Tuesday, September 21, 2010

BILA HUKUM ALLAH TIDAK PENDULI..DITAMBAH UNDANG2 ALLAH TIDAK DIJADIKAN UNDANG2 NEGARA

Teguk arak sambut raya

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

2010/09/2 
KUALA LUMPUR: Hampir 100 remaja punk dan skinhead menyertai gig atau ‘Pesta Mabuk Raya’ anjuran mereka di Desa Pandan di sini, Sabtu lalu, kononnya bagi melepaskan ketagihan selepas sebulan berpuasa.
BERHIBUR...sebahagian peserta menonton persembahan dalam gig 
terbabit.
BERHIBUR...sebahagian peserta menonton persembahan dalam gig terbabit.
Peserta gig itu yang kebanyakannya remaja Melayu tanpa segan silu meneguk arak di khalayak ramai sambil melayan lagu didendangkan kumpulan ‘underground’ yang bermula seawal jam 4 petang hingga 11 malam.

Apabila semakin ramai yang mabuk, pada kira-kira jam 9 malam berlaku pergaduhan termasuk ada yang membaling botol arak.

Menurut sumber, kekecohan itu menyebabkan segelintir penonton lari keluar dari bangunan berkenaan kerana bimbang terkena balingan botol.

“Pergaduhan itu berlaku hampir 30 minit sebelum dileraikan penganjur, namun tiada kecederaan serius dilaporkan,” katanya.

Sumber itu berkata, gig terbabit dianjurkan sempena menyambut Aidilfitri dan terbuka kepada kumpulan punk dan skinhead saja.
“Selain jemputan melalui pengedaran poster, penganjur juga menjemput mereka melalui laman sembang di Internet,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai perhimpunan haram itu dan menghantar sekumpulan anggota ke tempat kejadian pada kira-kira jam 11 malam.
“Dalam pemeriksaan itu, 10 peserta berusia 18 hingga 25 tahun yang disyaki berada dalam pengaruh dadah dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan.

“Namun, hanya seorang disahkan positif dadah jenis methamphetamin dan akan ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya


NAK BERHIBUR MENDAPAT PADAH


Dua maut, satu terjatuh ke laut

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Rudy Syareme Sheriffudin

2010/09/21 
GEORGETOWN: “Sebaik menghampiri kenderaan itu, saya lihat empat mangsa, sepasang di tempat duduk depan dan sepasang lagi di barisan tengah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
REMUK...Nissan Grand Livina remuk selepas merempuh jambatan 
menyebabkan enjinnya tercabut.
REMUK...Nissan Grand Livina remuk selepas merempuh jambatan menyebabkan enjinnya tercabut.
PARAH... seorang mangsa yang parah dibawa ke HPP untuk rawatan.
PARAH... seorang mangsa yang parah dibawa ke HPP untuk rawatan.
“Tempat duduk di belakang sekali kosong, namun saya diberitahu seorang penumpang lelaki yang duduk di situ tercampak ke dalam laut,” kata Lee Chui Yee, 45, saksi kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri manakala tiga rakan mereka cedera, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 malam di Kilometer 2.2, Jambatan Pulau Pinang ketika lima mangsa terbabit menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dalam perjalanan dari Bukit Mertajam ke pusat hiburan di bandar raya ini.

Mangsa terbunuh, Teh Bor Yi, 19, yang memandu MPV itu dan isterinya, Khor Lee Mui, 17. Pasangan suami isteri muda itu dikatakan baru menyambut kelahiran anak sulung perempuan mereka yang berusia dua bulan.

Lee berkata, kemalangan berlaku apabila MPV dipandu laju itu cuba memotong sebuah kenderaan di tengah lorong sebelum hilang kawalan lalu merempuh tembok kiri jambatan.

Menurutnya, MPV itu terbabas ke kanan jalan dan berpusing sebelum dilanggar lori membawa sayur-sayuran menyebabkan enjin kenderaan itu tercabut dan tercampak di tengah jalan.
“Saya berada di belakang kenderaan itu ketika kemalangan berlaku. Selepas memberhentikan kereta, saya menghampiri kenderaan itu. Ketika itu, saya lihat empat mangsa tidak sedarkan diri.

“Saya bersama beberapa pemandu lain cuba membantu mengeluarkan dua penumpang belakang dan anggota bomba dan penyelamat pula mengeluarkan pemandu dan penumpang depan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Prai, Aazelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.24 malam sebelum sebuah jentera bersama dua pasukan Unit Tindakan Cepat Bermotosikal (RIM) bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, dua penumpang di tempat duduk bahagian tengah dikeluarkan dengan bantuan orang ramai dan pihaknya mengambil masa 20 minit mengeluarkan suami isteri tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.

Katanya, seorang lagi mangsa tercampak ke dalam laut diselamatkan Pasukan Gerakan Marin Wilayah Utara sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Kami menerima bantuan dari Hospital Seberang Jaya dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) membawa semua mangsa ke hospital, namun dimaklumkan dua daripada mangsa meninggal dunia di HPP,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Ketua Turus Trafik negeri, Deputi Superintendan Abd Rahim Din berkata, pasangan suami isteri, Teh dan Khor meninggal dunia di HPP kira-kira jam 1 pagi manakala tiga rakan mereka yang cedera dirawat di HPP.

Menurutnya, mangsa cedera ialah Lee Chun Hao, 17, (yang terjatuh ke dalam laut), Teh Bee Bee, 20, patah kaki kanan manakala Chiam Khee Wei, 17, dilaporkan dalam keadaan kritikal.

“Pemandu lori sayur bersama dua rakan wanitanya yang terbabit dalam kemalangan itu dalam perjalanan dari Padang Besar, Perlis ke Georgetown. Mereka tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati pasangan suami isteri itu mati akibat kecederaan dalaman yang teruk dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kakak Khor, Khor Liew Kim, 22, berkata, mendiang adiknya pada mulanya mahu duduk di rumah sebelum seorang rakan menghubungi mengajaknya berhibur di sebuah kelab malam di Upper Penang Road, Georgetown.

Menurutnya, adiknya bekerja di sebuah kedai berkahwin dengan Teh, seorang jurujual aksesori kenderaan, Januari lalu dan dikurniakan anak perempuan berusia dua bulan yang kebetulan ditinggalkan di rumah bersama kedua-dua ibu bapanya.

“Kejadian ini mengejutkan semua ahli keluarga dan ibu saya menangis tanpa henti kerana tidak mampu menerima kenyataan,” katanya.

Bapa Teh yang enggan dikenali pula berkata, kenderaan MPV itu milik rakan anaknya yang mengajak pasangan itu berhibur dan mereka tidak mampu menahan kesedihan, apatah lagi mengenangkan anak pasangan berkenaan yang masih lagi kecil

TAKDIR KENA TERIMA..CARARANYA...AGAK RALAT...KHUATIR DE KECUAIAN...


Hati berdetik

Oleh Iskandar Shah Mohamed

2010/09/21  
 
SEREMBAN: Persoalan menyelubungi keluarga bayi perempuan berusia tiga bulan yang meninggal dunia selepas dihantar ibu bapanya ke sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Paroi di sini, semalam.
HIBA...Zadariah yang sebak ditenangkan ahli keluarga, semalam. Gambar kecil, mangsa.
HIBA...Zadariah yang sebak ditenangkan ahli keluarga, semalam. Gambar kecil, mangsa.
Difahamkan, bayi malang yang juga cucu kepada Timbalan Pengerusi Tetap Wanita Umno Bahagian Seremban, Zadariah Ismail, 57, itu dikatakan ditemui pengasuh dalam keadaan sejuk dengan seluruh tubuhnya kebiruan dalam buaian di pusat asuhan terbabit.

Menurut Zadariah, sebelum pergi mengajar di dua sekolah berasingan sekitar daerah ini, ibu bapa bayi berkenaan, pasangan guru, Airul Anuar Abdul Aziz, 30, (anak Zadariah) dan Nurhida Md Nor, 26, menghantar bayi mereka ke pusat berkenaan, kira-kira jam 7 pagi.

“Saya yang sedang mengemas rumah tersentak apabila menerima panggilan daripada kakitangan pusat asuhan itu memaklumkan keadaan luar biasa cucu yang terlalu lemah dengan tubuhnya kebiruan, kira-kira jam 12 tengah hari.

“Berikutan itu, saya dan suami, Abdul Aziz Ismail, 59, bergegas ke situ dan membawa cucu ke sebuah klinik berdekatan untuk rawatan.

“Namun, selepas doktor bertugas gagal membantu cucu melalui bantuan pernafasan selama lebih 30 minit, saya diminta segera ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk tindakan lanjut,” katanya ditemui di Bilik Mayat HTJS, di sini.
Menurutnya, dia amat terkejut dengan kejadian berkenaan kerana cucunya itu dilihat riang dan ceria ketika kali terakhir bertemu pada majlis rumah terbuka di kediamannya di Taman Paroi Jaya, di sini, kelmarin.

“Hati ini bagaimanapun seolah-olah sudah terdetik akan kehilangan seorang cucu disayangi ketika mendukungnya keluar dari pusat asuhan terbabit.

“Selain keadaan badan yang sejuk, beberapa kesan lebam di tangan dan hitam di kedua-dua telinga turut dilihat pada bayi berkenaan,” katanya.

Kata Zadariah, ibu bapa Nur Azwa yang menetap di sekitar Sikamat di sini, mendirikan rumah tangga Jun tahun lalu dan jenazah bayi berkenaan dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Paroi Jaya, hari ini.

Airul Anuar yang kelihatan sugul pula berkata, dia tidak pasti punca sebenar kejadian itu dan menyerahkannya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Sementara itu, seorang pengasuh pusat berkenaan yang enggan dikenali berkata, pihaknya turut kecewa dengan insiden berkenaan yang pertama kali berlaku sejak 10 tahun beroperasi.

Menurutnya, kira-kira jam 10 pagi, dia menyusukan bayi berkenaan sebelum meletakkannya semula ke dalam buaian.

“Bagaimanapun, ketika mahu memandikannya dua jam kemudian, saya terkejut melihat tubuh bayi itu kebiruan dan segera menghubungi hospital serta ahli keluarganya,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Md Yusoff Awang, ketika dihubungi mengesahkan kejadian, berkata siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

“Kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat, dan kes berkenaan setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya
NI KESAN ABAIKAN HUKUM ALLAH



Mayat ditemui tanpa telinga



2010/09/21
HULU SELANGOR: Perbalahan berhubung isu teman wanita dipercayai menjadi punca remaja lelaki dibunuh dalam keadaan kejam apabila kedua-dua telinga, jari telunjuk dan ibu jari tangan mangsa putus akibat ditetak dengan parang.
Mangsa disyaki diserang sekumpulan lelaki dikenali kemudian dicampak ke dalam lombong di padang golf di Serendah, di sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, bapa tiri mangsa sebelum itu membuat laporan polis pada Selasa lalu selepas mendapati mangsa tidak pulang ke rumah.

Katanya, lelaki terbabit membuat laporan polis kira-kira jam 8.30 malam apabila mendapati anak tirinya tidak pulang dan gagal dihubungi selepas keluar rumah bersendirian. “Berdasarkan laporan dibuat itu, mangsa berusia 18 tahun dikatakan memakai baju-T berkolar hitam tertera perkataan ‘Club Chelsea’ dan seluar jeans berwarna biru.

“Selepas tiga hari dilaporkan hilang, polis dimaklumkan orang awam yang menemui mayat lelaki di dalam lombong,” katanya, Menurutnya, siasatan polis mendapati mangsa remaja dilaporkan hilang Selasa lalu berikutan pakaian dipakai menyamai gambaran diberikan bapa tirinya.

“Keadaan mayat mangsa mengerikan apabila kedua-dua telinga, jari telunjuk dan ibu jari tangan kirinya putus sama sekali. Mangsa dipercayai diserang dengan senjata tajam sekumpulan penyerang yang berniat membunuhnya.

Selain itu, katanya, siku tangan kiri, mulut dan muka mangsa ditetak, manakala pinggang ditikam dipercayai menggunakan senjata tajam.

Beliau berkata, polis menemui kesan bukti darah, kulit kepala bersama rambut dan subang kira-kira 50 meter dari tempat mayatnya ditemui.


Wanita disyaki mangsa perkosa ditemui dibunuh



2010/09/21

HULU SELANGOR: Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan reput dan berulat di kawasan semak berhampiran Jalan Kasturi, Bukit Sentosa, di sini, Jumaat lalu.
Mayat terbabit ditemui seorang pengumpul besi buruk yang sedang mengutip barangan lusuh di kawasan timbunan sampah berhampiran lokasi mayat itu dibuang kira-kira jam 5 petang.
Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mayat mangsa yang sudah mula reput ditemui dalam keadaan tertiarap ditutupi dengan kepingan papan dan kotak di kawasan pembuangan sampah di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Tagar, Jalan Kasturi, di sini, Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dirogol sebelum dibunuh kerana mendapati seluar jean berwarna biru yang dipakai mangsa dalam keadaan terlucut hingga ke bahagian bawah paha.

“Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati akibat dipukul dengan objek tumpul di bahagian kepalanya hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah.

“Tiada kesan kecederaan ditemui pada badan mangsa namun, kepala dan muka mangsa didapati sudah berulat. Berdasarkan keadaan fizikal, mangsa dipercayai sudah mati dalam tempoh kira-kira tiga hari,” katanya. Menurutnya, polis gagal mengenal pasti identiti mangsa berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

“Ketika ditemui, wanita terbabit hanya memakai kemeja-T berbelang putih dan kuning. Mangsa dipercayai berusia lingkungan 20-an dan 30-an.

“Mangsa berambut panjang dan berkulit cerah namun polis belum dapat mengenal pasti identiti termasuk bangsanya kerana tidak menemui dokumen pengenalan diri bersama mayatnya,” katanya.

Menurut Norel Azmi, polis yang menjalankan siasatan di tempat kejadian menemui dua kayu beluti yang mempunyai kesan darah dan rambut mangsa dipercayai digunakan sebagai senjata oleh suspek untuk membunuhnya.

Beliau berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

“Kami masih menunggu hasil laporan bedah siasatan daripada hospital untuk mengenal pasti sama ada benar mangsa dirogol dan punca kematiannya. “Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian pembunuhan itu atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi kita atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan dan membuat pengecaman,” katanya.

Difahamkan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis juga turut meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil membantu polis dalam menyelesaikan kes itu.



Keluarga suspek mahu bela bayi dibuang anak mereka



2010/09/21

JITRA: Bayi perempuan yang ‘ditemui’ ibunya sendiri selepas dibuang di belakang sebuah rumah, dekat sini, Sabtu lalu, akan dipelihara sepenuhnya keluarga ibu bayi malang berkenaan.
Hasrat itu dimaklumkan ibu bapa kepada remaja berusia 20-an itu kepada pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semalam yang mahu menjaga sendiri bayi yang dilahirkan anak mereka di Taman Rasa Sayang, di sini.
Pegawai JKM Jitra, Mohd Shabbri Othman berkata, pihaknya akan memantau perkembangan ibu serta bayi berkenaan hingga mereka keluar dari hospital dan akan terus memberi sokongan kepada mereka.

Semalam, akhbar ini melaporkan seorang siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor ditahan polis selepas disyaki membuang bayinya yang cukup sifat dan masih hidup.

Helah remaja wanita berkenaan yang berpura-pura konon menemui seorang bayi perempuan di belakang rumahnya selepas mandi tidak menjadi berikutan keadaan dirinya yang tidak bermaya dan lesu ketika diambil keterangan oleh polis.




Remaja parah ditembak perompak



2010/09/21
KULAIJAYA: Akibat berkeras tidak mahu memberikan wang kepada penjenayah, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun kini berada dalam keadaan kritikal akibat cedera parah di leher selepas ditembak dari jarak dekat di premis perniagaannya, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.15 malam di Jalan Sawit, Taman Kelapa Sawit, di sini, mangsa bersama abangnya sedang bersiap untuk menutup kedai apabila penjenayah berkenaan masuk.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, suspek masuk ke kedai berkenaan dengan bertopi keledar tutup penuh.

“Penjenayah mengacukan pistol kepada mangsa serta mengarahkan mangsa menyerahkan wang.

“Terkejut diacu pistol, mangsa dan abangnya menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai yang berada berhampiran premis mereka,” katanya.

Penjenayah itu melepaskan sedas tembakan yang mengenai leher mangsa sebelum melarikan diri menggunakan motosikal.

Orang ramai gagal menahan penjenayah sebelum menghubungi polis.

Zulkefly berkata, penjenayah itu mungkin menggunakan pistol berkenaan bagi menakut-nakutkan mangsa tetapi bertindak keterlaluan dengan menembak remaja berkenaan apabila gagal mendapatkan wang atau panik kerana mangsa menjerit.

“Dia gagal mendapatkan wang tunai atau barangan di premis berkenaan dan polis sedang menjejaknya,” katanya.

Menurut Zulkefly, mangsa yang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) kini kritikal tetapi stabil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api kerana memiliki senjata api dan melakukan samun bersenjata,” katanya


Gadis nyaris diperkosa bekas banduan



2010/09/21
GUA MUSANG: Seorang gadis berusia 22 tahun nyaris menjadi mangsa rogol seorang bekas banduan dipercayai menggunakan taktik pukau sebelum memperdaya mangsa kononnya terkena buatan orang.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, gadis terbabit yang baru selesai bertugas di sebuah kedai 24 jam di bandar Gua Musang, dihampiri lelaki berusia 30-an itu memaklumkan dia terkena buatan orang sebelum menawarkan diri untuk membantu.
Gadis itu kemudian diperdaya lelaki berkenaan ke masjid berdekatan kononnya untuk mengubatinya.

Bagaimanapun, perbuatan lelaki berasal dari Marang, Terengganu itu dikesan sepasukan Skuad Amru bersama penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) yang menyerbu masjid berkenaan selepas menerima maklumat orang ramai mengatakan ada pasangan berkhalwat di situ.

Pegawai Agama Jajahan Gua Musang, Anuar Hashim berkata, sebaik tiba di lokasi, lelaki terbabit sedang menjampi sesuatu sambil memegang bahu gadis itu.

Katanya, gadis itu kelihatan bingung dalam tandas masjid yang tidak berkunci.

“Sebaik tiba, kami dapati lelaki berkenaan sedang menjampi gadis itu dan air jampi diletakkan di atas lantai.

“Kami membuat serbuan kerana menerima maklumat orang ramai mengatakan ada pasangan berkhalwat namun lain pula berlaku,” katanya.

Anuar berkata sebelum kejadian suspek dikatakan bertemu gadis itu kira-kira jam 7 pagi dan meminta wang RM50 dengan alasan untuk meminjam sementara.

Katanya, dalam tempoh 10 minit, lelaki itu memperdaya mangsa sebelum mereka beredar ke masjid.

“Sebaik tiba di masjid, lelaki itu sekali lagi meminta wang RM270 bersama telefon bimbit mangsa sebelum mengajaknya ke tandas untuk dijampi bagi membuang buatan orang,” katanya.

“Apabila kami tiba, gadis itu dalam keadaan bingung dan lelaki terbabit mengaku mengambil wang RM320 bersama telefon bimbit dan berjanji memulangkan semula dalam tiga hari,” katanya.

Katanya, kedua-duanya dibawa ke Pejabat Agama Jajahan untuk siasatan lanjut dan lelaki itu juga mengaku dua kali dipenjarakan di Kedah kerana kesalahan cabul. pada 2001 dan 2006


Ibu hamil dicabul

Oleh Mary Victoria Dass

2010/09/21
JOHOR BAHRU: Tembelang seorang lelaki yang menonjolkan sifat murni termasuk bersungguh-sungguh mahu mencegah maksiat di kalangan penduduk di sebuah rumah pangsa di Bandar Baru Uda, Tampoi di sini, terbongkar selepas dia melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang sarat hamil lima bulan.
Lelaki itu juga memohon maaf terhadap perbuatannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke telefon bimbit suami mangsa baru-baru ini meskipun menyedari perbuatannya menimbulkan tekanan mental terhadap wanita berkenaan.
Mangsa yang berusia 31 tahun berkata, kejadian berlaku 30 Ogos lalu iaitu pada jam 7 pagi selepas dia menghantar anak ke sekolah dan terserempak dengan lelaki itu di tingkat tiga rumah pangsa berkenaan.

Wanita mualaf itu berkata, dia yang tinggal bersama keluarga di tingkat empat, menyapa lelaki berusia 40-an terbabit kerana sudah mengenalinya sejak lebih lima tahun lalu.

Bagaimanapun, mangsa yang bekerja sebagai kerani di pejabat guaman tidak menyangka lelaki itu tiba-tiba bertindak melampaui batas apabila menghampirinya dan melakukan perbuatan tidak bermoral.

“Saya terkejut apabila lelaki itu meraba belakang bahu dan mencium pipi kiri sebelum saya menolak tangannya.

“Dia kemudian terburu-buru masuk ke rumahnya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Tampoi pada 1 September lalu.

Sementara itu, suami mangsa yang berusia 34 tahun berkata, dia bimbangkan kesihatan mental isterinya yang masih tidak dapat melupakan peristiwa mengaibkan itu.

“Suami mana tidak tertekan jika isteri menjadi mangsa gangguan seksual tambahan pula ketika sedang mengandung.

“Kejadian berlaku ketika isteri saya sedang mengandung dan dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan akibat tertekan,” kata bapa kepada dua anak itu.

Menurutnya, walaupun lelaki itu meminta maaf menerusi SMS, dia dan isteri khuatir dengan keselamatan wanita serta kanak-kanak perempuan di situ.

Dia mendakwa polis juga tidak mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki itu biarpun laporan polis sudah dua kali dibuat


Nyaris dicabul dalam semak

KAMPUNG PAYA KEMUDI - Seorang penuntut perempuan di salah sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di sini nyaris menjadi mangsa seorang lelaki gila seks apabila kehormatannya cuba dinodai ketika berada dalam sebuah kereta milik suspek, malam kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa mengikut lelaki berkenaan yang mahu menghantarnya ke kampusnya di Teluk Gadung, Dungun selepas turun dari bas ekspres di Perhentian Bas Kota Bharu.

Suspek yang pura-pura berlagak baik dikatakan mempelawa mangsa menumpang keretanya dari Kota Bharu ke Dungun.

Sebaik sampai di Dungun, suspek dikatakan tidak menghantar mangsa ke kampus, sebaliknya membawanya kawasan sunyi dalam semak.

Bagaimanapun, usaha suspek memaksa gadis itu melakukan hubungan seks dengannya gagal apabila mangsa meronta sebelum menjerit meminta tolong.

Seketika kemudian, beberapa pemburu babi hutan berbangsa Cina yang kebetulan berada di kawasan berdekatan mendengar jeritan mangsa dan menghampiri kereta suspek lalu berjaya menghalang usaha suspek menodai gadis terbabit sebelum menghubungi pihak polis.

Sebaik menerima maklumat, sepasukan polis diketuai Ketua Polis Balai Dungun, Cif Inspektor Sabri Mohamed Nor bergegas ke lokasi dan berjaya menahan suspek.

Mangsa yang masih trauma dengan kejadian itu kemudiannya dibawa ke Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan suspek berumur 39 tahun berasal dari Pasir Mas, Kelantan kini ditahan reman untuk membantu siasatan berkaitan


Sembunyi bawah tilam

DUNGUN - Hubungan sulit pasangan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan yang menjadikan se-buah rumah teres sebagai lokasi berasmara mengundang padah.

Ini sebab, tempat persembunyian mereka di kawasan kediaman penduduk diserbu pihak Penguat kuasa Jabatan Agama Daerah.

Perbuatan sumbang itu terbongkar apabila serbuan dilakukan kira-kira jam 1.20 pagi di rumah bernombor PT 7098 Taman Rakyat Jaya, Gong Pasir Dungun itu membawa kepada penahanan sepasang kekasih berumur 19 tahun yang masih menuntut di IPTA tempatan.

Berikutan itu, pasangan terbabit, Zaki Arif Ahamad, 19 dan pasangannya, Puteri Noor Faten Aroha Ibrahim @ Othman, 19, didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Dungun mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak lebih dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut sebahagian ringkasan kes, kertas pertuduhan yang dibaca Pendakwa Raya Syarie, Azmi Tengah dalam prosiding perbicaraan yang berlangsung pagi semalam, ketika serbuan dilakukan, pintu utama tertutup dan berkunci manakala tingkap tertutup rapat.

Sebaik salam diberikan anggota penguat kuasa, pintu rumah kemudiannya dibuka seorang perempuan (tertuduh perempuan), keadaan dalam rumah ketika itu gelap sebelum anggota penguat kuasa mengarahkan tertuduh membuka lampu.

Selepas pemeriksaan dilakukan mendapati, seorang lelaki (tertuduh lelaki) sedang berbaring di bawah tilam dalam sebuah bilik nombor satu.

Hasil siasatan, pasangan terbabit yang ketika itu difahamkan masih lagi belajar di pusat pengajian tinggi didapati tidak mempunyai hubungan sah sebagai suami isteri.

Selepas mendengar hujah yang dikemukakan Pendakwa raya yang mengambil kira pengakuan dan rayuan yang dibuat kedua-dua tertuduh, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM2,300 atau dua bulan penjara kepada pasangan terbabit.

Kedua-dua tertuduh, Zaki Ariff dari Telok Panglima Garang, Selangor dan pasangannya, Puteri Noor Faten Farah Aroha dari Setiu, Terengganu, masing-masing yang tidak diwakili peguam akhirnya memilih untuk membayar denda untuk membolehkan mereka dibebaskan oleh mahkamah


Bimbang pergaulan di Sekolah Harapan

KUALA TERENGGANU – Timbalan Ketua Penerangan Pas Negeri Terengganu, Zakaria Dagang bimbang dengan pergaulan di Sekolah Harapan melibatkan remaja yang hamil luar nikah dan mereka yang hamil kerana berkahwin muda.

Menurutnya, kesan daripada tidak mengasingkan dua kategori pelajar terbabit dikhuatiri akan menimbulkan masalah sosial lain terutama mengheret sama pelajar yang hamil kerana berkahwin muda dengan gejala negatif.

Beliau percaya kedua-duanya memiliki kehidupan sosial yang berbeza dan perlu ada pengasingan bagi mengelak perkara tidak diingini.

“Sekiranya mereka benar-benar mahu menyelesaikan masalah yang berlaku, perlu ada pengasingan supaya ia tidak mempengaruhi berlakunya perkara tidak diingin kerana kita berpendapat mereka yang hamil luar nikah mungkin lebih ramai berada di sekolah tersebut berbanding yang hamil kerana kahwin muda,” katanya, semalam.

Dalam masa sama, Zakaria menegaskan isu sedemikian hanya boleh diselesaikan melalui penyelesaian asas berdasarkan pelaksanaan undang-undang Islam.

No comments:

Post a Comment