Thursday, August 4, 2011

LAKSANAKAN HUKUM ISLAM...APA NAK TANGGUH2....KITA DAH LAMA MERDEKA...NAK TUNGGU DATANGNYA AZAB@MUSIBAH DARI ALLAH KE....

 A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan
kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para
ulama.

3 dicekup kurang 13 jam mayat ditemui



IPOH: Tiga daripada lima suspek yang disyaki terbabit dalam pembunuhan kejam Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Vaterinar Perak, Dr Rohani Kasim, 38, diberkas polis kurang 13 jam selepas mayat mangsa ditemui.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi semalam, Rohani yang masih bujang, dicekik sehingga mati sebelum pembunuh membalut mayat mangsa di dalam selimut tebal sebelum mengusungnya keluar rumah mangsa.

Suspek disyaki mahu membuang mayat mangsa di lokasi lain bagi mengelakkan jenayah itu dikesan.
Bagaimanapun cubaan dua suspek terbantut selepas perbuatan mereka mengusung tilam berisi mayat disedari pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan kira-kira jam 4.30 pagi menyebabkan mereka melarikan diri.

Kaki terjulur atas tangga

Oleh Kasdi Ali dan Mohd Husni Mohd Noor
am@hmetro.com.my

IPOH: “Saya mengucap panjang melihat kaki manusia terjulur dari gulungan selimut ‘toto’ ditinggalkan di atas tangga bertentangan pintu rumah,” kata Azlina Abu Talib, 33.
Azlina jiran kepada Dr Rohani Kasim, 38, ditemui mati dicekik di kediamannya di tingkat satu Pangsapuri Permai Lake View di Tambun, dekat sini, awal pagi semalam.

Azlina berkata, dia menyedari kejadian itu kira-kira jam 3 pagi semalam, selepas kecoh di luar rumahnya di tingkat bawah ketika bangun untuk bersahur.
“Saya terkejut mendengar bunyi bising dari arah tangga bertentangan pintu rumah saya dan keluar untuk mengetahui apa yang berlaku.

“Saya seperti tidak percaya apabila diberitahu pengawal keselamatan di pangsapuri terdapat mayat di atas lantai tangga menuju ke tingkat bawah, betul-betul di hadapan kediaman saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, dia memberanikan diri naik ke tangga untuk melihat balutan tilam didakwa mengandungi mayat wanita itu dan terkejut apabila mendapati kaki manusia terjulur dari dalam tilam itu.

“Saya diberitahu pengawal keselamatan bertugas ternampak kelibat dua lelaki mengusung balutan tilam berkenaan ketika melakukan rondaan.

“Namun, suspek mencampak tilam itu ke lantai tangga sebaik menyedari kehadiran pengawal berkenaan. Dua lelaki itu melarikan diri melalui tingkap rumah berhampiran yang tidak berjeriji sebelum menuju ke arah sebuah kereta dipandu seorang lelaki tidak dikenali,” katanya.
Menurutnya, dia hanya mengetahui seorang lelaki menetap di pangsapuri itu ditahan sejurus polis dimaklumkan kejadian itu. Azlina berkata, dia baru mengenali mangsa yang berpindah ke pangsapuri ini awal bulan lalu dan tidak sangka kejadian ngeri itu menimpanya.

Dia berharap polis memberkas segera penjenayah itu bagi mengelakkan penduduk dihantui ketakutan.

100 rakan sekerja hadir pengebumian Rohani

BAGAN SERAI: Jenazah Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veteriner (JPV) negeri, Rohani Kasim, 38, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tinggi di sini, jam 5.30 petang semalam, dihadiri lebih 100 orang termasuk rakan sekerjanya.
Jenazah tiba di kediaman keluarganya di Kampung Parit Haji Ali di sini, kira-kira jam 3.30 petang dari Bilik Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh sebelum disembahyangkan di Masjid Al-Athar.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharom.

Sahur terakhir



IPOH: “Saya tidak sedap hati sejak dia pulang ke kampung untuk bersahur bersama keluarga pada sambutan satu Ramadan di Kampung Parit Haji Ali, Bagan Serai, Isnin lalu.
“Namun langsung tidak menduga ia pertemuan kami yang terakhir,” kata Ahmad Azam, 51, abang sulung Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim, 38, yang ditemui mati di kediamannya di Pangsapuri Permai Lake View Tambun, awal pagi semalam.

Ahmad berkata, dalam pertemuan terakhir dengan adik perempuannya yang juga anak ketujuh daripada 10 beradik itu, arwah beberapa kali mengadu mengenai soal keselamatan di kediaman barunya ini.
“Adik saya mula bertugas di Ipoh pada 1 Julai lalu selepas dinaikkan pangkat. Dia sebelum ini bertugas sebagai pendaftar di Kolej Pertanian Sintok, Kedah.

“Namun, baru dua minggu mendiami rumah sewa barunya itu, dia sudah kerugian hampir RM15,000 apabila barang kemasnya dilarikan penjenayah yang memecah masuk ketika dia tiada di rumah pertengahan Julai lalu,” katanya sebak.

Menurutnya, dia tidak menyangka kejadian jenayah itu berulang sekali lagi apabila adiknya dibunuh kejam awal pagi semalam.

Ibu mangsa, Sharifah Razali, 72, ketika ditemui berkata, dia menemui Allahyarhamah ketika sahur Ramadan pertama di Kampung Parit Haji Ali, Bagan Serai. “Saya tidak nampak sebarang perubahan pada diri arwah. Cuma, dia sempat membeli barang keperluan harian sebelum pulang ke Ipoh pada pertemuan terakhir kami Isnin lalu. “Walaupun arwah tegas, dia penyeri di dalam keluarga kami dan disenangi semua ahli keluarga,” katanya ketika ditemui selepas membuat pengecaman mayat mangsa di Bahagian Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Sementara itu, kakak arwah, Ruzaina Kasim, 41, berkata adiknya pernah mengadu tertekan hingga migrain berhubung isu protes penyembelihan lembu betina bunting di Taiping baru-baru ini.
“Dia juga kerap mengadu mempunyai banyak kerja dan tidak dapat pulang selalu ke kampung untuk berbuka bersama. “Saya pernah menasihatkan dia yang tinggal bersendirian supaya menukar kunci rumahnya berikutan kejadian pecah sebelum ini. Tetapi tidak sangka dalam tempoh tidak sampai tiga minggu, rumahnya sekali lagi dipecah masuk tetapi kali ini berakhir dengan tragedi ngeri,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi semalam, mayat Rohani ditemui pengawal keselamatan pangsapuri dibalut dengan tilam di atas lantai tangga tingkat satu pangsapuri selepas dipercayai dicekik sampai mati oleh penjenayah yang memecah masuk rumahnya.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Pengarah Jabatan Khidmat Veterinar Perak, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam turut hadir menziarahi keluarga mangsa di bilik mayat HRPB.

Zambry yang mewakili kerajaan negeri memberi sumbangan RM8,000 kepada keluarga Allahyarhamah iaitu RM5,000 atas dasar tragedi dan RM3,000 bagi bantuan pengurusan jenazah pegawai awam.

“Saya harap semua pihak jangan membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini dan serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan,” kata Zambry.

Cekik, balut, seret mayat wanita



ORANG RAMAI mengusung jenazah Rohani yang mati disyaki dibunuh tiga lelaki dalam kejadian di tingkat dua Blok F, Apartmen Permai Lakeview, Tambun, Ipoh semalam.



IPOH - Kebimbangan seorang Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak mengenai rumahnya yang dipecah masuk hingga mengakibatkannya kerugian RM15,000 sampai ke kemuncaknya apabila dia ditemui mati dicekik semalam.
Mayat Dr. Rohani Kasim, 38, yang masih bujang ditemui dibalut dengan selimut tebal dan ditinggalkan oleh tiga lelaki dipercayai jirannya di atas tangga di tingkat dua Blok F, Apartmen Permai Lakeview, Tambun dekat sini.
Difahamkan, tiga penjenayah terbabit bertindak meninggalkan mayat anak ketujuh daripada 10 beradik itu di situ pada pukul 3 pagi selepas terserempak dengan beberapa penghuni ketika mereka disyaki hendak mengangkat mayat tersebut untuk dilupuskan.
Mangsa sebelum ini menjawat jawatan Pendaftar Kolej Pertanian Malaysia, Sintok, Kedah. Dia kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan sekarang dan berpindah ke situ bulan lalu.
Kakak mangsa, Ruzaina, 41, memberitahu, sebelum kejadian, adiknya ada mengadu yang dia bimbang mengenai keselamatan dirinya yang tinggal bersendirian di rumah baharu tersebut berikutan premis itu telah dipecah masuk kira-kira seminggu sebelum Ramadan.
"Ketika kami bertemu di kampung di Parit Haji Ali, Bagan Serai Isnin lalu, dia mengadu kerugian RM15,000 apabila barang kemasnya telah dilarikan penjenayah.
"Selain itu, dia juga tertekan berikutan pejabatnya diserbu ramai penternak lembu yang tidak berpuas hati dengan keputusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak mengharamkan penyembelihan lembu betina baru-baru ini," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Sementara itu, tukang kebun apartmen tersebut, Mohd. Faisal Mat Ghani, 28, berkata, dia bergegas ke blok tersebut sebaik terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi riuh-rendah.

No comments:

Post a Comment