Thursday, September 23, 2010

AWAL BISMILLAH DAH TAK MENGAKU...BERDOALAH AGAR ALLAH BALAS SETIMPAL DENGAN KEJAHATANNYA...

DUA wanita dipercayai isteri kepada dua beradik suspek kes pembunuhan Sosilawati hadir bersama peguam mereka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.
Sep 24, 2010 7:15 am

 Suspek utama nafi terbabit bunuh

2010/09/24

Peguam dakwa 2 beradik tak diberi peluang pertahan diri sebelum direman

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali semalam, dua beradik yang juga suspek utama kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dibenarkan berjumpa peguam mereka dan dalam pertemuan itu mereka mendakwa tidak terbabit dalam kes berkenaan.

Peguam mereka, D P Vijandran, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya selepas beliau bertemu dengan mereka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, petang semalam

Saya bersama dua rakan peguam dibenarkan berjumpa kedua-dua anak guam kami selama 15 minit dan dalam pertemuan itu mereka menafikan terbabit dalam pembunuhan kejam membabitkan empat individu termasuk seorang jutawan kosmetik.
Mereka mendakwa tidak diberi peluang mempertahankan diri sebelum ditahan reman, katanya ketika ditemui di IPKKL, semalam.

Vijandran bersama peguam Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam tiba di IPKKL kira-kira jam 3 petang bersama isteri kedua-dua suspek utama sebelum meninggalkan pekarangan ibu pejabat itu 30 minit kemudian.

Difahamkan, isteri kedua-dua suspek itu dibenarkan berjumpa suami masing-masing kira-kira 10 minit. Ini pertemuan pertama mereka sejak ditahan 11 September lalu.

Dalam pada itu, Vijandran turut menyuarakan rasa kesal dengan laporan akhbar sejak kejadian berkenaan yang disifatkannya berat sebelah, sedangkan kes itu belum pun dibawa ke mahkamah.
Selagi kes ini belum dibawa ke mahkamah dan sehingga hakim memutuskan siapa yang bersalah, anak guam saya tidak bersalah.

Sepanjang berada dalam lokap sejak dua minggu lalu, salah seorang anak guam saya juga mendakwa dia ditumbuk dan ditendang anggota polis sehingga cedera di belakang badan.

Malah, permintaan anak guam saya untuk mendapatkan rawatan di hospital berhubung kecederaan itu juga tidak diendahkan polis, katanya laporan polis mengenainya akan dibuat hari ini.

Sosilawati, 47, dibunuh bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, di sebuah ladang persendirian di Banting pada 30 Ogos lalu.

Pembunuhan kejam Sosilawati: Perbualan terakhir
isteri peniaga India dedah rakaman dua minit dengan suspek utama kes bunuh Sosilawati

Isteri peniaga India dedah rakaman dua minit dengan suspek utama kes bunuh Sosilawati

Oleh Khairul Azran Hussin
Pembunuhan kejam Sosilawati: Perbualan terakhir
Oleh Khairul Azran Hussin

Isteri peniaga India dedah rakaman dua minit dengan suspek utama kes bunuh Sosilawati

KAPAR: Isteri ahli perniagaan India yang hilang di negara ini, S Usharani, 24, semalam mendedahkan rakaman perbualan telefon antaranya dengan seorang peguam yang disyaki terbabit dalam pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

Usharani memperdengarkan perbualan kira-kira dua minit yang dirakam menggunakan telefon bimbitnya dengan peguam itu yang juga suspek utama kes pembunuhan berkenaan pada sidang media di sini, semalam

Rakaman perbualan telefon bimbit jenis Nokia dalam bahasa Tamil dan diterjemahkan oleh peguam Y Murugan itu berkisar mengenai pertanyaan Usharani kepada suspek keadaan suaminya, Muthuraja Allal Kanthan, 34.
Turut diperdengarkan ialah rakaman perbualan telefon antara Usharani dengan seorang lelaki yang mendakwa pegawai polis dari Bukit Aman bernama Asisten Superintendan (ASP) Suresh.

Katanya, rakaman panggilan telefon itu dibuat pada 28 Januari dan 23 Februari lalu.

Pada 28 Januari itu saya menghubungi peguam (suspek) dan dia memberitahu berada di luar negara dan menafikan suami saya ada bersamanya. Dia juga memberitahu akan menghubungi saya selepas kembali ke Banting.

Pada 23 Februari pula saya menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya pegawai polis berpangkat ASP bernama Suresh dari Bukit Aman. Lelaki itu mendakwa suami saya ditahan polis kerana kesalahan dadah dan meminta RM1 juta untuk membebaskannya, katanya.
Selain dua panggilan itu, Usharani yang tiba dari Chennai, India, kelmarin berkata, beliau turut menerima satu lagi panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya Inspektor Muru dari Bukit Aman, juga meminta wang daripadanya untuk membebaskan suaminya.

Usharani berkata, beliau menyerahkan kedua-dua rakaman itu kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) di Bukit Aman, hari ini.

Ketika ditanya polis mengklasifikasikan kes kehilangan suaminya sebagai bunuh, beliau berkata: Saya tak percaya suami saya sudah mati, walaupun polis katakan demikian.

Berita Harian sebelum ini melaporkan Usharani yang menetap di Ramapuram, Chennai mendakwa Muthuraja tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya, iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Bagaimanapun, sejak 19 Januari lalu, beliau gagal menghubungi suaminya.

Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani datang ke Malaysia pada 8 September lalu dan membuat laporan polis di Banting. Dalam laporannya, beliau memaklumkan suaminya pernah menyebut dia dibawa ke sebuah ladang milik peguam berkenaan.

Kelmarin, polis mengesahkan Muthuraja turut dibunuh dan siasatan kini dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Muthuraja yang menjalankan perniagaan hartanah, restoran, kewangan dan barang kemas dipercayai ada hubungan perniagaan dengan suspek dan adiknya sejak 10 tahun lalu.

Muthuraja yang menjalankan perniagaan hartanah, restoran, kewangan dan barang kemas dipercayai ada hubungan perniagaan dengan suspek dan adiknya sejak 10 tahun lalu

Pembunuhan kejam Sosilawati: Reman lima suspek disambung

2010/09/24

Penahanan dilanjut sehingga 29 September bagi lengkapkan siasatan kes

KUALA LUMPUR: Lima suspek dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu, direman tujuh hari lagi hingga 29 September ini bagi membantu pasukan penyiasat melengkapkan siasatan kes.

Pendaftar Mahkamah Majistret Ahmad Shakib Ismail yang ke di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil di sini, pagi semalam, membenarkan permohonan mendapatkan perintah reman daripada pasukan penyiasat, mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah

Kelima-lima suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga, tiba di pekarangan balai polis pada jam 10.10 pagi semalam dengan menaiki lori polis dan diiringi dua kereta Proton Waja dengan lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kereta peronda polis.
Mereka yang bergari dibawa meninggalkan balai polis itu pada jam 11.05 pagi.

Perintah reman yang diperoleh semalam, bagi kali ketiga terhadap mereka selepas ditahan sejak 10 September lalu, manakala perintah reman terhadap tiga lagi suspek termasuk suspek utama dua beradik peguam yang disambung pada 18 September lalu, akan tamat esok.

Sementara itu, isteri ahli perniagaan dari India, Muthuraja Allal Kanthan yang dilaporkan hilang sejak Januari lalu, dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kehilangan suaminya, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Nordin Manan berkata, S Usharani, 24, dipanggil untuk menyambung keterangan yang diambil pada 8 September lalu bagi mengumpul dan menambah bukti untuk membantu siasatan.
Selain itu, Nordin meminta Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam hadir ke IPD Kuala Langat untuk menyerahkan barang bukti termasuk telefon bimbit dan pita rakaman percakapan antara Usharani dan suaminya, hari ini.

Usharani yang ditemui selepas merakamkan keterangannya, berkata beliau berpuas hati dengan layanan dan siasatan yang dijalankan polis.

Saya sekali lagi diminta membawa ahli keluarga mentua ke negara ini bagi menjalankan ujian DNA membuat perbandingan atas bukti ditemui polis, katanya.

Siasatan terperinci kes kehilangan peniaga

2010/09/24

SUNGAI PETANI: Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung laporan kehilangan ahli perniagaan, Shafik Abdullah, 37, yang dikaitkan dengan suspek pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan kes itu berdasarkan laporan isteri mangsa, Samson Nahar Mohd Dali

Kita sedang menjalankan siasatan berhubung laporan kehilangan suami beliau (Samson Nahar), termasuk kemungkinan ia boleh dikaitkan dengan suspek kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan rakannya.
Saya memberi jaminan kita akan menyiasat laporan itu dan kes lain yang berkaitan dengan pembunuhan berkenaan dengan teliti seperti mana kes bunuh lain.

Kita berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat dan ahli keluarga mereka yang terbabit supaya tampil memberi kerjasama kepada polis, katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan dan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali.

Akhbar ini kelmarin melaporkan Shafik dan sahabat baiknya disahkan hilang selepas menemui suspek utama kes pembunuhan kejam Sosilawati, April lalu.
Sementara itu, Samson Nahar yang dihubungi menyambut baik kenyataan Ismail itu dan berharap pembunuh suaminya dapat dibawa ke muka pengadilan.

Saya sekeluarga bersedia menerima apa saja hasil siasatan kerana sehingga kini kami belum mendapat apa-apa maklumat berhubung kehilangan suami saya, katanya.

No comments:

Post a Comment