Monday, December 17, 2012

ZAMAN INI ....ZAMAN MENIPU...JADI KITA KENA HATI2....JANGAN GOPOH...GOPOH GAPAH PERBUATAN SYAITAN

Tragedi main air



SERIUS...Md Affendi (baju biru berdiri) menceritakan kejadian kepada ayah mangsa, Anuar  (duduk dua dari kanan).
SERIUS...Md Affendi (baju biru berdiri) menceritakan kejadian kepada ayah mangsa, Anuar (duduk dua dari kanan).
KUALA KEDAH: “Selepas terjun, saya sempat capai seorang saja anak saudara, tapi sedih tak dapat selamatkan dua lagi kerana arus deras,” kata Md Affendi Ismail, 27, bapa saudara kepada dua beradik yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada bot gentian kaca dinaiki mereka di muara Sungai Kuala Kedah, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, dua kanak-kanak iaitu Mohd Hafiz Anuar, 4, dan abangnya, Mohd Nashrik, 9, hilang selepas tercampak dari bot dinaiki mereka manakala pasangan kembar, Mohd Nashrik iaitu Mohd Ashraf, 9, sempat diselamatkan Md Affendi.

Md Affendi berkata, selepas menyelamatkan Mohd Ashraf, dia berenang sejauh 50 meter dari tempat kejadian sebelum diselamatkan rakan yang menaiki bot lain.
“Sebelum kejadian, mereka mendesak saya untuk bawa mereka bersiar-siar menaiki bot dan menunggu kepulangan saya dari laut sejak jam 8 pagi,” katanya.

Menurutnya, dia membawa tiga anak saudaranya bersiar-siar di sekitar muara berkenaan sebelum berpatah balik selepas perjalanan sejauh 500 meter berhampiran Jambatan Tok Pasai, di sini.

Md Affendi yang juga nelayan berkata, dia tidak menyangka berlaku tragedi kerana ini kali pertama dia membawa tiga bersaudara berkenaan kerana sebelum ini mereka tidak pernah mendesak sehingga sanggup menunggu di rumahnya di Taman Nelayan, di sini.
“Selain membawa mereka bersiar di muara, pasangan kembar itu mendesak saya membawa mereka lebih jauh kerana memaklumkan tidak puas menaiki bot bersama.

“Sejurus sebelum kejadian, saya melihat dua anak saudara bermain air dengan meletakkan tangan dalam laut di bahagian hadapan bot, namun tidak menyangka tindakan itu mengakibatkan bot hilang keseimbangan ketika saya cuba membelok. “Akibatnya, mereka tercampak dalam laut menyebabkan saya terjun untuk menyelamatkan mereka,” katanya.
Md Affendi berkata, sebelum ini, mereka mendesaknya supaya membawa bersiar-siar menaiki bot di kawasan muara sungai, namun dia tidak mengendahkan kata-kata anak saudaranya itu dan mereka pulang ke rumah masing-masing tanpa menunggunya.

Katanya, dia tidak menyangka tindakannya menunaikan desakan pasangan kembar terbabit bertukar insiden memilukan memandangkan sebelum ini dia sering membawa Mohd Hafiz ke laut.

“Namun, hari ini (semalam) mereka benar-benar mendesak saya supaya membawa turun ke laut. Selalunya, mereka akan pulang jika saya tidak mengendahkan desakan mereka, tetapi kejadian hari ini (semalam) sebaliknya.

“Mereka sanggup mengejutkan saya daripada tidur, petang tadi (semalam) bagi menunaikan permintaan itu, namun perkara tidak diingini pula berlaku,” katanya.

Bapa dua beradik terbabit, Anuar Ismail, 31, terpaksa ditenangkan ahli keluarga selepas sukar menerima hakikat dan menyalahkan Md Affendi di atas apa yang berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Mohd Izham Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung pada jam 5.07 petang sebelum melaksanakan gerakan mencari dan menyelamat serta-merta.

“Setakat ini, kami melakukan operasi mencari di permukaan air saja sementara menunggu Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani. Operasi mencari dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di samping beberapa bot nelayan,” katanya.

Menurutnya, setakat jam 8 malam tadi, kedua-dua mangsa masih gagal dikesan.

Leher berdarah

MAUT...mangsa ditemui mati di tempat duduk kereta dengan kesan kelar pada leher.
MAUT...mangsa ditemui mati di tempat duduk kereta dengan kesan kelar pada leher.
PETALING JAYA: “Saya lihat sekumpulan tujuh hingga lapan anjing berkerumun di sebuah kereta dengan pintu depan terbuka sebelum mendapati seorang wanita berlumuran darah pada leher dan dadanya di tempat duduk pemandu.”
Demikian kata peniaga, Kamaruzaman Sanusi, 30, yang menemui mayat seorang wanita mati dibunuh dengan kesan kelar di leher di Jalan PJS5/16, berhampiran Flat Desa Mentari, di sini, tengah malam kelmarin.

Kamaruzaman berkata, ketika kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam, dia dan keluarga baru tiba dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang sedang mencari tempat parkir kenderaan untuk ke rumah adik ipar, Rozaidi Mat Amin, 28, di flat berkenaan.
“Ketika mencari tempat parkir, saya terserempak sekumpulan anjing berhampiran sebuah kereta. Saya berhenti seketika dan menunggu kumpulan anjing itu beredar kerana haiwan itu menghalang laluan saya.

“Selepas anjing itu pergi, saya teruskan pemanduan dan ketika melepasi kereta berkenaan saya ternampak seorang wanita di tempat duduk pemandu seperti sedang tidur.

“Namun, saya hairan kerana pintu keretanya dibiarkan terbuka dan mengesyaki dia pengsan sebelum saya turun untuk memeriksa,” katanya.
Menurutnya, sebaik menghampiri wanita berkenaan, dia terkejut melihat darah pada leher dan dada sehingga ke bawah kenderaan sebelum segera menghubungi adik iparnya itu untuk meminta bantuan menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, selepas menerima panggilan jam 1.15 pagi, sepasukan polis dengan bantuan Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K-9) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bergegas ke lokasi kejadian bagi menyiasat.
“Siasatan awal mendapati mangsa dikenali sebagai S Suntarambhal berusia 33 tahun dan sudah berumahtangga. Mangsa dipercayai sudah mati satu hingga dua jam sebelum mayatnya ditemui.

“Mangsa yang menetap di Cheras juga dilaporkan hilang oleh suaminya sebelum kejadian apabila dipercayai tidak pulang ke rumah selepas jam 12 tengah malam,” katanya.

Arjunaidi berkata, motif pembunuhan masih dalam siasatan dan setakat ini, polis menolak ia kejadian samun berikutan barangan berharga milik mangsa tidak diambil, manakala kereta yang didaftar atas nama suaminya juga berkeadaan baik.

“Malah, mangsa juga dipercayai tidak dirogol berikutan berpakaian lengkap iaitu blaus dan skirt berwarna gelap.

“Polis juga tidak menemui senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil di balai polis berhampiran.

“Suami mangsa juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini dan polis juga sudah mengambil keterangannya bagi membantu siasatan,” katanya.

Difahamkan, mangsa baru saja berhenti menjual daripada bunga malai bulan lalu dan kini membantu suaminya yang berusia 36 tahun mengusahakan pusat jagaan orang tua di Cheras.

Suami mangsa melaporkan kehilangan isterinya kepada polis apabila wanita itu yang keluar dengan memandu sendirian kira-kira jam 10 malam tidak pulang ke rumah selepas beberapa jam, manakala telefon bimbitnya tidak dijawab.

Jaja foto kaut RM500,000



BUKTI...Azri menunjukkan laporan polis dan gambar suspek.
BUKTI...Azri menunjukkan laporan polis dan gambar suspek.
JOHOR BAHRU: Dengan hanya bermodalkan gambar seekor cicak tokek milik orang lain, seorang penganggur dengan mudah mengaut lebih setengah juta ringgit selepas menipu beberapa individu termasuk penghidap HIV dari luar negara yang mahu memperoleh haiwan berkenaan, kononnya untuk tujuan perubatan.
Lebih malang, lelaki berusia 26 tahun itu turut menyamar sebagai anak bongsu pemilik cicak tokek berkenan, menjaja gambar keluarga warga emas itu, menyebabkan hidup keluarga terbabit kini tertekan kerana disalah anggap sebagai penipu.

Pemilik sebenar cicak tokek itu yang mahu dikenali sebagai Manaf, 70, berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas beberapa mangsa penipuan lelaki itu menghubungi dan datang berjumpanya.
Manaf berkata, keluarganya mengenali suspek dikenali sebagai Zaid itu sejak September tahun lalu apabila dia datang ke rumahnya bersama seorang kenalan keluarga. “Saya sebenarnya berasal dari Singapura tapi kini menetap di Skudai. Sejak berkenalan dengan Zaid, empat kali dia datang ke rumah saya, namun sejak kali pertama datang dia begitu berminat dengan dua cicak tokek yang dipelihara keluarga saya.

“Malah, dia juga merakam gambar haiwan itu dengan alasan mahu menyimpannya sebagai kenangan dan saya tidak menghalang kerana menganggap ia perkara biasa,” katanya yang memelihara dua cicak tokek itu sejak tiga tahun lalu. Manaf berkata, kegiatan penipuan Zaid itu mula terbongkar 30 November lalu apabila seorang lelaki datang ke rumahnya dan bertanya mengapa dia masih belum menerima cicak tokek yang dijanjikan Zaid sedangkan dia sudah menyerahkan lebih RM300,000 kepada lelaki itu.

Menurutnya, keadaan menjadi lebih rumit apabila suspek turut menyamar sebagai anak bongsunya, Azri, 40, yang juga seorang seorang ahli perniagaan.
“Akibatnya, lima hingga enam mangsa ditipu Zaid menelefon dan memarahi anak saya. Mereka yang tinggal Terengganu, Brunei dan Australia mendakwa sudah membayar keseluruhannya lebih RM200,000 untuk mendapatkan cicak tokek.

“Saya difahamkan sebahagian mangsa penghidap HIV kerana cicak tokek dikatakan mujarab merawat penyakit berkenaan,” katanya.
Manaf berkata, berdasarkan maklumat mangsa, suspek dikatakan melelong cicak tokek didakwa seberat 500 gram dengan harga ratusan ribu ringgit sedangkan cicak tokek peliharaannya hanya seberat empat gram. “Saya kurang pasti sama ada dia menawarkan haiwan itu menerusi laman web tetapi mangsanya terdiri penduduk tempatan dan luar negara,” katanya. Manaf berkata, anaknya bersama seorang mangsa sudah membuat laporan di Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah, dekat sini, pada 1 Disember lalu. “Kami bimbangkan keselamatan keluarga memandangkan Zaid menjaja gambar keluarga kami ketika menipu mangsanya,” katanya.

Buaya terjerat

pix_middle
SARATOK: Sangkaan seorang nelayan dia menangkap ikan besar ketika menarik jaring dipasang di Sungai Krian, di sini, kelmarin meleset sebaliknya dikejutkan dengan kelibat seekor buaya sepanjang kira-kira 2.5 meter.
Zipni Jali, 42, berkata, ketika menarik jaringnya dengan dibantu anaknya, Faizal, 18, dia terasa sesuatu yang berat tersangkut pada peralatan menangkap ikan itu.

Katanya, pada mulanya dia menyangka ikan besar tersangkut pada jaring, namun terkejut apabila melihat seekor buaya katak terjerat dalam jaring berkenaan. “Saya amat terkejut kerana sepanjang umur hidup ini pertama kali buaya terjerat dalam jaring yang saya pasang,” katanya ketika ditemui.
Menurut Zipni, Sungai Krian menjadi lubuk buaya terutama di sekitar Tanjung Kelimah namun setakat ini belum ada kes serangan ke atas penduduk dilaporkan.

Ketika ditanya apa yang dilakukan kepada buaya itu, Zipni berkata, buaya yang masih hidup itu dilepaskan sejurus jaring yang tersangkut pada mulut buaya itu dilucutkan.

“Saya tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan dan saya tidak membunuhnya kerana saya percaya reptilia ini bersifat pendendam,” katanya.

Hanya untuk pelanggan tetap

KUALA LUMPUR: Tujuh wanita warga asing serta seorang warga tempatan ditahan Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) kerana melakukan aktiviti tidak bermoral ketika pemeriksaan biasa terhadap sebuah pusat hiburan haram di Jalan Pudu, di sini, kelmarin.
Dalam serbuan jam 1 pagi itu, dua lelaki tempatan turut ditahan selepas didapati berada dalam senarai dikehendaki kerana kes dadah di premis tiga tingkat berkenaan.

Menurut jurucakap polis, operasi berkenaan pada mulanya hanya bertujuan mengesan individu dikehendaki selain membuat pemeriksaan terhadap pusat hiburan.
“Ketika anggota polis menjalankan pemeriksaan di pusat hiburan itu, mereka menemui bilik dilengkapi tilam serta rak tuala, malah lebih mencurigakan puluhan kondom turut ditemui.

“Hasil semakan mendapati tiga dari wanita terbabit berasal dari China manakala tiga lagi dari Vietnam berusia 20-an yang semuanya menyalahguna pas lawatan sosial,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pusat hiburan berkenaan menawarkan perkhidmatan seks hanya kepada pelanggan tetap.
Katanya, mereka yang ditahan termasuk seorang wanita tempatan dipercayai bertindak sebagai pengurus pusat hiburan itu dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Pintu ada kod



KAPAR: Walaupun sudah beberapa kali diserbu polis, tiga premis judi Internet masih beroperasi dan malam kelmarin, sekali lagi diserbu Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Serbuan melalui Ops Dadu jam 11.30 malam itu menyaksikan polis menyerbu tiga premis terbabit serentak iaitu dua di Jalan Pekan Baru manakala satu lagi di Jalan Batu Laut di sini, dipercayai beroperasi sejak tiga bulan lalu.

Bagi mengaburi pihak berkuasa, pelanggan tetap saja dibenarkan masuk melalui pintu belakang yang menggunakan sistem kunci berkod dikawal dari kaunter serta dipantau dengan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam dan luar premis. Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, polis menahan sembilan lelaki tempatan berusia 21 hingga 53 tahun yang leka berjudi.
Menurutnya, turut ditahan penjaga premis iaitu tiga rakyat Indonesia termasuk seorang wanita serta dua lelaki Vietnam berusia 21 hingga 24 tahun.

“Pemeriksaan mendapati semua warga asing terbabit tidak memiliki permit kerja sah selain premis terbabit tiada lesen daripada pihak berkuasa.

“Polis juga merampas 51 komputer yang mempunyai perisian pelbagai permainan judi, termasuk slot dan rolex serta wang RM1,555,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, malam kelmarin.
Ketika serbuan itu, bekalan air dan elektrik semua premis yang diserbu dipotong dengan bantuan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Klang.

Menurut Rohan, tindakan memutuskan bekalan air dilakukan mengikut Seksyen 55 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 manakala pemotongan bekalan elektrik mengikut Seksyen 38(1A) Akta Bekalan Tenaga Elektrik 1990.

‘Ayah tersepit dirempuh kepala treler’



KOTA TINGGI: “Kenapa kereta tu? Itu pertanyaan terakhir arwah ayah ketika kami melihat sebuah Proton Saga putih tiba-tiba bergesel dengan sebuah treler sebelum kenderaan itu hilang kawalan lalu merempuh Proton Wira yang kami naiki.
“Kejadian berlaku sekelip mata dan sebaik kereta kami dirempuh kepala treler terbabit, saya dapati arwah ayah tersepit di tempat duduk pemandu,” kata mangsa yang terselamat dalam kemalangan maut, Mohd Hasni Abdul Samah, 23.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, tiga pemandu kereta maut dalam kemalangan membabitkan empat kereta dan sebuah treler di Kilometer 44, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini.
Mohd Hasni berkata, ketika kejadian, dia dan arwah bapanya, Abdul Samah Darmawi, 56, dalam perjalanan dari Kota Tinggi untuk pulang ke rumah mereka di Felda Kledang.

“Ketika itu, saya melihat dengan jelas Proton Saga putih itu memasuki laluan bertentangan.

“Keadaan itu menyebabkan treler di laluan bertentangan cuba mengelak sebelum bergesel Proton Saga itu dan merempuh kereta kami,” katanya ketika ditemui di Hospital Kota Tinggi, malam kelmarin.
Menurutnya, keadaan bertambah buruk apabila geselan antara Proton Saga putih dengan treler terbabit mengakibatkan rantaian kemalangan kerana kedudukan empat kereta agak rapat.

“Alhamdulillah, saya hanya cedera ringan dan dalam keadaan kelam-kabut itu, saya sempat melihat arwah ayah tersepit di tempat duduknya namun sudah tidak sedarkan diri.
“Ternyata Tuhan lebih menyayangi ayah apabila dia meninggal dunia ketika dirawat di hospital. Kejadian ini sangat menyedihkan dan memberi kesan kepada saya kerana ia berlaku di depan mata, namun reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Kejar Mat Afrika



PETALING JAYA: Seorang lelaki Afrika yang terbabit dalam kemalangan menyebabkan seorang penunggang motosikal maut dirempuh kereta dipandunya ditahan orang ramai ketika cuba melarikan diri berhampiran Plaza Tol Sungai Pechala di sini, awal pagi kelmarin.
Lelaki berusia 20-an itu dikatakan memecut Proton Saga BLM dipandunya ke arah plaza tol itu sebaik melihat mangsa dilanggarnya terbaring kaku.

Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, suspek dipercayai tersalah memasuki laluan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan mengundur 200 meter secara melulu untuk keluar dari laluan terbabit.
Bagaimanapun, menurut jurucakap polis, tindakan suspek mengundang padah apabila merempuh penunggang motosikal yang baru memasuki laluan itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa tidak sempat mengelak berikutan kereta berkenaan dipandu laju dan jaraknya ketika itu terlalu hampir dengan motosikal mangsa,” katanya.

Katanya, penunggang motosikal itu dikenali sebagai Abdul Rahman Yusof @ Md Jani, 45, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.
“Mendapati penunggang itu tidak bernyawa, suspek cuba melarikan diri dengan memecut keretanya ke arah plaza tol.

“Bagaimanapun kejadian itu dilihat beberapa pemandu lain lalu mereka mengejar keretanya tiga kilometer,” katanya.
Katanya, kereta suspek dihalang berhampiran plaza tol itu dan lelaki Afrika berkenaan ditahan orang ramai yang menyerahkannya kepada polis peronda.

Difahamkan Abdul Rahman dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Selayang Baru, Batu Caves, selepas menemui rakan di Petaling Jaya.

Jurucakap polis berkata, keterangan saksi sudah diambil bagi membantu siasatan manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Lelaki Afrika itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disengat ketika mandi



ALOR GAJAH: Percutian sebuah keluarga ke Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, di sini, bertukar mimpi menakutkan apabila seorang daripada mereka menjadi mangsa sengatan obor-obor ketika mandi-manda di pantai berkenaan, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 11.50 pagi, Shafie Sulaiman, 16 tahun dari Bahau, Negeri Sembilan yang sedang mandi bersama keluarganya di pantai peranginan berkenaan, disengat obor-obor itu di bahagian belakang badannya.

Akibat sengatan itu, katanya, belakang badannya berasa seolah-olah terkena renjatan elektrik sebelum pedih dan gatal lalu berlari ke daratan serta menggelupur kesakitan.
“Saya dapat rasa seluruh badan mula gatal dan membengkak di beberapa bahagian sebelum sesak nafas hingga sukar menjerit mendapatkan bantuan kecemasan,” katanya di sini, semalam.

Katanya, kejadian itu disedari anggota Penyelamat Pantai, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), yang bertugas tidak jauh dari situ.

Menurutnya, anggota JPAM terus melumur seluruh badannya dengan cuka dan losyen khas membuatkan dirinya berasa sedikit lega.
Sementara itu, Ketua Menara Penyelamat Pantai JPAM, Mohd Hairil Md Nasir ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, beliau bersama lima anggota mendapatkan mangsa yang hampir pitam dalam keadaan menggelupur sebelum merawat mangsa.

“Kami tenangkan mangsa yang kesakitan menahan kepedihan dan kegatalan akibat terkena sengatan obor-obor sebelum diberi bantuan.
“Anggota JPAM mengambil masa kira-kira 15 minit untuk merawat sebahagian badan mangsa yang membengkak sehingga keadaan reda sebelum mangsa memberitahu dia mampu menggerakkan badan,” katanya.

Sedar lepas 5 hari koma

TANJUNG PIANDANG: “Saya bagaikan mati hidup semula.” Itulah kata-kata diluahkan seorang mangsa patukan ular tedung selar, Muhammad Zahid Yahaya, 20, yang tersedar selepas koma lima hari di Hospital Besar Teluk Intan.
Sebelum ini, mangsa dipatuk ular dalam kejadian jam 5.30 petang 30 November lalu ketika menyembur racun di sawah bapanya di Kampung Parit Tanjung Piandang, di sini.

“Mungkin kerana terkejut, ular itu terus mematuk ibu jari kanan kaki saya menyebabkan saya mengalami kesakitan amat teruk. Saya berlari pulang ke rumah sejauh 300 meter untuk mendapatkan bantuan.
“Sebaik tiba di halaman rumah, saya menjerit meminta pertolongan namun rebah dan tidak sedarkan diri. Abang saya Zaili, 32, kemudian bergegas menghantar saya ke klinik kesihatan Tanjung Piandang untuk rawatan,” katanya di sini, semalam.

Dia dikejarkan ke Wad Kecemasan Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke Hospital Besar Teluk Intan.

Menurut ibunya, Siti Rohani Brahim, 51, ketika anaknya tiba di Hospital Besar Teluk Intan, doktor memaklumkan peluang untuk anaknya hidup amat tipis kerana keadaannya begitu kritikal.
“Luluh hati saya apabila doktor berkata sedemikian dan hampir setiap masa, saya tidak henti-henti berdoa, berzikir dan solat hajat meminta kepada Allah memanjangkan nyawanya serta kembali pulih seperti biasa,” katanya.

Wanita cuba selamat kakak dipukul abang ipar

KUALA LUMPUR: Demi kasih kepada kakak, seorang wanita sanggup menjadi sasaran belasahan abang iparnya, termasuk diterajang hingga cedera di Damansara Damai di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, wanita berusia 25 tahun berkenaan dikejar abang iparnya sejauh 500 meter sebelum dipukul serta dipijak kerana didakwa masuk campur urusan rumah tangga abang ipar dan kakaknya.

Menurut sumber polis, mangsa ke rumah kakaknya untuk menyelamatkan wanita itu yang cedera akibat dipukul suaminya yang panas baran, namun dia turut menjadi mangsa.
Katanya, ketika mahu menyelamatkan kakaknya, abang iparnya yang baru pulang dari kerja, terus masuk ke dalam rumah dan memarahinya.

“Mangsa cuba mempertahankan diri apabila dipukul lelaki itu yang turut menendangnya hingga terjatuh sebelum memijak perut.

“Wanita itu berlari cuba menyelamatkan diri, namun dikejar lelaki itu sejauh 500 meter sebelum sekali lagi ditendang dan dipijak di perutnya,” katanya di sini, semalam.
Sumber berkata, mangsa merayu supaya tidak diperlakukan begitu, namun tidak dihiraukan lelaki berkenaan sebelum orang ramai yang melihat kejadian, menyelamatkan wanita itu.

Katanya, lelaki itu kemudian berlari pulang ke rumah dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai.
“Mangsa yang cedera di perut dan badan, menerima rawatan sebagai pesakit luar di klinik berdekatan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

No comments:

Post a Comment