Militan sasar petugas kempen antipolio
SEORANG kakitangan kesihatan diberikan rawatan kecemasan selepas cedera parah akibat diserang militan di Peshawar, semalam.
Kejadian terbaru itu turut mendorong Unicef dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggantung kempen yang dibantah Taliban itu. Serangan semalam membabitkan seorang petugas wanita dan pemandunya yang ditembak mati di Charsadda, dekat Peshawar.
Pegawai polis Peshawar, Wajid Khan, berkata sebelum itu, seorang lagi pekerja kesihatan dalam keadaan kritikal selepas ditembak ketika memberikan titisan vaksin polio kepada orang awam “Dua lagi pasukan penyedia vaksin dijadikan sasaran di bandar Nowshera dan Charsadda, tetapi mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Pakistan adalah satu daripada tiga negara di dunia yang masih berdepan wabak polio, tetapi usaha mengekang penyakit itu selalu diganggu akibat bantahan Taliban.
Beberapa kawasan yang dikuasai militan itu mengharamkan vaksin berkenaan diberi kepada orang awam. Sejak kempen disokong PBB dijalankan di seluruh Pakistan Isnin lalu, sembilan orang pekerja kesihatan terbunuh dalam serangan yang berlaku setiap hari. Seorang kakitangan maut ditembak di Karachi pada Isnin dan empat lagi dibunuh di bandar itu kelmarin.
Seorang lagi mangsa dibunuh di Peshawar. Khabar angin kononnya vaksin polio itu adalah taktik Barat meracuni umat Islam menghalang usaha mengatasi wabak berkenaan di Pakistan.
Peserta AS raih gelaran Miss Universe 2012
OLIVIA (tengah) tersenyum lebar dipeluk oleh Miss Teen USA 2012, Logan West (kanan) selepas diumumkan sebagai Miss Universe 2012 dalam pertandingan di Las Vegas, malam tadi.
Tempat kedua dimenangi oleh peserta Filipina, Janine Tugonon. Pemenang tahun lalu, Leila Lopes dari Angola, memahkotakan Olivia, 20, yang jelas sangat teruja untuk menggantikannya.
Ia adalah kemenangan pertama wanita Amerika sejak 1997 apabila gelaran itu dimenangi Brook Lee.
Peserta Venezuela, Irene Sofia Esser Quintero menduduki tempat ketiga dalam pertandingan itu.
Tempat keempat dirangkul peserta Australia, Renae Ayris dan kelima dimenangi peserta Brazil, Gabriela Markus.
Gelaran Miss Congeniality diberikan kepada peserta Guatemala, Laura Godoy.
Pertandingan itu ialah edisi ke-61. Ia diadakan di Sao Paolo, Brazi tahun lalu dan pertandingan berkenaan dianjurkan bersama oleh rangkaian televisyen NBC serta mogul hartanah Amerika, Donald Trump. - AFP
9 bulan tinggal atas pokok
Bagaimanapun, si isteri tidak juga memohon maaf, malah tidak pernah menjenguk suaminya sepanjang tempoh sembilan bulan itu.
Sanjay berkahwin dengan Tara di Baragaon, Varanasi tahun lalu sebelum berpindah ke Mumbai. Namun, Mac lalu, ketika pulang lebih awal dari kerja, dia mendapati wanita yang baru dikahwininya itu berasmara dengan seorang jiran di rumah mereka. Kecewa dan rasa terhina, Sanjay menuntut Tara memohon maaf atas kecurangannya tetapi wanita terbabit enggan. Sanjay bertindak membawa isterinya pulang ke kampung sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah mereka. Bagaimanapun, Tara ingkar dan mengatakan dia ingin kembali ke Mumbai sebelum meninggalkan rumah ibu bapanya.
Dalam percubaan terakhir untuk memenangi semula hati isterinya, Sanjay memanjat pokok jambu di pinggir kampung dan tinggal di atas pokok itu sejak kejadian berkenaan.
Sanjay berkata, dia hanya akan turun dari pokok itu jika Tara meminta maaf dan pulang ke pangkuannya. Walaupun dipujuk keluarga, Tara enggan mengubah pendiriannya.
Pada awalnya, Sanjay enggan makan dan meneruskan hidup hanya dengan memakan jambu. Namun, apabila semuanya sudah habis dipetik, Sanjay terpaksa menelan egonya dan bergantung kepada ibunya yang setia membawakan makanan untuknya dari rumah. “Sanjay memanjat pokok berkenaan pada 9 Mac lalu dan sejak itu berada di atas pokok berkenaan.
Beberapa penduduk kampung bagaimanapun mendakwa melihat Sanjay turun ke bawah dan bersiar-siar apabila dia menyangka tiada sesiapa melihat perbuatannya itu. - Agensi
Muhammadiyah bimbang isu bakso haram
Ketua Umum Muhammadiyah, Din Syamsuddin, berkata peniaga yang bertanggungjawab mencampurkan daging lembu dan babi perlu menyedari bahawa tindakan mereka itu menyalahi agama. Katanya, perbuatan itu sama seperti memerangkap pengguna dan mengajak mereka melakukan amalan haram. “Mereka juga menyebabkan peniaga bakso yang jujur terkena kesannya,” katanya.
Din berkata, peniaga tidak sepatutnya mencari keuntungan dengan menyukarkan orang lain. Isu bakso haram itu ditimbulkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) beberapa hari lalu.
Percampuran daging halal dan haram di pasar menyebabkan MUI sukar memperakui banyak produk bakso di negara itu.
Din berkata, kerajaan turut bertanggungjawab mengatasi masalah berkenaan.
Katanya, Badan Pemantau Ubat-ubatan dan Makanan (BPOM) perlu mengawasi proses penghasilan produk bakso, bermula dari peringkat paling asas hingga ke proses penyembelihan haiwan. “Undang-undang Halal juga perlu disegerakan,” katanya. - Republika.
Bas kilang bawa 17 pekerja terbabas
Oleh Isma Ismail dan Siti Azila Alias
Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu turut membabitkan sebuah kereta Proton Satria, dipercayai dipandu seorang anggota polis.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika bas yang dalam perjalanan dari Batu Kurau, Perak itu cuba memasuki lorong kiri lebuh raya sebelum hilang kawalan lalu merempuh kereta yang bergerak seiring di lorong kiri.
Akibatnya, kedua-dua kenderaan terbabas dengan bas terbalik ke kawasan semak di kiri lebuh raya.
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Nurul Nadirah Sudin, 18, dari Taiping, Perak dan Samsiah Hasan, 22, dari Batu Kurau, Perak.
Pemandu kereta berusia 21 tahun dan pemandu bas berusia 30-an serta pekerja kilang lain hanya mengalami cedera ringan.
Semua mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut.
Gundik 11 tahun, 4 kali gugur zuriat haram
SHAH ALAM: Tidak mahu terus bergelumang dengan dosa, seorang ibu tunggal tiga anak yang menjadi wanita simpanan seorang pegawai kerajaan selama hampir 11 tahun, rela berdepan hukuman apabila menyerah diri di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sini, kelmarin.
Wanita berusia 40-an itu mengaku sudah empat kali menggugurkan kandungan hasil hubungan haram itu, namun kini insaf selepas menyedari kekasih gelapnya itu hanya menjadikannya alat pemuas nafsu.
Malah, dia yang mahu dikenali sebagai Ros berkata, lelaki itu sering memukulnya hingga hidungnya patah akibat dipijak dan wangnya juga dikikis sehingga puluhan ribu ringgit termasuk untuk membeli kereta.
“Tambahan pula, kini lelaki itu sudah meninggalkan saya dan menjalin hubungan dengan perempuan lain. Jadi, terbukti dia bukan mahu menjadikan saya isteri keduanya seperti dijanjikan.
Harian Metro
Fazurina Perjelas Isu Kahwin Lari
“Rina tidak melarikan diri atau akan senyap sahaja. Rina akan jelaskan semuanya nanti. Rina minta maaf sebab tidak boleh jelaskan di telefon. Bimbang berlaku salah faham pula nanti. Adalah lebih baik kita berjumpa secara ‘face to face’ untuk bercerita tentang perkara ini,” ujar Siti Fazurina yang dipetik daripada portal Gua.
Fazurina turut mengakui yang dia dan suami, Hykal Zulkifli agak terkejut dengan kontroversi yang menimpa mereka.
Selain itu, Fazurina sempat memohon maaf kepada media kerana tidak menjemput ke majlis pernikahannya. Namun, akan menjemput media untuk majlis resepsi perkahwinan mereka pada 9 Februari hadapan.
“Lokasi belum boleh dimaklumkan lagi sebab tak tahu hendak buat di mana. Namun yang pasti, Rina akan buat di Pulau Pinang sebab Hykal orang sini dan sanak-saudara Rina juga ramai di sini,” tambah Fazurina lagi.
Media Hiburan
Mengapa Ariel Sharon susah mati?
Kesihatan Sharon sangat teruk. Dia menjalani pembedahan kecemasan selepas pasukan doktor bimbang nyawanya terancam. Sharon dalam keadaan koma di RS Hadassa, Jerusalem sejak 4 Januari 2006 ketika dia mengalami stroke kritikal dan menjalani beberapa siri operasi.
Pasukan doktor berkata, komplikasi pada saluran pencernaan memerlukan operasi serta merta dan mereka memasukkan infus ke perut pemimpin Israel itu.
Diberitakan bahawa doktor di Hospital Hadassa telah memasukkan Ariel Sharon ke ruang operasi khas. Dia mempunyai kesan luka teruk dan tidak sedarkan diri dalam jangka waktu yang lama. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah rosak dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain.
Selepas empat tahun kemudian, harian terkemuka Israel melaporkan keadaan terkini mantan Perdana Menteri Israel Ariel Sharon pada 23 Oktober 2009.
Akhbar terbitan Israel “Hume Israel” mengutip maklumat ini dari salah sebuah majalah elektronik harian terkemuka di Israel. Media ini melaporkan keadaan kesihatan mantan PM Israel itu yang kini masih menderita strok dan terbaring koma di hospital selama lebih dari enam tahun.
Majalah ini menuliskan bahawa keluarga Sharon masih menjenguk dan berinteraksi dengan dirinya. Ini menunjukkan bahawa Sharon masih hidup. Salah seorang dari anggota keluarganya kerap membacakan akhbar harian di sampingnya dan memberitahu perkembangan ternakan lembu yang dia miliki di daerah Selatan Israel. Disamping itu dia juga dibacakan beberapa buku dan diperdengarkan muzik-muzik klasik.
Ketika ditanya lebih lanjut sampai bila keadaan Sharon akan terus jadi seperti ini, Solomo Segev doktor senior yang merawatnya berkata, “Kalau dikaji dari usia rata-rata dalam keluarga Sharon, ibu dan neneknya mati di atas usia 90 tahun”. Solomo pun kemudian menganggarkan Sharon akan tetap dengan keadaannya seperti ini sehingga usianya melepasi 90 tahun.
Detik Islam
No comments:
Post a Comment