SIFAT HASAD DENGKI, SOMBONG, TAKBUR, MENGUMPAT, RIAK DAN MEMBUAT FITNAH ADALAH DILARANG OLEH AGAMA ISLAM
Ketahuilah bahawa sifat-sifat seperti hasad dengki, sombong, takbur, mengumpat, riak dan membuat fitnah adalah seburuk-buruk dan sehina-hina sifat. Sifat ini sangat-sangat dibenci oleh Allah SWT. Jika kita mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba diantara kawan, keluarga, sudah pasti akan menjadi kucar kacil dan huru hara hubungan diantara manusia. Sifat-sifat ini tidak dipandang ringan oleh agama kita ia itu Islam. Ianya dikategorikan sebagai dosa-dosa besar kerana perlakuan sedemian umpama membunuh rakan atau saudara sendiri.
Firman Allah SWT dalam surah “al-Baqarah” – ayat 191 yang bermaksud:
“….. dan perbuatan fitnah itu lebih dasyat kesannya dari perbuatan membunuh …..”
Kita mengakui bahawa setiap insan itu mempunyai keaiban dan kesalahan yang telah dilakukannya. Maka keaiban itu tidaklah patut dihebah-hebahkan kerana kalau dihebahkan bermaksud kita telah mengaibkan diri sendiri. Umpat-mengumpat diantara kaum Islam masih berluas-luasa berlaku sejak berzaman hingga ke hari ini dan mungkin berterusan, umpamanya masih terdapat mereka-mereka yang selepas bersolat di masjid-masjid atau surau-surau melakukan perkara-perkara seperti mengumpat sesama sendiri terutama ketika besembang di gerai-gerai atau warong sebelum pulang kerumah. Adakala apabila timbul isu politik, mereka lah orang yang bijak didalam bidang itu mengalahkan orang politik. Apabila terlalu jauh membicarakan hal-hal yang tidak bergitu diketahui betul atau tidak perkara yang dibincangkan maka terjadilah perbuatan memfitnah orang-orang yang berkaitan.
Itupun baru hal-hal dengan cerita di warong, lagi bertambah teruk apabila membuat fitnah dan mengumpat didalam internet atau di laman-laman blog. Kadang-kadang kita terbaca bahawa umpat-mengumpat dan memfitnah di dalam laman blog tidak memberi apa-apa faedah kepada yang berbuat perkara tersebut. Ianya seakan-akan sedap membicarakan perkara yang diada-adakan atau perkara-perkara yang tidak diketahui sebenar-benarnya. Bukankah perkara ini di kategorikan sebagai fitnah.
Oleh itu, jauhkan umpat-mengumpat kerana ia adalah sifat orang yang jahat dan rosak akhlak, ia sudah semestinya tidak layak diamalkan oleh orang Islam yang beriman. Tiada gunanya orang-orang yang mentaati suruhan Allah SWT seperti mengerjakan solat, berpuasa dan menurut perintah Allah SWT tetapi masih terus membuat fitnah dan umpat-mengumpat sesama kuam Islam sendiri.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjauhkan buruk sangka, kerana buruk sangka itu setengah daripada dosa besar, janganlah kamu mengintai dan janganlah kamu mencerca serta mengumpat, setengah kamu akan setengah lain. Apakan kamu suka memakan dangging saudara kamu yang telah mati? Nescaya kamu takut kepada Allah bahawasanya Allah itu Penerima taubat”.
(Surah “al-Hujurat: Ayat 12)
Ayat diatas menjelaskan bahawa umat Islam dilarang menyimpan hasad dengki didalam hatinya keatas saudara-saudara Islam yang mendapata nikmat kerniaan daripada Allah SWT apatahlagi mengumpat saudara-saudaranya sendiri. Perbuat ini terlalu keji disisi Allah SWT. Allah SWT telah berjanji akan memasukkan umatNya yang mengumpat, memfitnah bangsa sendiri, negara dan sebagainya ke neraka jahanam sekiranya mereka ini tidak sempat memohon apun dan bertaubat kepada Allah SWT.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W. bersabda, mafhumnya:
“Wahai orang yang beriman dengan lisannya shaja dan meimanannya itu meresap kedalam hatinya, janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin, janganlah pula menjejaki keburukan mereka, sesiapa yang menjejaki keburukan mereka maka Allah SWT akan menjejaki keburukannya dan barangsiapa yang dijejaki kerburukannya oleh Allah SWT maka Allah SWT akan menyingkap keaibannya sekalipun ia berada di dalam rumah”.
(Riwayat: Abi Barzah al-Aslami R.A.)
Hadis diatas menyatakan bahawa sifat hasad dengki itu tidak memberi faedah langsung kepada yang melakukannya, melainkan dendam dan perbalahan yang akan menjauhkan perpaduan. Oleh itu jauhkanlah sifat hasad dengki, fitrah memfitnah. Orang yang hasad dengki membakar diri dan hatinya. Hasad dengki tidak boleh dipadamkan melainkan kebaikan dan ketaatan diri kepada Allah SWT sahaja. Memfitnahkan saudara sendiri adalah dilarang oleh Islam sama sekali. Hendaklah kita hindarkan daripada terus menerus melakukan perbuatan yang dimurkai oleh Allah SWT.
Kita seharusnya menjaga lidah kita supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang dilarang dan dilahnati oleh Allah SWT. Janganlah kita membuat fitnah terhadap sesiapapun sama ada mereka itu saudara kita ataupun tidak tetapi haruslah diingatkan bahawa kesuluruh umat Islam adalah bersaudara yang datang dari satu kaum. Sebab itulah Islam melarang umatnya memfitnah sesama Islam dan bukan hanya itu sahaja, kita sepatutnya menjauhi daripada mendengar perkara-perkara fitnah yang disampaikan oleh orang lain.
Oleh itu, jauhilah dari membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti membuat fitnah, mengumpat, mengutok dan menaruh hasad dengki terhadap saudara sendiri mahupun orang lain.
Kita telah diberi nikmat oleh Allat SWT maka hendaklah kita bersyukur kepadaNya. Janganlah kita bersifat besar hati dan takbur kerana Allah SWT berkuasa mengambil kembali nikmat yang telah diberikanNya kepada kita. Bersifat takbur itu adalah salah satu daripada satu cara Allah SWT boleh menghilangkan nikmatNya dari kita. Ingatlah Allah SWT tidak suka kepada orang yang bongkak dan takbur.
Firman Allah SWT dalam surah “al-Nahl” : ayat 23 yang bermaksud:
“Bahawasanya Allah SWT tidak suka kepada orang yang bersifat takbur”.
Janganlah kita lupa diri kerana banyaknya nikmat Allah SWT yang telah kita terima dan rasa sepanjang hayat kita didunia ini. Jauhkanlah perkara-perkara yang boleh membawa kepada pergaduhan, kerana kita sebagai umat Islam adalah bersaudara dari satu agama dan keturunan.
Kepada kita yang pernah melakukan perkara-perkara yang di larang ole Allah SWT hendak lah segera bertaubat kerana takut sekiranya kita tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT dan memohon ampun kepadanya maka kita dimasukan ke neraka.
Sombong kepada Orang Sombong Sedekah?
Ust. Mau tanya, bener gak ada hadis yg mangatakan sombong kepd orang sombong adaleh shadaqah? Nuhun Ust. 08122133XXXJAWAB: Tidak benar. Itu bukan hadits, tapi hanya ungkapan. “Menyombongi orang sombong adalah sedekah” (at-takabburu ‘alal mutakabbir shodaqotun).
Dalam buku Hadis-hadis Bermasalah, Prof. Dr. KH. Ali Mustafa Yaqub, MA, seorang pakar Ilmu Hadits Indonesia, mengutip pernyataan Imam Al-Qari yang diriwayatkan dari Imam Ar-Razi, bahwa ungkapan di atas sekadar omongan orang, bukan hadits.
Yang jelas, sombong kepada siapa pun dilarang dalam Islam. Menyikapi kesombongan dengan kesombongan lagi sama buruknya.
Sombong sendiri makna hakikinya dalah menolak kebenaran dan merendahkan orang lain. “(Orang sombong adalah) orang yang menolak kebenaran dan merendahkan orang lain” (HR Muslim).
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang sombong lagi membanggakan diri. (QS Luqmân [31] : 18). Wallahu a’lam.*
Angkuh dan Sombong
Orang yang angkuh dan tidak mempertimbangkan perasaan orang lain, serta sensitif,tidak akan mempunyai ramai kawan dan selalunya orang lain akan cuba menjauhi diri dari mereka. Ini akan meningkatkan tahap tekanan, kekecewaan, berasa sunyi dan banyak lagi tanda-tanda negatif dalam diri golongan orang yang angkuh.Walau betapa besar atau tinggi kedudukan seseorang, seseorang itu tidak akan lebih besar atau tinggi dari gunung. Walau betapa kuatnya seseorang itu, dia akan dikalahkan juga oleh orang lain atau sesuatu yang lebih kuat.
Ramai orang yang sombong dengan pangkat, kekayaan, glamour, kelebihan, harta dan sebagainya.
Ingatlah, Barangsiapa yang membuat amalan dengan sombong, Allah akan membuka keaiban dan kekurangan dari amalan tersebut (maksud Hadith Muslim)
Hari ini, kita dipuji oleh orang lain, kita disanjung oleh orang lain, kita di puja oleh orang lain bukan kerana kehebatan kita, Kita dipuji oleh orang lain kerana Allah menutup keaiban kita. Jika Allah membuka keaiban kita, tidak ada lagi kemuliaan di sisi manusia.
oleh itu, jangan sombong dengan apa yang kita ada. Tawadhuklah, kerana orang yang tawadhuk kerana Allah akan diangkat darjatnya di mata manusia (maksud hadith at-Tarmizi)
Sombong berarti menolak kebenaran dan melecehkan / merendahkan orang lain, dan memandang dirinya sempurna segala-galanya. Sombong adalah keadaan di mana seseorang bangga dengan dirinya sendiri. Sifat sombong dilarang dalam Islam, karena sifat ini dan sifat angkuh telah banyak mencelakakan makhluk ciptaan Allah swt. Kesombongan iblis telah menyebabkannya terusir dari surga. Kesombongan sejumlah umat para Nabi, juga telah menyebabkan terjadinya kehancuran.
Manusia tak boleh sombong disebabkan manusia adalah makhluk yang lemah. Makhluk yang lemah itu tentu tak pantas angkuh dan sombong. Beberapa kerugian dari orang yang sombong adalah :
1. Telah Mengabaikan Perintah Allah swt;
2. Menjadi Penghuni Neraka. QS az-Zumar:72)
3. Pintu hatinya terkunci & tertutup.
4. Kesombongan Membawa Kepada Kehinaan Di Dunia & Di Akhirat
Sehubungan dengan ini, maka jauhilah sifat angkuh dan sombong itu, agar karunia Allah swt selalu beserta kita. Amin.
3 contoh manusia yang angkuh dan sombong tercata di dalam al-quran.
Allah subhanahu wata'ala juga telah menenggelamkan Fir'aun dan bala tentaranya di lautan karena kesombongan dan keangkuhannya terhadap Allah subhanahu wata'ala dan juga kepada sesama kaumnya, dan karena kesombongannya itulah dia lupa diri sehingga dengan keangkuhannya dia menyatakan dirinya adalah tuhan yang harus disembah dan diagungkan.
Kehancuran kaum Nabi Luth alaihis salam juga karena kesombongan mereka dengan menolak kebenaran yang disampaikan Nabi Luth alaihis salam agar mereka meninggalkan kebiasaan buruk mereka yaitu melakukan penyimpangan seksual, yakni lebih memilih pasangan hidup mereka sesama jenis (homosek), sehingga tanpa disangka-sangka pada suatu pagi, Allah subhanahu wata'ala membalikkan bumi yang mereka tempati dan tiada satu pun di antara mereka yang bisa menyelamatkan diri dari adzab Allah yang datangnya tiba-tiba.
Qorun tenggelam beserta seluruh hartanya ke dalam perut bumi karena kesombongan dan keangkuhannya terhadap Allah subhanahu wata'ala dan juga kepada sesama kaumnya.
Mengapa manusia tidak boleh sombong? Sebab manusia adalah makhluk yang lemah, maka pantaskah makhluk yang lemah itu bermega-megahan dan sombong di hadapan penguasa langit dan bumi?
Namun fenomena dan realitinya yang ada masih banyak manusia itu yang lupa hakikat dan jati dirinya, sehingga membuat dia sombong dan angkuh untuk menerima kebenaran, merendahkan orang lain, serta memandang dirinya sempurna segala-galanya.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, telah menjelaskan tentang bahayanya sifat kesombongan dan keangkuhan, sebagaimana diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas'ud radhiyallahu 'anhu , dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda,
"Tidak masuk syurga siapa saja yang di dalam hatinya ada sedikit kesombongan, kemudian seseorang berkata: "(ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu senang pakaiannya bagus dan sandalnya bagus", Beliau bersabda:
"Sesunguhnya Allah itu Indah dan Dia menyenangi keindahan, (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan melecehkan orang lain" (HR. Muslim)
Imam An-Nawawi rahimahullah berkomentar tentang hadits ini, "Hadits ini berisi larangan dari sifat sombong yaitu menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan mereka dan menolak kebenaran". (Syarah Shahih Muslim
2/269).
Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata, "Orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia memandang orang lain rendah, meremehkannya dan menganggap orang lain itu tidak pantas mengerjakan suatu urusan, dia juga sombong menerima kebenaran dari orang lain". (Jami'ul Ulum Wal Hikam 2/275)
Raghib Al-Asfahani rahimahullah berkata, "Sombong adalah keadaan/kondisi seseorang yang merasa bangga dengan dirinya sendiri, memandang dirinya lebih utama dari orang lain, kesombongan yang paling parah adalah
sombong kepada Rabbnya dengan cara menolak kebenaran (dari-Nya) dan angkuh untuk tunduk kepada-Nya baik berupa ketaatan maupun dalam mentauhidkan-Nya." (Umdatul Qari` 22/140).
Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan Firman Allah subhanahu wata'ala, "Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh", maksudnya janganlah kamu menjadi orang yang sombong, keras kepala, berbuat semena-mena, janganlah kamu lakukan semua itu yang menyebabkan Allah murka kepadamu". (Tafsir Ibnu Katsir 3/417).
Gagal mensyukuri nikmat Allah adalah petanda sifat angkuh dan sombong, sesungguhnya sifat angkuh dan sombong itu adalah warisan syaitan, Firaun, Hamman, Qarun, Abu Jahal dan Abu Lahab.
Carilah kebenaran agar menjadi orang yang tidak sombong cerdik sungguh..
di hadapan diri kita ialah Ujian dari Allah - lihat balik ayat ayat NYA: Kami akan uji kamu .....................
lalu DIA SWT menambah, di dalam diri kamu ada bukti kebenarannya, MENGAPA kamu tak mahu berfikir?
sombonglah tu, merasa diri tahu segala, tak mahu menerima kebenaran yang disampaikan oleh 'budak'
padahal kisah hasan dan hussin, cucunda Rasulillah menceritakan bab wuduk dengan mengamalkannya, untuk menegur orang tua tua yang gagal menyempurnakan wuduknya.
zaman telah berubah, hal YAKIN yang ESA tetap sama sahaja
tetapi, hari ke hari satu demi satu orang Alim meninggalkan kita, sedangkan kita merasa, ini zaman IT, berlambaknya pengetahuan. Semuga kita dapat Ilmu kebenaran
bukan hanya, pengetahuan keduniaan semata
orang yang TETAP bersyukur, tidak akan, mengalah
"kamu hanya menyampaikan kebenaran, Allah yang beri Hidayah"
semuga berjaya mencapai IKHLAS
berlaku JUJUR lah
semuga benarlah Deenun Nasihah
siapa siapa sahaja yang mendapat HidayahNya dia lah paling beruntung
sesiapa yang disesatkan oleh pilihan dirinya, tiada siapa yang dapat Hidayahkannya
bertaqwalah
Dengan sebenar benar taqwa, dan janganlah kamu MATI, melainkan ketika berserah kepada Allaah
marilah kita bermohon kepada Allah, Ya Allaahu, berikan kami ILMU dan Kefahaman, agar kami mampu mengamalkan dengannya, Kami bermohon rahmat dan kasih sayangMU, ya Allaahu, tanamkan ke hati kami, kecintaan kepada MU.............................ampun ya Allaahu,
subhanallah walhamdulillah
Hati orang-orang yang sombong terkunci daripada cahaya kebenaran sebagai balasan dan seksaan Allah kepada mereka.Firman Allah dalam surah al-Mu'min atau Ghafir,ayat 35:
"(Iaitu) orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah dengan tidak ada sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya). (Bantahan yang demikian) besar kebenciannya dan kemurkaannya di sisi hukum Allah dan di sisi bawaan orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah meteraikan atas hati tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bermaharajalela pencerobohannya!
Hukuman bagi mereka yang sombong, merasa diri lebih tinggi, dan tidak mahu tunduk kepada kebenaran. Mereka akan diseksa di dalam neraka Jahannam hina dan dikucilkan.Firman Allah dalam surah al-Mu'min, ayat 60:
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. "
Na'uzubillahiminzalik..
orang-orang berdiri menghormatimu pada saat anda keluar dan masuk pintu rumah. Nabi SAW pernah mengatakan,
"Barangsiapa merasa senang bila orang-orang berdiri menghormatinya, maka dia harus mempersiapkan tempatnya di neraka."(HR Bukhari)
Jangan berbuat kerosakan di muka bumi. Semua nikmat yang anda rasakan itu adalah daripada Allah SWT, dan Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi angkuh. Jangan pernah merasa tersanjung ketika
salin daripada FIKIH AKHLAK Musthafa al-'Adawy
Takabbur, sombong, bongkak, angkuh dan adalah sifat yang tercela dalam Islam, sifat yang dibenci oleh Allah Subahanu wataala dan Rasulnya. Kerana itu kita ditegah dari bersikap sombong dan membangga diri.
Firman Allah swt;
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Maksudnya; Dan janganlah engkau memalingkan muka-mu kerana memandang rendah kepada manusia dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur lagi membangga diri.” (Surat Luqman:18).
Sombong Adalah Selendang ALLAH
by
Dalam Al-Qur’an surat Luqman ayat 18 dan 19, ALLAH SWT berfirman,
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.Dari dua ayat di atas kita bisa menarik sebuah kesimpulan bahwa sikap dan sifat sombong, angkuh dan suka membanggakan diri sangat tidak disukai oleh ALLAH SWT. Tetapi ALLAH sangat menyukai sifat rendah hati dan sederhana. Ada banyak lagi ayat-ayat dalam Al-Qur’an yang mencela sikap sombong di antaranya:
Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. (QS. Al-A’raaf [7]: 146)
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong. (QS. An-Nahl [16]: 23)
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina. (QS. Al-Mu’min [40]: 60)Rasulullah saw., pun mencela sikap sombong. Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda,
Tidak akan masuk surga orang yang hatinya terdapat seberat biji sawi dari sikap sombong. (HR. Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)Di hadits yang lain Rasulullah saw. bersabda,
ALLAH SWT berfirman, sifat sombong itu selendang-KU, dan keagungan itu pakaian-KU. Barangsiapa yang menentang-KU dari keduanya, maka AKU masukkan ia ke neraka Jahannam. (HR. Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)Sementara itu Amr bin Syu’aib meriwayatkan dari ayahnya dari kakeknya, bahwasanya Rasulullah saw. bersabda,
Orang-orang yang sombong besok di hari kiamat akan dikumpulkan seperti semut-semut kecil dalam bentuk manusia, mereka datang dengan hina dari berbagai tempat, mereka diberi minum dari keringat penduduk neraka yang berupa nanah dan darah penduduk neraka. (HR. Ahmad danAt-Tirmidzi: 2492)Abi Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda,
Saya diperlihatkan 3 (tiga) golongan pertama yang masuk surga dan 3 (tiga) golongan pertama yang masuk neraka. Adapun tiga golongan pertama yang masuk surga adalah orang yang mati syahid, budak yang dimiliki tuannya akan tetapi ia melaksanakan ibadah kepada ALLAH SWT dengan sebaik-baiknya dan memberikan nasihat kepada tuannya, dan orang yang menjauhkan dirinya dari hal-hal yang haram dan meminta-minta orang lain, padahal ia mempunyai tanggungan keluarga. Sedangkan tiga golongan pertama yang masuk neraka adalah pemimpin yang sewenang-wenang dan orang mempunyai harta banyak, akan tetapi ia tidak memberikannya kepada orang lain yang berhak menerimanya dan orang fakir yang sombong. (HR. Ahmad, Ibnu Hibban, Ath-Thayalisy, dan Al-Hakim)Manusia sesungguhnya adalah makhluk yang dhaif (lemah) karena itu tidak berhak untuk menyombongkan diri dengan apapun yang dimilikinya. Sesungguhnya semua yang dimiliki oleh manusia hanyalah titipan, hakikatnya semua adalah milik ALLAH. Dan semua itu akan kembali kepada-NYA.
Sungguh jelas ancaman ALLAH atas sifat dan sikap sombong ini seperti yang sudah dituliskan pada ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadits di atas. Jika sudah sedemikian jelas ancaman untuk kesombongan, apakah kita masih berani untuk sombong??
Mari kita tanggalkan pakaian kesombongan, takutlah akan ancaman ALLAH SWT. Mari kita beristighfar, memohon ampun atas kesombongan-kesombongan yang mungkin pernah kita lakukan, baik secara terang-terangan maupun secara tersembunyi. Mari kita pakai pakaian rendah hati untuk menggantikan pakaian kesombongan yang pernah atau masih kita kenakan. Semoga ALLAH SWT mengampuni dosa-dosa yang telah kita lakukan.. amin yaa Rabb..
No comments:
Post a Comment