Sunday, August 7, 2011

BUKAN MENAFIKAN HARAM MAKAN BABI DAN ANJING.....SAMAK BILA KENA.... SEBAB IA NAJIS BERAT...TAPI JANGAN KITA JAGA YANG INI AJE...(BABI DENGAN ANJING) DOSA DAN HARAM YG LAIN MAIN BELASAH JE....ELOK AJE..TAK RASA BERDOSA LANSUNG DAN TAK RASA BERSALAH PUN...JANGAN ISLAM KITA HANYA BERIMAN PADA ANJING DAN BABI SAJE...

Tolak pelantikan pemangku Naib Canselor Unisel

Oleh NUR LELA ZULKIPLI
am@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Gerakan pelajar di Universiti Selangor (Unisel) menerusi Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) menolak pelantikan Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik universiti itu, Profesor Dr Anuar Ahmad sebagai pemangku Naib Canselor Unisel, di sini, semalam.
Ketua Umum Aksi, Muhammad Shahimi Ariffin berkata, perkara ini berikutan ia tidak menepati tuntutan kedua daripada lima tuntutan terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, petang kelmarin.

Melihat kepada tuntutan kedua itu, kumpulan berkenaan enggan menerima tiga TNC dan seorang naib presiden yang masih bertugas di universiti itu dan mereka dilarang memangku jawatan naib canselor kerana terbabit secara langsung dengan isu berkenaan.
Pada 3 Ogos lalu, Naib Canselor Universiti Selangor, Datuk Doktor Rosti Saruwono meletak jawatan sebagai membantah pemecatan tiga individu di universiti berkenaan tanpa diberi surat tunjuk sebab dan peluang membela diri.

Tiga individu terbabit ialah Dekan Fakulti Perniagaan (Profesor Doktor Khalifah Othman), Rokmaa Mat (Pendaftar) dan Halid Hasbullah (Pengarah Pemasaran).

Shahimi berkata, mereka tidak bersetuju dengan pelantikan itu dan dengan tegas masih menunggu jawapan daripada Menteri Besar mengenai kelima-lima tuntutan yang mereka beri.

“Diharap Menteri Besar dapat memberikan jawapan positif terhadap tuntutan kami dalam masa terdekat kerana ketika ini kami giat menjalankan penerangan dan berjaya mengumpul 2,000 tandatangan pelajar bagi menyokong tuntutan kami,” katanya ketika dihubungi di sini.

Selain itu, Shahimi menerangkan, pihaknya akan menghantar petisyen kepada Menteri Besar jika masih tidak menerima jawapan daripada beliau minggu depan.
Kumpulan berkenaan antara lain menuntut lembaga pengarah universiti itu supaya menyambung semula kontrak kelima-lima ahli jawatankuasa senat bagi mengakhiri kemelut yang berlaku pada peringkat pentadbiran.

Antaranya ialah Rosti yang kontraknya tamat pada Mac 2012, Anuar sebagai Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik dan Pembangunan, Profesor Doktor Mohamed Daud sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Profesor Madya Zainal Abidin Kidam (Disember 11) dan Naib Presidennya, Datuk Latifah Hassan yang tamat kontrak pada 1 Ogos lalu.

Oleh kerana Rosti meletakkan jawatan sebagai naib canselor, Aksi menghormati keputusannya dan mahu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Halimah Ali bertanggungjawab atas kepincangan itu.

Tuduhan tidak berasas

Oleh MOHD HELMI IRWADI MOHD NOR
mohdhelmi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Dakwaan kononnya berus pemerah pipi yang digunakan dalam produk SimplySiti (SS) menggunakan bulu babi tidak berasas,” kata penyanyi tersohor negara yang juga Presiden SimplySiti Sdn Bhd, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Siti berkata, beliau dikejutkan dengan satu dakwaan menerusi sebuah blog, kelmarin yang menyatakan berus terbabit diperbuat daripada bulu babi.

“Untuk pengetahuan orang ramai, semua produk SS sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), justeru ia memperoleh kelulusan Halal secara sah.
“Ingin saya tegaskan, produk SS, termasuk berus yang digunakan, mendapat pengesahan Halal, malah kami tidak pernah terbabit dengan isu yang dibangkitkan dalam blog berkenaan iaitu menggunakan bulu babi,” katanya.

Menurut Siti, tercetusnya dakwaan terbabit disebabkan pemeriksaan awal dilakukan Jakim ke atas sebuah kilang yang berpangkalan di Korea Selatan bagi meneliti penghasilan produk SS.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, satu berus yang digunakan untuk aktiviti pembersihan kilang ditemui di kawasan terbabit tetapi tidak digunakan dalam pembuatan produk SS.

“Untuk memastikan tiada unsur syubhah (meragukan) dalam produk dihasilkan, kami segera membuat penyucian dan menyamak kilang terbabit 100 peratus bagi memastikan tiada apa-apa yang tidak suci di situ.

“Apa yang ingin ditegaskan ialah, samakan dibuat sebelum proses pembuatan produk lagi dan kilang yang dijadikan tempat penghasilan diyakini bersih dan suci,” katanya kepada Metro Ahad.
Siti menegaskan, pihaknya memberi jaminan produk SS yang berada di pasaran mematuhi peraturan halal Jakim.

“Ingin ditegaskan bahawa Jakim tidak pernah mengambil tindakan undang-undang, menggantung atau menarik balik sijil pengesahan halal produk SimplySiti kerana semua produk kami diyakini 100 peratus bersih dan mematuhi peraturan Jakim,” katanya.

Katanya, jika kesucian produk SS diragui, beliau tidak teragak-agak menarik diri daripada pasaran dan tidak menjualnya kepada pelanggan.

“Menjadi cita-cita dan impian Siti untuk memastikan produk SS halal, suci dan berkualiti. Jika sesuatu produk adalah yang terbaik untuk pengguna, Siti sanggup membuat apa saja dan terus berusaha memperbaiki sebarang kekurangan walaupun usaha itu mengambil masa dan membabitkan kos lebih tinggi.

Siti menjelaskan, pihaknya terpaksa memberi kenyataan media lebih awal memandangkan terlalu banyak spekulasi berhubung perkara itu.

“Siti tampil memberi kenyataan bagi mengelak salah faham orang ramai dan mahu melindungi imej produk yang dituduh menggunakan berus babi,” katanya.

Tegasnya, dalam masa terdekat pihaknya akan mendapatkan kenyataan Jakim supaya perkara itu dapat diperjelaskan dan tidak meragukan pengguna produk kosmetik berkenaan.

“Siti berharap Jakim akan menerangkan kedudukan sebenar. Memandangkan isu ini timbul secara mengejut, pihak SS akan menemui Jakim secepat mungkin.

“Siti memohon orang ramai tidak membuat spekulasi kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian produk kami,” katanya.

Pemilik blog terbabit, dipercayai guru, mendakwa menerima satu surat daripada Jaip yang dihantar ke sekolahnya mengenai senarai nama syarikat yang tidak berjaya mendapat sijil pengesahan halal Malaysia, termasuk SimplySiti Sdn Bhd.

Surat itu dikatakan dikeluarkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jaip, Murad Abd Mutalib.

Tidak cukup dengan itu, pemilik blog berkenaan mendakwa di Facebook, dia mendapat pengesahan daripada Jaip bahawa semua maklumat di blognya adalah sah dan perlu dihebahkan.

Sementara itu, wartawan Metro Ahad cuba menghubungi Murad menerusi SMS tetapi beliau membalas “Maaf, skrg tdk blh.”

Pejabat mewah sasaran pencuri komputer mahal

Oleh HADZLAN HASSAN dan ANIZA ZAINUDDIN
hadzlan@hmetro.com.my

SUBANG JAYA: Sekumpulan penjenayah menjadikan rumah kedai atau pejabat mewah di sini sebagai sasaran sebelum menjualkan barangan yang dicuri kepada ejen pengiklanan Internet.
Mereka mencuri kelengkapan pejabat, terutama komputer berteknologi tinggi berharga serendah RM16,000 di sekitar kawasan berkenaan, terutama di Putra Height.

Ini menyebabkan indeks pecah pejabat bulanan di kawasan itu meningkat, sekali gus menyebabkan sepasukan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Putra Height melipatgandakan siasatan sehingga berjaya membongkar kegiatan kumpulan itu pada 28 Julai lalu.
Ia bermula apabila seorang lelaki ditahan selepas terjun daripada pejabat yang dipecah masuk bersama seorang rakan, jam 8.30 pagi di Jalan Putra Mahkota.

Ketua Polis Balai Putra Height, Sub Inspektor Nordin Mustaffa ketika mengesahkan tangkapan berkenaan, bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya memberitahu siasatan mengenai kejadian itu masih dilakukan.

“Memang ada tangkapan dilakukan dan kes kini dikendalikan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya,” katanya kepada Metro Ahad.

Difahamkan, kejayaan kes berkenaan hasil maklumat orang ramai yang memaklumkan pihak berkuasa mengenai kehadiran sebuah kenderaan berwarna hitam yang mencurigakan sekitar kawasan berkenaan.

Lantaran itu, sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian tetapi tidak menemui aktiviti mencurigakan.
Sebaik kenderaan MPV polis beredar, dua lelaki terjun dari bangunan tanpa menyedari beberapa anggota polis berpakaian preman memerhatikan gerak geri mereka dari belakang.

Kedua-duanya melarikan diri dengan seorang memecut kenderaan manakala seorang lagi lari melalui lorong ‘tikus’ berhampiran.

Namun, seorang daripada suspek berjaya ditahan bersama sebuah kenderaan yang dilarikan berhampiran sebuah stesen minyak di Putra Bahagia, jam 10.30 pagi.

Hasil penahanan lelaki berusia 27 tahun dan mempunyai rekod jenayah pecah rumah itu dapat membantu menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes pecah pejabat di kawasan terbabit.

Maruah artis terancam



KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menyifatkan tindakan individu yang menggunakan maklumat artis sebagai profil berniat meraih publisiti bagi kepentingan peribadi.
Presidennya, Harun Salim Bachik, berkata perbuatan berkenaan dianggap tidak bertanggungjawab berikutan ia boleh menjejaskan maruah seseorang individu jika ia mempunyai tujuan negatif.

Katanya, beliau menyedari masalah berkenaan berlaku di kalangan orang terkenal termasuk golongan VIP tetapi ia gagal dihalang kecuali mangsa menghantar laporan kepada Facebook (FB) sendiri.
“Yang kita bimbangkan apabila penyamar itu berniat menjatuhkan maruah artis yang ditiru, selain bertujuan ingin berkenalan dengan orang tertentu untuk dijadikan mangsa.

“Setiap kali mengadakan perbincangan, masalah ini menjadi satu daripada isu utama dan segelintir ahli Seniman yang aktif FB turut menjadi mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Harun, dia turut menjadi mangsa apabila memiliki hampir lima akaun di FB yang menggunakan nama dan gambarnya.

Dia tidak menolak kemungkinan individu berkenaan memperoleh gambarnya menerusi Internet.

Katanya, istilah ‘peminat fanatik’ tidak wujud apabila individu terbabit berani menjadi penyamar di laman sembang sosial terkenal dunia itu.
Pada masa sama, beliau menasihatkan golongan artis membuat laman peminat sendiri selain menyatakan ‘tagline’ akaun berkenaan kepunyaan artis terbabit bagi mengelak pengikut mereka tertipu.

Erni kagumi Alyah


KURANG popular berbanding bintang baharu yang lain, Erni Zakri bagaimanapun ada sasaran peribadi. Dia mahu memenuhkan dada dengan ilmu secukupnya sebelum benar-benar serius mahu bergelar penyanyi.


MELAKAR nama sebagai juara termuda pertandingan nyanyian Bintang RTM, Nur Ernie Shahirah Zakri, hanya berusia 17 tahun ketika itu.
Itu kisah dua tahun lalu, kini anak kelahiran Kuala Lumpur itu sudah menjalani kehidupan sebagai seorang penyanyi syarikat rakaman. Sedang mempromosikan album sulungnya, Sinaran yang dilancarkan sejak Jun lalu, Erni, 19, bagaimanapun sedar, karier nyanyian yang dipilihnya belum benar-benar semarak wangiannya.
"Dari segi populariti, saya kurang mendapat publisiti seperti pendatang baru yang lain, mungkin terlalu ramai penyanyi baharu. Ketika itu saya masih belajar dan berdepan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, kemudian perlu menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
"Siapa yang tidak mahu dikenali ramai, tapi setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Saya masih boleh selesa dan fokus kepada pelajaran di samping promosi album serta single kedua saya, Rindu Bukan Teman," katanya yang sedang mengikuti kursus Diploma Muzik di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.
Anak saudara kepada penghibur terkenal, Ziana Zain dan Anuar Zain ini juga yakin peluang sentiasa terbuka buatnya.
"Saya kagum dengan Alyah. Kalau hendak diikutkan, dia terpaksa berdepan jalan perit untuk popular. Dia ambil tempoh 10 tahun selepas menang dalam Bintang HMI sebelum benar-benar diterima umum," katanya.

Neelofa, Sakinah hos Paparazzi


NEELOFA dan Sakinah menghangatkan lagi program Paparazzi.


MUNGKIN ramai lagi yang tidak ketahui kewujudan program Paparazzi di bawah penerbitan KRU TV yang mana program tersebut menyampaikan berita hiburan panas dan pantas serta informasi menarik terkini tentang artis-artis Malaysia dan Indonesia.
Buat masa ini, Paparazzi hanya bersiaran secara ekslusif menerusi tonton.com.my secara online.
Walaupun telah lama bersiaran di tonton.com.my, namun Paparazzi baru sahaja menggunakan konsep baharu dengan mewujudkan hos sebagai pengantara berita-berita panas yang mana sebelum ini berita tersebut hanya dipaparkan melalui visual yang telah dicari oleh wartawan di bawah KRU TV.
Neelofa, Aina Suzaily Zailanny dan adik kepada pelakon Sharifah Shahira dan Sharifah Haslinda iaitu Sharifah Sakinah bersilih ganti bergandingan bersama menjadi hos program itu. Bagaimanapun pada sidang akhbar tempoh hari, Aina tidak dapat hadir.
Menyentuh tentang karier sebagai hos, menurut Neelofa, ia sememangnya merupakan minatnya sebelum bergelar seorang artis lagi.
Katanya, bidang lakonan yang diceburinya adalah dengan matlamat supaya ia boleh dijadikan batu loncatan buat dirinya untuk peluang menjadi hos.
"Saya mendapat kontrak menjadi hos Paparazzi selama setahun. Saya gembira dapat menjadi hos dan harap dapat meluaskan lagi bakat di dalam bidang ini. Setakat ini, program ini hanya ditayangkan di tonton.com.my dan selepas ini insya-Allah akan bersiaran di kaca televisyen pula," bicaranya lagi.
Sementara bagi Sharifah Sakinah pula, yang lebih mesra disapa Sakinah, menghafal skrip merupakan cabaran baginya memandangkan ia pertama kali pengalaman dirinya terjun ke dalam bidang pengacaraan.
"Saya memang minat bidang pengacaraan dan lakonan dan ini merupakan kali pertama saya ke bidang pengacaraan. Saya rasa gembira kerana hos bersama saya iaitu Neelofa dan Aina menyokong dan juga banyak membantu saya.
"Kalau boleh saya mahu menerima tawaran pengacaraan dengan lebih banyak lagi untuk menimba pengalaman begitu juga dengan bidang lakonan. Cabaran bagi saya adalah untuk menghafal skrip, namun nasib juga kerana ini program rakaman. Jadi, pilihan syot boleh dibuat untuk memberikan yang terbaik bagi program ini," ujarnya.

Lawak Minggu Ini bukan lawak slapstik






STESEN televisyen berbayar Astro menerusi salah satu salurannya yang semakin diminati ramai iaitu Astro Warna dilihat sering menyajikan rancangan-rancangan komedi yang menarik.
Selepas menyiarkan Maharaja Lawak selama 13 minggu yang menyaksikan kumpulan Sepah dinobatkan sebagai juara, kini saluran tersebut bakal menyediakan sebuah lagi rancangan komedi yang cukup menarik dan mencuit hati.
Bermula 5 Ogos ini pada setiap hari Jumaat pukul 10 malam, para penonton saluran berkenaan akan dihiburkan dengan sebuah rancangan berjudul Lawak Minggu Ini.
Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, rancangan yang akan berlangsung selama 12 minggu itu akan menampilkan seramai 12 orang pelawak popular tanah air.
“Setiap minggu seorang pelawak akan bertindak sebagai hos dan mengemudi pentas lawak menerusi cara masing-masing. Malah, mereka turut diberi kebebasan untuk memilih dan menyusun sendiri kandungan persembahan.
“Selain mempersembahkan idea dan pengisian lawak masing-masing, setiap pelawak turut diberi kebebasan untuk menjemput dua orang teman-teman artis yang terdiri daripada pemuzik dan penyanyi,” jelasnya pada majlis pelancaran baru-baru ini.
Menurut Nizam, rancangan komedi terbaharu tersebut yang akan bersiaran selama sejam itu menampilkan empat buah segmen. Setiap segmen pelawak akan diberikan masa untuk membuat persembahan selama 15 minit.
Antara pelawak-pelawak yang menyertai rancangan tersebut seperti Abon, Apek, Yassin, Datuk Jamali Shadat, Sathiya, Nabil, Caca, Johan, Zizan dan Angah serta tiga buah kumpulan iaitu Jambu, Sepah dan Balas.
Pada masa yang sama, Nizam memberitahu ketika ini rancangan-rancangan yang berteraskan komedi dan lawak jenaka amat popular dan yakin rancangan Lawak Minggu Ini akan mendapat sambutan dan mampu menghiburkan penonton.
Ujarnya, ia dilihat berdasarkan kepada kejayaan beberapa buah rancangan komedi yang pernah diterbitkan oleh Astro sebelum ini seperti Raja Lawak, Spontan, Lawaking, Redah Kasi Pecah dan Maharaja Lawak.
“Kini lawak berbentuk slapstik semakin kurang digunapakai oleh pelawak generasi sekarang dan mereka dilihat lebih mementingkan kreativiti dan pengisian bahan-bahan lawak berdasarkan perkembangan semasa serta mampu menghiburkan orang ramai.
“Lagipun bukan mudah untuk membuat orang ketawa dan sebab itu Astro kini menyediakan pula sebuah lagi rancangan komedi yang menampilkan pelawak-pelawak terkenal tanah air,” ujarnya.
Sementara itu, pelawak Shahrizan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Abon berkata, dia sangat tertarik dengan konsep rancangan Lawak Minggu Ini yang memberi kebebasan kepada pelawak untuk persembahan mereka.
Terkenal sebagai seorang pelawak yang sering bertutur dalam loghat Jawa dalam kebanyakan persembahan, dia bagaimanapun cukup berdebar sewaktu menjalani rakaman untuk rancangan tersebut.
“Saya merupakan pelawak pertama yang membuat rakaman memandangkan akan muncul dalam minggu pertama nanti. Sudah tentu saya berdepan dengan cabaran kerana tiada sebarang rujukan yang boleh dibuat agar dapat menepati konsep rancangan ini.
“Bagaimanapun, saya gembira kerana telah dipilih oleh pihak Astro untuk menjayakannya dan telah memilih dua orang pelawak untuk bergandingan dengan saya iaitu Ali Mamak dan Pak Akob,” ujarnya.
Bagi pelawak bukan Melayu terkenal iaitu Sathiya, dia berasa sangat teruja menyertai rancangan Lawak Minggu Ini biarpun sudah 25 tahun terbabit dengan rancangan komedi menerusi pelbagai saluran televisyen.
Menurutnya, apa yang paling mencabar buat dirinya untuk menghiburkan penonton dalam rancangan tersebut apabila terpaksa menyanyi bagi menepati tema muzikal seperti yang telah ditetapkan oleh pihak penerbit.
“Saya adalah pelakon komedi dan bukan penyanyi, namun saya berharap orang ramai akan tetap terhibur dengan persembahan yang ditampilkan. Selain itu, saya turut menerapkan nilai 1Malaysia dengan mengundang Angeline Tan dan Cha Cha Raja Lawak sebagai rakan gandingan,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment