Ibu serah wang pada peguam
KUALA TERENGGANU: Sepatutnya Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang ditolak permohonannya untuk menukar nama di dalam MyKad kepada Aleesha Farhana mengemukakan rayuan hari ini dan dia juga menyerahkan wang RM6,000 kepada peguamnya Horley Isaacs, namun hasratnya tidak kesampaian apabila meninggal dunia semalam.
Horley ketika dihubungi mengakui terkilan dan sedih dengan kematian anak guamnya sambil memberitahu, wang berkenaan dihantar ibu Mohd Ashraf yang hanya dikenali sebagai Mak Yah, 50, sewaktu mengunjungi pejabatnya di sini, Khamis lalu, untuk mengemukakan rayuan di mahkamah hari ini.
Menurutnya, Mohd Ashraf juga menemuinya Isnin lalu untuk berbincang mengenai permohonan rayuan itu dan Allahyarham dilihat dalam keadaan sangat tertekan serta murung.
Katanya, hari ini hari ke-14 iaitu tarikh terakhir untuk dia membuat rayuan, malangnya ia tidak sempat ditunaikan kerana anak guamnya meninggal dunia.
“Ketika mengunjungi pejabat saya untuk berbincang mengenai keadaan dan permohonannya, dia kelihatan sangat tertekan dan saya menasihatkannya bersabar kerana akan mengemukakan rayuan di mahkamah.
“Dia berkata kepada saya, tujuannya menukar nama hanya kerana mahukan sebuah kehidupan, bukan untuk melakukan perbuatan haram,” katanya.
Beliau berkata, sebelum ini pihaknya menghubungi sebuah firma guaman di Kuala Lumpur yang berminat mengendalikan kes Mohd Ashraf bagi mengemukakan permohonan rayuan itu.
“Firma guaman itu hanya meminta Mohd Ashraf menampung perbelanjaan proses rayuan dan menawarkan khidmat guaman percuma kerana simpati dengan nasibnya, tetapi semuanya sudah terlewat,” katanya yang tidak lagi mahu mengendalikan kes seperti apa dilakukannya untuk Mohd Ashraf selepas ini kerana kecewa dan sedih.
Dalam pada itu, Horley berkata, dia kecewa kerana sehingga kini Parlimen tidak mewujudkan undang-undang khusus untuk mengendalikan kes seperti itu, menyebabkan ramai golongan senasib dengan Mohd Ashraf tidak dapat menjalani hidup sempurna dan disisihkan masyarakat.
“Ada satu kes di mana Hakim V T Singgam menolak permohonan seperti ini pada 2004 dan beliau menyatakan Parlimen perlu mewujudkan satu undang-undang untuk golongan seperti Mohd Ashraf, tetapi selepas tujuh tahun, tiada undang-undang berkaitan dirangka.
“Ini menimbulkan masalah besar kepada golongan seperti Mohd Ashraf kerana apabila kita bawa kes ke mahkamah, mahkamah kata tiada bidang kuasa mengenainya, apabila bawa ke pejabat agama, mereka kata tidak ada bidang kuasa juga, jadi ke mana mereka ini mahu pergi (rujuk).
“Jadi saya rasa, dengan apa yang berlaku pada Mohd Ashraf, kerajaan dapat membuka mata dan segera mewujudkan undang-undang berkaitan. Seperti apa yang berlaku pada Mohd Ashraf, dia tidak minta jadi begitu,” katanya.
Ashraf @ Aleesha meninggal dunia
KUALA TERENGGANU – Hasrat Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, untuk berjumpa semua ahli keluarganya tidak kesampaian apabila dia menghembuskan nafas terakhir pada jam 5 pagi semalam.
Mohd Ashraf Hafiz atau lebih dikenali sebagai Aleesha dalam kalangan ahli keluarganya, dipercayai meninggal dunia akibat masalah jantung dan tekanan darah rendah di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini setelah dimasukkan ke hospital itu pada jam 3 pagi kelmarin.
Ibunya, yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Yah, 51, berkata, sikap Mohd Ashraf Hafiz yang suka menyebut perkataan ‘tak sempat’ setiap kali bertanyakan sesuatu, merupakan petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.
Menurutnya, lesen memandu arwah tamat bulan ini, namun ketika diminta memperbaharui lesen itu, dia berkata ‘tak sempat’, malah dia juga ada berkata dia mungkin tak sempat menyambut hari raya bersama keluarga.
“Dua minggu lalu arwah ada meminta sepupunya menjahitkan Baju Kurung Pahang berwarna merah hati untuk dipakai pada hari raya.
“Yang peliknya, dia menyuruh sepupunya menyiapkan baju kurung itu dalam masa satu hari. Bagaimanapun, dia tidak sempat melakukan perincian labuci di baju itu,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah mayat HSNZ.
Sementara itu ayahnya, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata, walaupun sedih dengan pemergian anak ketiganya itu, namun dia redha dengan ketentuan Ilahi.
Menurutnya, arwah Mohd Ashraf Hafiz seorang anak baik, manja dan rapat dengan semua ahli keluarga, malah dia juga amat mementingkan kesihatan, terutamanya aspek pemakanan.
Mohd Ashraf Hafiz mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Berasal dari Seberang Takir di sini, Mohd Ashraf Hafiz memohon menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana setelah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.
Jenazah dikebumi sebagai lelaki Horley ketika dihubungi mengakui terkilan dan sedih dengan kematian anak guamnya sambil memberitahu, wang berkenaan dihantar ibu Mohd Ashraf yang hanya dikenali sebagai Mak Yah, 50, sewaktu mengunjungi pejabatnya di sini, Khamis lalu, untuk mengemukakan rayuan di mahkamah hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jenazah Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir, pada jam 4.30 petang di sini, semalam.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata, jenazah Allahyarham sebelum itu dibedah siasat di Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan dimandikan di surau hospital.
Menurutnya, jenazah kemudiannya dibawa ke Surau Haji Wan Muda, Seberang Takir dan disembahyangkan sekali lagi sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam bersebelahan dengan surau.
“Kami sekeluarga reda dengan pemergian Aleesha dan jenazahnya dikebumikan sebagai Mohd Ashraf Hafiz serta menerima ketentuan Ilahi.
“Mungkin ini yang terbaik untuk dia dan kami sekeluarga berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat,” katanya ketika di temui di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir, di sini.
Lebih 50 ahli keluarga Allahyarham hadir pada majlis pengebumian itu.
Sebelum itu, Mohd Ashraf Hafiz dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, setelah mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri kira-kira 3 pagi kelmarin akibat mengalami masalah jantung serta tekanan darah rendah.
Dia disahkan meninggal dunia dua jam selepas itu, dipercayai akibat serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’..
Derita lelaki gagal tukar nama wanita berakhir
KUALA TERENGGANU 30 Julai - Tidak sampai 24 jam setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 5 pagi ini.Lelaki yang gagal dalam permohonannya untuk menukar kepada nama Aleesha Farhana Abdul Aziz itu dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.
Jenazahnya kemudian diuruskan di hospital berkenaan atas nama Mohd. Ashraf Hafiz seperti yang diputuskan oleh mahkamah.
Pada masa sama, mahkamah juga menetapkan supaya jenazah Mohd. Ashraf dikebumikan sebagai lelaki walaupun mempunyai fizikal seorang wanita.
Jenazah kemudian disembahyang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir di sini kira-kira pukul 5 petang dengan disaksikan oleh ahli keluarga, sahabat handai dan beberapa jiran terdekat.
Mohd. Ashraf Hafiz sebelum ini menjadi perhatian media setelah mengemukakan permohonan untuk menukar kepada nama wanita di dalam MyKad di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Bagaimanapun, permohonan itu ditolak hakim dengan alasan lelaki itu tidak mempunyai kromosom, alat kelamin serta organ dalaman wanita sebaliknya hanya mempunyai fizikal dan psikologi seorang wanita sahaja.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedih kerana tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd. Ashraf Abdul Aziz yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana apabila pemuda itu meninggal dunia awal pagi ini.
Shahrizat berkata, kementerian sentiasa 'membuka pintu' kepada Mohd. Ashraf untuk membantunya sebelum ini namun hasrat itu tidak kesampaian.
"Kita tidak pernah memaksanya untuk datang kepada kita. Dia pun tahu kita mahu berbuat demikian tetapi takdir lebih menentukan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.
Usah hina Ashraf
Oleh Faiza Zainudin, Shaarani Ismail dan Nadia Hamid
bminggu@bharian.com.my
2011/07/30
MAK Yah (kiri), ibu Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz (kanan) ketika menunggu jenazah di luar Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam. - Foto Imran Makhzan
KUALA LUMPUR: Masyarakat diingatkan supaya tidak melemparkan hinaan, cercaan serta mengaibkan jenazah Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, pemuda berusia 26 tahun yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini selepas memohon menukar namanya kepada Aleesha Farhana tetapi ditolak mahkamah.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut, berkata orang ramai juga tidak wajar menghina keluarga pemuda terbabit yang meninggal dunia semalam kerana segala yang berlaku ada hikmah tersendiri dan secara tidak langsung memberikan pengajaran cukup besar kepada masyarakat.
Urusan memandikan jenazah yang sudah berubah fizikal kepada wanita dengan perubahan alat kelamin dan buah dada, saya berpandangan sebaik-baiknya jenazah diuruskan perempuan kerana bimbang apabila ia diuruskan lelaki, akan timbul fitnah dan prasangka negatif. Hassan Din Al-Hafiz Pendakwah bebas
Mengenai urusan pengebumian jenazah, beliau berkata, jenazah umat Islam perlu disempurnakan dan diuruskan mengikut jantina ketika mereka dilahirkan walaupun kemudian sudah berubah keadaan fizikal, sama ada lelaki mengubah fizikal menjadi wanita atau sebaliknya. Baju kurung merah jambu jadi kenangan
Oleh Azman Mahmood dan Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bharian.com.my
2011/07/31
IBU Mohd Ashraf Hafiz menyiram air ke pusara anaknya sambil diperhatikan suaminya, Abd Aziz di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir, Kuala Terengganu, semalam. - Foto Imran Makhzan
KUALA TERENGGANU: "Makcik terkilan kerana Aleesha tidak sempat menggayakan baju kurung Pahang berwarna merah jambu yang ditempah untuk Aidilfitri. Atas permintaannya, baju kurung itu siap sehari saja, cuma belum dipasang labuci.
“Arwah selalu menyebut ‘tidak sempat’ di hujung perbualannya mengenai pelbagai perkara terutama Ramadan dan Aidilfitri. Rupanya dia memang tidak sempat melalui bulan mulia Ramadan kerana terlebih dulu pergi meninggalkan kami,” kata Mak Yah, 50, ibu kepada Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, lelaki yang gagal dalam permohonannya menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana.
Dalam sebak dan terkejut dengan kematian anak sulungnya, Mak Yah yang enggan memberitahu nama penuhnya berkata, mereka benar-benar terasa kehilangan kerana arwah terlalu akrab dengannya dan bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60.
Ashraf gagal jadi Aleesha selamat dikebumikan
Ibu Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz atau lebih mesra dipanggil Aleesha yang meninggal dunia awal pagi tadi, terkilan anaknya itu tidak sempat mencuba baju kurung baru yang ditempah untuk dipakai pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
"Arwah tempah baju kurung itu dengan sepupunya dan minta sepupunya menjahit baju kurung Pahang dalam masa satu hari, dan baju itu sempat disiapkan dalam masa ditetapkan.
"Namun, dia tidak sempat untuk melakukan perincian labuci di baju tersebut dan memakai baju kurung warna merah hati itu," katanya yang hanya ingin dikenali sebagai Yah, 51, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Mohd Ashraf Hafiz, 26, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.
Allahyarham yang mengalami kemurungan dikejarkan anggota keluarga ke ospital pada 3 pagi kelmarin setelah mengalami muntah teruk. Dia disahkan engalami masalah serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with ardiogenic shock' dan tekanan darah rendah.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, menimbulkan kontroversi apabila mengemukakan permohonan untuk menukar nama di dalam MyKad epada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.
Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti kempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

Tak sempat
Bagaimanapun, pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan itu setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.
Menurut ibunya lagi, sebelum meninggal arwah anaknya selalu menyebut perkataan 'tidak sempat'.
"Arwah selalu menyebut perkataan tidak sempat nak berjumpa ahli keluarga, ak sempat nak raya, tidak sempat nak perbaharui lesen memandu dan tidak sempat memakai baju kurung yang baru ditempahnya," katanya.
Sementara itu ayah Mohd Ashraf Hafiz, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata dia reda dengan pemergian anak ketiganya itu dan menganggap mungkin itu yang terbaik untuk Allahyarham.
"Dia seorang anak yang baik, manja dan rapat dengan semua ahli keluarga. Semasa menghembuskan nafas terakhir, saya, ibunya dan dua adiknya ada di sisi," katanya.
Katanya bedah siasat di hospital itu mengambil masa kira-kira sejam setengah.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam

Seberang Takir 4.30 petang tadi dengan dihadiri sanak saudara dan rakan-rakannya.
Sebelum itu, solat jenazah diadakan di surau hospital HSNZ dan sekali lagi d Surau Haji Wan Muda, Seberang Takir.
- Bernama
Sebelum itu, solat jenazah diadakan di surau hospital HSNZ dan sekali lagi d Surau Haji Wan Muda, Seberang Takir.
- Bernama
Ahmad Fithri Al-Bassam · Pengulas Tertinggi
berita yg aku terima, dia dah bertaubat atas segala yg dia lakukan sebelum malam beliau sakit... selepas kunjungan beberapa org ke rumahnya.. so harap xpayah la nk sangka2 buruk padanya lagi.. semoga rohnya diterima baik oleh Allah..
Classic Noodle Recipe
Kepada Roh Mohd Ashraf tiada sesiapa pun yang layak untuk menentukan kamu samaada syurga ataupun neraka kecuali Allah..Buat yang masih hidup perkemaskan Tauhid masing-masing kerana nasib kita juga belum pasti... pergantungan kepada manusia melebihi pergantungan kepada Allah adalah(syirik)atau dosa besar yang boleh memandu kita ke neraka...realiti yang tak disedari berleluasa berlaku dalam masyarakat kita.
Sheikh Othman Bajrai · Sekolah Kebangsaan Datin Onn Jafaar .
Salam semua...sy harap kepada kalian utk tdak membuka aib atau mempertikaikn urusan jenazah....ambil iktibar...doakn kebahgiaan dan keampunan die....Allah murka kpd org yg membuka aib seseorg lgi2 org2 dh mati...maruah keluarga...sy mohon pd kalian...terima kasih.
Raja Rimba · Pengulas Tertinggi · UC Berkeley
SILA SHARE VIDEO SAMBUNGAN MASON DI MALAYSIA PART 16 (DAJJAL AL MASIH BHG 2) - FAKTA YANG AKAN MERUNGKAI FIKIRAN ANDA http://bit.ly/r7CCCa
Faridah Roses · Pengulas Tertinggi
Apa yg berlaku ni membawa seribu pengajaran kepada yg masih hidup...jangan kita cuba-cuba utk mengubah ciptaan ALLAH..siapalah kita utk melakukannya... diri kita pun bukan hak kita,,, mudah-mudahan ALLAH terima taubat hambanya...AMIN!
Faridah Roses · Pengulas Tertinggi
Aku melihat Anti Mamak tidak membabi buta dalam melontarkan komen... komennya selalu menepati sasaran... cuma yg terkena yg tak sanggup menghadapinya... sila lapangkan dada anda dlm membaca komen-komen yg dilontarkan...jawablah dgn penuh kewarasan dan tdk membabi buta kerana babipun tdk sebuta manusia walaupun babi digerakkan oleh naluri kehaiwanannya...
Serbany Muhamad Alif Irfan · Bekerja di KLKSB
setiap yg baik itu datangnya dari Allah swt.dan yg buruk itu datangnya dari kita sendiri.semoa allah mencucuri rohnya.allah maha pengampun dan lagi maha penyayang.
Didie Arshad · Pengulas Tertinggi · Sek Men Temenggong Kati
bro abdulhadi....jgn cakap camtu...nak tanya skit...ko nak tak idup susah? jalan kengkang? telo sebelah (xpe lg orang xnampak)? tangan kudung? semua orang nak sempurna..termasuk arwah pun sama gak..dia ingin menjadi yg sempurna...betapa maha hebat dia melawan perasaan sendiri...ko tau semua tu? dia berperang dengan jiwa dia sendiri...apatah lagi menjadi umpatan orang...dia mesti kesian dengan mak ayah dia yg sering dihina orang...ko ada kisah semua tu? kita yg tak tau ni hanya tau mengutuk aje...hanya Allah aje yg tau kenapa dia dilahirkan sebab musababnya...rahsia Allah kita tak bleh tau..Allah juga yg menjadikan dia begitu nak tengok iman hambaNYa kuat atau tidak...DAN jangan tekejut plak kalau satu ari nanti ada generasi ko yg menjadi camtu...atau lebih lagi..udah2 la tu ngata orang..jgn sama kan pondan lorong dengan arwah..mak ayah dia pun terima dia..sape kita nak nilai hak Allah..dengan rendah diri aku berpesan pada kawan2 dan diri sendiri...jgn lah menghina orang2 yg macam ni...mereka juga makhluk Allah...hanya Allah yg berkuasa ke atas kita...semoga Allah ditempatkan di kalangan orang yg soleh...amin
Jamil Bin Ismail · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
abdulhadi nak tanya sikit ko tu cukup sempurna ke, ko kenal ke semua pondan pondan ni. ko tahu ke masaalah mereka , ko dha sah ke masuk syurga. bro . pondan buat maksiat ? tapi yg dok cari pondan siapa ornag macam ko. jadi ko nak salahkan merekja ke. cermin diri dulu bro. jgn main sedap cakap je. aku buat kerja amal menyelamatkan kucing kucing terbiar. selalu pondan datang bb beri sumbangan. berdedekah. ko ade ke. jgn kutuk atau kata ornag kalau diri sendiri pun macam sial .
Faridah Roses · Pengulas Tertinggi
Janganlah kita menjadi org yg tdk bersyukur dgn mengubah ciptaan ALLAH dgn sewenang-wenangnya...terim alah pap saja yg ALLAH anugerahkan kpd kita seadanya...ALLAH maha mengetahui akan perjalanan hidup kita...JANGANLAH kita menjatuhkan diri kita ke dlm golongan yg ALLAH laknat krn diri kita pun bukan milik kita...marilah sama-sama kita berdoa semoga ruh arwah ducucuri rahmat...dan kita yg hidup ambil iktibar daripadanya...
No comments:
Post a Comment