Lelaki 78 isteri dipenjara seumur hidup
|
|
SAN ANGELO, Texas - Seorang pemimpin mazhab poligami, yang menjadi tajuk utama akhbar pada tahun 2008 yang ditahan polis dalam satu serbuan, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas dia didapati melakukan serangan seks ke atas dua gadis muda.
Pemimpin itu, Warren Jeffs berusia 55 tahun tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika hukuman itu dibacakan oleh pihak juri yang mengambil masa kurang sejam untuk membuat keputusan di sebuah mahkamah kelmarin.
Mazhab yang dibawa Jeffs menjadi tumpuan umum apabila polis Texas menyerbu rumahnya yang berhampiran bandar kecil Eldorado pada 2008 dan membawa keluar lebih 468 budak lelaki dan perempuan ekoran terdapat dakwaan berlaku penderaan seksual dan fizikal yang sistematik.
Namun pihak mahkamah kemudian mengarahkan budak lelaki dan perempuan itu dipulangkan kepada ibu bapa mereka.
Menurut pihak pendakwa raya, Jeffs mempunyai 78 isteri. - Agensi
13 wanita Islam antara 15 pelacur ditahan ketika tawar khidmat seks pada siang hari
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Bukan sahaja tidak mengambil kesempatan mengisi amal ibadat pada Ramadan ini, malah 13 wanita beragama Islam ini tergamak menawarkan khidmat seks kepada warga asing pada siang hari.Wanita terbabit adalah antara 15 pelacur yang ditahan dalam operasi Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) kira-kira pukul 12.30 tengah hari di sebuah pusat pelacuran Jalan Silang dekat sini, hari ini.
Menurut Pegawai Turus Cawangan D7 Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa, lokasi pelacuran itu aktif menjalankan perniagaan di siang hari dan menawarkan khidmat kepada warga asing.
Katanya, daripada jumlah itu, sembilan ditahan berasal dari Sabah manakala selebihnya dari Semenanjung termasuk masing-masing seorang Cina dan India.
"Ketika serbuan terdapat 19 pelanggan berusia 30-an melakukan tawar-menawar terdiri daripada warga asing dari Nepal, Myanmar dan Bangladesh.
"Kita juga merampas wang berjumlah RM2,016, dipercayai hasil khidmat seks itu daripada tiga penjaga dan mereka ini turut ditahan," katanya ketika ditemui selepas operasi itu di sini, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Azman berkata, hasil pemeriksaan terdapat 20 bilik yang dilengkapi katil di premis terbabit.
"Harga yang ditawarkan kira-kira RM30 hingga RM40 dan pelanggan boleh memilih pelacur yang mereka kehendaki di dalam bilik itu.
"Lokasi itu beberapa kali diserbu pihak berkuasa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga banyak kali merobohkan premis itu, namun ia tetap didirikan semula," katanya.
Tagih hutang, maut dilibas
|
|
PASIR PUTEH 10 Ogos – Tindakan seorang peniaga ikan di Bachok menuntut hutang lapuk daripada jirannya, membawa padah apabila dia maut selepas dilibas dengan gergaji besi pemotong ais di kepala oleh lelaki berkenaan semalam.
Kejadian berlaku di sebuah pangkalan pendaratan ikan di Tok Bali dekat sini apabila mangsa, Che Hassan Che Omar, 51, dari Kampung Kuala Besut, Terengganu dan menetap bersama isteri keduanya di Kampung Limau Manis, Telong, Bachok cuba menuntut hutang itu daripada jirannya berusia 49 tahun.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, bagaimanapun tindakan mangsa itu menimbulkan kemarahan jirannya sehingga berlaku pertengkaran antara mereka.
“Suspek yang gagal mengawal kemarahannya dikatakan mencapai senjata tajam dipercayai gergaji besi sebelum melibas kepala suspek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jalaluddin berkata, sebaik sahaja melihat mangsa rebah, suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.
Beliau berkata, mangsa yang parah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku, Pasir Puteh namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 petang.
Berikutan itu, katanya, suspek ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut kes tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, adik mangsa, Che Omar Che Nor, 46, ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tengku Anis memberitahu, abangnya telah menjalankan perniagaan ikan di pangkalan itu selama 15 tahun.
“Kami sekeluarga terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian abang dengan cara begini kerana setahu saya, dia selama ini tidak pernah bermusuh dengan sesiapa,” katanya.
Menurutnya, jenazah Allahyarham dituntut oleh keluarga isteri pertamanya pagi ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Besut, Terengganu.
Dua tersepit kemalangan di Bangi
|
|
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Empat sahabat menempuh detik-detik cemas apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan menyebabkan dua daripada mereka tersepit di satu persimpangan Bandar Seri Putra, Bangi dekat sini, hari ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bangi, kejadian berlaku pukul 1 petang apabila kereta itu dipercayai bertembung dengan sebuah bas sekolah sebelum terbabas semasa tiba di lokasi.
Katanya, pemandu dan penumpang hadapan kereta itu tersepit ekoran kemalangan tersebut.
"Dua lagi penumpang belakang tidak mengalami kecederaan. Kedua-dua pelajar yang mengalami cedera ringan dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Difahamkan, semua mereka merupakan pelajar perempuan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan berusia lingkungan 20-an.
Dua lagi cedera akibat bermain mercun bola
|
|
KOTA BHARU 10 Ogos - Kecederaan akibat bermain mercun di negeri ini seolah-olah tiada penghujungnya apabila dua lagi kanak-kanak menjadi mangsa dalam kejadian Sabtu lalu dan semalam.
Kedua-duanya kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Dalam kes semalam, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Kampung Telaga Emas, Rantau Panjang hampir putus jari tengah kirinya selepas mercun bola yang dipasang meletup.
Bagaimanapun jari kanak-kanak berkenaan berjaya disambung semula selepas menjalani pembedahan di HRPZ II.
Ibu mangsa, Wati Ismail, 31, berkata kejadian berlaku pukul 1.30 petang ketika anaknya, Syahir Saifullah Jefri bermain bunga api bersama abangnya, Anuar, 6, di depan pintu rumah.
"Mengikut cerita Anuar, adiknya itu masuk ke dalam rumah untuk mencari sesuatu lalu terjumpa sebiji mercun bola milik abang sulung mereka, Shahmi Faiq, 10, dalam laci meja sebuah bilik.
"Syahir Saifullah menyalakan sumbu mercun itu dan meletup tanpa sempat dia membuangnya," katanya ketika ditemui di Wad Anggerik HRPZ II dekat sini, hari ini.
Tambahnya, ketika kejadian dia menjahit baju raya anak-anaknya dan terkejut apabila tiba-tiba mendengar letupan dari arah pintu rumah dan melihat tangan kiri anak bongsunya berlumuran darah.
Dalam satu lagi kejadian, Ahmad Zakiyuddin Mohd. Nasaruddin, 2, cedera selepas mercun bola yang dipasang meletup menyebabkan tapak tangan dan tiga jari kanannya cedera di Kampung Kok Lanas dekat sini pukul 8.30 malam, Sabtu lalu.
Menurut ibunya, Mariam Ismail, 26, kejadian berlaku ketika dia sedang mencuci pinggan di dapur.
"Masa saya tengah cuci pinggan saya terkejut apabila mendengar bunyi letupan dan terus berlari keluar.
"Sebaik sahaja keluar saya dapati tangan anak saya berlumuran darah, mujurlah adiknya berusia lima bulan yang ketika itu sedang tidur tidak mengalami kecederaan," katanya.
Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad memberitahu, sehingga hari ini, pihaknya menerima enam kes kecederaan akibat letupan mercun.
"Enam kes terbabit melibatkan tiga kanak-kanak dan selebihnya remaja berusia antara 13 dan 19 tahun," katanya.
Tiga didakwa miliki mercun
TUMPAT 10 Ogos – Tiga individu termasuk seorang wanita menjadi individu pertama di negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tanah Merah semalam, kerana memiliki sejumlah mercun pelbagai jenis bernilai RM500 yang dipercayai dibeli dari negara jiran.Seorang daripada lelaki itu mengaku bersalah atas dakwaan memiliki mercun dan didenda RM400, manakala dua lagi rakannya tidak mengaku dan dibenarkan ikat jamin RM1,000 setiap seorang.
Ketiga-tiganya yang berusia 17 hingga 20-an, sebelum itu ditahan di Bukit Bunga, Tanah Merah, pukul 6.30 petang kelmarin, hasil maklumat orang awam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mereka yang berasal dari Perak dipercayai baru selesai membeli pelbagai jenis mercun dari negara jiran untuk dibawa pulang.
“Ketika ditahan seorang lelaki berada di luar kenderaan, manakala rakannya seorang wanita dan seorang lelaki berada di dalam,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama pegawai dan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, malam tadi.
Jalaluddin menambah, dalam kejadian kedua pukul 5.30 petang semalam, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 49 tahun di Taman Desa Rakyat Kok Lanas, Kota Bharu kerana memiliki pelbagai jenis mercun bernilai RM400.
Dua maut treler terbabas
|
|
KUALA LANGAT 10 Ogos – Seorang pemandu dan kelindannya maut setelah treler yang mereka naiki gagal mengelak lalu merempuh sebuah jentera menurap jalan di Kilometer 14.6, Lebuh Raya Elite arah Shah Alam berhampiran susur Saujana Putra di sini awal, pagi ini.
Dalam kejadian yang berlaku pukul 3.45 pagi, seorang pekerja menurap jalan turut cedera parah selepas terlibat dalam nahas itu.
Treler membawa muatan makanan haiwan dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu gagal mengelak daripada merempuh sebuah jentera menurap jalan yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggara di lebuh raya berkenaan.
Ketika kejadian, dua laluan di lebuh raya terbabit ditutup bagi kerja-kerja penurapan dan treler itu dipercayai terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh sebuah jentera menurap jalan lalu bergesel dengan sebuah lori yang diletakkan di situ.
Treler terbabit kemudian terbabas pula ke kiri sebelum terbalik menyebabkan makanan haiwan yang dibawa bertaburan di atas lebuh raya.
Rempuhan kuat itu turut mengakibat kelindan treler, Mohd. Izwan Shak’ Udin, 25, yang berasal dari Bandar Melawati, Kuala Selangor dekat sini, tercampak dari kenderaan dan terbunuh di tempat kejadian.
Pemandu treler itu, Ramdan Abd. Rahman, 30, pula mengalami kecederaan parah akibat tersepit di tempat duduk, tetapi berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba selepas sejam kemudian dan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Namun, lelaki malang itu disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital berkenaan.
Dalam kemalangan itu, seorang pengendali jentera menurap jalan, Mohd. Marzuki Mustapha turut mengalami kecederaan parah apabila dirempuh.
Mangsa yang turut dikejarkan ke Hospital Putrajaya bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Akibat kemalangan itu, laluan arah Shah Alam ke KLIA mengalami kesesakan teruk apabila semua laluan ditutup bagi kerja-kerja pengalihan treler dan pembersihan lebuh raya berkenaan.
Polis trafik terpaksa membuka satu laluan kontra di Kilometer 15.3 sepanjang kira-kira dua kilometer bagi melancarkan laluan pengguna lebuh raya.
Sementara itu, Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supritendan Zulkifli Joned ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan maut itu dan memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pemuda ditahan disyaki miliki pil kuda RM280,000
|
|
PASIR PUTEH 10 Ogos - Taktik seorang lelaki untuk menyeludup sejumlah pil kuda bernilai RM280,000 menggunakan bas ekspres gagal apabila dia ditahan dalam sekatan jalan raya oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di Bukit Yong, di sini malam tadi.
Dalam Ops Letup bermula pukul 8.30 malam hingga pukul 2 pagi itu, dadah itu ditemui disimpan di dalam sebuah beg pakaian di atas ruang penyimpanan barang di tempat duduk penumpang.
Komander UPP Negeri, Mazlan Che Hamid berkata, berikutan itu, pihaknya menahan seorang penumpang berusia 32 tahun bagi membantu siasatan.
"Lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut apabila kita mendapati beg berkenaan memiliki pengecas telefon sepadan dengan telefon bimbit dimilikinya.
"Selain itu, nama pada buku akaun bank yang terdapat di dalam beg berkenaan bersamaan dengan nama di kad pengenalan suspek," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Operasi bagi mengekang kegiatan penyeludupan sempena musim perayaan itu membabitkan seorang pegawai dan 16 anggota UPP.
Mazlan berkata, ketika diperiksa, bas ekspres terbabit dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuantan, Pahang.
Kata beliau, pihaknya percaya, pil kuda itu diperolehi dari negara jiran untuk dipasarkan dengan harga lebih tinggi di negeri yang menjadi destinasi suspek.
Tambah beliau, dalam sekatan itu, UPP turut merampas mercun dan bunga api serta pakaian berjenama tiruan bernilai RM21,000.
"UPP akan terus membuat sekatan jalan raya bagi membanteras kes-kes penyeludupan seperti itu yang dijangka meningkat menjelang Hari Raya Aidilfitri ini," katanya.
Keracunan berlaku dalam tempoh 8 jam
“Tanda-tandanya termasuk rasa mual, muntah, cirit-birit, pening kepala serta gangguan perut,” kata Pengarah Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Razak Lajis.
Razak berkata, masyarakat sering kali didedahkan dan mendengar mengenai bahaya keracunan makanan malah kematian berpunca daripada kes ini turut dilaporkan di media massa.
Katanya, masalah ini boleh berlaku di mana-mana, pada bila-bila masa saja dan bukannya hanya terjadi atau menjadi isu hangat setiap kali tibanya Ramadan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang murid, Nurdini Mohamad Ali, 11, yang meninggal dunia Isnin lalu selepas menikmati juadah berbuka puasa dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah dekat Meru, Klang.
“Antara punca keracunan makanan ialah kemunculan bakteria dalam makanan, akibat proses penyediaan makanan yang kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran,” katanya.
“Dalam kes kanak-kanak itu, Jabatan Kesihatan perlu membuat siasatan terperinci seperti mengambil sampel dan melakukan ujian ke atas semua bahan makanan didakwa menjadi punca kematiannya,” katanya.
Menurutnya, orang ramai sukar mengenal pasti sama ada makanan itu sudah tercemar atau tidak tapi seharusnya bijak memilih tempat makan dengan melihat keadaan persekitaran setempat.
Majlis gereja wujud unsur syak
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Majlis makan malam yang dianjurkan oleh sebuah gereja di Damansara Utama, dekat sini, pada malam 3 Ogos lalu menimbulkan banyak unsur syak wasangka sehingga mendapat perhatian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis.
Selain dihadiri oleh 12 orang Islam, jemputan ke majlis itu juga dibuat secara tertutup walaupun peserta yang akan hadir adalah dalam kalangan orang bukan Islam sendiri.
Apa yang lebih menghairankan, menurut satu sumber kepada Utusan Malaysia hari ini, terdapat tiga peserta Islam yang hadir cuba dibawa keluar secara senyap menerusi pintu belakang.
"Di samping itu, nyanyian Alhamdulillah dan Allahuakbar juga dibuat di tempat yang tidak sepatutnya iaitu di gereja, manakala soalan kuiz Islam turut diberikan kepada peserta yang hadir," kata sumber tersebut.
Sumber itu mendakwa lagi, penganjuran majlis tersebut juga disyaki bertujuan menarik orang Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan seperti bunga manggar yang diletakkan di pintu masuk dewan.
Pakaian oleh orang bukan Islam pada majlis itu pula katanya, adalah baju kebaya dan baju kurung selain terdapat cebisan soalan kuiz yang dikoyakkan oleh penganjur.
"Malah, majlis itu juga diadakan di premis Kristian dan seorang peserta yang ditanya secara lisan oleh pegawai penguat kuasa berhubung agamanya hanya memberikan jawapan I believe in God (saya percayakan Tuhan)," jelasnya.
Kata sumber itu, pemeriksaan ke atas gereja tersebut bermula hasil maklumat orang awam yang mendakwa adanya jemputan terhadap beberapa orang Islam ke majlis berbuka puasa yang dinamakan Thanksgiving dinner program di gereja berkenaan.
Bertindak daripada maklumat itu, JAIS katanya, melakukan pemeriksaan berdasarkan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1955 iaitu menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.
"Operasi itu disertai oleh 13 pegawai penguat kuasa agama JAIS dengan dibantu oleh sepasukan 20 pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan Sea Park,'' katanya.
Sumber itu turut menjelaskan dengan terperinci bagaimana operasi pemeriksaan tersebut dijalankan dengan satu taklimat telah dibuat di pejabat JAIS pada pukul 8.40 malam pada hari kejadian.
Pasukan itu kemudiannya, katanya, bergerak ke gereja berkenaan dan tiba pada pukul 9.30 malam sebelum memasuki Dewan 3 yang memuatkan kira-kira 100 orang 15 minit kemudian.
Menurutnya lagi, semasa pemeriksaan, seorang pemuda sedang memberikan ucapan di pentas utama berhadapan dengan tetamu yang hadir.
"Pasukan pegawai penguat kuasa JAIS dan polis didatangi oleh seorang wanita yang memakai tag bernama 'Sofea' dan meminta supaya perbincangan dilakukan di luar dewan.
"Pasukan itu yang telah memasuki dewan juga diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadiri oleh beberapa orang kenamaan,'' katanya.
Menurut sumber itu lagi, pegawai pemeriksa turut meminta buku pendaftaran peserta program untuk melihat kehadiran orang Islam pada majlis tersebut yang mana pada awalnya, pihak penganjur memberitahu tiada orang Islam yang hadir.
Maklumat pendaftaran itu bagaimanapun katanya, berjaya diperoleh tanpa kerjasama daripada penganjur termasuk aturcara program yang mengandungi acara nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakbar'.
Apa yang dinyatakan oleh sumber itu turut didedahkan beberapa blog termasuk Gerakan Anti PKR di http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com menerusi entri bertajuk "Eksklusif: 12 Melayu di Gereja MCDC didedahkan!! Sebarkan" seperti yang tersiar hari ini.
Malah, blog berkenaan turut memuatkan nama kesemua 12 orang Melayu yang hadir ke gereja itu selain aturcara program dan borang kuiz Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir.
Restoran mamak zon bebas rokok
PUTRAJAYA – Selepas mewartakan 26 kawasan larangan merokok, Kementerian Kesihatan kini berhasrat untuk memperluaskan kawasan larangan tersebut terhadap premis makanan pula meliputi restoran-restoran mamak dan kedai-kedai kopi di seluruh negara.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, pihaknya kini telah bersedia untuk melaksanakan penguatkuasaan itu sekiranya mendapat reaksi positif daripada semua lapisan masyarakat.
Katanya, orang awam perlu memberi restu kepada pihak kementerian untuk membolehkan kawasan terbabit diwartakan sebagai kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Subperaturan 11(1) - Tempat-tempat Larangan Merokok.
“Kita juga memerlukan maklum balas daripada persatuan-persatuan berkaitan bagi membolehkan pelaksanaan tersebut dijalankan serentak dengan kemahuan orang awam,” katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di sini semalam.
Menurut beliau, berdasarkan peruntukan sedia ada, kementerian sentiasa mengalu-alukan pihak-pihak seperti syarikat dan pemilik kawasan-kawasan persendirian bekerjasama untuk mewujudkan zon larangan merokok.
“Ada banyak syarikat besar mahu penguatkuasaan zon larangan merokok dilaksanakan di tempat atau kawasan mereka dan kita amat mengalu-alukan hasrat syarikat-syarikat ini,” katanya.
Pihak sekolah usaha tuntutan takaful
“Seluruh warga sekolah amat bersimpati dengan kejadian ini. Kami juga sudah mengadakan bacaan tahlil mendoakan arwah dicucuri rahmat,” kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai, Azman Mingan berhubung kematian murid tahun lima sekolah itu, Nurdini Mohamad Ali.
Harian Metro semalam melaporkan Nurdini maut Isnin lalu manakala keluarganya dimasukkan wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang selepas berbuka puasa juadah dibeli di bazar Ramadan bersebelahan sekolahnya sehari sebelum itu.
Mengulas mengenai kedudukan bazar yang terletak berhampiran sekolah itu, Azman berkata, itu di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ia di luar kuasa pihaknya.
Ditanya sama ada pihaknya menerima laporan murid lain yang tidak hadir ke sekolah kerana sakit perut akibat keracunan makanan, katanya, setakat ini beliau dimaklumkan tiada murid lain mengalami keadaan itu selain adik-beradik arwah Nurdini.
No comments:
Post a Comment