Tuesday, December 18, 2012

MACAM2 KEJADIAN DIDUNIA...AKHIRAT AKAN DIBICARAKAN LAGI...DIADILI SEADIL2 OLEH ALLAH...KEMUDIAN AKAN DIHUKUM OLEH ALLAH...DIMASUKKAN SYURGA ATAU NERAKA...MAKA BERTAUBATLAH...DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH

Lagak pekerja cekup perompak

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

BUKTI...Hooi (tengah) menunjukkan gambar pekerjanya yang diacu parang oleh suspek.
BUKTI...Hooi (tengah) menunjukkan gambar pekerjanya yang diacu parang oleh suspek.
KUALA LUMPUR: Tindakan anggota polis menyamar sebagai pekerja kedai serbaneka KK Supermart Holdings Sdn Bhd berjaya menangani kes rompakan dan samun di premis milik syarikat itu termasuk yang terbaru seorang remaja ditembak mati dalam kejadian di Taman Sri Rampai, Setapak, kelmarin.
Pengurus Besarnya, Hooi Weng Kheong berkata, kejayaan itu hasil kerjasama antara pihaknya dengan polis sejak dua bulan lalu bagi menangani kes rompakan berkenaan yang kerap berlaku.

Katanya, anggota polis yang menyamar dengan memakai pakaian seragam kedai serbaneka itu mematahkan cubaan samun dan rompakan yang sering berlaku.
“Taktik polis memakai pakaian seragam pekerja kedai sudah dilaksanakan di beberapa cawangan yang dikenal pasti sering disamun terutama di kawasan panas termasuk Sentul, Jalan Ipoh, Jalan Tun Razak, Puchong, Cheras, Serdang, Wangsa Maju dan Setapak,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, kedai serbaneka di kawasan itu menjadi tumpuan samun apabila 15 kes dicatat bagi tempoh tahun lalu hingga kini.

Menurutnya, sejak beroperasi pada 2008, pihaknya mengalami kerugian lebih RM1 juta akibat kejadian rompakan dan samun bersenjata.
Katanya, kes berkenaan berlaku di 351 cawangan kedai serbaneka itu membabitkan 671 kes.

“Bagi 2012, syarikat mengalami kerugian RM352,000 membabitkan 217 kes samun,” katanya.
Hooi berkata, operasi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) 24 jam turut membantu mengesan suspek terbabit.

Beliau membuat sidang media berkenaan sebagai mengulas kejadian dua lelaki menyerang polis yang mengakibatkan seorang mati, manakala rakannya cedera selepas ditembak dalam kejadian di sebuah kedai serbaneka di Taman Sri Rampai, kelmarin.

Dua lelaki bersenjata parang itu memasuki kedai berkenaan pada jam 4.40 pagi sebelum polis melepaskan tembakan menyebabkan seorang suspek berusia 19 tahun mati, manakala rakannya melarikan diri.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, seorang rakan suspek yang berusia 19 tahun kini diburu untuk membantu siasatan.

SETENGAH YEMPAT PANGGIL UDANG GERTAK DULU BANYAK SEKARANG DAH PUPUS KOD
Haiwan aneh di mata kail
ROSALWANI CHE SOH
19 Disember 2012
Haiwan aneh di mata kail
Haiwan unik yang ditemui Muhammad Zulfadli malam kelmarin.
Haiwan aneh di mata kail
Zulfadli menunjukkan haiwan terbabit yang ditemuinya ketika memancing bersama rakanya di jambatan Tok Sadang.
KOTA BHARU- Rupanya seperti seekor udang, namun apabila diperhatikan sebetulnya ia juga mempunyai penyepit dan bentuk seperti ketam, haiwan pelik ini ditemui oleh seorang kaki pancing, Muhammad Zulfadli Muhammad Zahari, 23, ketika memancing di jambatan baru Tok Sadang, Pengkalan Chepa, di sini malam kelmarin.

Menurut Muhammad Zulfadli, dia bersama rakannya, Shahril Razali, 23,  menemui haiwan terbabit ditemui tersangkut pada mata kail pancingnya serta memberanikan diri memegang haiwan itu dan terkejut melihat rupa bentuknya yang unik.

“Sepanjang memancing di kawasan ini, sungai terbabit sememangnya terkenal dengan hasil tangkapan ikan yang dan tidak mempunyai hidupan lain.

“Namun saya amat terkejut apabila menemui haiwan ini yang berkaki lapan yang pada bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Zulfadli berkata, buntu dengan keadaan itu, dia mengambil keputusan memelihara haiwan itu yang disimpan dalam balang kecil yang berisi air.

“Setakat ini ayah saya, sudah menghubungi pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies haiwan ini namun sehingga kini mereka masih belum mengetahui spesies haiwan itu.

“Pihak terbabit meminta kami menyimpannya dan akan datang mengambil haiwan terbabit, untuk dijadikan kajian sebelum mengetahui spesiesnya,” katanya.

Zulfadli berkata, sepanjang memancing di kawasan berkenaan, itulah kali pertama dia menemui haiwan unik seumpama itu.

“Setakat ini kami masih belum mengenal pasti spesies haiwan berkenaan dan menganggap kejadian berkenaan sebagai kebesaran ALLAH SWT,” katanya.

Haiwan unik yang ditemui Muhammad Zulfadli malam kelmarin.

Zulfadli menunjukkan haiwan terbabit yang ditemuinya ketika memancing bersama rakanya di jambatan Tok Sadang.
Warga emas ditemui mati
NOOR AZLIDA ALIMIN
19 Disember 2012
Warga emas ditemui mati
Mayat wanita berusia 69 tahun ditemui mati di rumahnya, dekat Taman Makasar jam 11 pagi, semalam
Pasir mas – Mayat seorang wanita warga emas berusia 69 tahun ditemui di rumahnya, dekat Taman Makasar jam 11 pagi, semalam.

Jiran, Mohamed Abas, 72, berkata, dia dimaklumkan oleh penjual ikan, untuk memeriksa rumah arwah Wan Hasnah Wan Abas, 69, kerana arwah tidak keluar meskipun dipanggil beberapa kali.

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan arwah membeli ikan untuk makanan 15 kucing yang dipeliharanya, namun tindakan arwah menyendiri di dalam rumah, merisaukan jiran tetangga.

Curiga dengan kejadian itu katanya, dia bersama penjual ikan cuba membuka pagar dan pintu yang terkunci dari dalam.

“Saya dapati arwah tidur di atas tilam dalam biliknya manakala ubat penyedut sakit lelah juga berada berdekatan mangsa.

“Semua penduduk di taman ini tahu, dia ada penyakit lemah jantung dan lelah, malah dia pernah mengadu sakit dada sejak kebelakangan ini,” katanya, semalam.

Sementara itu, adik mangsa, Wan Man Ean Abas, 75,  berkata, kali terakhir mereka bertemu dengan arwah sejak 30 tahun lalu.

Katanya, arwah yang juga pesara kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) gemar menyendiri dan tidak selesa sekiranya ahli keluarga datang melawat.

“Kami memohon maaf bagi pihak arwah sekiranya dia ada tersalah kata, tersilap bahasa sepanjang kehidupannya di taman ini sejak 1980-an.

“Saya juga berharap sekiranya arwah ada berhutang, mohon dihalalkan,” katanya, ketika ditemui sebelum solat jenazah, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, berdasarkan keterangan ahli keluarga, mangsa mempunyai rekod penyakit lemah jantung.

“Hasil siasatan, kes diklasifikasikan mati mengejut dan tiada unsur jenayah,” katanya, semalam.
'Arwah mahu henti rokok'
RAIHAM MOHD SANUSI
19 Disember 2012
'Arwah mahu henti rokok'
Sitah bersama anak keempatnya, Rozman membelek album gambar Baharudin di rumah mereka di Bandar Cheneh Baru, semalam.
CHENEH –“Malam sebelum kejadian, abang ada berikan pada saya tembakau miliknya kerana katanya dia mahu berhenti merokok,” kata tukang rumah, Rozman Shafie, 39, yang tidak menyangka perubahan itu menjadi petanda mereka sekeluarga kehilangan abangnya.

Baharudin, 49, meninggal dunia selepas terjatuh daripada bumbung tingkat empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan, Kuantan, Pahang ketika menukar atap dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi, kelmarin.

Rozman berkata, abangnya memberikan kepadanya tembakau kira-kira jam 9.30 malam ketika mereka sedang berbual.

“Apabila dia beri, saya hanya ambil dan tak banyak soal kerana tidak terlintas di fikiran sesuatu yang buruk akan berlaku.

"Arwah kemudiannya berbaring di atas kerusi dan saya tidak sangka, keesokan harinya selepas abang pergi kerja, kami dapat tahu berita kematiannya,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di sini, semalam.

Sementara itu, ibunya, Sitah Che Omar, 67, berkata, pada pagi kelmarin, arwah yang juga anak keduanya bangun tidur kira-kira jam 7.30 pagi dan segera bersiap untuk keluar bekerja di Kuantan.

“Arwah bancuh sendiri air minumannya iaitu nescafe O. Biasanya makcik yang selalu buatkannya air.

"Sebelum keluar, makcik berikannya RM3 untuk buat belanja ketika kerja tapi dia minta RM2 lagi dan berjanji akan bayar balik,” katanya.

Bagaimanapun kata ibu enam anak ini, dia terkejut apabila kira-kira jam 11.30 pagi, rakan sekerja anaknya menghubunginya untuk memaklumkan kejadian menimpa anak bujangnya itu.

“Makcik tak sangka akan kehilangannya sebab dia tidak menunjukkan perubahan ketara, cuma sejak beberapa hari lalu dia kelihatan suka termenung di muka pintu sahaja,” katanya sebak.

Jenazah yang tiba di rumah kira-kira jam 6 petang dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Neram 2, Bandar Cheneh Baru selepas waktu Isyak.
Mayat wanita ditemui terdampar tepi pantai
Wartawan Sinar Harian
19 Disember 2012
Mayat wanita ditemui terdampar tepi pantai
Mayat wanita tanpa identiti yang ditemui terdampar di tepi pantai.
KLEBANG - Mayat seorang wanita tanpa sebarang identiti ditemui terdampar di tepi pantai berhampiran  kawasan Dataran 1Malaysia, Klebang, di sini oleh seorang pengawal keselamatan ketika sedang melakukan tugas rondaan, pagi semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) Melaka, Superintendan R Gunarajan berkata, mayat berkenaan ditemui pengawal keselamatan terbabit kira-kira 10.30 pagi dalam keadaan lengkap berpakaian.

Beliau berkata, setakat ini polis masih menyiasat mengenai kejadian itu dan identiti mangsa sama ada mangsa seorang warga negara asing atau sebaliknya.

“Setakat ini kita belum dapat mengesahkan punca kematian dan mayat akan dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kita percaya mayat ini hanyut dan terdampar di tepi pantai.

“Setakat ini belum dapat pastikan bangsa mayat terbabit dan ketika ditemui, mangsa memakai seluar jeans dan berbaju lengan panjang. Tingginya lebih kurang 5 kaki 2 inci,” katanya.

Gunarajan turut meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi polis.
Parah kepala ditembak
NUR FARHANA ABDUL MANAN
19 Disember 2012
Parah kepala ditembak
Keadaan mangsa selepas ditembak seorang lelaki di dalam sebuah restoran di Puchong Permai, semalam.
PUCHONG – Belum sempat menghabiskan teh tarik yang dipesannya, seorang tukang tarik kenderaan cedera ditembak dengan jarak dekat di bahagian belakang kepala di sebuah restoran di Persiaran Puchong Permai 2, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dikenali sebagai M Subramaniam, 29, dikatakan duduk minum dengan bapa saudara dan  abang iparnya di sebuah meja dalam restoran berkenaan.

Tidak sampai beberapa minit selepas mangsa duduk di kedai yang sering dikunjunginya itu, seorang lelaki kemudian dikatakan terus meluru ke arahnya  mengacu pistol dan terus melepaskan satu das tembakan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, tembakan mengenai belakang bahagian kepala mangsa menyebabkannya terus terjatuh ke permukaan lantai.

 Melihat keadaan mencemaskan itu, beliau berkata, orang ramai yang kebetulan berada di dalam restoran menghubungi ambulans dan polis untuk memaklumkan kejadian.

“Selepas menembak mangsa, suspek berbadan gempal yang memakai topi keledar berpenutup penuh itu terus melarikan diri dengan sebuah motosikal dipercayai ditungggangi rakannya.

“Siasatan di tempat kejadian tidak menjumpai kelongsong peluru, anak peluru dan senjata yang digunakan suspek. Semakan juga mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di restoran berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa masih tidak sedarkan diri dan masih dirawat di Wad Kritikal Jabatan Kecemasan Hospital Serdang.

Beliau berkata, semakan dibuat mendapati mangsa tidak mempunyai rekod jenayah.

"Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian berlaku serta mengesan suspek yang terlibat.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat digesa menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 03-56332222," katanya.

Sementara itu, saksi kejadian yang berniaga kurang 100 meter dari lokasi itu berkata, dia dikejutkan dengan bunyi letupan seperti mercun di dalam restoran terbabit.

Katanya, apabila menoleh ke arah restoran, dia mendapati seorang lelaki yang sebelum itu duduk di atas kerusi tumbang ke lantai dengan keadaan kepala berlumuran darah.

“Individu yang menembaknya kemudian berjalan dengan selamba ke  arah sebuah motosikal dan terus melarikan diri,” katanya.

Peluru tembus kening kiri

Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Seorang lelaki warga Bangladesh maut dalam keadaan mengerikan selepas dua das tembakan yang dilepaskan penyerangnya mengenai belakang kepalanya sehingga menembusi kening sebelah kiri dalam kejadian di Lorong Tok Gading dekat Jalan Bayam, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.40 malam itu, Md Shah Jalal, 31, yang bekerja di kedai pendingin hawa dan aksesori kenderaan dalam perjalanan membeli makanan kira-kira 100 meter dari tempat kerjanya dengan menunggang motosikal apabila dia dipercayai ditembak dari jarak dekat oleh seorang daripada dua penyerang yang menunggang motosikal Honda EX-5 berwarna merah.

Tembakan itu menyebabkan mangsa yang dipercayai tidak memakai topi keledar, gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke arah tiang elektrik di tepi jalan sebelum meninggal dunia.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pemeriksaan mendapati kesan luka pada kepala mangsa akibat terkena tembakan jarak dekat.

Katanya, mangsa dipercayai tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal kerana topi keledarnya ditemui dalam raga motosikal.

“Menurut saksi yang tinggal berhampiran, mereka terdengar dua das tembakan dan ada saksi melihat motosikal Honda EX-5 berwarna merah dinaiki dua orang meninggalkan tempat kejadian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, malam kelmarin.
Menurutnya, motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Buat masa ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut termasuk menyemak data dalam telefon bimbit mangsa.
“Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat,” katanya.

Mazlan berkata, mangsa bekerja dengan majikan berketurunan Siam sejak dua tahun lalu dan tinggal di tempat kerjanya.

“Mangsa tiada keluarga di negeri ini, namun mempunyai seorang rakan senegara, tetapi sudah dua minggu tidak berjumpa,” katanya.

Suami isteri ditahan bantu siasatan

KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan pasangan suami isteri berusia 40 dan 30 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan warga Bangladesh yang ditembak di kepala di Lorong Tok Gading dekat Jalan Bayam, di sini, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pasangan penduduk tempatan itu ditahan tujuh jam selepas kejadian berdekatan Jalan Padang Garong, di sini, pada jam 1.30 pagi semalam.

Katanya, mereka ditahan reman tujuh hari bermula semalam, bagi membantu siasatan.
“Penahanan suami isteri itu hasil siasatan awal polis dan mereka direman sehingga 24 Disember ini bagi membantu siasatan," katanya.

Ditanya mengenai hubungan pasangan berkenaan dengan mangsa, Mazlan menjelaskan perkara itu masih dalam siasatan, namun tidak menolak kemungkinan mereka saling mengenali.

Pasangan suami isteri itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, pada jam 11 pagi semalam, untuk mendapatkan perintah reman.
Pendaftar Mahkamah Majistret, Rozita Md Saad membenarkan permohonan reman berkenaan.

Lelaki enggan alih motosikal dari parkir parah ditikam

PETALING JAYA: Hanya kerana enggan mengalih motosikal yang diletakkan di tempat letak kereta, seorang lelaki berusia 21 tahun kini kritikal selepas ditikam dua lelaki tidak dikenali bersenjatakan pisau di perut dalam kejadian di tempat letak kereta hadapan sebuah restoran di Jalan Pluto, di sini, malam kelmarin.
Akibat perbuatan dua lelaki terbabit mangsa yang dilaporkan menerima 50 jahitan di perut masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut sumber, dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa ditikam dua lelaki berkenaan selepas keengganannya mengalihkan motosikal miliknya yang diletakkan di tempat letak kereta di hadapan restoran berkenaan.
Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa baru meletakkan motosikal miliknya di hadapan restoran berkenaan.

“Sebelum meninggalkan kenderaannya itu, mangsa dihampiri Proton Wira dinaiki dua lelaki tidak dikenalinya.

“Seorang daripada suspek turun dari kereta berkenaan sebelum mengarahkan mangsa mengalihkan motosikalnya itu ke tempat lain,” katanya.
Sumber berkata, keengganan mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran lebih 10 minit sebelum rakan suspek campur tangan.

“Gagal menemui jalan penyelesaian, dua suspek yang bersenjatakan pisau menikam perut mangsa beberapa kali sebelum melarikan diri,” katanya.
Katanya, orang awam yang menyaksikan kejadian membantu mangsa dengan membawanya ke PPUM.

Mangsa yang kini dirawat di ICU PPUM dilaporkan kritikal dan menerima 50 jahitan di perut.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kampung Melayu Subang, di sini, berhubung kejadian berkenaan.

Tambahnya, sehingga kini tiada tangkapan dilaporkan, namun usaha memburu dua suspek giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

Upah RM5 minta pijak belakang sebelum cabul

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga asing mengambil kesempatan mencabul gadis berusia 10 tahun selepas meminta gadis itu memijak belakang badannya dengan bayaran RM5, dalam kejadian di rumah kongsi di Ladang Felda Sahabat 10, di sini, kelmarin.
Perbuatan suspek berusia 23 tahun terbongkar apabila gadis itu menceritakan kejadian itu kepada ibunya, jam 2 petang.

Terkejut dengan keadaan itu, ibu mangsa membawa anaknya menjalani pemeriksaan di hospital sebelum membuat laporan polis.
Susulan laporan itu, sepasukan polis menjalankan operasi dan menahan suspek di rumahnya beberapa jam selepas kejadian itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Superintendan Ang Seow Aun berkata, suspek warga Timor Leste ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berjalan kaki seorang diri disapa suspek ke rumahnya sebelum diminta memijak belakang badannya dengan upah RM5.
“Kesempatan itu digunakan suspek untuk mencabul mangsa yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada ibunya,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan pada hari sama, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun menjadi mangsa cabul, juga oleh seorang lelaki warga asing di rumah kongsi Ladang Felda Sahabat 48.
“Dalam kejadian kedua jam 7 malam, kanak-kanak terbabit dikatakan bermain di luar rumah sebelum suspek berusia 25 tahun menghampiri mangsa lalu mengheretnya ke rumah kongsi.

“Namun, perbuatan suspek disedari jirannya yang kebetulan berada di tingkap rumahnya lalu memaklumkan kepada ahli keluarga mangsa dan polis,” katanya.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu bergegas ke tempat kejadian sebelum menahan suspek di rumahnya jam 11 malam, pada hari sama.
Guna logo JKM kutip derma
NORSYAFINAS AHMAD SUKRI
19 Disember 2012
Guna logo JKM kutip derma
Remaja perempuan (kiri) yang mewakili NGO dari Johor kelihatan mengutip derma daripada orang ramai yang lalu lalang di hadapan sebuah bank di Kangar semalam.
KANGAR - Jangan terpedaya dengan taktik sesetengah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggunakan logo Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengutip derma daripada orang ramai.

Dengan cara itu, orang ramai tidak teragak-agak untuk memberi sumbangan kerana beranggapan tindakan mereka itu mendapat kelulusan atau pengesahan JKM.

Jurucakap JKM Perlis berkata, mana-mana pihak termasuk NGO yang menggunakan logo jabatan itu tanpa kebenaran adalah dianggap menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan kepada mana-mana pihak atau NGO untuk menggunakan logo jabatan atau memberi surat sokongan untuk mengutip derma di Perlis.

Menurutnya, berdasarkan aduan orang ramai, sebuah NGO dari Johor dipercayai sedang bergiat cergas di sekitar negeri ini untuk mengutip derma dengan tujuan membiayai anak yatim dan membina bangunan.

“Sebelum ini, NGO yang sama dipercayai bergerak di sekitar Lembah Klang beberapa bulan lalu. Akibat aduan orang ramai, ibu pejabat JKM di Putrajaya sudah membuat laporan polis pada 22 Ogos lalu terhadap pertubuhan itu kerana menggunakan logo jabatan tanpa kebenaran untuk mengutip derma,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai berhati-hati terhadap kegiatan kumpulan ini untuk mengelirukan orang ramai bagi mengutip derma seolah-olah mendapat kebenaran JKM.

Jurucakap itu berkata setakat ini pihaknya belum membuat laporan polis mengenai perkara itu tetapi berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung kegiatan itu daripada terus berleluasa.

Sementara itu, berdasarkan aduan orang ramai, Sinar Harian meninjau kegiatan pengutip derma dari NGO ini yang didapati berkeliaran di kawasan tumpuan ramai, terutama pasar raya dan bank di bandar ini.

Mereka akan berdiri di kaki lima dan menyapa orang ramai yang lalu di situ untuk meminta sumbangan dengan cara menjual kalendar dan barangan lain.

Mengikut risalah yang diedarkan, kutipan derma akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan anak-anak yatim dan pembinaan bangunan.

Satu kampung kena ‘kencing’

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

KUCHING: “Kami akan berusaha mendapatkan kembali wang yang dilesapkan itu walaupun separuh kerana ia sudah cukup asalkan dapat membayar semula pinjaman bank,” kata Tito Ball, 33, seorang daripada 12 mangsa penipuan pelaburan Skim Beras 1Malaysia yang membabitkan wang tunai lebih RM1.98 juta di Siburan, baru-baru ini.
Menurut Tito, dia melabur RM334,420 dan dijangka menerima pulangan antara 50 dan 100 peratus daripada jumlah pelaburan, tetapi sejak Oktober lalu tidak menerima sebarang pembayaran.

“Usaha mengesan ejen berkaitan berusia 33 tahun sudah dijalankan, tetapi gagal, malah pelabur yang berkunjung ke rumah keluarga lelaki itu turut dihalau dan mendakwa tidak mencampuri urusannya.

“Kelmarin, laporan polis berkaitan kes ini dibuat di Balai Polis Simpang Tiga dan hari ini (semalam) kami membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) Cawangan Sarawak bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kes ini,” katanya ketika ditemui di BNM, di sini semalam.

Seramai 12 penduduk Kampung Menjau, Batu 21, Jalan Kuching-Serian, di sini, hadir ke BNM, di sini, semalam untuk membuat laporan mengenai penipuan berkenaan, selain mendapatkan khidmat nasihat bagi menyelesaikan kes itu.

Usah peduli tawaran tidak logik

KUALA LUMPUR: “Sudah banyak kali kita ingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan mana-mana skim berkepentingan yang menjanjikan pulangan luar biasa.
“Kalau untung yang dijanjikan nampak tidak logik, janganlah ambil,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau mengulas laporan akhbar berhubung kes penipuan menggunakan nama Skim Beras 1Malaysia yang didalangi lelaki berusia 33 tahun di Kampung Menjau, Siburan, Sarawak semalam.
Ejen skim pelaburan palsu itu didakwa menggelapkan wang pelaburan bernilai RM1.98 juta yang dikutip daripada 12 penduduk kampung terbabit selepas berjanji mahu menjadikan mereka jutawan.

Menurut Ismail, rakyat sepatutnya tahun membezakan sama ada pelaburan yang ditawarkan itu realistik atau sekadar modal kosong untuk memudahkan pihak berkenaan mengaut keuntungan mudah.

“Dalam kes di Sarawak, skim berkenaan menjanjikan keuntungan 50 hingga 90 peratus sedangkan angka berkenaan jelas menunjukkan pulangan luar biasa.
“Sebagai orang yang menawarkan pelaburan, dia (suspek) juga mesti mahu untung...sebab itu kita selalu ingatkan pengguna, kalau tawaran itu nampak terlalu menarik, mesti ada sesuatu yang tidak betul,” katanya.

“Kalau keliru, semak status syarikat di laman web SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) atau hubungi terus talian bebas tol, jangan terus keluar duit sebab tamak mengejar untung,” katanya selepas merasmikan Seminar Pengguna 2012 di sini, semalam.
Berikutan itu katanya, SSM akan bertindak mengambil tindakan tegas mengikut Seksyen 90 Akta Syarikat 1965, kerana menjalankan skim berkepentingan tanpa mendaftar dengan suruhanjaya berkenaan.
Sawah diserang bena perang
Wartawan Sinar Harian
19 Disember 2012
Sawah bena perang
Lebih 20 petani kawasan Bagan Tiang diketuai Zulkhefly (tengah) berhimpun untuk menyuarakan masalah yang mereka hadapi.
TITI SERONG, Kerian - Lebih 80 hektar sawah di kawasan Bagan Tiang, di sini, musnah akibat serangan bena perang menyebabkan petani mengalami kerugian dianggarkan mencecah RM1 juta.

Ketua Unit Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bagan Tiang, Zulkhefly Asmawi, 54, berkata, ancaman serangga perosak itu bermula sejak tiga minggu lalu apabila sebahagian besar sawah yang diusahakan lebih 80 petani di Kedai Empat dan Parit 310 musnah.

Menurutnya, serangan bena perang pada musim ini antara yang paling teruk dialami petani di Kerian dan pihaknya dimaklumkan lebih 200 hektar sawah seluruh daerah terjejas.

“Sebahagian besar petani tidak menyedari ancaman itu di peringkat awal memandangkan kerana serangga berkenaan mula menyerang padi berusia 70 hingga 85 hari.

“Kemusnahan padi memberi impak kepada petani memandangkan kami berhutang dengan pengilang untuk dijadikan modal permulaan," katanya selepas mengetuai lebih 40 petani meninjau di sawah di sekitar kawasan Kedai Empat dan Parit 310, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain. Kata Zulkhefly, berdasarkan pengiraan, kadar kerugian dialami petani dianggarkan berjumlah RM9,000 hingga RM10,000 sehektar.

Dia berharap Jabatan Pertanian serta Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian dapat mencari penyelesaian terbaik untuk membantu petani.

Bekalan racun tak cukup AHLI Jemaah Pengarah PPK Bagan Tiang, Abdul Rahman Abdul Wahab, berkata, ancaman serangan bena perang menjadi serius apabila racun khas membasmi serangga itu yang dibekalkan Jabatan Pertanian tidak mencukupi.

Jelasnya, sehingga kini, pihak jabatan dan IADA Kerian hanya mampu membekalkan tiga kotak racun kepada setiap petani tanpa mengira jumlah keluasan sawah yang dimiliki.

"Keadaan itu meresahkan petani kerana jumlah agihan hanya cukup untuk kegunaan 0.4 hektar sawah sahaja.

“Lebih memburukkan keadaan, bekalan racun turut habis dijual di kedai sekitar daerah ini berikutan permintaan tinggi disebabkan ancaman serangan bena perang," katanya.

Abdul Rahman menggesa Jabatan Pertanian dan IADA Kerian mempercepatkan usaha mendapatkan bekalan racun itu dengan amaun mencukupi bagi mengawal serangan bena perang.

Seorang pesawah dari Kedai Empat, Mat Daud Juniad, 59, berkata, persiapan persekolahan anaknya tidak dapat disediakan kerana tanaman padinya yang hampir dituai rosak akibat diserang bena perang.

Menurutnya, dia mengusahakan kira-kira 1.5 hektar sawah dan hampir keseluruhan musnah menyebabkan pendapatan merosot teruk.

“Serangan itu terlalu cepat dan hampir keseluruhan sawah saya musnah menyebabkan saya kerugian hampir RM10,000,” katanya.

Sementara itu, Dr Mujahid ketika ditemui menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mempertimbangkan pemberian pampasan kepada petani yang terlibat bagi meringankan beban mereka.

Menurutnya, ancaman serangan bena perang itu harus ditangani pihak kementerian secara bijaksana.

“Saya juga merayu pihak kementerian untuk mempertimbangkan penggunaan racun lain bagi memenuhi keperluan petani,” katanya.

Serangan masih terkawal

PENGARAH IADA Kerian, Zahimi Hassan ketika dihubungi menegaskan ancaman serangan bena perang di daerah Kerian masih terkawal dan belum mencapai tahap membimbangkan apabila 331 hektar sawah padi diusahakan 326 petani terlibat.

Menurutnya, IADA Kerian bersama Jabatan Pertanian sudah menubuhkan bilik operasi bagi membendung serangan itu daripada merebak ke Kerian Darat sejak dua minggu lalu kerana, setakat ini tertumpu di Kerian Laut.

“Pihak bilik operasi mengenal pasti lokasi sawah di Bagan Tiang dan Tanjung Piandang sebagai kawasan paling teruk terjejas dan kami turut mewujudkan zon penampan (buffer zone) di Kuala Kurau bagi mengelakkan serangan itu merebak ke kawasan Kerian Darat.

“Sebelum ini, ancaman serangan bena perang di Kerian paling teruk berlaku pada 2009 apabila sawah seluas lebih 600 hektar terjejas, jadi, kami mempertingkatkan penyediaan bekalan stok racun untuk kegunaan 600 hektar sebagai persediaan awal,” katanya.

Zahimi turut menegaskan cadangan pemberian pampasan kepada petani tidak pernah timbul memandangkan serangan bena perang tidak dianggap sebagai bencana alam.
Suami dipenjara, isteri bebas
SITI NOOR SEPEE
18 Disember 2012
Suami dipenjara, isteri bebas
Mohammed yang dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan 10 sebatan, sempat memberikan senyuman ketika wajahnya dirakamkan.
JOHOR BAHRU – Mahkamah Tinggi di sini, menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang tukang masak warga Myanmar atas kesalahan memiliki ganja manakala isteri lelaki itu dilepas dan dibebaskan bagi tuduhan sama, semalam.

Pesuruhjaya Kehakiman, Samsudin Hassan menjatuhkan hukuman itu selepas Mohammed Ali,37 mengaku salah terhadap pertuduhan pilihan terhadapnya di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagaimanapun isteri tertuduh,  Salemah Mashor, 51, seorang rakyat tempatan, diwakili peguam, Mohd Sukaimi Mashud tidak mengaku salah atas pertuduhan pilihan terbabit dan minta dibicarakan.

Mohamed dan Salemah sebelum itu, membuat pengakuan tidak bersalah atas kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar ganja seberat 882 gram dan minta dibicarakan

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang diwakili peguam Bernard George itu, ditahan bersama isterinya di sebuah kediaman di Jalan Saga 4, Taman Saga, Kulaijaya, pada 21 Januari lalu.

Jika sabit kesalahan kedua-duanya boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 kanun keseksaan.

Pihak pendakwaan yang dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Anwar Ab Raof menawarkan pertuduhan pilihan terbabit terhadap pasangan suami isteri yang telah berkahwin sejak tahun 2005 itu, selain mencadangkan mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

Sebelum hukuman dijatuhkan, pihak pembelaan merayu supaya hukuman minimum dikenakan kepada Mohamed kerana telah mengaku salah terhadap pertuduhan pilihan terhadapnya sekaligus menjimatkan masa mahkamah.

Rayuan itu dibuat atas alasan menanggung isteri, ibu, kakak dan empat anak saudaranya yang tinggal bersamanya di sini, selain menghantar wang setiap bulan kepada keluarganya di Myanmar.

Samsudin dalam penghakimannya memaklumkan, hukuman yang dijatuhkan turut mengambilkira kesalahan yang dilakukan tertuduh dan rayuan yang dikemukakan pihak pembelaan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun 10 sebatan dari tarikh tangkap kepada tertuduh pertama manakala isterinya dilepas dan dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik semua pertuduhan dikemukakan.
Abby akan bantu kempen PRU13
Wartawan Sinar Harian
19 Disember 2012
Abby Abadi
Abby Abadi
KANGAR - Bekas pelakon popular drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi berjanji akan membantu calon Pas berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Saya sanggup turun bersama Muslimat Pas sebagai perayu undi di seluruh pelosok negara pada PRU13 nanti.

“Kami cukup bersedia untuk sama-sama menggempur pihak lawan pada kempen pilihan raya nanti untuk merayu undi,” katanya ketika menyertai perhimpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri di dataran Kompleks Pas Perlis di Jalan Kampung Pondok di sini, malam kelmarin.

Kira-kira 4,000 ahli Pas dan PR menghadiri program itu.

Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan berkata, beberapa rakan artis lain akan bersamanya tidak lama lagi untuk memberi sokongan kepada PR.

Sungguhpun mengakui dirinya adalah dari keluarga penyokong Barisan Nasional (BN) bahkan ayah dan ibunya ialah orang Umno tetapi hatinya lebih terbuka untuk memilih Pas kerana ada hikmah  di sebaliknya.

“Saya ingin membina rumah di syurga,” katanya sambil menyifatkan dirinya begitu tenang setelah menyertai Pas.
Abby menyifatkan penyertaannya dalam Pas sebagai jihad dalam kehidupannya setelah meninggalkan dunia lakonan.

“Saya rasa begitu bahagia sebagai seorang Muslimah yang akan meneruskan perjuangan mencari kebenaran dan keadilan bersama parti pilihan,” katanya.

No comments:

Post a Comment