Monday, August 8, 2011

ADA OTAK TAK BOLEH PAKAI....ADA JUGA YANG TAK ADA KEPALA OTAK...AGAK2LAH...DAN KADANG2 DUA2 ADA PADANYA...

Hasut bekas penagih



SEREMBAN: Cubaan rumah perlindungan Kristian di negeri ini menghasut bekas penagih dadah supaya mengikuti ajaran yang disebarkan mereka dikekang Jabatan Mufti negeri ini, awal tahun ini.
Perkara itu didedahkan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, apabila pihaknya menerima maklumat rumah perlindungan itu menawarkan bantuan rawatan pemulihan dadah kepada penagih beragama Islam sambil menyebarkan agama mereka perlahan-lahan.

Mohd Yusof berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan akidah seorang bekas penagih serta keluarganya yang menetap di penempatan itu dua tahun.
“Lelaki berusia 30-an terbabit tinggal di rumah itu percuma dua tahun dan diberikan penginapan dan wang tunai tanpa perlu berkerja.

“Apa yang dia perlu lakukan hanyalah mengikuti ceramah mereka dan membaca buku serta kitab mengenai Kristian,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Mendedahkan bagaimana keluarga lelaki terbabit yang berasal dari Perak memasuki rumah perlindungan berkenaan, Mohd Yusof berkata, pada permulaannya isteri lelaki itu ditawarkan majikannya ke rumah itu dengan membawa suami dan empat anak.

“Malah, apabila mengetahui keluarga itu mengalami masalah kewangan selepas suaminya dibebaskan dari penjara dan sukar mendapat pekerjaan, kumpulan berkenaan memberi jaminan menyokong sara hidup mereka sekeluarga, dengan syarat hanya perlu mendengar ceramah dan membaca kitab agama mereka,” katanya.

Beliau berkata, perkara terbabit disedari Jabatan Mufti selepas menerima maklumat daripada penjara yang memantau perkembangannya dan menghantar beberapa pegawai berbincang dengannya serta pengurusan rumah perlindungan itu.
Katanya, hasil perbincangan aman, lelaki terbabit secara suka rela mahu keluar dari rumah perlindungan itu membawa isteri serta anaknya yang berusia satu hingga 13 tahun dan menerima tawaran memulakan hidup baru dengan dibantu Jabatan Mufti, Yayasan Kasih Sayang dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).

“Selepas itu pihak kami cuba membantu semula akidah mereka sekeluarga dengan memberi bimbingan kelas agama dan hingga kini lelaki terbabit yang sudah bekerja sentiasa dipantau oleh kami bagi memastikan pegangan agamanya kukuh. “Daripada pemerhatian saya mendapati dia gembira dengan kehidupan kini yang sederhana walaupun tidak mewah seperti di rumah perlindungan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, ketika lelaki itu baru keluar dari rumah perlindungan berkenaan, dia menyerahkan sejumlah besar bahan bacaan Kristian di dalam tiga beg yang diberikan kepadanya oleh pengurusan rumah perlindungan itu untuk dibaca.

“Dia juga memberitahu ramai orang termasuk beragama Islam mendapatkan rawatan dan sokongan pemulihan dadah di rumah perlindungan itu,” katanya.


8 jam keluar 9 mangsa



CAMERON HIGHLANDS: Anggota penyelamat disertai 248 anggota pelbagai agensi bertungkus-lumus lebih lapan jam mengeluarkan semua sembilan mangsa tertimbus dalam tiga rumah yang ranap dalam tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, di sini.
Kejadian kira-kira jam 5.45 petang kelmarin meragut tujuh nyawa iaitu Mohd Ikbal Jaafar, 15, Yusnizan Yusof, 22, Jaafar Balad, 35, Sara Gunung, 35, Ali Hassan, 50, Normah Gunung, 51, dan Normadiah Lasik, 69, manakala yang cedera parah dikenali sebagai Bah Anjang a/l Alang, 39, dan Serry Prisila a/p Saari, 15 tahun. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu berkata, operasi mencari dan menyelamat dimulakan kira-kira jam 5.51 petang kelmarin membabitkan beberapa jentera daripada Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands sebelum operasi dihentikan sepenuhnya kira-kira jam 2.15 pagi, semalam.

Beliau berkata, mangsa pertama dikeluarkan penduduk kampung kira-kira jam 6.23 petang, manakala mangsa terakhir dibawa keluar dari kawasan runtuhan kira-kira jam 2.15 pagi.
“Lokasi runtuhan membabitkan kawasan seluas 100 meter persegi selain memusnahkan enam rumah milik penduduk. Bagaimanapun, hanya tiga rumah tertimbus sepenuhnya menyebabkan sembilan mangsa terperangkap.

“Semua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom untuk dibedah siasat, manakala dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan. “Dua mangsa yang cedera itu sudah kembali stabil dan hanya cedera di kepala dan muka,” katanya.

Katanya, pihaknya masih meneruskan operasi di lokasi runtuhan selain menjalankan pemantauan dan kawalan bagi memastikan kawasan berkenaan bebas sepenuhnya daripada runtuhan.



Suami tidak terbabit

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

AMPANG: Suami kepada seorang wanita yang ditemui mati bersama seorang kanak-kanak dalam keadaan ngeri di sebuah pangsapuri terbiar di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, 3 Ogos lalu, sudah dikesan polis.
Difahamkan, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan polis di rumahnya di Bandar Baru Ampang, di sini, kelmarin.

Sebaik ditahan dan disoal siasat, lelaki itu mengaku dia adalah suami kepada wanita yang dibunuh kejam itu.
Menurut sumber, sebelum ini, lelaki berasal dari Sabah itu tidak pernah membuat laporan polis berhubung kehilangan isterinya itu.

“Keterangan suami mangsa sudah diambil dan siasatan awal mendapati lelaki itu tidak terbabit dalam kes pembunuhan kejam berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, motif pembunuhan belum dikenal pasti dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Difahamkan, polis berjaya mengesan suami mangsa hasil siasatan polis susulan penahanan lapan suspek warga Bangladesh yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan misteri bau busuk di sebuah pangsapuri terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas di tingkat lima bangunan itu. Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.
Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.



Kereta rempuh pelajar, tadika



PECAH...tembok pagar Tadika Smart Stars yang dirempuh, semalam.
PECAH...tembok pagar Tadika Smart Stars yang dirempuh, semalam.
PUNCA...kereta terbabit ditarik, semalam.
PUNCA...kereta terbabit ditarik, semalam.
GOMBAK : “Syukur kerana kemalangan ini tidak membabitkan kehilangan nyawa. Selalunya, kami akan mengadakan perhimpunan di kawasan berkenaan,” kata guru besar Tadika Smart Stars , VR Ranee, 56, menceritakan kejadian sebuah kereta melanggar dinding tadika miliknya di Jalan 18, Taman Selayang, di sini, pagi semalam.
Sebelum itu, Perodua MyVi terbabit melanggar dua pelajar sekolah menengah yang melalui lorong di hadapan tadika berkenaan.

Katanya, selepas itu, kenderaan itu melanggar dinding tadikanya dan berlaku limpahan petrol sehingga mencetus kebimbangan berlakunya kebakaran. “Ketika itu, saya berada di dalam kawasan tadika dan beberapa pembantu saya membawa masuk murid yang dihantar ibu bapa kira-kira jam 7.20 pagi.
“Tiba-tiba saya terdengar dentuman kuat di depan tadika disusuli teriakan seorang wanita. Saya tergamam selepas melihat kereta itu melanggar dinding,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Beliau berkata, dia seperti hilang arah akibat takut dan ketika itu, dia hanya terfikir untuk mencari mangsa yang menjerit kesakitan di luar kawasan tadikanya.

Katanya, dia nampak seorang pelajar perempuan menangis kesakitan dan orang ramai menolong pelajar itu dan rakannya yang cedera ringan untuk dihantar ke Hospital Selayang.

“Saya bersyukur kerana tiada pelajar tadika atau orang lain parah dalam kemalangan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata akibat kejadian itu, dua pelajar berusia 15 dan 17 tahun cedera ringan di kepala manakala pemandu berkenaan yang berusia 22 tahun cedera dan dirawat sebagai pesakit luar.

Jakim kesal e-mel tak betul

Oleh Hanum Rajak
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan e-mel tidak betul mengenai status halal sesuatu produk hingga menimbulkan kekeliruan pengguna dan menjejaskan perniagaan pengeluar.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, berkata terdapat beberapa e-mel yang tersebar kini mengambil maklumat lama mengenai status halal sedangkan produk berkenaan sudah mendapat pengiktirafan halal Malaysia.

Beliau memberi contoh mangsa terbaru dalam kes ini iaitu produk kecantikan milik Datuk Siti Nurhaliza Taruddin di mana berus pemerah pipi dikatakan menggunakan bulu babi.
“Tindakan ini tidak wajar berlaku kerana penyebaran maklumat yang tidak jelas memberi kesan negatif kepada pengguna dan industri, malah perbuatan itu satu kesalahan,” katanya ketika dihubungi.

Hakimah berkata, ada produk yang disenaraikan Jakim sebagai tidak halal kerana mengandungi benda haram, tetapi selepas pelbagai proses dilalui pengeluar antaranya melakukan proses samak, Jakim menyenaraikan produk terbabit sebagai halal.

“Saya minta masyarakat tidak menerima maklumat baru tanpa menyelidiki kesahihannya dan sila rujuk Jakim untuk mendapatkan maklumat terkini,” katanya.

Beliau meminta masyarakat Islam yang was-was mengenai status halal sesuatu produk menghubungi 03- 83150200 untuk keterangan lanjut.

Beberapa hari lalu, Siti Nurhaliza terpaksa mengeluarkan kenyataan mempertahankan status halal produknya apabila seorang pemilik blog menyebarkan surat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (Jaip) mengenai senarai nama syarikat yang tidak berjaya mendapat sijil pengesahan halal Malaysia.
Sehubungan itu Hakimah menasihati masyarakat supaya tidak terlalu mudah percaya dengan maklumat yang tersebar melalui laman sosial.

“Sila buat rujukan dengan Jakim jika timbul sebarang keraguan kerana banyak produk yang sudah disucikan semula,” katanya.

Lelaki buang air kecil kena samun RM2,000



GOMBAK: Seorang lelaki yang membuang air kecil disamun seorang lelaki dalam sebuah tandas di Hospital Selayang, di sini, menyebabkan kerugian RM2,000, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun berseorangan dalam tandas berkenaan sebelum seorang lelaki tidak dikenali menghampirinya.

Sebaik menghampiri mangsa, lelaki terbabit mengeluarkan pisau lipat serta mengacukan ke arah mangsa dan meminta jangan menjerit jika tidak mahu diapa-apakan.
Menurut sumber, mangsa yang terkejut dengan tindakan itu hanya berdiam diri dan merayu supaya tidak diapa-apakan.

“Suspek mengarahkan mangsa menyerahkan barangan berharga miliknya.

“Lelaki terbabit merampas dan melihat wang yang ada di dalamnya sebelum menyimpan di dalam poket seluarnya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa meminta dilepaskan, namun lelaki itu menyuruh dia menanggalkan jaket dipakai.

“Mangsa yang menggigil ketakutan menyerahkan jaket itu sebelum suspek mengikat tangan dan kakinya.
“Suspek melarikan diri meninggalkan mangsa keseorangan di dalam tandas itu,” katanya.

Pengawal keselamatan yang melalui kawasan berkenaan terdengar jeritan mangsa meminta tolong dan masuk ke dalam serta melepaskan ikatannya.

Banglo dipecah, dibakar penyamun

KAJANG: Geng samun dan bakar rumah yang pernah mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk sekitar Kajang Jun lalu, kini dikesan kembali aktif.
Terbaru, seorang jurutera menanggung kerugian kira-kira RM300,000 kerana bukan saja rumah banglo miliknya di Kampung Sungai Kantan di sini, disamun, malah rumah itu turut dibakar penyamun terbabit.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3.45 pagi ketika mangsa yang berusia 31 tahun tiada di rumah dan mengetahui kejadian berkenaan selepas dimaklumkan ibunya yang tinggal berhampiran.

“Ketika mangsa tiba di rumahnya, anggota bomba sedang memadamkan kebakaran itu.


“Mangsa gagal menyelamatkan sebahagian barang berharga miliknya kerana api marak,” katanya.

Wanita lewat pulang kereta dipijak



SUBANG JAYA: Hanya kerana lewat 10 minit, seorang wanita bukan saja ditampar dan ditendang, malah dipijak di khalayak ramai kerana lambat memulangkan kereta milik teman lelakinya di USJ, di sini, Jumaat lalu.
Menurut sumber, kejadian itu bermula apabila mangsa berusia 20-an dikatakan meminjam kereta milik teman lelakinya yang juga berusia 20-an dan berjanji memulangkannya semula di pejabat lelaki itu yang terletak di USJ, kira-kira jam 4 petang.
“Bagaimanapun, mangsa terlewat kira-kira 10 minit berikutan jalan sesak sekali gus menimbulkan kemarahan teman lelakinya yang kemudian bertindak menampar mangsa sejurus mangsa keluar dari kereta.
“Selepas menampar mangsa, lelaki itu turut bertindak menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum menendang dan memijak perut mangsa berulang kali.
Sumber berkata, orang ramai cuba membantu mangsa namun dihalang teman lelakinya yang mengugut akan membunuh mangsa sekiranya ada sesiapa cuba membantunya.
“Sebaik saja teman lelaki mangsa meninggalkan tempat kejadian, salah seorang daripada mereka yang menyaksikan kejadian bertindak membawa mangsa ke klinik berdekatan untuk rawatan dan kemudian menghantar mangsa ke Balai Polis USJ untuk membuat laporan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, suspek iaitu teman lelaki mangsa ditahan Sabtu lalu untuk diambil keterangan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 KK kerana mencederakan dengan niat,” katanya.


Jaga ugut guru tegur anak didenda RM2,000



KUALA LUMPUR: Berang selepas mengetahui anak perempuannya ditegur, seorang bapa sanggup mengugut seorang guru dengan kata-kata ‘boleh menggunakan pistol bila-bila masa dan tidak kisah masuk penjara.’
Bagaimanapun, perbuatan Ibrahim Matering, 37, itu menerima padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam dan didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan mengugut secara jenayah Mohd Norizi Mohamad, 31, yang dibacakan di hadapan Majistret Hafizza Sauni.

Perbuatan itu dilakukan di Bengkel Kemahiran Hidup, Sekolah Kebangsaan Bangsar, Jalan Pantai Baharu, Bangsar di sini, pada jam 9.30 pagi, 14 Jun lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, Ibrahim yang bekerja sebagai pengawal keselamatan singgah ke sekolah berkenaan untuk menghantar barang yang ditinggalkan anaknya.

Kebetulan, tertuduh yang turut membawa sepucuk pistol kerana akan terus pergi bertugas selepas itu dimaklumkan bahawa seorang guru menegur anaknya.

Tertuduh kemudian bertindak melakukan ugutan jenayah dengan mendatangkan ketakutan terhadap guru berkenaan.

Terdahulu, Ibrahim yang tidak diwakili peguam merayu supaya hanya dikenakan hukuman ringan atas alasan tidak mempunyai taraf pendidikan tinggi.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abd Halim memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh untuk mencegah kesalahan sama.

‘Jangan berpolitik’

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

KUALA SELANGOR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menitahkan profesor dan pensyarah di Universiti Selangor (Unisel) tidak berpolitik dalam kampus sebaliknya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tugas mengajar.
Baginda berharap politik kepartian tidak dicampur-adukkan dalam pengajaran kerana ia akan merugikan masa yang sangat berharga kepada pelajar demi kejayaan masa depan.

“Amatlah merugikan jika seseorang pelajar membuang masa berpolitik dan tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap akademik. Sesungguhnya masa itu emas.
“Beta tidak berkenan orang politik atau orang luar yang tidak ada kena-mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik dalam kawasan Unisel,” titahnya dalam majlis berbuka puasa sekali gus merasmikan Masjid Unisel di Kampus Bestari Jaya, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Lembaga Pengarah Unisel, Pemangku Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Marzuki Hussin.

Sultan Sharafuddin bertitah Unisel adalah tempat untuk belajar, berbincang dan mengembangkan idea mengenai ilmu serta membuat uji kaji, penyelidikan dan eksperimen mengenai sesuatu projek atau penemuan yang boleh menaikkan taraf industri di Selangor.

No comments:

Post a Comment