Dicekup separuh bogel
PUCHONG – Kecurigaan pihak berkuasa apabila pengusaha tidak membenarkan sesetengah pelanggan memasuki premisnya membongkar aktiviti sebuah pusat urutan refleksologi yang menjalankan khidmat seks kepada pengunjung di Bandar Puteri, di sini.
Dalam serbuan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kira-kira jam 2.45 petang kelmarin, seramai enam warga China sedang leka mengurut pelanggannya yang hanya berseluar dalam tanpa malu dan bimbang.
Difahamkan, hasil maklumat awam, serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa, Mohd Hazdim Zulkapli bersama 13 anggota menyerbu premis terletak di Jalan Puteri 5/1, Bandar Puteri yang tidak mempunyai lesen perniagaan dan kelulusan daripada pihak Majlis.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, ketika serbuan, tukang urut menjalankan perkhidmatannya dalam sebuah bilik yang hanya berdindingkan langsir sebagai pemisah.
Katanya, pengusaha membahagikan ruang dalam premis di tingkat satu itu seperti bilik kecil untuk membolehkan tukang urut berduaan bersama pelanggan.
“Premis ini pernah ditutup awal Julai lalu atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen. Bagaimanapun pengusaha masih berdegil dan tidak menghiraukan tindakan penguatkuasaan dikenakan kepada mereka.
“Pengusaha premis pusat urut ini juga menggaji pekerja tukang urut warga asing berbangsa China yang dipercayai menawarkan khidmat seks bersama pelanggan mengunjungi premis tersebut,” katanya kepada Sinar Harian
Guru koma dua minggu maut
KOTA BHARU - Seorang guru maut selepas menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kain kapas (pack) yang dipercayai tertinggal dalam rahim setelah melahirkan anak keempatnya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Selasa.
Mangsa Aumil Khairri Abd Razak, 44, disahkan meninggal dunia selepas dua minggu koma di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan kerana dipercayai organ gagal berfungsi dan jangkitan kuman akibat kejadian itu.
Suami mangsa, Musa Abdul Kadir, 44, berkata, dia amat kesal dengan kecuaian kakitangan HUSM ketika melakukan pembedahan terhadap isterinya sehingga menyebabkan kain kapas (pack) tertinggal semasa proses hendak bersalin anak keempat mereka.
“Saya sangat kesal dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap HUSM, berikutan kecuaian yang dilakukan sehingga mengakibatkan kematian isteri saya selepas tiga kali menjalani pembedahan.
“Tindakan saya ini adalah untuk memberi pengajaran kepada semua pihak supaya lebih berhati-hati dan tidak cuai kerana ia melibatnya nyawa seseorang yang tidak boleh ditukar ganti lagi sekiranya sudah meninggal dunia,” katanya.
Musa yang juga seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dekat sini berkata, isterinya terpaksa bersalin dengan cara pembedahan dan pada 17 Ogos lalu, kira-kira jam 7.03 malam isterinya selamat melahirkan bayi lelaki kemudiannya dimasukkan ke wad bersalin.
Bagaimanapun, selepas itu isterinya mengadu sakit keterlaluan dan Musa memaklumkan kepada doktor yang kemudiannya mangsa menjalani x-ray.
Pada 22 Ogos, Musa memberi kebenaran kepada pihak hospital jalankan pembedahan kali kedua.
“Saya diberitahu ada objek tertinggal dalam perut isteri saya dan doktor minta kebenaran saya untuk pembedahan kali kedua kerana dipercayai tertinggal benda iaitu kain kapas selepas pembedahan bersalin.
“Selepas pembedahan kali kedua itu, doktor mengeluarkan kain kapas yang tertinggal dan isteri saya di bawa ke ICU selepas pembedahan kerana masalah dalam perut,” katanya.
Musa berkata, pada 25 Ogos, isterinya meracau, mengamuk dan demam kerana terlalu sakit serta pada masa sama doktor telah memberi ubat tahan sakit kemudiannya dia terus koma.
Musa berkata, isterinya terpaksa makan dan minum dengan menggunakan tiub dan pada masa sama perut isterinya semakin membesar.
Akibat keadaan perut isterinya yang semakin membesar doktor sekali lagi meminta kebenaran untuk membuat pembedahan kali ketiga kerana difahamkan ada jangkitan kuman dan pembedahan dijalankan pada 7 September lalu.
“Selepas menjalani pembedahan selama 10 jam iaitu bermula jam 9 malam sehingga 6 pagi doktor memaklumkan kepada saya lima usus mengalami kebocoran, dua daripadanya dijahit dan tiga lagi dibuang.
“Saya bertambah sedih kerana akibat pendarahan yang tidak berhenti pada usus isteri saya dan keadaan menjadi semakin kritikal, sekali lagi saya diuji dengan dugaan yang sangat besar kerana pada jam 8 pagi pada 21 September isteri saya disahkan meninggal dunia,” katanya.
Kini cahaya mata baru Musa itu dijaga oleh ibu kepada arwah iaitu Che Zainab Che Watil, 61, yang tinggal di Kampung Batu Melintang, Jeli dan jenazah Aumil Khairri dikebumikan di kampung sama semalam
Isteri dedah rakaman
KLANG – Isteri ahli perniagaan India, Allal Kathan Muthuraja, 35, yang dilaporkan hilang akan mendedahkan satu rakaman perbualan telefon antara beliau dengan suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
S Usharani, 24, semalam memperdengarkan perbualan selama kira-kira dua minit yang dirakam menggunakan telefon bimbitnya dengan peguam terbabit yang juga suspek utama kes pembunuhan itu pada sidang media di pejabat Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, di sini.
Rakaman melalui perbualan telefon bimbit jenis Nokia yang berlangsung dalam bahasa Tamil dan diterjemahkan peguam R Murugan dan A Sivanesan itu berkisar mengenai pertanyaan Usharani kepada suspek keadaan suaminya, Allal.
Usharani berkata, dalam perbualan pada 28 Januari itu, suspek mendakwa dia berada di Thailand dan hanya akan memberitahu beliau mengenai keadaan suaminya sebaik suspek balik dari negara itu.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak mempercayai peguam terbabit walaupun suaminya sudah mengenalinya sejak 10 tahun lalu.
Turut dimainkan ialah rakaman perbualan telefon antara Usharani dengan seorang lelaki yang mendakwa dia pegawai polis dari Bukit Aman bernama 'Asisten Superintendan Suresh'.
“ASP Suresh meminta saya wang RM1 juta untuk menyelamatkan suami saya kerana mendakwa ditangkap atas kesalahan penyeludupan dadah jenis ketamin di negara ini,” katanya.
Selain itu, beliau turut menerima satu lagi panggilan telefon daripada seorang lelaki mendakwa dia 'Inspektor Muru' dari Bukit Aman dengan tujuan sama untuk meminta wang daripadanya.
Sementara itu, Manikavasagam berkata Usharani akan menyerahkan rakaman perbualan itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini, jam 11.30 pagi.
Kelmarin Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kes kehilangan Allal kini disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan

Atirah lebih banyak berahsia
TEMERLOH - Kepulangan Nur Syahirah Atirah, 17, ke pangkuan keluarganya merupakan satu kegembiraan buat kedua ibu bapanya, namun ada sesuatu yang menggusarkan mereka apabila gadis itu menunjukkan sikap memberontak.
Sejak dia pulang pagi kelmarin, Atirah lebih banyak menghabiskan banyak masa berkurung dalam bilik dan bersikap mendiamkan diri.
Turut menimbulkan persoalan, siapakah individu yang menghantar gadis itu pulang jam 5 pagi, kelmarin.
Bapanya, Mamat Abdullah, 59, berkata, dia bersama isterinya, Siti Nah Omar, 51, cuba bertanya kepada Atirah siapa yang menghantarnya pulang namun jawapan yang diterima ‘rahsia’.
Menurutnya, dia berbincang bersama isteri dan anak-anaknya yang lain untuk membawa Atirah ke klinik untuk membuat pemeriksaan namun Atirah berdegil dan tidak mahu berbuat demikian.
“Kami hairan mengapa dia enggan membuat pemeriksaan di klinik kerana kami tidak boleh berdiam diri sebaliknya mahu menyelesaikan perkara ini hingga ke akar umbi.
“Pagi semalam, dia merayu kepada ibunya dan seolah-olah menyembah ibunya untuk tidak membawanya membuat pemeriksaan. Kami hanya mahu menyelamatkan anak gadis kami,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Mamat berkata, dia hanya mahu mengesahkan sama ada anak gadisnya itu tidak ‘dicerobohi’ dan jika laporan pemeriksaan itu mendapati lelaki itu bersalah, dia tidak akan berdiam diri sebaliknya mahu membawa jurulatih unit beruniform itu ke muka pengadilan.
Menurutnya, selain itu Atirah juga enggan untuk berubat secara tradisional kerana dia juga bimbang anaknya juga turut menjadi mangsa kepada ilmu pengasih.
“Kita hanya mampu untuk berikhtiar dan menyelamatkan Atirah. Kita memikirkan masa depannya,” katanya.
Mamat juga berkata, dalam hal ini keluarganya juga telah merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta supaya pihak tersebut dapat membantunya untuk membawa Atirah ke Pusat Pemulihan Akhlak.
Dia juga berkata sehingga kini dia masih belum mendapat apa-apa maklumat daripada polis berhubung empat laporan polis yang dibuat sebelum ini.
“Hingga hari ini kami masih buntu mengenai kesudahan kesemua laporan polis yang dibuat, kami tak tahu adakah polis sudah siasat atau tidak,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mamat memberitahu Sinar Harian bahawa dia akan memanjangkan perkara ini ke pengetahuan Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abdul Ghani dan meminta jasa baik beliau itu meneliti kes Atirah.
“Saya akan membuat satu surat rasmi kepada Ketua Polis Pahang dan meminta pihaknya menyiasat masalah yang dihadapi kami,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed ketika dihubungi berkata, kes ini lebih kepada masalah dalam keluarga
No comments:
Post a Comment