RAMAI WANITA MASUK NERAKA
ismailybungsu
sabah
ORANG Islam wajib atau seharusnya percaya kepada kitab yang namanya Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Keempat-empat kitab berkenaan wajib dan harus sangat diyakini dan diimani, meskipun yang wajib dan diamalkan hanyalah isi Al-Quran iaitu kitab terakhir yang ditanzilkan kepada yang juga merupakan rasul terakhir yang namanya Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam.
Juga setiap yang namanya orang Islam walau di mana jua mereka berada harus percaya tentang adanya hari kiamat sebab percaya adanya hari kiamat merupakan kemestian pada kalangan masyarakat Islam kerana telah dinyatakan bahawa barang siapa yang tidak percaya adanya kiamat, maka orang yang sedemikian itu bukanlah beragama Islam namanya. Nah, sesungguhnya itulah yang ditentukan/ditetapkan oleh Islam yang dibawa oleh Nabi junjungan.
Lalu tentunya kita bertanya tentang bila datangnya hari kiamat yang dimaksudkan itu. Yang jelas banyak yang menyatakan bahawa tarikhnya amat lama lagi dan kita yang ada kononnya tidak akan kesampaian waktunya dan kerana itulah banyak kalangan kita sekarang ini tidak memperdulikan setiap apa saja larangan dan perintah Allah, lainlah kalau atau mungkinnya kita sendiri sudah tahu yang diri kita akan mati esok hari seperti mereka yang dihukum gantung sampai mati kerana mengedar dadah atau membunuh sesama manusia. Baru padan muka!
Sebenarya hari kiamat memang pasti akan terjadi dan dunia ini akan hancur dan jadualnya terjadi mungkin saja esok, lusa, tolat atau hari-hari selanjutnya sebab tanda-tandanya hari kiamat itu memang sudah ada seperti yang dicatatkan lewat Al_Quran. Misalnya hamba kalangan perempuan telah digauli oleh tuannya hingga melahirkan anak, bukan saja hal demikian berlaku, malah ada atau memang banyak orang tua yang namanya nenek atau bapak kandung mengauli anak kandungnya sendiri yang menyebabkan anak berkenaan berbadan dua atau beranak pinak tanpa diketahui atau memangnya diketahui, tapi orang selalu berdiam diri kerana bersikap tidak mahu menjaga tepi kain orang lain atau kalau dilaporkan yang berkenaan bakal mengamuk kononnya macam dialah kononnya terkuat di dunia atau membikin huruhara. Hai! kamu kelihatannya macam haiwan atau ikan yang namanya haruan makan anak akan pasti dilaknati Allah dan diletakkan di neraka jahanam.
Juga banyak yang suka berpakaian hampir bertelanjang atau memang bertelanjang sambil berjalan tanpa sepatu atau alas kaki, berlaku perlumbaan sengit untuk membangun bangunan tinggi yang namanya pencakar langit. Nah, bukankah hal yang saya perkatakan sudah begitu jelas kelihatan sekarang ini di hadapan kita? Lalu kerana itu tidak perlu lagi kita bertanya tentang bila hari kiamat itu berlaku dan yang pentingnya pula kita harus beringat dan memperbanyakkan amalan bukan memperlipat gandakan atau terus melakukan dosa yang kelak mati menjadi "hantu bangkit" atau "tutut" akibat banyaknya kelakuan sumbang yang ditanggung atau akibat hipokrit perilaku atau perbuatannya. Jangan asyik bermain drama yang seolah-olah orang semacam saya ini tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Hipokritnya bukan main macam ahli politik yang suka berjanji, lepas pilihanraya hilang entah ke mana, malah untuk ketemu susahnya bukan main. Tinggi gunung seribu janji. Lain di bibir, lain di hati. Kamu ingat saya tak tahu akan perbuatan kamu? Astaga!
Untuk kaum wanita atau yang bernama isteri, sebenarnya catatan ini merupakan amaran yang amat keras, tapi bukan pula maksudnya mahu menakut-nakutkan sebab yang saya perhatikan dan saya baca selama ini bahawa jelaslah yang kelak ramai masuk neraka ialah yang namanya kaum wanita atau yang bergelar isteri khususnya. Kesian! jangan marah atau mudah melenting kerana kenyataan ini bukan kenyataan saya atau sengaja saya ada-adakan, tapi adalah kenyataan atau sabda Nabi Junjungan kita seperti yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar Radiyallahu Anhuma. Tak percaya atau sangsi atas sebab saya bukan seorang ustaz yang bertauliah/bersijil, tanya saja yang alim ulama atau para ustaz seperti kawan baik saya yang namanya Ustaz Ariffin Arif atau ustaz-ustaz lain yang ada di Jabatan Agama Islam Sabah, tapi jangan tersalah tanya pada yang bukan-bukan kala banyak yang menyamar.
Nah, kalian tentunya mahu tahu kenapa nabi bersabda sedemikian rupa. Alasan nabi yang kaum wanita atau yang namanya isteri banyak memasuki atau menjadi penghuni neraka ialah atas sebab mereka banyak mengutuk dan mengingkari perintah suami. Betul atau tidak? Tanyalah diri sendiri!. Lagipun kaum wanita/isteri pasti akan berbuka puasa atau "makan siang" atau "sungkai" dan tidak akan bersembahyang ketika datangnya bulan ramadhan atas sebab adanya haid yang ditentukan hadirnya setiap bulan kecuali yang belum sampai waktunya atau kerana berpenyakitan yang tentu saja memerlukan perhatian sang doktor.
"Kerana itulah juga kaum wanita atau isteri harus banyak bersedekah, berinfag dan membantu orang miskin" Katanya Abdullah bin Umar lagi, lagi pun nabi junjungan kita pernah bersabda bahaya kebaikan yang bakal dilaksanakan akan melenyapkan keburukan atau dosa yang pernah dilakukan, itupun kalau nantinya diampunkan oleh Allah, tapi orang Islam amat yakin dan amat percaya sekali bahawa memangnya Allah maha pengampun dan maha penyayang kepada semua hambanya kecuali barangkali mereka yang degil dan terus membuat kesalahan demi kesalahan sebab memang kalangan kita selalu bertaubat, tapi terus jua melakukan kesalahan atau larangan atau yang tidak disuruh oleh Allah secara bersilih ganti. Taubat sedemikian tentunya tidak diterima oleh Allah.
Disamping yang dinyatakan di atas, sebab-sebab lain ialah wanita atau isteri memangnya selalu durhaka terhadap suami seperti bila dipanggil enggan datang, kata-katanya kasar sangat atau lebih kuat/tinggi dari kata-kata suami alias selalu meninggikan suara, membantah suruhan suami, bermasam muka yang menyebabkan suami selalu berdukacita, membebankan suami dengan cara mohon minta belikan bermacam-macam yang diluar kemampuan suami seperti gelang emas, cincin dan intan permata hingga suami bersusah payah berhutang di Kopeks atau Moccis atau terpaksa bergadai harta atau terpaksa menerima rasuah.
Disamping itu sang isteri juga selalu berhias dengan cara memakai pakaian yang baru atau "up to date" dan menghairahkan sambil skirtnya berbelah dan kenampakan pahanya yang memutih dan kemudian berwangi-wangian yang bukan untuk suami serta keluar rumah tanpa izin suami, menghina pengorbanan suami, membenarkan orang lain masuk ke rumah tanpa keizinan suami, disamping tidak mahu menerima sebarang tunjukajar suami atau bolehlah dikatakan engkar perintah. Hai sang suami, apakah isteri anda sedemikian sifatnya atau sang isteri terasakan sindiran/catatan ini?
Yang nyata sekarang ini dan diakui banyak orang seperti yang pernah diceritakan oleh banyak kawan atau suami yang isterinya berkerja bahawa isteri mereka sesuka hati keluar rumah tanpa izin suami atau balik lambat. Benarkah? Apakah anda salah seorang dari yang dimaksudkan?. Apakah anda salah seorang yang selalu bermasam muka ketika suami kembali dari berkerja untuk maksud mendapatkan nafkah hidup demi isteri dan anak-anak? Apakah anda merupakan isteri yang selalu menerima tetamu tanpa izin suami, lalu selalu berasmaradana atau paling enak dikatakan ada "part time lover"?
Apakah anda merupakan isteri yang selalu menceritakan keburukan suami kepada orang lain atau teman-teman anda di pejabat? Apakah anda isteri yang selalu atau seringkali keluar rumah dan berhiasnya bukan main hebat dan mengalahkan anak dara/bujangan yang mahu mencari pasangan serta selalu memakai minyak wangi jenis christian dior, ralph lauren, clandestine, obsession atau lain-lain jenama yang dengan harapan orang lain akan tercium baunya yang nantinya lewat dalam lift atau di mana-mana jua pun dan segera nantinya mereka jatuh cinta atau nafsu berahinya tiba-tiba menjelma tanpa peduli yang berkenaan isteri orang atau tunangan orang/apa lagi setelah tertelan yang namanya pil viagra buatan Amerika itu?
Awas, kalaulah anda adalah orangnya, maka nerakalah tempat anda dan pastinya akan bernang di lautan api dan nanah manusia. Itulah kenyataannya dan mulai sekarang sebaiknya banyak-banyaklah belajar agama dan beribadat. Jangan marah kerana terpaksa diperkatakan hal ini atas sebab rasa sayang saya kepada anda walaupun pahit terasakan. Ingat, hidup ini tak lama dan kita harus selalu ingat mengingati sebab mengingati suatu kewajiban. Sedar dan banyakkan beribadat bukan menunggu usia atau nantinya bergelar nenek atau setelah mahu mati baru berjuta kali bersembahyang serta mengingat Allah yang lalu menyesalnya bukan main. Menyesal dahulu ada gunanya, menyesal kemudian buruk kelak wajah kita, tapi harus diingat dosa sesama manusia setahu saya hanya boleh diampunkan oleh manusia itu sendiri seperti dosa memfitnah dan dosa-dosa lain. Iya, baca dosa diri yang selama ini pernah terlakukan pada kawan-kawan atau sesama Islam!
Memang banyak kaum wanita atau yang namanya isteri sejak kebelakangan ini suka benar keluar rumah tanpa pengetahuan suami dan kemudian mereka ketemu kawan-kawannya sambil minum dan bersembang di hotel bertaraf lima bintang dan ada pula memberikan alasan terlalu sebok akibat banyak kerja yang diamanahkan oleh persatuan atau perkumpulan kebajikan atau sekadar alasan sahaja misalnya sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri atau barangkali ada yang sengaja mencari seboknya di mana-mana untuk menjadi alasan keluar rumah kala malam.
Terkadang hanya berada di rumah selepas sembahyang maghrib dan sesudah mandi keluar lagi atau kalau tidakpun asyik menonton drama Cina yang bermula jam 6:30 petang seperti The Princes Of Xue Xue, Return To The Truth, Fate Cast In The Wind, Dragon in The Mask dan macam-macam sehingga habisnya berita jam lapan malam dan sesudah itu enggan pula memasak atau menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak tercinta sehingga makanan anak-anak kekurangan zat/gizzi makanan yang menyebabkan otak anak-anak tak kreatif, tak produktif dimana akhirnya selalu gagal dalam pepereksaan, manakala kaum Cina yang mengutamakan makanan yang berzat dan berbagai hingga melahirkan anak-anak yang pintar serta bijaksana dan mendapat nombor terbaik lewat pepereksaan. Benarkah atau tidak kenyataan ini?
Sudahpun masa banyak terbuang di luar rumah kerana persatuan dan akhirnya kembali ke rumah sambil mengeluh kepenatan dan kekurangan "mood" untuk melayan suami dan akhirnya sang suami yang tidak mahu menimbulkan pertengkaran terus keluar rumah untuk mencari makanan atau makan nasi bungkus sebab Nabi junjungan pernah menyatakan agar kita makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang sebab tidak memperdulikan semua hal berkenaanlah bakal mengundang diri untuk memperolehi penyakit yang namanya gistrik dan terkadang sang suami terpaksa mencari kasih sayang di luar rumah atau bersembang, melepak dengan kawan-kawan yang boleh sharing permasalahan dan tentunya bakal meringankan sedikit beban fikiran untuk mengelakkan diri gila dan nantinya di hantar ke Bukit Padang. Kemungkinan bah!
Nah, adakah perlakuan atau perolahan ini merupakan kesalahan yang harus dibentak-bentak dan isteri terus melakukan perbuatan yang dinyatakan atau adakah suami yang harus disalahkan? Barangkali wanita atau isteri yang solehah saja dapat memberikan jawaban yang setepatnya kerana jawabannya tentu tidak disertakan dengan jawaban yang berdasarkan perasaan panas baran. Kenyataan inilah yang menyebabkan Nabi bersabda yang kaum wanita atau isteri merupakan yang paling ramai menjadi penghuni neraka sebab banyaknya dosa yang ditanggung tanpa disedari sebab kuman di seberang lautan bisa dilihat sedang gajah di bibir mata tak kelihatan.
Mohon maaf kalau catatan ini menyebabkan pembaca marah, tapi yakin dan percayalah bahawa yang dimaksudkan adalah sekadar peringatan dan saya tidak pula bertujuan mahu mengenakan atau mahu menyindir sesiapapun kerana sebagai penulis saya punya kewajiban untuk memperingatkan diri saya dan saudara-saudara saya yang ada. Mudah-mudahan ada rahmat dan hikmahnya.
nota: sila sebarkan.TQ
Pengawal curiga bongkar jenayah
Oleh KASDI ALI
kasdi@hmetro.com.my
kasdi@hmetro.com.my
TAKUT... Bukhari masih terbayangkan wajah mangsa ketika menyelak cadar yang membalut mayatnya.
Seorang pengawal keselamatan dikenali sebagai Bukhari, 62, berkata lelaki terbabit yang juga jiran kepada mangsa mengatakan demikian selepas dia menghampirinya kerana curiga melihat suspek memikul cadar pada awal pagi.
“Saya bersama seorang rakan setugas baru melangkah dua anak tangga dan belum sempat kami bertanya, dia terus memberitahu dia tidak mengenali perempuan ini.
“Ketika itu baru saya perasan kaki manusia terjulur keluar daripada hujung cadar dalam keadaan terikat dan melihat kami semakin mendekatinya, lelaki terbabit terus meletakkan cadar berkenaan ke lantai tangga,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Bukhari adalah individu penting dalam membantu polis menyelesaikan kes pembunuhan Rohani yang mati dicekik di rumahnya di unit F-1-09, Pangsapuri Permai Lake View, Tambun, dekat sini, hingga tertangkapnya empat suspek, termasuk lelaki yang memikul cadar berisi mayat mangsa, dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian.
Malah, sikap bertanggungjawab Bukhari yang hampir lima tahun bertugas sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri itu menyiasat gelagat mencurigakan berhampiran kediaman mangsa berjaya menghalang niat jahat suspek yang dipercayai cuba membawa keluar mayat untuk dibuang di tempat lain.
“Saya melakukan rondaan rutin sekitar kawasan pangsapuri yang mempunyai sembilan blok ini apabila melihat kelibat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan mundar-mandir di depan kawasan tangga Blok F berhampiran kediaman mangsa seperti memerhatikan sesuatu, jam 3.30 pagi.
“Saya memerhatikan tindak-tanduk lelaki terbabit dengan berselindung di sebalik sebuah kenderaan dan ketika itu juga saya menyedari dua lelaki dalam sebuah kereta Perodua Kancil yang dihidupkan enjin tetapi lampu ditutup parkir bersebelahan kereta mangsa,” katanya.
“Suspek kelihatan gelisah dan tidak semena-mena dia memberitahu pula mangsa sakit dan mahu menghantarnya ke hospital, sedangkan sebelum itu mengatakan tidak mengenalinya.
“Sebaik saya bertanya kenapa kaki dan tangan mangsa terikat, dia terus melarikan diri ke tingkat atas dan pada masa sama, tiga lagi lelaki yang dilihat sebelum itu, turut cabut dengan menaiki kereta,” katanya.
Bukhari berkata, dia memberanikan diri membuka cadar untuk melihat keadaan mangsa dan mengucap panjang apabila mendapati mulut mangsa ditutup dengan pita pelekat serta mukanya lebam kebiruan.
Menurutnya, dia memaklumkan kejadian kepada ketua pengawal yang menghubungi polis. Keterangan Bukhari berjaya membantu polis menangkap dua suspek dalam tempoh kurang dua jam selepas kejadian di kawasan berhampiran diikuti penahanan dua lagi suspek pada hari sama.
“Saya masih terbayangkan keadaan muka mangsa ketika menyelak cadar itu dan sedih mengenangkan nasibnya diperlakukan sedemikian rupa.
“Saya mengenali keempat-empat lelaki yang saya lihat pada hari kejadian kerana mereka adalah jiran yang tinggal berdekatan rumah mangsa.
“Apapun, saya menyerahkan segala-galanya kepada polis untuk melakukan siasatan rapi dan mengheret individu bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, siasatan lanjut masih dijalankan tetapi pihaknya yakin kes dapat diselesaikan dengan tertangkapnya empat suspek terbabit.
“Tangkapan pertama dibuat terhadap dua lelaki masing-masing berumur 26 tahun di sekitar kawasan kejadian pada jam 4 pagi. Dua lagi suspek masing-masing berusia 20 dan 22 tahun berjaya ditahan di Tanjung Malim pada jam 4.30 petang dan di Slim River jam 10.25 malam hari sama.
“Polis percaya seorang daripada suspek mungkin terbabit dalam kes pecah rumah mangsa pada 14 Julai lalu berdasarkan penemuan barang kemas mangsa. Siasatan lanjut akan dijalankan dan punca kematian masih disiasat,” katanya.
Ugut jiran dengan ular sawa batik
KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pemuda meletakkan seekor ular sawa batik dalam guni di hadapan rumah jirannya dengan niat menakut-nakutkan mangsa menjerat dirinya sendiri apabila dia ditangkap di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, Cheras di sini semalam.
Kejadian itu berlaku pukul 9.40 malam apabila suspek yang bekerja sebagai buruh am berusia 22 tahun membawa satu karung guni berisi ular sawa sepanjang 2.4 meter.
Namun ketika di hadapan rumah mangsa di tingkat lapan flat itu, dia mengalami kesukaran melepaskan ular itu untuk masuk ke dalam rumah sehingga disedari anak lelaki mangsa yang kemudian mengejar suspek dan menangkapnya.
Pemilik rumah, V. Rajoo, 51, mengenali suspek dan yakin dia bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan dirinya selaku Ketua Biro Keselamatan dan Pengaduan Awam yang sering terlibat dalam kegiatan pencegahan jenayah di kawasan berkenaan.
'Kembalilah ke pangkal jalan'
PASIR MAS - Seorang bekas pegawai Jabatan Imigresen yang dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berpesan kepada rakan-rakannya yang masih bertugas supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan selagi mereka ada masa untuk berbuat demikian.Lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan atas tuduhan terbabit dalam kegiatan penyeludupan manusia bersama tujuh lagi rakan setugas tahun lepas sebelum kesemuanya dibebaskan pada Selasa lalu.
"Kalau ada yang masih buat perkara itu, saya nasihat jangan lakukan kerana akhirnya akan merugikan diri sendiri, dan fikirlah kepada keluarga sendiri,'' katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini semalam.
Turut hadir ialah Timbalan Komisioner Kanan Penjara Bahagian Dasar Kepenjaraan Ibu Pejabat Penjara, Supri Hashim.
Dia turut melahirkan kesyukuran atas pembebasannya dan berterima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Lelaki itu mengakui penahanan di Kem Tahanan Perlindungan Kamunting (Kemta) memberi keinsafan kepadanya.
TERKINI
Tender plat “KDA” berjumlah RM762,601
07/08/2011 1:55pm
ALOR SETAR – Nombor pendaftaran kenderaan “KDA” mencatat jumlah tender tertinggi dalam sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah iaitu RM762,601 sejak dibuka kepada orang ramai pada 12 Jun lepas.
Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman, berkata pihaknya menerima 851 tender untuk nombor tersebut.
"Bagi nombor emas, KDA 1, ia ditender sebanyak RM112,200 dan nilai itu adalah yang tertinggi pernah diterima JPJ Kedah,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, bagi nombor pendaftaran dalam kategori nombor menarik, tender tertinggi yang diterima ialah RM18,480 bagi nombor KDA 11 manakala dalam kategori nombor popular KDA 212 sebanyak RM11,100.
KDA bererti Kedah Darul Aman dan menjadi rebutan penduduk negeri ini kerana telah memberikan sambutan luar biasa dan dijangka habis dalam masa dua minggu lagi, katanya.
Beliau berkata, dalam tempoh lima hari selepas nombor KDA dibuka Isnin lepas, sebanyak 4,300 kenderaan telah didaftarkan berbanding purata 200 kenderaan sehari bagi nombor pendaftaran sebelum ini.
Ahmad Musadad berkata pendaftaran bagi KDB telah dibuka 3 Ogos sehingga 17 Ogos ini. - Bernama
AL MALIKUL SEMBAB GANTI MAT MONGOL..
kah kah kah kah kah
kredit to.... http://paspb2.blogspot.com/
Malaysia beli 2 buah Kapal Selam RM6.7 Bilion, VIetnam beli 6 buah hanya RM6 Bilion
Kelas Kilo (Rusia) |
Lapan lelaki warga asing ditahan
KUALA LUMPUR - Polis telah manahan lapan lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan anggota badan dan organ dalaman manusia di sebuah rumah di Blok Chrysa, Apartmen Astria, Taman Kosas di sini pada Rabu lalu.Kesemua lelaki warga Bangladesh itu diberkas dalam dua serbuan berasingan sejak pagi semalam di sekitar tempat kejadian.
Sumber polis berkata, penahanan lapan lelaki itu dijangka memberi petunjuk baharu dalam siasatan terhadap kes berkenaan.
Kesemua mereka kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Kosmo! pada Khamis lalu melaporkan, mayat seorang kanak-kanak lelaki dan wanita ditemui dalam keadaan tragis apabila badan mereka terpisah dipercayai dikerat dan dimasukkan ke dalam beg beberapa beg plastik manakala organ dalaman pula dicampak ke dalam mangkuk tandas.
Kedua-dua mangsa tanpa identiti itu dipercayai dibunuh sejak seminggu lalu berdasarkan keadaan mayat yang reput dan bau busuk.
Mengulas lanjut mengenai kes tersebut, sumber itu memberitahu, siasatan awal mendapati mayat wanita terbabit juga dikenal pasti sebagai warga asing.
"Berdasarkan siasatan, kita percaya mangsa mungkin berusia di antara 18 hingga 25 tahun manakala kanak-kanak lelaki itu pula di antara lima hingga enam tahun,'' katanya.
Ibu saudara timbalan menteri mati disamun
PARIT BUNTAR - Seorang warga emas yang juga ibu saudara Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai ditemui mati akibat dicekik selepas disamun pekerjanya di sebuah rumah di Bagan Selatan, Tanjung Piandang dekat sini semalam.
Mayat mangsa, Teoh Ah Nya @ Teoh Kooi Lan, 73, ditemui di bilik tidurnya oleh adik mangsa yang juga pemilik rumah berkenaan pada pukul 1.30 pagi.
Kejadian itu adalah yang kedua dalam tempoh kurang tiga hari membabitkan kes pecah rumah yang berakhir dengan kematian di Perak selepas pembunuhan Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Veterinar Perak, Dr. Rohani Kasim, 38, di Ipoh pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian dipercayai berlaku di antara pukul 12 malam dan 1 pagi apabila seorang lelaki yang juga pekerja sambilan mangsa menceroboh ke rumah berkenaan.
"Mangsa ketika kejadian tidur berseorangan di bilik tidur tingkat bawah rumah manakala suaminya tidur di sebuah pondok berdekatan kediaman terbabit.
"Suspek dipercayai menceroboh rumah mangsa menerusi pintu belakang rumah dan melarikan barang kemas dan wang tunai bernilai RM7,000 milik mangsa," katanya di sini semalam.
Katanya, mayat mangsa ditemui adik perempuannya berusia 65 tahun pada pukul 1.30 pagi yang ketika itu tidur di tingkat atas selepas terdengar bunyi bising di bawah.
Adik mangsa kemudiannya membawa wanita terbabit ke Klinik Kesihatan Tanjung Piandang tetapi disahkan sudah meninggal dunia, ujarnya.
"Ekoran laporan polis, pada pukul 2.30 pagi, polis menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 25 tahun yang bekerja sebagai pemotong babi sambilan di rumah mangsa kira-kira tujuh kilometer dari kediaman terbabit.
"Polis merampas sebilah pisau daripada suspek yang dipercayai digunakan untuk mengumpil pintu rumah mangsa," jelasnya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Rugi RM1.2 juta akibat bena perang
JITRA - Lebih 200 pesawah mengalami kerugian kira-kira RM1.2 juta apabila seluas 211 hektar sawah padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah dan Perlis rosak akibat diserang makhluk perosak yang dikenali sebagai bena perang.
Kawasan yang dikesan terjejas melibatkan empat wilayah MADA iaitu Kangar, Perlis dan tiga di Kedah iaitu Jitra, Pendang dan Kota Sarang Semut.
Luas kawasan tanaman padi di MADA adalah 96,558 hektar.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom yang melakukan lawatan ke kawasan sawah padi di Kampung Pida 3 1/2, Tunjang di sini semalam berkata, seluas 211 hektar sawah padi di empat wilayah MADA rosak akibat bena perang.
"Kerosakan akibat bena perang ini melibatkan kerugian kira-kira RM1.2 juta dan ia menjejaskan pendapatan petani di empat wilayah dalam MADA," katanya.
Kata beliau, penggunaan racun secara berlebihan mungkin menjadi penyebab sawah padi diserang bena perang.
Jelas beliau, ia berlaku apabila racun berlebihan membunuh sahabat ladang seperti labah-labah yang memakan bena perang seterusnya menyebabkan bilangan bena perang bertambah dan menyerang pokok padi.
Menurutnya, para petani sepatutnya menggunakan kapasiti racun mengikut ukuran yang telah ditetapkan MADA.
"Apa yang boleh kita buat sekarang adalah menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut untuk mencari jalan bagi mengelakkan masalah serupa berulang pada musim padi akan datang," tambahnya.
Sementara itu, seorang petani, Azmi Ali, 63, berkata, sebanyak satu hektar daripada dua hektar sawah padinya rosak diserang bena perang dengan anggaran kerugian RM5,000.
Katanya, sawah menjadi kering dalam masa 10 hari selepas diserang bena perang dan dia mungkin hanya mendapat hasil padi sekitar RM10,000 selepas ditolak padi rosak.
Sulaiman Puteh, 59, pula terkilan kerana separuh daripada 1.4 hektar sawah padinya rosak akibat serangan makhluk perosak itu dengan anggaran kerugian lebih RM5,000.
"Serangan ini amat cepat dan jika populasinya bertambah serta dibiarkan tanpa kawalan, ia boleh menyebabkan petak sawah kering dengan cepat dan mengakibatkan padi kuning serta kering," jelasnya.
Lemak lembu bakar pembuka selera
BUKAN SEBARANG LEMAK. Itu yang terlintas setelah kita melihat juadah lemak lembu bakar di Bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan.
Ia dianggap juadah yang cukup istimewa kerana lemak lembu bakar atau turut dikenali sebagai lemak selo itu merupakan juadah yang hanya dijual pada bulan Ramadan.
Pengusaha Gerai Kak Su Special, Anuar Deris, 36, berkata, dia menjual lebih 300 cucuk lemak lembu bakar setiap hari dan biasanya ia habis dijual pada pukul 5 petang.
"Saya jual lemak bakar pada bulan puasa sahaja. Ia memang susah nak jumpa pada bulan lain. Saya akui lemak bakar ini banyak kolesterol tetapi untuk bulan Ramadan sahaja," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad semalam.
Menurut Anuar, juadah itu menjadi tarikan kerana ia menjadi pembuka selera ketika berbuka dan dimakan dengan nasi.
"Rahsianya, ia menyebabkan kita rasa lebih berselera untuk makan nasi semasa berbuka," katanya yang menjualnya dijual pada harga RM4 secucuk, manakala daging lembu bakar RM5 secucuk.
Kerapu gergasi 168kg dijual RM7,560
GERGASI. Lapan nelayan terpaksa memerah keringat untuk menaikkan ikan kerapu sepanjang dua meter dan berat 168 kilogram sewaktu ia masuk ke dalam pukat di perairan Teluk Bahang, Pulau Pinang kelmarin.
Ikan itu kemudian dijual oleh peniaga, Tan Kah Seng di pasar Lebuh Cecil, George Town semalam kepada pemilik restoran, Che Kean Ghee dengan harga RM7,560. - Bernama
Noraniza, tunang buat kerja amal
|
|
JOHOR BAHRU - Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris dan tunangnya, Jeffrey Iman membuat kerja amal dengan menyertai Program Ziarah Ramadan 7 di sekitar daerah ini semalam.
Noraniza turut menyampaikan ceramah motivasi kepada anak-anak yatim Rumah Berkat di sini selain menyanyikan beberapa buah lagu ketika mengunjungi orang kurang upaya dan warga emas di Rumah Kenangan dan Sinar Harapan.
Program berkenaan dianjurkan oleh Pemuda UMNO Tebrau dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Johor dan Gerakan Belia 4B Tebrau.
Ketua Pemudanya, Syahrin Md. Jamaludin berkata, Noraniza merupakan ikon bagi program Gerakan Belia 4B Johor.
"Selain itu, kita turut mengambil kesempatan untuk mempromosikan program Kahwin-kahwin Mashyur 1Malaysia yang akan diadakan pada 29 September hingga 1 Oktober depan di Plaza Angsana," tambahnya.
Katanya, pada program berkenaan, Noraniza dan tunangnya akan turut bersanding dan satu sidang akhbar khas mengenai persandingan itu akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini.
Noraniza, 43, bertunang dengan Jeffri, 52, pada 22 April lalu.
Beliau sebelum ini berkahwin dengan penyanyi Fareez sebelum bercerai dan berkahwin pula dengan seorang usahawan yang juga berakhir dengan penceraian.
No comments:
Post a Comment