Wednesday, August 3, 2011

GAWAT TAK GAWAT...FIKIR SENDIRI...BILA HUKUM ALLAH DIABAIKAN....MUNGKAR DAN MAKSIAT DISANA-SINI...ULAMAK FASIK...ULAMAK DUNIA...ULAMAK UPAHAN....ULAMAK BISU...ULAMAK ROSAK....TANDA2 KEHANCURAN DAN KEMUSNAHAN...BENDUNG2LAH IAITU JANGAN NAFI HUKUM ALLAH...INGAT KITA NI MAKHLUK....BUKAN ALLAH...BAHAGIAN 2

Pemuda parah ditetak kerana langgar wanita



PARAH...Sateesh dirawat di HKL.
PARAH...Sateesh dirawat di HKL.
KUALA LUMPUR: Gara-gara perselisihan faham dalam sebuah pusat hiburan, seorang lelaki retak tempurung kepala selain ditetak puluhan kali di seluruh badan ketika makan di kawasan berdekatan dengan pusat hiburan di Jalan Sungai Besi itu di sini, awal pagi Isnin lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, S Sateesh, 22, pergi ke pusat hiburan itu bersama tiga lagi rakannya. Mereka menari sebelum seorang daripada rakannya terlanggar seorang wanita hingga terjatuh.

Bapa mangsa, R Segaran, 50, berkata akibat kejadian itu, berlaku perselisihan faham antara rakan anaknya itu dengan pengawal kelab malam berkenaan sebelum berlaku pergelutan.
“Seorang lagi lelaki yang sedang berhibur mengusir anak saya dan rakan-rakannya keluar. Mereka kemudian makan di sebuah restoran di kawasan berhampiran,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika makan, tiba-tiba datang empat lelaki dipercayai pengawal keselamatan kelab malam berkenaan menyerang anaknya dan tiga rakan.

“Anak saya terjatuh sebelum kumpulan terbabit menetak kepala dan badan menggunakan parang manakala tiga rakan anak saya melarikan diri,” katanya.

Katanya, anaknya ditetak lebih tiga kali di kepala yang menyebabkan tempurung kepalanya retak, telinga kirinya putus separuh selain kesan tetakan di beberapa bahagian badan termasuk leher dan tangan yang menyebabkan beberapa uratnya putus.

Segaran berkata, akibat kecederaan serius itu, anaknya koma hingga Selasa lalu dan sehingga kini separuh sedar.
Susulan itu, Segaran membuat laporan di Balai Polis Pudu, di sini.

Mayat dikerat 15 bahagian

Oleh Muhammad Apendy Issahak dan Georgie Joseph
am@hmetro.com.my

AMPANG: Misteri bau busuk di sebuah unit pangsapuri tanpa penghuni di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, sejak Sabtu lalu terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas unit itu, petang semalam.
Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.

Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.
Penghuni yang menginap selang sebuah rumah dari unit terbiar itu, Shahril Abdul Rahman, 30, berkata sebaik pulang dari kerja kira-kira jam 5.30 petang, dia bersama beberapa kakitangan pihak pengurusan bangunan memasuki unit berkenaan bagi menyiasat punca bau busuk itu.

“Saya terkejut apabila menemui satu kaki manusia dikerat dari paras pinggang sebelum pihak pengurusan menghubungi polis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang berada di tempat kejadian, berkata anggota badan yang ditemui itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk proses bedah siasat.

“Identiti dan jantina mangsa belum dipastikan dan anggota terbabit sudah dihantar ke PPUM bagi tindakan lanjut.

“Anggota badan itu ditemui dibuang di merata-rata tempat dalam unit berkenaan yang lebih kurang 10 tahun tidak dihuni,” katanya.
Menurut Amirrudin, siasatan lanjutan akan dijalankan secepat mungkin bagi mengenal pasti identiti mangsa serta kejadian sebenar di sebalik penemuan mayat yang dikerat itu.

Biras buat onar



KAJANG: Hanya alasan mahu berbincang, seorang kakitangan sebuah syarikat swasta berusia 19 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol birasnya di sebuah hotel di Bangi, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, suspek berusia 29 tahun pada mulanya menghubungi mangsa kononnya untuk bertemu bagi menyelesaikan masalah perhubungan mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata mangsa yang tidak mengesyaki niat serong suspek bersetuju untuk bertemu.
“Suspek yang datang mengambil mangsa di rumah membawanya menaiki kereta sebelum singgah di sebuah hotel di Bangi kononnya untuk berbincang.

“Tiba di hotel, mangsa dibawa masuk ke dalam sebuah bilik,” katanya.

Beliau berkata, di dalam bilik, suspek menarik mangsa ke atas katil dan cuba membuka baju mangsa.

Katanya, mangsa yang ketakutan cuba melarikan diri, tetapi dihalang suspek.

“Suspek yang berang dengan tindakan mangsa menarik mangsa ke atas katil sebelum merogolnya,” katanya.
Beliau berkata, sebaik dirogol, suspek menghantar semula mangsa ke rumah dan berjanji akan bertanggungjawab atas kejadian itu.

“Menyedari suspek melarikan diri dan enggan bertanggungjawab selain hanya menjadikan dirinya sebagai pemuas nafsu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang,” katanya.

Tak boleh tengok tetamu

SHAH ALAM: Pembantu rumah warga Indonesia, Siti Hamidah Karnas, 18, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, R Khatavarayan atau Ravi, tertuduh keempat yang didakwa membunuh empat individu termasuk Datuk Sosilawati Lawiya ada memberi arahan tertentu kepadanya.
Menurutnya, arahan perkara harus dipatuhi sepanjang sembilan bulan bekerja di sebuah rumah di ladang tempat semua mangsa dalam kes itu didakwa dibunuh.

Saksi pendakwaan ke-33 itu berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani.

IDHAM: Apabila kamu mula bekerja di ladang. Ada Ravi beri apa-apa arahan?


SITI: Kalau ada orang datang, saya tidak boleh tengok muka dia (orang yang datang). Kalau hantar air, saya disuruh berjalan dengan kepala tunduk.

IDHAM: Ada arahan lain?

SITI: Jika (tertuduh pertama) Pathmanabhan datang, saya kena beri ucapan Vanakkam. Kalau tidak saya kena hentam (pukul).

Terdahulu, Siti Hamidah yang berasal dari Lampung Timur, Sunda, berkata dia memasuki negara ini ketika berusia 15 tahun untuk berkerja sebagai pembantu rumah di Kelantan, pada 2008.

Bagaimanapun, dia melarikan diri dari majikan pertamanya kerana tidak tahan dipukul, sebelum dibawa seorang bernama Tengku ke Kuala Lumpur, setahun selepas itu.

Katanya, Tengku kemudian memperkenalkannya dengan Pathmanabhan sebelum dia bekerja dengan lelaki itu pada Mac 2009, dengan dijanjikan gaji bulanan RM350.

Menurutnya, pada mulanya dia bekerja di rumah Pathmanabhan sebelum dibawa ke ladang di Tanjung Sepat, Banting pada akhir tahun sama.

“Pathmanabhan beritahu, saya kena bekerja dengan majikan baru iaitu Ravi,” katanya.

Siti Hamidah berkata, tertuduh kedua dan ketiga iaitu Thilaiyalagan, 20, R Matan, 21 dan dua lagi lelaki lain iaitu U Suresh, 27 dan K Sarawanan, 20, bekerja di ladang ternakan yang menempatkan anjing, kambing, ayam, lembu dan burung.

Katanya, Thilaiyalagan dan Matan bersama beberapa ahli keluarga Ravi turut tinggal di ladang itu.

Manakala, Pathmanabhan akan mengunjungi ladang itu bersama rakan.
Selain mereka, seorang wanita Filipina bernama Lolita datang bekerja di ladang itu pada 28 Ogos tahun lalu.

Pada keterangan lain, saksi itu itu berkata, dia akan bersembunyi di belakang kandang lembu jiran setiap kali polis mengunjungi ladang tempatnya berkerja.

Sementara itu, ketika disoal siasat Manjeet Singh Dhillon, saksi itu menafikan Pathmanabhan membawanya bekerja di ladang itu berikutan pernah ditangkap membawa lelaki memasuki rumah bekas peguam itu.

“Itu semua fitnah,” katanya.

Simpan pisau



SHAH ALAM: Seorang amah Indonesia memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, R Khatavarayan atau Ravi, tertuduh keempat yang didakwa membunuh empat individu termasuk Datuk Sosilawati Lawiya memberinya pisau kecil untuk disimpan semula, pada malam semua mangsa didakwa dibunuh.
Siti Hamidah Karnas, 18, berkata, dia mengambil senjata itu dan meletakkannya di bahagian kepala tempat tidur Ravi seperti yang diarahkan Ravi.

Menurutnya, pada keesokan hari, tertuduh pertama dalam kes itu, N Pathmanabhan, 42, menyerahkan satu dokumen kepadanya untuk diserah kepada isteri Ravi, Jacinta.

Ketika itu katanya, Pathmanabhan memakai pakaian sama seperti apa dilihatnya pada lelaki itu, jam 5 petang hari sebelumnya.


Saksi itu berkata, pada jam 9 pagi, Ravi meminta dokumen itu dan pada masa sama menyerahkan sarung tangan hitam.

“Dia (Ravi) kata (sarung tangan) itu basuh di luar,” katanya.

Pada keterangan lain, Siti Hamidah berkata, Ravi ada membawa masuk lori dengan muatan kayu, di ladang tempatnya bekerja, di Tanjung Sepat, di Banting, sehari sebelum semua mangsa didakwa dibunuh.

Dia berkata, dia melihat Ravi berbuat demikian pada jam 3 petang, 29 Ogos 2010.

Saksi itu berkata, selepas itu, tertuduh kedua dan ketiga, T Thilaiyalagan, 20; R Matan, 21, dan seorang pekerja ladang, U Suresh, 27, memunggah kayu itu untuk diletakkan di satu bahagian di ladang itu.

Menurutnya, kayu berkenaan yang bersaiz besar dan tidak berbelah.
Namun katanya, dia tidak melihat kayu berkenaan di tempat berkenaan dua hari selepas kali pertama melihatnya.

Sementara itu, pada prosiding semalam, Hakim Datuk Akhtar Tahir bersama-sama pendakwaan dan pembelaan memeriksa kenderaan Isuzu D-Max dengan nombor pendaftaran WSF 8707 yang didakwa digunakan Pathmanabhan dan Ravi.



Kronologi kejadian berdasarkan keterangan Siti Hamidah

29 Ogos 2010: Ravi membawa masuk lori dengan muatan kayu balak sebelum Thilaiyalagan, Matan dan U Suresh, 27, memunggah kayu itu untuk diletakkan di satu bahagian di ladang itu.

30 Ogos 2010: Jam 4 petang: Semua pekerja ladang diminta masuk ke dalam rumah dalam tempoh sejam serta tidak dibenarkan keluar tanpa kebenaran Ravi atau Jacinta.

Jam 5 petang: Jacinta mengarahkan Siti Hamidah mengambil dua parang dan sebilah pisau di atas almari bilik tidur dan diberikan kepada Ravi. Siti Hamidah lihat Pathmanabhan datang ke ladang dan Ravi mengarahkan masukkan senjata itu ke dalam kereta. Kedua-dua mereka meninggalkan ladang pada jam 5.55 petang.

Jam 7 malam: Siti Hamidah melihat tiga lelaki dan seorang wanita tidak jauh dari rumah majikannya di dalam ladang. Jacinta terima panggilan dan meminta Siti Hamidah menyediakan dua baju berlengan dan tidak berlengan, seluar trek, syampu, bedak, tuala, baldi dan kunyit. Semua dibungkus dan dimasukkan dalam baldi di pintu belakang.

Jam 9 malam: Siti Hamidah mendengar jeritan dua kali dari seorang wanita. Siti Hamidah menyambung kerja dan diarahkan mengambil barang di sebuah rumah karaoke di ladang itu. Barangan termasuk pisau, kunyit, air, satu bateri telefon bimbit dan tuala lembap yang sudah digunakan berada dalam keadaan bersepah-sepah.

Tengah malam: Ketika mengambil barang di bilik karaoke, Siti Hamidah melihat api besar setinggi pokok kelapa sawit dilihat di belakang rumah tertuduh kedua, T Thilaiyalagan. Ravi memberi pisau kepada pembantu rumah itu untuk disimpan di bilik tidurnya.

31 Ogos 2010: Pathmanabhan menyerahkan satu dokumen kepadanya untuk diserahkan kepada isteri Ravi, Jacinta. Ravi arahkan Siti Fatimah membasuh sarung tangan hitam.

‘Saya dipukul dengan kayu’



SHAH ALAM: Tertuduh keempat, R Khatavarayan, 31, atau Ravi tidak pernah memukul pembantu rumahnya Siti Hamidah Karnas, 18, dan warga Indonesia itu juga menafikan dia membenci Ravi.
Siti Hamidah yang bekerja di ladang kelapa sawit milik tertuduh pertama, N Pathmanabhan, berkata demikian ketika menjawab soalan balas peguam bela, Manjeet Singh Dhillon.

Menurut Siti Hamidah, Jacinta (isteri Khatavarayan) serta isteri kepada Pathmanabhan ada memukulnya sama ada dengan tangan atau rotan dan kadang kala ada melayannya seperti anjing.

MANJEET: Majikan pukul kamu 10 kali, bagaimana pukul?


SITI: Dengan tangan, tempeleng.

MANJEET: Adakah Patmanabhan pukul kamu?

SITI: Tidak

MANJEET: Adakah isteri Patmanabhan ada pukul kamu?

SITI: Ada, dia ada pukul guna kayu.

MANJEET: Di mana dia pukul kamu?

SITI: Di ladang menggunakan pelepah kelapa sawit.

MANJEET: Bagaimana dia pukul?

SITI: Di atas kepala.

MANJEET: Kamu benci dengan isteri Pathmanabhan?

SITI: Tidak.

MANJEET: Kamu sayang dia?

SITI: Tidak.

MANJEET: (Sambil menunjukkan ke arah Khatavarayan) Adakah dia ada memukul kamu?
SITI: Tidak.

MANJEET: Kamu benci atau sayang dia?

SITI: Tidak, cuma hormat saja.

MANJEET: Bagaimana dengan Jacinta (isteri Khatavarayan)?

SITI: Dia ada pukul.

MANJEET: Kamu sayang dia?

SITI: Sayang.

MANJEET: Kamu kata kena pukul dengan isteri Patmanabhan, Khatavarayan dan Jacinta. Kamu sudah bekerja di sana sembilan bulan adakah sepanjang masa kamu kena pukul?

SITI: Pada bulan pertama saja.

MANJEET: Ketika di Kelantan kamu dipukul dan kamu lari. Kemudian kamu ada kata polis ada datang ladang (ketika itu polis menyerbu ladang untuk membuat pemeriksaan). Kenapa kamu tidak buat laporan kepada polis yang kamu didera?
SITI: Saya tidak tahu polis datang sebab saya diminta bersembunyi di ladang lembu sebelah.

MANJEET: Saya cadangkan bahawa kamu berbohong, kamu sebenarnya tidak dipukul?

SITI: Tidak setuju sebab mereka memang pukul saya.

MANJEET: Saya cadangkan kamu dijanjikan perlindungan oleh polis apabila kes ini selesai sebab itu kamu memberi keterangan ini?

SITI: Tidak setuju.

MANJEET: Adakah kamu dilayan macam anjing? Bagaimana?

SITI: Kadang-kala ada, kalau orang lain buat salah, kita yang kena dan kita kena pukul.

MANJEET: Siapa yang dipanggil ‘Boy’ di ladang?

SITI: Suresh (U Suresh, yang kini menjalani hukuman penjara 20 tahun dengan K Sarawanan).

MANJEET: Saya cadangkan polis yang beritahu nama dia Suresh?

SITI: Tidak setuju.

MANJEET: Siapa Siva? Bagaimana kamu tahu nama itu?

SITI: Sarawanan, dia selalu datang ladang.

MANJEET: Saya cadangkan polis yang beri nama ini.

SITI: Tidak setuju sebab saya lihat sendiri di televisyen dan akhbar.

MANJEET: Di ladang ini jika ada haiwan mati atau najis haiwan siapa yang bertanggungjawab (menguruskannya)?

SITI: T Thilaiyalagan, R Matan dan pekerja lelaki.

MANJEET: Saya cadangkan pada malam kejadian, sebenarnya hari hujan?

SITI: Tidak setuju.

MANJEET: Saya cadangkan Pathmanabhan tidak pernah berurusan dengan kamu selama sembilan bulan kamu bekerja?

SITI: Ya.

MANJEET: Adakah polis melatih kamu sebelum memberi keterangan di dalam mahkamah?

SITI: Tidak.

MANJEET: Saya cadangkan kepada kamu sebenarnya kamu tidak ada mendengar jeritan pada malam kejadian?

SITI: Tidak setuju.

MANJEET: Ini adalah rekaan kamu semata-mata?

SITI: Tidak setuju.

Sementara itu menjawab soalan peguam bela, Amer Hamzah Arshad, Siti Hamidah memberitahu mahkamah bahawa dia mengetahui dengan tepat waktu kejadian atas alasan melihat jam di dinding, melalui siaran Astro selain biasa dengan keadaan ladang.

Polis, JKM perlu bertindak

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Dia kategori kanak-kanak luar kawalan dan memang wajar ditempatkan di pusat pemulihan akhlak kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” kata Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak, Dr Farah Nini Dusuki.
Beliau mengulas tindakan agresif seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang menyerang ibunya menggunakan kayu dan bertindak memukul adik perempuannya secara bertubi-tubi selepas gagal mendapatkan semula wang RM200 milik datuk yang dicuri.

Katanya, berdasarkan perundangan negara, ibu yang mempunyai anak tidak terkawal boleh membuat laporan polis membenarkan kanak-kanak berkenaan ditahan sebelum mendapat perintah mahkamah bagi ditempatkan ke Sekolah Tunas Bakti.
Beliau yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya (UM), turut menjelaskan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, polis wajib memberitahu pelindung iaitu JKM mengenai kes berkenaan bagi menjalankan prosedur pemulihan dan jagaan ke atas pelaku.

“Kami ada prosedurnya, tidak sekadar buat laporan, kes anggap selesai, tetapi pihak polis perlu memberitahu pelindung yang merujuk kepada JKM wujud kes ini dan JKM pula akan membuat permohonan di mahkamah...menilai kes itu dan kategorikannya sebagai kanak-kanak luar kawalan.

“Di bawah kategori ini, kanak-kanak yang terbabit boleh ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti iaitu institusi pemulihan akhlak yang ditubuhkan di bawah Seksyen 65 (1) Akta Kanak-Kanak 2001, objektifnya mendidik kanak-kanak ini bagi membina sikap lebih positif dan pemulihan.

“Mahkamah juga boleh memerintahkan kanak-kanak ini untuk berada di sekolah berkenaan maksimum sehingga tiga tahun atau sehingga usia mencapai 18 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Pengusaha diarah samak

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

KUCHING: Lebih 400 pengusaha pengusaha kek lapis di negeri ini yang pernah menggunakan mentega berjenama terkenal disahkan mengandungi asid deoksiribunuklik (DNA) babi, diarahkan menyamak peralatan serta melupuskan stok walaupun ada pengusaha memiliki stok bernilai jutaan ringgit.
Arahan dikeluarkan Majlis Islam Sarawak (MIS) itu memberi tumpuan terhadap pengusaha kek lapis yang pernah menggunakan mentega berkenaan supaya melakukan kerja menyucikan bekas atau kelengkapan yang digunakan mengikut hukum syarak.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, pihaknya turut meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pengharaman mentega itu. “Keputusan makmal dibuat MIS tidak boleh dipertikaikan lagi kerana ia dilakukan Jabatan Kimia Malaysia, Sarawak yang mengambil sampel mentega yang boleh diperoleh secara meluas di pasaran tempatan itu.
“Ujian berkenaan dibuat di makmal dalam negara dan disahkan mengandungi DNA babi. Jadi, wajib bagi MIS memaklumkan hal ini kepada semua umat Islam di Malaysia dan Jakim perlu mengeluar kenyataan susulan,” katanya.

Menurutnya, proses menyamak tidak mengambil masa yang lama kerana ia boleh disiapkan tidak lebih sejam bergantung kepada saiz peralatan, malah tidak menjejaskan atau merosakkan mesin pengusaha kek berkenaan.

“Pengusaha kek lapis perlu menghentikan segera penggunaan mentega jenama berkenaan,” katanya.

Isu mentega itu menimbulkan kekeliruan apabila kebanyakan pengusaha kek lapis menggunakan surat Jakim kepada syarikat pembuat mentega berkenaan mengesahkan ia halal, malah ada iklan di akhbar tempatan mendakwa mentega itu mendapat pengiktirafan pihak berkuasa berkenaan.

Berkenaan tindakan melupuskan stok kek sedia ada yang menggunakan mentega berkenaan, Daud berkata, pengusaha tidak mempunyai pilihan selain perlu melupuskan stok berkenaan.
“Kami dimaklumkan memang ada pengusaha menyediakan stok bernilai jutaan ringgit sejak tiga atau empat bulan lalu, namun hukum mengatakan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

“Bagi pengusaha yang mempunyai simpanan mentega berkenaan dalam jumlah yang banyak, mereka boleh merujuk Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk maklumat lanjut,” katanya sambil mengarahkan pengusaha perlu menukar mentega berjenama yang disahkan halal.

Jangan beli

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

ALOR SETAR: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menasihatkan umat Islam khususnya di negeri ini dan Perlis supaya menghentikan sementara pembelian sosej serta kepingan ayam tanpa jenama yang diragui status halalnya dipercayai dijual secara meluas termasuk di gerai tepi jalan dan pasar malam di kedua-dua negeri berkenaan
Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha berkata, sekiranya umat Islam meragui status halal sesuatu produk, lebih wajar mengelak daripada membeli atau memakan makanan itu kerana hukumnya akan jatuh kepada haram.

Perkara itu selaras dengan keputusan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Perlis mengenai sosej ayam dicampur dengan pulut, selain produk kepingan ayam tanpa jenama, dijual secara meluas terutama di kawasan Sungai Bahru, Perlis disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Justeru, katanya, Jakim akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk memantau kemasukan secara berleluasa produk sejuk beku dari Thailand dipercayai secara haram yang diragui status halalnya.

“Mengikut maklumat daripada JPV, kedua-dua produk yang disahkan mengandungi DNA babi tiada dalam senarai produk disaring JPV dan ia dipercayai dibawa masuk secara haram tanpa kebenaran termasuk untuk perhatian Bahagian Hab Halal Jakim.

“Justeru, kita menasihatkan peniaga yang mungkin terlepas pandang perkara ini termasuk tidak mengetahui kandungan produk diambil dari Thailand supaya menghentikan penjualan sosej dan kepingan ayam yang diragui status halalnya termasuk di bazar Ramadan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.

Semalam akhbar ini melaporkan, sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan, di sini, dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi DNA babi.

Wanita kena tembak

Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my

SUNGAI PETANI: Seorang kakitangan sebuah pasar raya terkejut apabila individu tidak dikenali melepaskan tiga das tembakan ke arah cermin pintu rumahnya dengan menggunakan pistol angin di Taman Ria Jaya, di sini, malam kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam ketika wanita berusia 40-an berkenaan yang tinggal berseorangan sedang berehat sambil menonton televisyen di ruang tamu sebelum terdengar bunyi pintu kaca hadapan seperti terkena objek keras.

Sumber berkata, mangsa yang terkejut dengan kejadian itu meluru keluar ke pintu depan untuk melihat apa yang berlaku sebelum ternampak kelibat sebuah kereta hitam memecut laju dari hadapan rumahnya.
Menurutnya, mangsa kemudian memeriksa cermin pintu hadapan dan mendapati ada kesan retak seperti terkena tembakan.

“Mangsa membuat laporan polis sebelum sepasukan anggota dihantar ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan mendapati wujud dua lubang dipercayai tembakan pistol angin selain polis turut menemui dua butir peluru (guli) di luar pagar serta halaman rumah.

“Sepasukan anggota dari Jabatan Forensik yang melakukan siasatan juga mendapati peluru yang ditembak itu tidak menembusi kain langsir rumah mangsa,” katanya.

Katanya, sebelum ini rumah seorang peniaga di Taman Sejati ditembak sebanyak enam kali kira-kira jam 3 pagi oleh penyerang yang sama manakala suspek menembak sebanyak lima kali ke sebuah rumah di Bandar Puteri Jaya (BPJ) kira-kira jam 4 pagi pada 28 Julai lalu.

“Bagaimanapun, kedua-dua tembakan itu hanya disasarkan ke arah pintu rumah dan tingkap bilik tidur tanpa ditujukan kepada penghuni.
“Berikutan itu, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang terbabit serta apa tujuan dan motif mereka berbuat demikian,” katanya.

Ghaib 9 bulan

Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my

ALOR SETAR: “Sekarang dah Ramadan, tidak lama lagi Aidilfitri bakal menjelma, tetapi anak saya masih tidak pulang-pulang,” kata Sarimah Othman, 40, mengenai anak perempuan tunggalnya, Norsyakila Saad, 16, yang menghilangkan diri sejak November lalu.
Beliau bimbang kerana anaknya hanya keluar sehelai sepinggang dan langsung tidak boleh dihubungi kerana tidak memiliki telefon bimbit.

Menurutnya, Norsyakilla sepatutnya belajar di tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Anum, Jitra, tetapi kini dia seperti tidak lagi mempedulikan persekolahannya disebabkan tidak pernah hadir ke sekolah.
Katanya, anaknya dipercayai meninggalkan rumah mereka di Kampung Alor Ganu, Kepala Batas, dekat sini, kira-kira jam 7 malam pada 12 November tahun lalu, sehingga kini gagal dikesan.

“Waktu itu, saya sedang bekerja di kedai makan berhampiran rumah dan Norsyakilla turut membantu. Dia kemudian memberitahu mahu pulang ke rumah, tetapi terus menghilangkan diri sehingga hari ini,” katanya.

Katanya, anaknya sebelum ini kerap menghilangkan diri dan Mei tahun lalu, lari dari rumah selama tiga minggu sebelum ditemui bapa saudaranya di Terminal Bas Shahab Perdana, dekat sini.

“Dia tidak ada masalah dengan kami, itu yang buat saya pelik. Namun setahu saya dia suka melepak di rumah kawan-kawan dan kadang-kadang sehingga tidak pulang,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kepala Batas sebulan selepas kehilangan anaknya itu.

Ditanya mengapa lambat membuat laporan, Sarimah berkata, dia tidak menyangka anaknya tidak pulang kerana setiap kali keluar dari rumah, dia tetap pulang.
Sarimah meminta sesiapa yang mengenali anaknya diminta menghubungi adik iparnya, Ahmad Basir Che An di talian 017-5196319.

Ketua geng curi diburu

Oleh Na’imah Mohamed
na’imah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dikehendaki polis selepas terbabit dalam sindiket curi kenderaan ditahan dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul, di sini kelmarin.
Penahanan itu juga adalah susulan penangkapan dua suspek sindiket curi kereta di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai, di sini 28 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, penahanan itu hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek terbabit.
“Suspek adalah seorang lelaki berusia 45 tahun dan siasatan awal mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau tetapi terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

“Difahamkan, suspek ketiga itu bertindak sebagai orang tengah yang melakukan urusan jual beli kenderaan yang dicuri.

“Ketiga-tiga suspek direman hingga 6 Ogos ini,” katanya.

Menurutnya, dalam serbuan itu, mereka turut menemui tiga lagi kenderaan yang dilaporkan dicuri di sekitar Lembah Klang iaitu dua Proton Wira Aeroback dan sebuah Kia Karnival.

“Selain itu, polis turut menemui beberapa geran serta cukai jalan palsu yang dipercayai digunakan sindiket terbabit untuk menjual kenderaan itu kepada pengedar kenderaan terpakai. “Polis masih memburu seorang lagi suspek yang dikenali sebagai ‘Rambo’ yang dipercayai bertindak sebagai ketua sindiket berkenaan,” katanya.
Wan Abdul Bari berkata, sekurang-kurangnya 20 kes curi serta pecah kereta berjaya diselesaikan selepas suspek diberkas walaupun masih terdapat seorang suspek yang masih bebas.

Polis turut menemui pelbagai barangan yang dipercayai dicuri dan disimpan di rumah suspek kedua termasuklah pisau pelbagai model, pedang samurai, keris, jam tangan pelbagai jenama, pemain DVD, perakam video Sony, serta telefon bimbit pelbagai jenama.

Api emosi

Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sesi pertemuan antara ibu bapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda (SMKBBU) dengan pengurusan sekolah berkaitan dakwaan anak mereka digari serta dilayan ala banduan, semalam, tegang.
Majlis berkenaan turut dihadiri Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKBBU yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerang, Datuk Samsol Bari Jamali, Pengarah Pelajaran Johor, Mohd Nor A Ghani dan Pengarah Penjara Kluang, Senior Asisten Komisioner, Roslan Mohamed.

Pertemuan itu dilakukan selepas 33 pelajar SMKBBU mendakwa didera ketika menyertai kem motivasi di Penjara Kluang bermula petang Jumaat hingga Ahad lalu.
Pertemuan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir tiga jam kemudian, segelintir ibu bapa pelajar terbabit nyata gagal mengawal emosi masing-masing apabila memaki-hamun selain bertindak agresif menghentak meja tanda tidak puas hati.

Ia dijalankan bagi mencapai jalan penyelesaian terbaik itu pada mulanya gagal dikawal kerana 13 keluarga yang hadir tidak mahu memberi peluang kepada pengurusan sekolah memberi penjelasan berkaitan isu terbabit.

Keadaan beransur tenang selepas Mohd Nor dan Roslan memberi jaminan melakukan siasatan terperinci dalam tempoh terdekat sebelum mengambil tindakan kepada individu atau pihak berkaitan sekiranya mereka didapati bersalah.

Mohd Nor yang ditemui selepas pertemuan itu berkata, pihaknya tidak bercadang menghentikan program ‘Price Of Freedom’ berkenaan, namun bersedia melakukan proses memperbaiki pengisian dan modul sekiranya terdapat kekurangan.

“Kami juga sedia mendengar dan menerima sebarang teguran daripada mana-mana pihak berkaitan permasalahan yang timbul bagi bersama-sama mencapai keputusan adil kepada semua.
“Jabatan Pelajaran mengamalkan sikap terbuka dan kita sedia memberi ruang mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian.

“Jika terbukti dakwaan itu benar, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan atau guru terbabit,” katanya.

Sementara itu, Roslan berkata, sejak awal tahun ini, enam sekolah di seluruh negeri ini termasuk SMKBBU menghantar pelajar mengikuti program motivasi terbabit.

“Bagaimanapun, kami tidak menerima sebarang aduan berkaitan salah laku atau keganasan yang didakwa dilakukan kakitangan saya melainkan kes ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment