Thursday, September 23, 2010

BERITA TERKINI NEGARA...FIKIRKAN LAH...DIMANA SILAP KITA...

NEGARA


Gelang emas Sosilawati dihantar ke Jabatan Kimia



SEBAHAGIAN daripada individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Sosilawati dibawa ke HKL untuk menjalani ujian DNA semalam.



KUALA LUMPUR - Polis masih belum dapat memastikan sama ada seutas gelang emas yang ditemui di sebatang tali air berdekatan kunci air di Kampung Sungai Lang, Banting kelmarin merupakan milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh kejam bersama tiga lelaki pada 30 Ogos lalu.
Sumber memberitahu, gelang tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia bersama dengan bahan bukti lain yang ditemui sebelum ini untuk melalui ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).
"Gelang tersebut belum lagi ditunjukkan kepada ahli keluarga mangsa. Mereka akan dipanggil untuk melakukan pengecaman dalam tempoh terdekat," katanya.
Sementara itu, lapan individu termasuk dua wanita yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati dan tiga yang lain dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani ujian DNA semalam.

Leher tersepit meja lipat

Oleh Mohamad Hairi Azmi Tham

2010/09/23
KUALA KANGSAR: “Ayah, kalau Irfan mati, tolong kebumikan di sebelah kubur pak su (bapa saudara),” begitu permintaan pelik Muhammad Irfan Rusydi, 5, yang maut selepas lehernya tersepit pada kaki meja lipat di belakang rumah neneknya di sini, Isnin lalu.
TRAGEDI...Mohd Fadtah (kanan) menunjukkan  meja yang mengapit 
anaknya hingga membawa maut.
TRAGEDI...Mohd Fadtah (kanan) menunjukkan meja yang mengapit anaknya hingga membawa maut.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di Kampung Talang Hilir itu, mangsa bermain bersendirian di belakang rumah sebelum leher tersepit pada meja berkenaan menyebabkannya pengsan akibat sukar bernafas sebelum disahkan meninggal dunia.

Kanak-kanak malang itu meninggal dunia kira-kira jam 1.10 pagi kelmarin selepas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Bapa mangsa, Mohd Fadtah Sadhabil, 27, berkata, ketika kejadian, dia belum pulang bekerja, tetapi ahli keluarga lain ada terdengar jeritan anaknya, namun menganggapnya gurauan kerana arwah sering berbuat demikian ketika bermain berseorangan.

Menurutnya, kejadian itu disedari adik lelakinya yang keluar memeriksa keadaan arwah sebelum mendapati leher anaknya tersepit pada kaki meja hingga badannya kebiruan.

“Tiada siapa menyangka jeritannya itu sebenarnya menandakan dia meminta tolong,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam

Katanya, sejak beberapa minggu lalu, anaknya yang belajar di Tadika Kemas, menunjukkan perubahan sikap secara mendadak.

“Dua minggu lalu, arwah meminta saya mengebumikan jenazahnya di sebelah kubur bapa saudaranya yang meninggal dunia beberapa tahun lalu. Saya terkejut dengan permintaan peliknya itu dan mengesyaki sesuatu tidak baik bakal berlaku.


'Arahan siasatan lanjut perkara biasa'

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Mohamad Hussin, Hadzlihady Hassan, Amir Abd Hamid, Shanty Nur Shaffizan Shafee, Muhammad Apendy Issahak, Shamsul Munir Safini, dan Raja Noraina Raja Rahim

2010/09/23 
KUALA LUMPUR: “Tiada apa perlu diperbesarkan kerana ia proses biasa yang dilalui polis dalam mana-mana kes sebelum ini,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Bakri Mohd Zinin mengulas tindakan Jabatan Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain.
KAWAL...anggota polis membawa suspek utama kes pembunuhan 
Sosilawati ke HKL, semalam.
KAWAL...anggota polis membawa suspek utama kes pembunuhan Sosilawati ke HKL, semalam.
Kenyataan itu, sekali gus menjawab tuduhan pihak tertentu yang mempertikaikan kemampuan polis mendapat bukti kukuh kes berkenaan berikutan arahan Jabatan Peguam Negara itu.

“Pegawai penyiasat kes terbabit masih bertungkus-lumus menyiapkan laporan dan saya yakin ia mampu dilengkapkan tidak lama lagi,” kata Mohd Bakri melalui laman facebook PDRM.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, berkata pihaknya meminta polis melengkapkan kertas siasatan itu sebelum menghantar semula kepada pihaknya kerana banyak lagi perkara yang memerlukan siasatan lebih lanjut.

Menurut Tun Abd Majid, Peguam Negara sudah memberi beberapa arahan tertentu untuk dijalankan dan polis turut diminta menyiasat kes lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek dalam kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kelmarin mengesahkan kertas siasatan itu sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dan memberi jaminan laporan lengkap kes pembunuhan berprofil tinggi itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu

Laporan itu termasuk laporan lengkap DNA yang kini giat dilakukan sekumpulan pakar forensik Jabatan Kimia bagi membolehkan pendakwaan dilakukan secepat mungkin.

Polis kini turut menyiasat empat kes lain yang membabitkan tiga kes orang hilang dan seorang wanita yang mati dibunuh di hadapan rumahnya di Banting yang dipercayai ada kaitan dengan dua peguam yang menjadi suspek utama kes pembunuhan Sosilawati

Kes orang hilang itu membabitkan seorang kontraktor, Shafik Abdullah, 37, dan seorang rakannya yang dilaporkan hilang oleh keluarganya lima bulan lalu selepas dipercayai menemui peguam terbabit di ibu negara bagi urusan perniagaan.

Kehilangan Shafik dan rakannya itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Selain itu, peguam terbabit turut mempunyai kaitan dengan kes kehilangan saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India, yang tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu.

Allal yang mempunyai perniagaan restoran, hartanah dan barang kemas dilaporkan hilang selepas dijemput kedua-dua suspek terbabit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata pihaknya akan menghantar permohonan kepada mahkamah untuk melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap empat daripada lapan suspek yang ditahan, hari ini.

Menurutnya, ini kerana tempoh reman keempat-empat suspek yang juga orang suruhan suspek utama itu akan tamat hari ini. Namun, permohonan untuk melanjutkan tempoh reman itu tidak membabitkan suspek utama iaitu peguam yang menggelarkan dirinya Datuk dan adik lelakinya.

“Suspek utama iaitu peguam dan adiknya tidak terbabit permohonan itu kerana tempoh tahanan reman mereka hanya akan tamat pada Sabtu ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Polis pada 13 September lalu mengesahkan empat daripada lapan suspek ditahan mengaku memukul keempat-empat mangsa sehingga mati, membakar mayat mereka sebelum abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Banting, Selangor

'Saya tetap sayang dia'

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

2010/09/23 

SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya.
BERSALAH...Mohd Fazli dihukum gantung sampai mati.
BERSALAH...Mohd Fazli dihukum gantung sampai mati.
“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.

Sebelum itu, hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu terhadap Mohd Fazli yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke-28 semalam selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Mendengar keputusan itu, ibu Mohd Fazli, Nur Haziah Yusof, 52, yang tidak dapat menahan emosi terus meraung dan berulang kali berkata: “Abang tak salah, biar mama yang mati” sebelum wanita itu pengsan dua kali di galeri awam.

Nenek Mohd Fazli yang dikenali sebagai Siti pula kelihatan tenang dengan keputusan itu berkata, keluarganya akan mengemukakan rayuan.

“Berpantang maut sebelum ajal,” katanya.

Mohd Fazli dituduh membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, dekat Batang Kali, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan

Selain Idham Abd Ghani, pendakwaan diwakili dua lagi Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom manakala tertuduh diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.

Terdahulu, Mohtarudin dalam alasan penghakimannya berkata mahkamah tidak dapat menerima keterangan tertuduh ketika membela diri bahawa kecederaan kanak-kanak itu disebabkan jatuh motosikal dan terhantuk di dinding tandas.

Katanya, ia sama sekali bercanggah dengan keterangan dua ahli perubatan yang merawat dan melakukan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu.

Selain itu, katanya, kisah jatuh motosikal itu sama seperti cerita tertuduh bahawa mangsa muntah selepas makan ubat yang dibeli di kedai jamu tidak pernah diberitahu kepada sesiapa.

Menyentuh mengenai keterangan tertuduh ‘lalok’ di padang bola, Mohtarudin berkata ia bercanggah dengan keterangan saksi yang menunjukkan Mohd Fazli adalah waras pada masa kejadian.

Katanya, ini dikuatkan lagi apabila melihat fakta bahawa tertuduh boleh memandu teksinya untuk ke padang berkenaan.

“Keterangan ibu mangsa bahawa tertuduh berada dalam keadaan mabuk sepatutnya disoal balas pada peringkat pendakwaan,” katanya.

Menurutnya, undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa mabuk akibat perbuatan sendiri tidak boleh diterima dalam pembelaan kes jenayah.

Mohtarudin berkata, mahkamah juga menolak hujah pembelaan bahawa tertuduh tidak berniat mencederakan mangsa berdasarkan apa yang sudah dilakukannya terhadap kanak-kanak malang itu.

“Perbuatan menutup pintu teksi sehingga terkena kepala mangsa, memijak perut dengan but bola dan menyepak kanak-kanak itu tidak dapat diterima sebagai tidak berniat,” katanya



Keluarga sorok wanita dinikah tanpa tauliah diserang



2010/09/23 

KUALA LUMPUR: Satu sindiket nikah palsu di Sungai Besar, Sabak Bernam, dikesan mencetak kad perakuan nikah dengan meletakkan nombor siri pasangan lain bagi mengelak pasangan dinikahkan hadapi masalah.
KESAL...(dari kiri) Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Datuk 
Paduka Roslan Dahaman; Ketua Ahli Majlis Negeri Wilayah Persekutuan, 
Norashikin Abdul Ghani, Ariffudin dan Masridzi menunjukkan laporan polis
 serta dokumen pernikahan palsu.
KESAL...(dari kiri) Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Datuk Paduka Roslan Dahaman; Ketua Ahli Majlis Negeri Wilayah Persekutuan, Norashikin Abdul Ghani, Ariffudin dan Masridzi menunjukkan laporan polis serta dokumen pernikahan palsu.
Kegiatan sindiket itu didedahkan bapa saudara seorang wanita yang ‘berkahwin’ dengan seorang mualaf, gara-gara hubungan cinta mereka dihalang keluarga.
Bapa saudara berkenaan, Ariffuddin Sam, 36, berkata, pada malam hari raya kedua lalu, anak saudaranya memberitahu keluarga dia sudah bernikah dengan lelaki terbabit.

Berikutan itu, katanya, keluarga memintanya menunjukkan kad perakuan nikah dan dia menunjukkan kad terbabit dan sijil perakuan nikah mereka.

Katanya, dia yang tidak berpuas hati merujuk kad berkenaan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan terkejut apabila diberitahu sijil serta kad nikah terbabit palsu kerana nombor siri yang tertera milik pasangan lain.

“Selepas dipaksa, anak saudara saya mendedahkan mereka menggunakan wali hakim dalam kariah sedangkan wali sebenar (ayah atau abang) masih ada. “Malah, tiada nama jurunikah yang bertanggungjawab serta terdapat dua saksi pernikahan mereka termasuk seorang anggota polis dari Balai Polis Sungai Besar,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) di sini, semalam.

Menurutnya, dia beranggapan ramai lagi pasangan muda di daerah itu dinikahkan sindiket terbabit.
“Kes ini memberi mudarat besar kepada keluarga kerana anak saudara saya kini mengandung empat bulan gara-gara ‘nikah tanpa tauliah itu’ dan ditempatkan di sebuah rumah kebajikan.

“Malah, lelaki mualaf itu bersumpah dia tetap akan mencari anak saudara saya hingga ke lubang cacing. Kerana tidak puas hati keluarga sorokkan anak saudara, dia menghantar kumpulan samseng seramai 15 orang ke rumah saya pada Isnin lalu,” katanya.

Mengimbas kembali kejadian ngeri itu, pada jam kira-kira 11 malam, sekumpulan 15 orang datang bertanyakan di mana mereka menyorokkan anak saudara yang berusia 24 tahun itu.
“Saya enggan memberitahu menyebabkan mereka menyerang saya dan keluarga.

“Dalam pergaduhan itu, saya dan adik diserang hingga mengakibatkan luka di muka, kepala dan lengan. Malah, ketika bergelut saya ditumbuk di muka dan belakang menggunakan objek keras, namun saya bernasib baik kerana jiran membantu meleraikan pergaduhan itu,” katanya lagi.
Ariffuddin turut mendedahkan, dia dan keluarga kini trauma kerana setiap hari melihat ada saja kereta yang disyaki meronda kawasan rumah itu bertujuan untuk menakutkan keluarganya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Masridzi Sat mendesak pihak berkuasa terutama jabatan agama bertindak tegas menyiasat dan mendakwa mereka yang terbabit pernikahan palsu termasuk kesalahan memalsukan dokumen pernikahan menggunakan nama jabatan agama

“Mereka (jabatan agama) perlu menyiasat dengan tegas seterusnya mendakwa pihak terbabit (sindiket nikah palsu) yang berpusat di Sungai Besar, Selangor, kerana jika tidak mungkin lebih ramai anak gadis yang akan mengandungkan anak luar nikah,” katanya


NI LAH KESUDAHAN YANG HILANG....BENDA SEDAP...HINGGA LUPA EMAK BAPAK


Hadapi tuduhan rogol



2010/09/23 
GEORGETOWN: Dua lelaki yang ditahan bersama tiga remaja perempuan termasuk dua beradik kembar yang dilaporkan hilang di Kampar, Perak sejak Aidilfitri kedua lalu akan didakwa kerana kesalahan merogol mangsa yang masih bawah umur.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, berdasarkan siasatan dan keterangan tiga remaja perempuan itu, mereka mengaku mengadakan hubungan seks beberapa kali dengan kedua-dua suspek.
Katanya, berdasarkan pengakuan mereka, kejadian dikatakan berlaku ketika mereka menginap di sebuah hotel bajet di Jalan Pintal Tali, di sini, selepas tiba dari Kampar kira-kira jam 9.30 malam 14 September lalu.

Katanya, tiga remaja itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan koyak lama pada anggota sulit dipercayai hasil hubungan seks dan tiga remaja itu masih dirawat di HPP.

“Berikutan pengakuan dan pengesahan mereka selepas berkenalan dengan suspek sejak sebulan lalu, laporan polis dibuat terhadap suspek yang berusia 19 dan 20 tahun kerana merogol gadis bawah umur. “Siasatan dibuat mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 30 tahun serta sebatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini, semalam.

Katanya, ketika ini, suspek berasal dari Kampar dan Teluk Intan serta bekerja sebagai pengawal keselamatan sambilan itu direman hingga 28 September ini.


Samun, bogel mangsa

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

2010/09/23 

HULU SELANGOR: Perbuatan tidak berhati perut apabila dua pemandu teksi tergamak menculik dua wanita tukang jahit sebelum mangsa dirompak dan ditinggalkan di dalam keadaan telanjang bulat di dalam kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Felda Gedangsa.
Lebih menyedihkan apabila mangsa, warga Kemboja terbabit dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di negara asal untuk menghantar wang yang diperoleh hasil bekerja sebagai tukang jahit di Johor sejak dua tahun lalu. Mangsa yang merantau jauh dari negara asal dengan niat untuk membantu ahli keluarga bagaimanapun tidak sempat untuk menyerahkan wang diperoleh kepada ahli keluarga selepas disamun pemandu teksi ‘syaitan’, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kedua-dua wanita yang juga sahabat karib, sebelum itu didapati menaiki bas dari Johor ke hentian bas sementara di Bukit Jalil kerana mahu pulang ke Kemboja memandangkan pasport mereka akan tamat tempoh semalam.

Beliau berkata, dari Bukit Jalil, mangsa menyewa sebuah teksi untuk ke hentian bas Bukit Tinggi di Klang dan merancang menaiki bas ke Kelantan sebelum meneruskan perjalanan ke Kemboja.

“Teksi dinaiki mangsa bagaimanapun tidak menghantar mereka ke lokasi dikehendaki, sebaliknya membawa mereka ke ladang sawit Felda Gedangsa di Hulu Selangor.

“Sebaik tiba di ladang berkenaan, pemandu teksi dan pembantunya menyamun kedua-dua mangsa sebelum membogel dan meninggalkan mereka di situ,” katanya.

Beliau berkata, mangsa berusia lingkungan 30-an bernasib baik apabila ditemui orang awam yang membawa mereka ke balai polis untuk membuat laporan.

“Berdasarkan laporan dibuat, mangsa memaklumkan suspek turut melarikan pasport, barang kemas serta wang tunai berjumlah RM900 dan AS$6,000 dolar (RM18,564),” katanya.

Beliau berkata, hasil laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor dan JSJ dari IPD Cheras menangkap seorang suspek di Pantai Dalam, kira-kira jam 3 pagi semalam.

Beliau berkata, suspek berusia lingkungan 30-an ditangkap dalam tempoh tidak sampai 24 jam


Polis tahan tunang gadis



2010/09/23 
HULU SELANGOR: Kejadian kejam seorang gadis remaja didera hingga menyebabkan bayi kandungannya berusia tujuh bulan mati hampir terjawab apabila polis bertindak memberkas tunang gadis berkenaan yang disyaki memukul mangsa hingga mengakibatkan keguguran.
Sumber polis berkata, tunang mangsa berusia 30-an yang bekerja sebagai kontraktor ditahan polis dan direman selama empat hari selepas disyaki memukul mangsa yang berusia 18 tahun hingga cedera teruk.
Menurutnya, siasatan polis mendapati mangsa sebelum ditemui berlumuran darah dalam bilik air di rumahnya di Batang Kali, di sini, jam 4 pagi, Jumaat lalu.

“Mangsa yang menggelupur kesakitan dan turut dipercayai menghidap sakit sawan diangkat ahli keluarga sebelum dibaringkan di katil.

“Mereka dipercayai berusaha mengeluarkan bayi dalam kandungan terbabit yang sudah mati. Mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke Hospital Selayang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu sekali gus menolak tanggapan awal bahawa pihak doktor di Hospital Selayang melakukan pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan bayi di dalam kandungan terbabit


NEGARA


Jam tangan jadi petunjuk

SUNGAI PETANI - Seutas jam tangan yang disahkan milik seorang kontraktor yang dilaporkan hilang April lalu, Mohd. Shafiq Abdullah, 37, menjadi petunjuk kemungkinan lelaki itu senasib dengan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.
Isteri kontraktor itu, Samson Nahar Mohamed Dali, 35, berkata dia dipanggil oleh polis untuk mengenal pasti jam tangan berkenaan ketika ke Banting minggu lepas bagi membantu siasatan.
"Saya tak pasti macam mana polis jumpa jam itu tapi yang saya ingat jumpa di ladang, saya cam jam itu sebab suami ada banyak jam berjenama tapi satu itu saja yang bertali kulit jenama Puma," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Bunga Raya, di sini semalam.
Samson Nahar berkata, Mohd. Shafiq yang berasal dari Perak tinggal di sebuah rumah sewa di Kuchai Lama, Kuala Lumpur.
Ceritanya lagi, selepas menyedari ada sesuatu yang buruk berlaku terhadap Mohd. Shafiq, dia terus menghubungi semua rakan-rakan serta pihak-pihak yang pernah berurusan dengan suaminya termasuk lelaki yang ditahan itu.
"Semua orang jawab tak tahu, tapi lelaki itu seorang sahaja yang bagi jawapan ada jumpa suami dan beritahu suami saya ke luar negara dan akan balik lima enam hari lagi.
"Tapi bila saya tanya pergi mana, dia kata rahsia dan dari situ saya rasa pelik dan terus pergi ke rumah sewa suami di Kuchai Lama untuk mencari pasport suami saya," katanya


Suami mithali

KUANTAN - “Beginilah keadaan isteri saya sejak sembilan tahun yang lalu, tidak bergerak-gerak malah langsung tidak berikan tindak balas,” kata bekas tentera, Salleh Daud, 54, suami kepada Rusminah Mahusin, 50, yang masih tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) membuang ketumbuhan dalam otak pada 14 Disember 2001.

Salleh berkata, ketika kejadian, bahagian kiri badan isterinya lumpuh manakala bahagian kanan masih boleh bergerak sebelum Rusminah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, Rusminah kemudian terpaksa dipindahkan ke HKL untuk pemeriksaan lanjut sebelum doktor mengesan terdapat ketumbuhan dalam otak sebesar dua sentimeter menyebabkannya terpaksa menjalani pembedahan.

Menceritakan semula, Salleh berkata, selepas selesai menjalani pembedahan, keadaan isterinya tidak ubah seperti `mayat hidup’ apabila masih tidak sedarkan diri serta mampu bergerak dengan bebas.

Menurutnya, berikutan itu, dia terpaksa bekerja lebih gigih demi menyara kos kehidupan isterinya yang memerlukan lampin pakai buang setiap bulan, susu selain menanggung anak bongsunya, Mohd Farish Aiman, 10.

Salleh yang berasal dari Kelantan dan tinggal di Felda Panching Utara, di sini, berkata, waktu siang dia terpaksa bergelar `ibu’ untuk menyiapkan Mohd Farish ke sekolah manakala waktu malam dia bertugas pula di Sekolah Integrasi Indera Mahkota di sini sebagai pengawal keselamatan.

”Begitulah kehidupan saya selama sembilan tahun untuk menguruskan rumah tangga tetapi saya tidak pernah merungut kerana saya sayangkan keluarga biarpun terpaksa menempuh kehidupan yang amat menyeksakan.

”Sudah berpuluh-puluh khidmat pengamal perubatan tradisional digunakan demi memulihkan keadaan isteri tersayang namun sehingga kini masih gagal,” katanya.

Perkahwinan Salleh dan Rusminah yang hampir mencecah 23 tahun dikurniakan empat cahaya mata yang berumur antara 10 hingga 21 tahun dan kesemua mereka masih belajar lagi.

Salleh yang pernah berkhidmat dengan Tentera Darat Malaysia, berkata Rusminah mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi wang itu digunakan untuk membeli lampin pakai buang serta empat tin susu dalam tempoh sebulan.

”Saya reda dan akan setia menjaga isteri sampai akhir hayat. Saya terlalu sayangkannya kerana dia (isteri) seorang yang baik serta bertanggungjawab dalam hal menguruskan rumah tangga dan anak-anak sepanjang dia sihat,walau apa pun terjadi kepadanya selepas ini saya pasrah,” katanya


Hukuman mati hadiah hari lahir



SHAH ALAM – Mohd Fazli Azri Jamil menerima hadiah hari lahir ke 28 semalam dengan penuh tragis berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini, memerintahkan supaya dia dihukum gantung sampai mati kerana membunuh Syafiah Humaira Sahari, anak teman wanitanya dengan cara sadis, Februari lalu.

Suasana pilu menyelubungi kawasan mahkamah, dengan ibu Mohd Fazli, Nur Haziah Yusof, meraung dan memeluk erat tubuh anaknya sebelum rebah di tepi kandang tertuduh.

Adik beradik dan saudara mara yang lain turut menangisi keputusan mahkamah itu, kecuali neneknya yang kelihatan tabah dan memujuk Nur Haziah supaya menerima takdir.

Dia didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira, 3 tahun, di padang bola Batu 30, Batang Kali, pada jam 6.30 petang, 25 Februari 2010.

Ketika membuat rayuan, Mohd Fazli, diwakili peguam Gurbachan Singh, berkata dia sedang lalok akibat ganja dan minuman keras Guiness Stout hingga tidak ingat insiden semasa kejadian itu, tetapi ditolak mahkamah.

Hakim, Datuk Wira Mohtarudin Baki berkata, pemandu teksi itu waras ketika melakukan perbuatan itu.

Berdasarkan keterangan empat saksi, mereka melihat Mohd Fazli melakukan pembunuhan itu dengan cara menendang dan memijak perut Syafiah Humaira menggunakan kasut bola yang mempunyai 'stud’ (paku).

Malahan, katanya, keterangan saksi tidak disoal balas peguam sekiranya perbuatan itu konsisten dengan perbuatan seseorang yang sedang mabuk atau lalok.

Menurutnya kegagalan soal balas tersebut dianggap sebagai menerima fakta.

“Tertuduh jelas waras. Faktanya, tertuduh boleh memandu teksi dari rumah pergi ke padang bola dan kemudian balik. Itu jelas tidak konsisten dengan keadaan orang mabuk,” kata Mohtarudin.

Mengenai dakwaan bahawa Syafiah Humaira cedera kerana jatuh motosikal yang terhentak bonggol jalan dan tidak memakai topi keledar, hakim berkata ia tidak konsisten dengan kecederaan akibat kemalangan berdasarkan keterangan pakar perubatan.

Dakwaan bahawa Syafiah Humaira cedera akibat jatuh di tandas pula, menurut Mohtarudin, tidak pernah diberitahu oleh Mohd Fazli kepada sesiapa yang dikenalinya.

Perihal hujahan peguam supaya pertuduhan bunuh dikurangkan kepada pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat, beliau bersetuju dengan pendakwaan bahawa dalam kes ini Syafiah Humaira hanya seorang kanak-kanak yang mempunyai daya tahan berbeza dengan orang dewasa.

“Perbuatan tertuduh menghempas pintu teksi sehingga terkena kepala, menendang dan memijak perut Syafiah Humaira menggunakan kasut bola tidak boleh diterima dalam menunjukkan tertuduh tidak mempunyai niat untuk membunuh,” kata Mohtarudin yang mensabitkan Mohd Fazli mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu hanya memperuntukkan satu hukuman, iaitu gantung sampai mati.

Walaupun tangisan ibu dan sanak saudara bergema, namun Mohd Fazli kelihatan tersenyum dengan ‘hadiah hari lahir’ yang diterimanya itu.

Dengan tenang dia kelihatan mencium dahi teman wanitanya, iaitu ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, 25.

Mohd Fazli, ketika dibawa keluar mahkamah, sempat melemparkan senyuman kepada wartawan sambil mengucapkan, “terima kasih wartawan semua”.

Kes arwah Syafiah Humaira mendapat liputan luas media berikutan dia menemui ajal akibat perbuatan teman lelaki ibunya sendiri.

No comments:

Post a Comment