Sunday, August 7, 2011

DIAKHIRAT NANTI TAHU SAPE YANG BANYAK SONGEH...ORANG RAMAI ATAU PUSAT ZAKAT SENDIRI...DIA AMIL SAJA...SETARAF DENGAN ASNAB YANG LAIN...TAPI MACAM IA PALING BERKUASA...AKHIRAT NANTI TAHU SAPE BETUL SAPE SALAH...DIAKHIRAT NANTI KITA SAMA SAJA...JANGAN BERLAGAK SANGAT DIDUNIA NI...

Rasuah orang susah

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tindakan gereja yang menggunakan pendekatan membantu golongan susah dan kemudian menarik mereka secara perlahan-lahan untuk menganut Kristian adalah rasuah yang tak bermoral.
Bekas Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, perbuatan itu yang dilaksana pendakwah Kristian jelas terkeluar daripada ajaran sebenar agama terbabit yang mengetengahkan pembentukan moraliti. “Tindakan gereja itu satu rasuah yang tak bermoral apabila menggunakan orang susah, membantu mereka dan kemudian menarik mereka perlahan-lahan menganut Kristian.

“Kita tahu cara itu bukan ajaran Kristian sebab didikannya sangat mementingkan pembentukan moral, tapi apa yang dibuat itu adalah daripada pendakwahnya yang tidak bermoral.
“Kalaupun mungkin terdesak untuk mendapatkan penganut, mereka (gereja) tak boleh melanggar moral, nilai Kristian...tetapi apa yang saya bimbang golongan ini gunakan Kristian untuk rosakkan negara kita,” katanya, semalam.

Ahli Majlis Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) itu menjelaskan, keamanan dalam Malaysia selaku negara Islam berkemungkinan besar dicemburui pihak tertentu yang cuba merosakkannya dengan pelbagai cara.

“Kami tahu negara Islam banyak yang bergolak disebabkan campur tangan negara asing, penjajah dan sebagainya, (jadi) saya bimbang ia berlaku di negara kita (menerusi pendekatan di gunakan gereja) sedangkan ajaran Kristian tidak membenarkan begitu.

“Tak ada masalah kalau mahu mengajar, ajarlah...tetapi jangan sampai menggunakan orang susah, konon membantu mereka dan tarik mereka untuk menukar agama.....tak wajar,” katanya.

Beliau juga bersetuju pembongkaran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap perkara itu suatu yang perlu dilakukan bagi menyedarkan semua pihak sekali gus menggerakkan usaha mengekang penularan aktiviti itu.
Katanya, selain Jais, polis juga perlu sama menyiasat perkara terbabit sama ada wujud kemungkinan campur tangan pihak luar yang berselindung di sebalik gerakan gereja untuk mengucar-kacirkan keamanan negara.

“Perkara ini kalau tidak didedahkan akan berlaku krisis agama....lagi parah seperti yang berlaku di negara lain, mungkin akan ada orang Islam ekstrim yang bertindak membakar gereja, kita tak nak ia berlaku.

“Jadi sudah tiba masanya umat Islam bersatu atas dasar akidah walaupun berbeza fahaman politik. Kita kena tegas dalam soal akidah. Jangan ada ahli politik yang menggunakan isu ini dalam tawar menawar politik,” katanya.

Ugutan bekas kekasih

PETALING JAYA: Gara-gara memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, seorang wanita mendakwa diugut membayar RM2,000 sekiranya tidak mahu gambar tidak senonohnya disebarkan di Internet, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang berusia 22 tahun sedang bersiap untuk menunaikan solat Asar di sebuah masjid di Sungai Way sebelum mendapat panggilan daripada teman lelakinya itu.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 20-an itu tidak berpuas hati berikutan tindakan mangsa memutuskan hubungan mereka selepas berlaku pertengkaran beberapa hari sebelumnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed mengesahkan laporan berhubung kejadian itu.


Banyak songeh

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Kita sedih perkara ini berlaku, malah ada yang menelefon saya pagi tadi (semalam) memberitahu bagaimana dia diperlekehkan ketika meminta bantuan daripada pihak berkuasa sedangkan katanya pihak gereja cepat bertindak.
“Memang ini dakwaan dia, tetapi kita kena siasat dan nilai kembali, adakah benar seperti apa dikatakan, jika betul kita harus bertindak mengubah apa yang patut,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau mengulas tindakan segelintir umat Islam yang mendapatkan bantuan daripada pihak gereja, malah serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya baru-baru ini membongkar segala-galanya. Metro Ahad semalam turut melaporkan luahan seorang wanita dikenali Nur yang tidak mempunyai pilihan lain, dan terpaksa menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja selepas mendakwa sering mendapat cemuhan. Mashitah memberitahu, wanita yang menghubunginya itu adalah salah seorang daripada individu terbabit yang menerima bantuan bulanan selepas dia gagal memperolehnya daripada saluran diusahakan pihak berkuasa.
Katanya, wanita berkenaan yang enggan namanya dikenali, turut mendakwa pernah memohon bantuan dengan pusat zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun tidak mendapat layanan sewajarnya menyebabkan dia kecewa.

“Saya mendengar rintihannya. Dia menceritakan bagaimana pengalamannya dengan pegawai bertugas, dengan pegawai agama yang tidak melayan permohonan bantuan seeloknya tetapi, memberikan pelbagai alasan...masih diproseslah...hari ini cuti dan sebagainya.

“Tetapi katanya, pihak gereja cepat bertindak, mereka bertanya dengan lembut, masukkan duit pun cepat...usaha ada apabila pihak berkenaan turun padang berbanding kita yang menunggu orang datang baru bertindak.

“Tak bermaksud menunding jari terhadap mana-mana pihak, sebaliknya sekadar menyampaikan apa yang disuarakan individu ini supaya dapat dinilai bersama....kalau ada kebenaran atas apa yang didakwa, kita perlu perbaiki...harus segera laksana,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mashitah berkata, semua pihak perlu mengambil semangat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengutarakan rakyat harus didahulukan dalam semua perkara, sekali gus mengurangkan birokrasi punca sesuatu bantuan lewat disampaikan.

Harap tampil ke pejabat JKM



BUKIT JALIL: Mana-mana individu, keluarga atau rakyat negara ini yang masih tidak mendapat pembelaan sewajarnya, diminta tampil ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bantuan.
Langkah itu perlu bagi membantu kerajaan mengenal pasti golongan yang benar-benar memerlukan, sekali gus menyalurkan bantuan diperlukan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya melalui JKM membelanjakan RM1.2 bilion setahun bagi membantu kira-kira 450,000 rakyat setiap bulan.
“Orang ramai perlu tahu bahawa bantuan yang diagih ini bukan sekali saja, sebaliknya diberi kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan pada tiap-tiap bulan.

“Ini kerana, pihak kementerian percaya, kalau golongan terbabit tidak dibantu, mungkin keadaan mereka akan menjadi lebih teruk dan membahayakan,” katanya selepas menyempurnakan program 30-Hour Famine 2011, anjuran bersama World Vision Malaysia, Sin Chew Daily dan HELP University College di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan Metro Ahad berhubung tindakan ibu empat anak yang terpaksa menerima ihsan dan sumbangan gereja bagi menyara hidup berikutan gagal mendapatkan bantuan sewajarnya daripada jabatan berkaitan.

Mangsa gurauan rakan



KUANTAN: Seorang pemandu lori bernasib malang apabila cedera di mata kiri selepas rakan sekerjanya secara tidak sengaja membaling mercun bola ke arah mukanya dalam kejadian di sebuah kilang di Semambu, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Abd Mubi Mat Zin, 42, yang mengalami kecederaan di mata kiri dibantu isterinya, Rosilawati Hussin, 37, yang tiba di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Menceritakan semula kejadian itu, Abd Mubi berkata, sebelum kejadian dia bersama dua rakannya, Ahmad Fizan Ramli, 25, dan Khairil Faizal Mokhtar, 27, sedang menunggu masuk waktu berbuka puasa.
“Bagaimanapun tiba-tiba rakan sekerja datang dan membaling satu objek menyebabkan dua rakan saya bertempiaran selepas mencurigakan objek itu.

“Saya yang tidak sempat melarikan diri tersentak selepas objek berkenaan meletup sebelum kepala rasa berdenyut diikuti mata kiri berasa pedih,” katanya di HTAA, semalam.

Menurutnya, selepas berasa pedih di mata kiri, dia kemudian rebah sambil memegang mata menahan kesakitan sebelum dihampiri dua rakannya yang cuba membantu.

Katanya, berikutan kejadian terbabit, dia kini berdepan risiko mata kirinya menjadi buta selepas terkena serpihan mercun bola yang dilemparkan rakan.

Abd Mubi berkata, sehingga kini mata kirinya masih belum dapat dibuka selain berasa pedih jika ditiup angin menyebabkan dia terpaksa menggunakan cermin mata untuk sementara waktu.

Upah samseng belasah bos

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

AMPANG: Seorang pengurus cedera dibelasah gengster yang diupah seorang pekerja wanitanya yang tidak berpuas hati kerana bakal dibuang kerja akibat tindakannya memalsukan dokumen peribadi.
Menurut sumber, pengurus lelaki berusia 38 tahun itu dikatakan menghantar laporan kepada pihak atasannya selepas mengetahui pekerjanya itu memalsukan dokumen peribadi bagi membolehkannya diterima bekerja.

Berikutan itu, pekerja terbabit mengupah tiga lelaki untuk ‘mengajar’ mangsa yang ketika itu berada di rumahnya di Pandan Perdana, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa bersama tiga rakannya sedang bersahur di pangsapuri berkenaan sebelum tiba-tiba diserang lelaki terbabit.


“Kumpulan itu memecah masuk rumah mangsa menyebabkan mangsa dan rakannya terkejut. Secara tiba-tiba tiga lelaki dan seorang wanita yang berusia lingkungan 20-an terus membelasah mangsa.

Dituduh mencuri lepas beri bantuan

AMPANG: Niat seorang pengurus membantu seorang lelaki yang berada dalam keadaan mabuk bertukar tragedi apabila dia dipukul dan cedera di kepala, tangan dan kaki dibelasah sekumpulan tiga lelaki dalam kejadian pergaduhan di Dataran Palma, di sini, Khamis lalu.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun bersama rakan sekerjanya sedang minum di kedai berhampiran pejabatnya sebelum didatangi seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk serta muntah.

Sumber berkata, mangsa yang simpati membawa lelaki itu ke pejabatnya untuk berehat. Sebaik tiba, mangsa terkejut apabila lelaki terbabit tiba-tiba mengamuk menuduh mangsa mencuri telefon bimbitnya. “Mangsa menafikan tuduhan itu. Tiba-tiba muncul tiga lelaki memasuki pejabatnya dan seorang daripada mereka mengaku sebagai pegawai kanan polis.
“Belum sempat mangsa memberi penjelasan , tiba-tiba ketiga-tiga lelaki terbabit terus memukul mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

‘Semua boleh bantah’



SHAH ALAM: Keputusan melantik Prof Dr Anuar Ahmad (gambar) sebagai pemangku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) bagi menggantikan Datuk Dr Rosti Saruwono yang meletakkan jawatan 3 Ogos lalu, bukan satu keputusan yang boleh menyenangkan semua pihak.
Bagaimanapun, semua pihak yang tidak berpuas hati termasuk pelajar berhak meluahkan pandangan atau bantahan mereka.

“Semua pihak berhak membantah,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulas isu memorandum yang dihantar sekumpulan pelajar Unisel menggelar diri mereka Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi), petang kelmarin.
Aksi yang diwakili Ketua Umumnya, Muhammad Shahimi Ariffin mendakwa lima tuntutan disertakan dalam memorandum berkenaan, termasuk menolak pelantikan Dr Anuar sebagai pemangku naib canselor.

Muhammad Shahimi juga dilaporkan berkata, Aksi akan menghantar petisyen kepada Menteri Besar jika masih tidak menerima jawapan berkaitan memorandum yang dihantar itu.

No comments:

Post a Comment