasan Mekong Besar merangkumi sebahagian Thailand, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Laos dan wilayah Yunnan di selatan China.
Ikan air tawar itu hidup di beberapa batang sungai di Pulau Phu Quoc, dekat Delta Mekong, dalam wilayah Kien Giang di Vietnam.
Dikenali dengan nama saintifik, Clarias gracilentus, spesies itu mempunyai kebolehan menggunakan sirip-siripnya untuk berdiri tegak dengan haiwan tersebut menggoyang-goyangkan badannya untuk bergerak ke hadapan seperti seekor ular.
Antara spesies baharu yang unik di kawasan berkenaan termasuk ikan terkecil baharu yang berukuran antara 15 milimeter (mm) hingga 20mm panjang dan katak yang boleh 'menyanyi' di utara Vietnam.
Ikan kecil itu ditemui di Surat Thani, selatan Thailand. - Agensi
Wanita maut selepas terima paru-paru perokok
Jennifer Wederell dari Hawkwell, Essex, meninggal di kediamannya Ogos lalu, 16 hari selepas menjalani transplan di Hospital Harefield, London.
Bapanya, Colin Grannel berkata, dia yakin anaknya tidak akan bersetuju dengan transplan itu jika dia mengetahui penderma terbabit ialah perokok tegar.
Hospital berkenaan meminta maaf kerana tidak memberi pilihan kepada Jennifer untuk menolak transplan itu.
Jennifer didiagnosis menghidap fibriosis sistis sejak berusia dua tahun dan setelah mencapai usia 20-an, dia perlu bernafas dengan bantuan oksigen 24 jam sehari.
Jennifer telah mendaftar sebagai penerima transplan paru-paru sejak 18 bulan lalu dan pada April tahun lalu, dia diberitahu bahawa ada penderma yang sesuai. Grannel berkata, keluarganya sentiasa menunggu hari itu sejak bertahun lamanya dan menjangka transplan yang dijalani Jennifer akan berjalan lancar.
“Pihak hospital tidak pernah menyatakan bahawa paru-paru yang digunakan dalam transplan itu adalah milik seorang perokok tegar,” katanya. - Agensi
Pelarian Palestin lari dari Syria
|
DAMSYIK – Sejumlah pelarian Palestin di kem Yarmuk di selatan Damsyik melarikan diri selepas pertempuran sengit antara tentera rejim dan para penentang Presiden Syria, Bashar Al-Assad menggegarkan kem itu malam kelmarin.
Ketiadaan hospital, anggota bomba dan jalan yang tidak selamat menjadikan kem tersebut kini dilanda krisis kemanusiaan yang teruk.
Seorang penduduk yang dihubungi wartawan agensi berita AFP memberitahu, pihak tentera mengarahkan kesemua 150,000 penduduk berpindah menjelang tengah hari semalam.
Peperangan menentang pemerintahan Bashar yang meletus pada Mac tahun lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 43,000 nyawa.
Beberapa jet pejuang tentera Syria melancarkan serangan udara ke atas kem tersebut.
Dalam serangan pada Ahad lalu, seramai lapan orang awam terbunuh di kem berkenaan di selatan Damsyik.
Ratusan orang pelarian Palestin dilihat memasuki Lebanon semalam dari pintu sempadan Masnaa.
Seramai 2,000 orang pelarian Palestin memasuki Lebanon sejak tiga hari lalu, menurut anggaran sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian tersebut.
Menurut wartawan agensi berita itu, puluhan bas dan kereta membawa pelarian Palestin tiba di Lebanon semalam.
Beberapa penumpang memberitahu wartawan bahawa mereka datang dari kem pelarian Yarmuk yang diserang jet-jet tentera Bashar.
“Terdapat serangan di beberapa kawasan di kem tersebut dan kebanyakan orang meninggalkan kem itu,” kata seorang pemuda.
Sementara itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia semalam, kira-kira 100 orang cedera akibat peperangan dimasukkan ke hospital setiap hari di Damsyik sehingga menyebabkan berlaku kekurangan bekalan ubat-ubatan.
Beberapa laporan menyatakan Rusia telah menghantar beberapa buah kapal perang untuk membawa ribuan warga negara itu keluar dari Syria.
Kelmarin, Naib Presiden Syria, Faruq al-Sharaa menyatakan tidak ada siapa yang bakal memenangi peperangan di negara ini.
Para penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan menentang Bashar selepas beliau didakwa gagal untuk membawa pembaharuan pentadbiran dan kebebasan bersuara di Syria. – Agensi
Makan mayat rakan untuk hidup
Sekumpulan empat lelaki hilang Ogos lalu dalam ekspedisi menangkap ikan di sungai di wilayah Yakutia, satu daripada kawasan paling terpencil dan tidak menyenangkan di dunia. Hanya dua daripada lelaki terbabit akhirnya diselamatkan dengan helikopter akhir bulan lalu dan penemuan cebisan mayat manusia di kawasan perkhemahan mendorong penyiasat membuka kes bunuh ketika khabar angin mengenai kanibalisme kian meningkat. Dua lelaki yang terselamat ditahan, tetapi disifatkan sebagai saksi dalam kes bunuh itu. Bagaimanapun, penyiasat yakin bahawa kanibalisme berlaku.
“Ketika disoal siasat, seorang daripada saksi memberi keterangan kanibalisme memang berlaku,” kata sumber penyiasatan itu kepada akhbar harian Komsomolskaya Pranda. “Ia bukan pembunuhan.
“Mereka memakan mangsa selepas dia mati akibat tidak dapat bertahan dengan keadaan dilaluinya,” katanya. Laman web berita Yakutia, NVPress.ru turut memetik kenyataan penyiasat tempatan yang berkata, nelayan bernama Alexander Abdullayev mengakui dia dan seorang lagi rakan yang terselamat, Alexei Gorulenko memakan mayat Andrei Kurochkin. “Menurut Abdullayev, Kurochkin mati akibat kesejukan. Dia dan Gorulenko memakan mayat Kurochkin selama beberapa linggu, lapor NVPress.ru. - Agensi
Penduduk kampung pindahkan kubur unik
TAIYUAN - Beberapa penduduk kampung bertindak memindahkan sebuah kubur yang terletak di atas sebuah bukit setinggi 10 meter di sebuah kawasan pembinaan sebuah bangunan kediaman di sini semalam.
Kubur tersebut terletak di atas bukit berkenaan tujuh bulan selepas kerja-kerja pembinaan bangunan berkenaan bermula.
Empat keranda digunakan untuk membawa tulang si mati yang dikebumikan di atas bukit tersebut pada tahun 2004.
Keluarga si mati dengan bantuan beberapa penduduk kampung memindahkan kubur berkenaan di sebuah lokasi yang tidak didedahkan.
Sebelum ini pihak media membuat spekulasi keluarga si mati bakal memperoleh pampasan sebanyak AS$160,400 (RM489,485).
Terdapat juga laporan media yang menyatakan, keluarga si mati menunggu tarikh yang dianggap bertuah untuk memindahkan kubur berkenaan. - Agensi
Saintis selesai kes kematian firaun
PARIS - Seorang pembunuh upahan mengelar leher seorang firaun agung terakhir Mesir ketika kemuncak konflik perebutan takhta, kata beberapa saintis kelmarin dalam satu laporan berhubung pembunuhan berusia 3,000 tahun itu.
Mereka berkata, teknologi forensik mendapati Firaun Ramses III menemui ajal di tangan seorang atau beberapa orang pembunuh yang dihantar oleh isteri dan anak lelakinya.
Raja empayar Mesir purba memakai gelaran firaun dengan baginda dipuja sebagai dewa.
Menurut mereka, anak lelaki Ramses III dipaksa membunuh diri selepas komplot itu berakhir.
Imej tomografi berkomputer (CT) mumia Ramses III menunjukkan salur udara dan beberapa arteri utama firaun berkenaan telah dikelar dengan menyebabkan luka selebar 70 milimeter dan hampir mengenai tulang belakangnya.
Luka tersebut menyebabkan kecederaan pada tisu leher depan firaun itu.
"Saya hampir tiada kesangsian langsung bahawa Ramses III mati kerana lehernya dikelar," kata seorang ahli palaeopatologi Institut Akademi Bozen/Bolzano (EURAC) yang mengkaji mumia dan lelaki ais, Albert Zink.
"Luka itu sangat dalam dan agak besar, kecederaan tersebut hampir mengenai tulang belakang. Ia luka yang boleh mengundang maut," tambahnya.
Ramses III yang memerintah dari sekitar 1188 hingga 1155 Sebelum Masihi (SM) disebut dalam beberapa surat kuno sebagai Dewa Besar dan seorang ketua tentera yang melindungi Mesir daripada diceroboh pihak asing.
Baginda mati ketika berusia sekitar 65 tahun tetapi punca kematiannya sebelum ini masih kabur.
Beberapa bahan bukti insiden tersebut terletak dalam surat kuno dikenali sebagai Papirus Kehakiman Turin.
Dokumen itu merekodkan empat perbicaraan berhubung dalang-dalang di sebalik komplot pembunuhan Ramses III yang antara lain melibatkan isteri mudanya, Tiy dan anak lelaki mereka, Putera Pentawere.
Setelah setahun mengkaji mumia Ramses III, Zink dan beberapa pakar dari Mesir, Itali dan Jerman mendapati luka di leher firaun berkenaan selama ini tersembunyi di sebalik kain balutan mumia. - AFP
Presiden Iraq diserang strok
18 Disember 2012
Beberapa laporan mendakwa beliau koma.
"Keadaan kesihatan beliau tidak begitu baik," kata pemimpin Kurdis, Mahmoud Othman.
Meskipun Mahmoud dan beberapa pegawai mengesahkan beliau diserang strok, tetapi Pejabat Presiden tidak membuat pengesahan segera tentang keadaan kesihatan beliau.
Jalal yang berusia 79 tahun dipilih sebagai presiden pada 2005, yang pertama menerusi pilihan raya bebas dalam tempoh 50 tahun.
Ini bukan kali pertama beliau berhadapan dengan masalah kesihatan.
Pada Februari 2007, beliau yang jatuh sakit diterbangkan ke Jordan untuk rawatan.
Israel tambah 1,500 penempatan haram
19 Disember 2012
Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Israel, Efrat Orbach berkata, jawatankuasa perancangan kementeriannya telah memberi kebenaran kepada pemaju yang pada mulanya mahu membina 1,600 rumah kepada 1,500 buah penempatan haram Yahudi di Ramat Shlomo, lapor Al-Jazeera.
Terdahulu, pelan berkenaan pernah mencetuskan perselisihan diplomatik dengan sekutunya, Washington, Amerika Syarikat (AS) pada 2010 apabila Timbalan Presiden AS, Joe Biden mengadakan pertemuan untuk meningkatkan perbincangan damai antara Palestin dan Israel.
Bagaimanapun, pelan yang dibekukan lebih setahun itu diluluskan semula dalam dua minggu lalu oleh kementerian Israel.
Sementara itu, kepimpinan Palestin bersuara akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membincangkan isu terbabit.
"Kepimpinan akan mengambil langkah yang perlu dan penting terhadap pembinaan penempatan haram Yahudi termasuk mendapat bantuan daripada PBB untuk menghalang pelaksanaan pelan tersebut," kata jurucakap Presiden Mahmoud Abbas.
Ramat Shlomo merupakan kawasan penempatan haram Yahudi dalam kawasan Baitulmaqdis Timur yang mana dirampas oleh rejim sejak tahun 1967.
'Tulisan Zam tentang Habibie selayaknya dibakulsampah'
ULASAN Tulisan
Zainudin bertajuk 'Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim' (UM 10
Disember 2012) selayaknya dibakulsampahkan jika Editor UM wartawan yang
peka dan tajam pemikirannya. Tulisan Zainudin yang merupakan bekas ketua pengarang Utusan dan mantan menteri penerangan, mengundang ribut taufan sehingga Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (parlien) membuat bantahan rasmi dan memohon Zainudin memohon maaf.
Kemesraan yang mahu diperelokkan lagi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tercalar dengan tulisan Zainudin.
Zainudin tidak sepatutnya cemburu dengan Anwar Ibrahim yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin di Indonesia sejak zaman Pak Mohamad Natsir lagi. Pada era pemerintahan Soeharto, hampir separuh anggota kabinet Indonesia adalah sahabat Anwar.
Anwar menjalin hubungan rapat dengan cendikiawan dan pemimpin Indonesia termasuk Habibie sejak beliau memimpin Abim dan aktif dalam World Assembly of Muslim Youth (Wamy). Hubungan rapat Anwar dengan pemimpin Indonesia ini sebenarnya membantu merapatkan lagi hubungan Malaysia- Indonesia di zaman Mahathir.
Barangkali ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa Mahathir memecat Zainudin daripada Utusan Melayu pada 1992 kerana hendak menjaga hubungan baik Malaysia-Indonesia. Seorang wartawan kanan Utusan yang membuat liputan Persidangan Pergerakan Berkecuali (NAM) di Jakarta pada tahun itu telah menulis sebuah rencana menuduh Mahathir menghina media Indonesia apabila beliau bercakap bahasa Ingeris ketika ditemubual wartawan Indonesia.
Mustahil Zainudin Maidin sudah lupa peristiwa ini kerana beliau yang mengedit dan menerbitkan rencana itu. Mahathir amat marah dan meminta Anwar mencari pengarang yang lebih cerdik menggantikan Zainudin. Anwar kemudiannya menamakan Johan Jaafar sebagai pengganti Zainudin.
Habibie menjadi presiden Indonesia pada Mac 1998 bukannya 20 Oktober 1999 seperti yang Zainudin tulis. Beliau menjadi presiden selama satu tahun enam bulan dan mengundur diri dengan rela hati selepas membina asas reformasi dan transformasi Indonesia daripada sistem autoritarian kepada demokrasi.
Beliau tidak pernah menjadi gunting dalam lipatan Soeharto, sebaliknya beliaulah pendukung utama yang memacu perkembangan teknologi, khususnya Industri Pesawat Terbang Indonesia (IPTN). Kejayaan beliau ini menyebabkan negara Barat bimbang akan kemungkinan Indonesia di satu hari nanti bisa menghasilkan jet pejuang dan kelengkapan perang yang lain. Antara syarat yang dikenakan IMF kepada Indonesia ialah melarang IPTN membuat pinjaman untuk penyelidikan dan pembangunan.
Zainudin sebenarnya buta fakta bila menuduh Habibie dan Anwar sebagai anjing imperialis. Tuduhan ini adalah fitnah yang amat jahat. Sebagai bekas pelajar Maktab Mahmud Alor Setar, Zainudin sudah lupa bahawa Rasulullah SAW melarang sama sekali umatnya mengelar sesiapa pun dengan panggilan nama binatang, sementelahan pula binatang itu seekor anjing.
Pendirian Habibie mengenai isu Timur Timor amat konsisten dengan sikapnya yang anti-imperialisme Barat. Di kala beliau menentang kolonialisme Barat dan penindasan ke atas rakyat Palestin, Bosnia, Chechnya dan sebagainya, apakah alasannya untuk menghantar tentera dan membunuh penduduk Timur Timor?
Justeru beliau menyarankan pungutan suara bagi menentukan masa depan pulau itu, walaupun pendekatan ini tidak digemari khususnya oleh angkatan tentera.
Zainudin mungkin terlupa, sebelum pilihan raya Presiden Indonesia pada Mac 1998, mantan perdana menteri Singapora, Lee Kuan Yew membuat kenyataan sinis kononnya jika Soeharto memilih Habibie sebagai timbalan presiden, matawang rupiah Indonesia akan menjunam turun.
Dalam temubual selepas menjadi presiden, Habibie ditanya mengenai komen Lee Kuan Yew. Beliau menjawab dengan menuding jari ke arah peta dunia di pejabat presiden sambil berkata 'Singapore was just a red dot on the map'.
Pada 13 Oktober 1998, Habibie mengadakan pertemuan dengan Presiden Filipina Joseph Estrada di Batam. Kedua-dua mereka amat prihatin dengan pemecatan Anwar Ibrahim oleh Mahathir Mohamad. Berikutnya Kementerian Luar Indonesia dan Filipina mengeluarkan kenyataan bersama meminta kerajaan Malaysia membebaskan Anwar daripada tahanan.
Seluruh dunia mengakui dan menghormati jasa Habibie sebagai pengasas demokrasi di Indonesia. Malah musuh politik Habibie di Indonesia sendiri mengakui bahawa Habibielah peneraju utama mengubah Order Baru Soeharto kepada demokrasi.
Selain membebaskan semua tahanan politik di hari pertama bergelar presiden, Habibie turut menghapuskan segala sekatan yang mencekam kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan berhimpun. Beliaulah pengasas Trias Politica Indonesia iaitu pembahagian kuasa di antara eksekutif, kehakiman dan legislatif.
Dalam masa yang singkat Habibie berjaya mengurangkan keterbabitan militar dalam pemerintahan dan membina imej baru untuk pegawai kerajaan dan kakitangan sivil. Zainudin juga mungkin tidak sedar bahawa Habibielah yang menandatangani Law No 22 dan 25/1999 yang membolehkan kewujudan kerajaan autonomi di wilayah Indonesia.
Dalam masa 18 bulan Habibie berjaya melaksanakan perubahan struktural yang hebat bagi masa depan Indonesia yang lebih gemilang. Beliau mengundur diri secara terhormat tidak seperti yang ditohmahkan Zainudin. Beliau bukanlah pemimpin yang gila kuasa seperti sesetengah pemimpin di Malaysia yang mahu terus berkokok walaupun suaranya sumbang kerana sudah lama bersara.
Zainudin memalukan bukan sahaja Umno dan Najib malah seluruh warga Malaysia kerana menuduh Habibie sebagai 'pengkhianat bangsa Indonesia'. Sedangkan seluruh bangsa Indonesia menyanjung tinggi sumbangan Habibie untuk negara dan bangsanya.
Memandangkan Zainuddin mantan menteri kanan Umno maka tentulah wajar kerajaan Indonesia menuntut Malaysia dan Zainuddin memohon maaf kepada rakyat Indonesia.
Sekali lagi Zainuddin buta fakta bila menuduh Mahathir memungut Anwar daripada Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia) seolah-olah Anwar sampah yang tidak berguna. Fakta ini mesti diperbetulkan kerana generasi yang lahir dan besar di zaman Mahathir mudah diperdayakan dengan fitnah seperti ini. Sementelahan pula Zainudin kini menjadi Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Universiti Utara Malaysia (UUM).
Dr Mahathir menjadi perdana menteri Malaysia pada 1981 ketika seluruh dunia mendapat tempias kebangkitan Islam selepas Revolusi Islam Iran 1979. Pertama kalinya seluruh dunia menyaksikan kemunculan pelbagai NGO Islam.
Di Amerika dan Eropah, pelajar Islam dari Malaysia, Timur Tengah, India, Pakistan, Indonesia dan benua Afrika berganding bahu menubuhkan persatuan dan pertubuhan yang berorientasikan Islam.
Mahathir yang dibesarkan dalam keluarga bangsawan tidak memiliki imej Islam untuk berdepan dengan gelombang kebangkitan semula Islam. PAS mendapat manfaatnya apabila pelajar yang ditaja oleh kerajaan pulang menyertai PAS.
Penyertaan golongan profesional - peguam, jurutera, doktor, ahli ekonomi dan sebagainya dalam parti itu, telah melonjak naik pengaruh PAS sebagai parti yang dinamik untuk mencabar hegemoni politik Umno.
Mahathir sedar kekurangan beliau lantas memujuk Anwar yang ketika itu sebagai presiden Abim menyertai Umno. Anwar pada mulanya tidak berminat menyertai Umno kerana dirinya lebih rapat dengan PAS. Hubungan persahabatannya dengan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor amat intim sehinggalah ke akhir hayatnya.
Janji Mahathir untuk melaksanakan Islam dalam pentadbirannya berjaya memikat Anwar. Mahathir sedar sekiranya Anwar menyertai PAS, jangka hayat Umno mungkin tidak panjang.
Dengan kemasukan Anwar, pelbagai projek dan program Islam dilaksanakan. Dasar penerapan nilai-nilai Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Bank Islam, dan sebagainya berjaya menyekat golongan profesional daripada terus berhijrah ke PAS.
Sejarah akan merekodkan fakta kemasukan Anwar ke dalam Umno berjaya menyelamatkan Mahathir dan Umno daripada gelombang kebangkitan semula Islam. Kalau dulu Wanita Umno melangkah ke Perhimpunan Agung dengan sanggul bermacam jenis, kini majoriti sudah bertudung.
Penyertaan Anwar ke dalam Umno dibantah oleh ramai rakannya dari Abim. Mereka bimbang kalau-kalau Anwar akan ditelan oleh budaya dan sistem fikir sekular Umno dan mengorbankan asas dan manhaj Islam yang menjadi asas perjuangan mereka.
Kebimbangan rakan-rakan dalam Abim terbukti tidak benar. Anwar tetap dengan prinsip perjuangannya dan tidak akan bertolak ansur dalam soal rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ketegasan Anwar mempertahankan ketelusan dan keadilan dalam menangani krisis kewangan 1997 menyebabkan beliau akhirnya merengkok di penjara selama enam tahun.
Keengganan Anwar menuruti telunjuk Mahathir dalam mengurus ekonomi ketika dunia dilanda kemelesetan adalah punca sebenar mengapa beliau dipecat. Anwar tidak berganjak mempertahankan Tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja daripada digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni.
Anwar tidak mahu wang Petronas dibelanja sewenangnya untuk menyelamatkan syarikat anak Mahathir. Anwar menentang hasrat Mahathir hendak mengisytiharkan darurat ekonomi kerana langkah ini bermakna menggantikan demokrasi berparlimen dengan pentadbiran ala diktator.
Untuk membunuh karier politik seorang tokoh seperti Anwar bukanlah mudah. Menyedari betapa sukarnya Mahathir menangani krisis Umno 1987 sehingga Umno diharamkan, maka Mahathir perlu mengatur strategi yang lebih detail untuk membunuh karier politik Anwar.
Apakah kekuatan Anwar? Kekuatan Anwar terletak kepada imej dan maruah Islamnya. Beliau dilihat sebagai jambatan yang menghubungkan pemimpin dan tokoh Islam sedunia dengan Barat.
Latarbelakang Islamnya yang mantap diadun dengan pemikiran dan falsafah Barat yang dikuasainya, menjadikan Anwar seorang pemimpin Islam yang hebat. Justeru itu tidak hairanlah seluruh dunia Islam prihatin bila beliau dipenjarakan oleh Mahathir.
Kita akui Mahathir pemimpin yang cerdik dan bijak. Untuk membunuh karier politik Anwar, Mahathir mesti merobek imej Islam beliau bagi menimbulkan kebencian orang Melayu terhadapnya.
Peringkat awalnya, Anwar ditahan di bawah ISA. Menyedari tekanan antarabangsa, Anwar kemudiannya didakwa atas salah laku seks dan penyalahgunaan kuasa. Seluruh tenaga polis, kehakiman dan media masa dikerah habis-habisan untuk menghalalkan tindakan Mahathir menyingkir dan memenjarakan Anwar.
Dari 1998 hingga kini media arus perdana milik BN tidak pernah berasa letih menggodam, mencemar dan mengaibkan Anwar dan keluarganya. Alhamdulillah semakin Anwar digodam dan dicaci, beliau semakin popular dan diminati.
Kita memahami mengapa Zainuddin marah dan berdendam dengan Anwar. Selepas Anwar dipenjarakan Zainuddin kembali mendekati Mahathir melalui penulisan buku sehinggalah akhirnya beliau dilantik sebagai menteri penerangan.
Malangnya dalam pilihan raya 2008, Zainudin adalah satu-satunya menteri Umno yang dikalahkan oleh PKR. PM Abdullah Badawi terus mengenepikan Zainudin dan beliau menjadi mantan menteri yang semakin dilupai.
Mungkin dengan membelasah Habibie dan Anwar sedemikian rupa nama Zainudin Maidin kembali menjadi sebutan. Zainudin berharap penulisannya itu akan membantu Umno mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Zainudin lupa jutaan pengundi asal keturunan Indonesia terguris hati dan marah. Penjelasan Zainudin dalam blognya menyerlahkan lagi sikap sombongnya. Beliau berbangga kerana namanya kembali menjadi sebutan jutaan rakyat Indonesia.
Beliau menuduh rakyat Indonesia sedang mengalami euporia demokrasi sedangkan Malaysia sudah lama mengamalkan 'Manchester democracy'. Ini bukan kesilapan ejaan. Mungkin kerana panik, bimbang atau sememangnya beliau tidak tahu asal usul istilah Westminster democracy.
Begitu naifnya Zainuddin sehinggakan beliau tidak sedar tulisannya menjadikan suatu beban buat Umno. Justru Umno tidak boleh berlepas tangan dalam isu ini.
Pertamanya Zainuddin adalah bekas ketua pengarang kumpulan Utusan yang semua orang tahu isu kandungan akhbar itu dikawal sepenuhnya oleh kepimpinan Umno, khususnya Najib sebagai presiden Umno.
Pada sisi lain episod ini menyerlahkan kelemahan Najib sehingga tidak bermaya sama sekali menegur Zainudin ketika terserlah kemarahan rakyat Indonesia akibat penghinaan Zainudin secara terang-terang dan berterusan terhadap pemimpin dan rakyat Indonesia.
Saya percaya rakan-rakan yang masih rasional dalam Umno turut kesal dengan tulisan Zainudin. Walaupun itu pendapat peribadi, sebagai mantan menteri Umno dan disiar pula oleh media milik Umno maka bantahan dan kemarahan Indonesia ada asasnya.
Rakan-rakan dalam Umno juga tertanya-tanya, apakah Zainudin sengaja mencari musuh baru ketika pucuk pimpinan Umno berhempas pulas mempersiapkan diri menghadapi pilihan raya umum ke13?
Sementara reputasi Anwar sekelumit pun tidak terjejas dengan tulisan Zainuddin, isu ini lebih menyerlahkan politicking dalaman Umno sendiri. Anwar kekal sebagai pemimpin tahan uji. Bak kata pepatah arab “emas yang terbaik ialah emas yang terhasil apabila dibakar berulangkali”. Manakala Umno pula menhitung hari menanti rebah.
Datuk Saifuddin Nasution adalah setiausaha agung PKR dan ahli parlimen Machang. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini. Artikel ini adalah versi suntingan.
Tulisan Zam tak wajar dan tak beretika, kata Susilo
Presiden
Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berkata artikel yang ditulis oleh
bekas Menteri Penerangan Malaysia Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai
presiden ketiga Indonesia BJ Habibie, adalah tidak wajar dan tidak
beretika.
Artikel itu, katanya boleh menjejaskan hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia.
"Kami telah bincangkannya, Menteri Luar akan mengambil nota diplomatik di sini dan juga di Kuala Lumpur," kata Yudhoyono dipetik oleh agensi berita Antara sepertimana diterbitkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Jakarta Post hari ini.
Yudhoyono yang akan berlepas ke Malaysia hari ini untuk menghadiri Rundingan Tahunan, forum peringkat tertinggi dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia, berkata Indonesia akan membangkitkan isu saling hormat menghormati supaya insiden serupa tidak berulang yang boleh menjejaskan persahabatan antara kedua-dua negara.
Artikel Zainuddin disifatkan oleh banyak pihak di Indonesia sebagai "serangan" terhadap Habibie.
Sementara itu, jurucakap presiden, Teuku Faizasyah berkata presiden akan membangkitkan isu-isu penting termasuk perlindungan warga Indonesia yang bekerja di Malaysia, sempadan, perdagangan dan pelaburan pada mesyuarat itu.
Yudhoyono juga akan mengadakan pertemuan peribadi, secara empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum mengetuai delegasi Indonesia pada Rundingan Tahunan kesembilan itu.
Universiti Utara Malaysia (UUM) dijadual menganugerahkan ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Keamanan kepada presiden Indonesia itu.
- Bernama
Artikel itu, katanya boleh menjejaskan hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia.
"Kami telah bincangkannya, Menteri Luar akan mengambil nota diplomatik di sini dan juga di Kuala Lumpur," kata Yudhoyono dipetik oleh agensi berita Antara sepertimana diterbitkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Jakarta Post hari ini.
Yudhoyono yang akan berlepas ke Malaysia hari ini untuk menghadiri Rundingan Tahunan, forum peringkat tertinggi dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia, berkata Indonesia akan membangkitkan isu saling hormat menghormati supaya insiden serupa tidak berulang yang boleh menjejaskan persahabatan antara kedua-dua negara.
Artikel Zainuddin disifatkan oleh banyak pihak di Indonesia sebagai "serangan" terhadap Habibie.
Sementara itu, jurucakap presiden, Teuku Faizasyah berkata presiden akan membangkitkan isu-isu penting termasuk perlindungan warga Indonesia yang bekerja di Malaysia, sempadan, perdagangan dan pelaburan pada mesyuarat itu.
Yudhoyono juga akan mengadakan pertemuan peribadi, secara empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum mengetuai delegasi Indonesia pada Rundingan Tahunan kesembilan itu.
Universiti Utara Malaysia (UUM) dijadual menganugerahkan ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Keamanan kepada presiden Indonesia itu.
- Bernama
Presiden Indonesia: Artikel Zam mengenai Habibie tidak wajar
18 Disember 2012
Artikel itu, katanya boleh menjejaskan hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia.
"Kami telah bincangkannya, Menteri Luar akan mengambil nota diplomatik di sini dan juga di Kuala Lumpur," kata Yudhoyono dipetik oleh agensi berita Antara sepertimana diterbitkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Jakarta Post pada Selasa.
Yudhoyono yang akan berlepas ke Malaysia pada Selasa bagi menghadiri Rundingan Tahunan, forum peringkat tertinggi dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia, berkata Indonesia akan membangkitkan isu saling hormat menghormati supaya insiden serupa tidak berulang yang boleh menjejaskan persahabatan antara kedua-dua negara.
Artikel Zainuddin disifatkan oleh banyak pihak di Indonesia sebagai "serangan" terhadap Habibie. Sementara itu, jurucakap presiden, Teuku Faizasyah berkata presiden akan membangkitkan isu-isu penting termasuk perlindungan warga Indonesia yang bekerja di Malaysia, sempadan, perdagangan dan pelaburan pada mesyuarat itu.
Yudhoyono juga akan mengadakan pertemuan peribadi, secara empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum mengetuai delegasi Indonesia pada Rundingan Tahunan kesembilan itu.
Universiti Utara Malaysia (UUM) dijadual menganugerahkan ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Keamanan kepada presiden. - Bernama
Mohd Nasir Hamzah · Top Commenter · Petaling Jaya, Malaysia
Inilah akibatnya kalau kita menulis mengikut perasaan bukan mengikut kewarasan fikiran dan fakta.Kita kena ingat dgn Indonesia sesiapa saja blh mencetuskan hubungan tegang isu rogol amah, isu kekejaman terhadap rakyatnya di M'sia atau apa saja yg mereka fikir tak sesuai dgn mereka blh mencetus keadaan tegang apa lagi kalau kita mengecam atau menuduh pemimpin atau bekas pemimpin mereka tentu sekali perkara yg lebih buruk blh berlaku...
Iman Hafiz · Top Commenter · Tauke Syarikat at Sendiri bisnes
alaaa... bung Yudhoyono.. relaks laaa... level menteri & bekas menteri umnooo memang suka maki hamun... tengok je la pemimpin agung puak ni..Najib.. habih rakyat kena "Haram Jadah!"....
Asmawi Mean
biasalah zam anak maidin memang suka buat onar...ingat waktu dia jadi awang selamat kat utusan malaysia dulu....dia pun kondem Dr. M...masih ingat...sekarang dah pensen buat cara orang pencen...tak perlu nak jadi glamour...
Mohd Asri · Top Commenter · Smk majakir papar sabah
zam, zam alakazam...klu pendapat peribadi katalah kat isteri, anak2 kah...jgnlah luah tak tentu arah..
Razman Rashid · Top Commenter
anwar kata boleh keruhnya hub. malaysia-indonesia, tp pemimpin BN kata tak. so skrg ni ape crite?
Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Join je terus dh dpt USD4.
Daftar FREE dulu disini:
http://www.stiforp.asia/wangmasuk
Msia Free · Subscribe · Top Commenter · University of Oxford
Ini adalah spesis Si Kitul alaf baru yg menjadikan adu domba antara negara sebagai tujuan cita2 politik peribadi..
Noor Azreen Zainal · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA
Bercakap tanpa mengikut hati dan perasaan serta akal fikiran.Melibatkan dua negara jiran.
Selalu kekurangan duit? Ingin mencari business sampingan? Layari http://mohdaidil.myopportunityplus .com/.Business yang dapat menyelesaikan masalah kewangan.Yakin pada diri sendiri untuk berjaya.
Sepanggu Alam · Sekolah pondok je..
tuntut permohonan maaf secara terbuka..zam ni mamak..memang suka mngata kt melayu.. indonesia pun melayu.
Imran Lamree · Top Commenter · Al-Azhar University
kesian surat khabar yg siar si zam ni.. dah abis manusia yg buleh menulis ke kat malaysia ni...
Khairulamir Sulaiman · Top Commenter · Sekolah menengah Datuk Mansur,Bahau
buat bapak yuduyono......knyataan zainudin maidin itu tidak mewakili suara dan rasa hati rakyat malaysia.ZAM hanya mewakili segelintir ahli umno tahap sampah yg kerjanya hanya mncarut, mngfitnah, mngutuk dan berakal jelek.
walaupun kami tahu knyataan itu tidak benar tapi sebagai manusia berakal waras, kami juga mohon maaf pada seluruh saudara terutama pak habibie atas kebiadapan ZAM itu.anggap saja itu cakap2 org gila.
Othman Jamaluddin · Top Commenter · Geologist at Petronas
Betul ke Zam ini Awang Selamat? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa, Main sampan berhati-hati, jangan terlajak sampai Dumai lak,- ramborock752 (signed in using yahoo)
Inilah balanya kalau ada menteri yg tiada otak...
Sya Man Ana · Top Commenter · Medan, Indonesia
SBY tu pun tgh pusing pikir masalah "DEMOKRAT" yg tgh hangat dibelit kes "korupsi'... terbaru Menteri Sukan letak jawatan kes rasuah "projek hambalang"... Isu terbaru plak isu dalaman... "Rohut Situmpol" dipecat dari jawatan gara2 minta "Anas" Ketua Umum "Demokrat" letak jawatan... dio org pun sebuk nak pilihanraya... sekarang nie musim masing2 tunjuk nak jadi hero negara...PADA DASARNYA AKU PUN TAK SETUJU ARTIKEL TS ZAINUDDIN NIE... TAPI BILE FIKIR BALIK... TAK KENA GAK BJ HABIBIE TU... CUBA BEKAS PM KITA PERGI INDONESIA MELAKUKAN PERKARA YG SAMA (BERGABUNG DENGAN PIHAK PEMBANGKANG)... BERBICARA TENTANG DEMOKRASI... SUDAH PASTI PIHAK PRO KERAJAAN AKAN MENGANGGAP KITA CUBA MENCAMPURI URUSAN POLITIK MEREKA... LAGI2 TGH DEMAM NAK PILIHANRAYA NIE... TAK KENA PADA MASA GAK..
Mas Tarabas · Top Commenter · Nairobi, Kenya
Kenapa kita tak boleh bersuara ttg mereka di indonesia? Tapi akhbar mereka dgn sewenangnya cerita ttg benda buruk sahaja ttg kita? So apa masalahnya ? Kita bebas utk suarakan pendapat kita.
Mayangsari Samudra · Top Commenter · Royal Military Academy Sandhurst
dia hanya promosi kedungulannya ke peringkat asia tenggara.
Borneo Menggugat · Subscribe · Top Commenter · Kota Kinabalu
SBY sengaja mengahantar mesej dulu ke Putrajaya..... he.he.heeee..... jika ditanya oleh SBY tentang mamak maidin ni, saya pasti najib akan jawab : maidin tu di malaysia ni tak de sapa yg pedulipun, tak usah ambik kiro budak bodoh tu tuan presiden..... he.he.heeee..... nak selamatkan diri lah tuuuuuu.
Wacana AL Wahana · Top Commenter · Works at The Independent
orang mamak ni kurang ajar...mohon maaf kepada melayu yang serumpun dengan indonesia.
Hisabdin Rahim · Top Commenter · Maktab Adabi Bukit Mertajam
cubalah dia tulis perkara2 yang baik, contohnya, faktor kekalahannya dlm pru lpas, atau dia ajak para pembaca kongsi perasaan sedihnya ketika tumbang dlm pru tu.berbaloi juga... ntah muslihat apa yang mendorong mamak ni ngutuk mantan pemimpin negara jiran yang ternyata lebih patriotik daripadanya...kalu rasa hebat sangat, tandinglah dalam pru 13, insyaalah anda akn meraih kekalahan kedua, jangan marah bos ku.........
No comments:
Post a Comment