Thursday, August 11, 2011

AKHIR ZAMAN ORANG KIRA DARI MANA HARTA@WANG ITU DAPAT.....TAK KIRA HALAL ATAU HARAM....ORANG BAIK SUDAH SEDIKIT....

Derita angkara jurujual kereta



BUKIT MERTAJAM: “Sudahlah nama saya disenaraihitamkan malah akibat kejadian ini suami diberhentikan kerja kerana terlalu kerap mengambil cuti menemani saya,” kata Salmiah Budin, 42, yang menghadapi masalah dalam urusan jual beli kereta membabitkan seorang jurujual syarikat kereta terkenal di Juru.
Salmiah berkata, kejadian berlaku pada 28 Oktober 2009 apabila dia mahu menjual kereta Proton Waja untuk membeli kereta baru dengan seorang jurujual wanita syarikat berkenaan yang bertindak sebagai orang tengah.

Katanya, dia dan suami, Khidhir Shamsuddin, 43, mempercayai jurujual itu untuk melakukan urusan penjualan kereta lamanya dengan syarikat kereta terpakai.
“Jurujual itu memberitahu kami, selepas menjual kereta Proton Waja itu, dia akan menyelesaikan pembayaran baki wang kepada bank kira-kira RM29,700.

“Pada masa sama dia tidak menyatakan harga kereta itu selain tidak mengemukakan dokumen untuk ditandatangani bagi urusan tukar hak milik kereta sebaliknya menyatakan ada di syarikat kereta terpakai,” katanya di Pejabat Biro Perkhidmatan Awam dan Pengaduan MCA Negeri, di sini, semalam.

Menurut Salmiah, beberapa hari selepas itu dia menghubungi jurujual terbabit bertanyakan proses berkenaan tetapi pelbagai alasan diberikan malah jurujual itu seperti mengelak menemuinya.

Katanya, pada Julai tahun lalu, dia mahu membeli kereta baru dan membuat pinjaman bank namun tidak diluluskan kerana ada tunggakan empat bulan yang belum dibayar.

“Saya hairan kerana masih ada tunggakan kereta Proton Waja yang sudah dijual dan apabila menghubungi jurujual itu, dia tak layan sebelum saya berjaya menghubunginya,” katanya. Menurutnya, berdasarkan maklumat, dia dan suami terkejut apabila mengetahui kereta Proton Waja miliknya berada di sempadan Perlis dan melalui bantuan beberapa pihak, kenderaan itu berjaya dibawa pulang dan kini dalam simpanan mereka.
“Menyedari ada tidak kena, kami membuat semakan dengan bank dan terkejut mendapati kereta Proton Waja itu ada tunggakan RM24,155.

“Disebabkan itu, nama saya disenaraihitamkan Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) bulan lalu. Bukan itu saja, saya kini terpaksa menanggung beban hutang, kereta baru perlu bayar pinjaman RM800 sebulan selain tunggakan kereta Waja RM619 sebulan.

“Lebih menyedihkan, kerana terlalu kerap mengambil cuti menemani saya, suami yang bekerja di sebuah syarikat swasta diberhentikan kerja,” katanya yang berharap namanya dan suami dibersihkan.

Sementara itu, Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Pengaduan MCA Negeri, Tan Teik Cheng berkata, pihaknya akan membantu pasangan itu menyelesaikan masalah dihadapi dengan menghubungi syarikat pengeluar kereta terbabit.

Suami ditahan

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 29 tahun yang mengaku suami kepada seorang wanita yang dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dikerat bersama anak lelakinya yang berusia 20 bulan di sebuah pangsapuri di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, Taman Kosas, Ampang, ditahan semula untuk membantu siasatan.
Difahamkan, lelaki berasal dari Sabah itu ditahan reman mulai kelmarin hingga 15 Ogos ini berikutan kegagalannya mengemukakan dokumen perkahwinan.

Sebelum ini, lelaki terbabit dibebaskan selepas keterangannya diambil. Lelaki itu dipercayai tidak melaporkan kehilangan isteri dan anaknya itu kerana menyangka mereka pergi menziarah rumah keluarga.
Setakat ini, polis sudah menahan sembilan lelaki termasuk lapan warga Bangladesh bagi membantu merungkai kejadian yang bermotifkan cinta dan cemburu.

Kedua-dua mangsa yang juga warga Indonesia dipercayai dipukul dengan tukul besi sebelum mayat mereka dikerat dan dibuang dalam tandas di unit pangsapuri berkenaan yang tidak dihuni sejak 10 tahun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya menahan lelaki terbabit bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita dan kanak-kanak pada 3 Ogos lalu.

Menurutnya, pihaknya tidak dapat mengenal pasti sama ada lelaki terbabit suami kepada mangsa seperti dakwaannya sebelum ini.

“Kami menahan reman dia selama enam hari sehingga 15 Ogos ini bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian itu,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan misteri bau busuk di sebuah pangsapuri terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas di tingkat lima bangunan itu. Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik berasingan di atas siling tandas dan beberapa tempat di dalam rumah berkenaan. Dipercayai, mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.


‘Insaflah pak cik’

Oleh Asmizan Mohd Samiran
mizan@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun yang mengalami masalah kesihatan, termasuk darah tinggi, bernasib baik tidak menghabiskan bulan Ramadan ini di penjara apabila dibenarkan diikat jamin selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, 27 Julai lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal L Saleh, membenarkan tertuduh, Mat Amin Hussin yang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan, diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin selepas mengambil kira faktor usia tertuduh.

Dalam prosiding semalam, Zainal berkata, tertuduh dan ahli keluarga serta rakannya tidak dibenarkan menghampiri atau mengganggu mangsa.
“Dalam kebanyakan kes rogol, saya jarang membenarkan orang yang kena tuduh dikenakan jaminan, namun mengambil kira kepada fakta usia, saya membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula 15 September depan.

“(Bagaimanapun), jika ada sebarang gangguan terhadap mangsa yang tinggal sekampung dengan tertuduh, jaminan itu akan dibatalkan serta-merta dan tertuduh akan ditempatkan di penjara sehingga kes ini selesai,” katanya.

Zainal berkata, sepatutnya dalam usia lanjut, tertuduh perlu sentiasa menginsafi diri dengan banyak melakukan kerja amal, bukan masih terbabit kesalahan seperti itu.

“Sepatutnya pada peringkat usia pak cik, harus sentiasa berada di surau atau di masjid, tidak sesuai berada dalam kandang orang salah seperti hari ini (semalam),” katanya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pada kira-kira jam 2 petang 22 Julai lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Beris Gajah Mati, Tawang, Bachok, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Hasrat berbuka bersama isteri tak sampai



BENTONG: Hasrat seorang penghantar surat khabar yang dalam perjalanan pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama isterinya, berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas van yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok dalam kejadian di Kilometer 74.4, Lebuhraya Kuantan-Kuala Lumpur, di Sungai Dua, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, mangsa, Zulazmi Nuwawo, 40, dari Taman Pulai Idaman, Temerloh, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan dada.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata sebelum kejadian, mangsa yang memandu berseorangan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Kuala Lumpur selepas selesai menyelesaikan urusan kerja.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebatang pokok.

Katanya, akibat rempuhan kuat itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebelum mayatnya dikeluarkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Bentong.

“Anggota Bomba dan Penyelamat terpaksa mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

“Rawatan awal yang cuba diberikan kepada mangsa di tempat kejadian juga gagal kerana mangsa sudah meninggal dunia. Mayatnya dihantar ke Hospital Bentong (HB),” katanya.

Menurutnya, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan.

Ikut lelaki 400km

Oleh Kasdi Ali
kasdi@hmetro.com.my

KAMPAR: Misteri kehilangan gadis berusia 17 tahun sejak seminggu lalu akhirnya terjawab selepas mangsa ditemui dalam keadaan ‘bingung’ di satu lokasi kira-kira 400 kilometer (km) dari rumahnya, kelmarin.
Seri Najwa Ferda Hasan yang didakwa diculik seorang lelaki menaiki skuter merah ketika dalam perjalanan ke sekolah pada 4 Ogos lalu, ditemui bersama seorang lelaki berusia 19 tahun kira-kira jam 9 malam kelmarin di Air Hitam, Batu Pahat, Johor.

Lebih pelik, mangsa difahamkan ditemui ketika sedang membeli makanan ringan bersama dengan ‘penculiknya’ di kawasan pekan berkenaan.
Mangsa kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di sini, untuk dipertemukan kembali dengan ahli keluarganya kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Ibu mangsa, Seri Wangi Mokhtar, 42, bersyukur ke hadrat Ilahi berikutan anaknya itu ditemui semula dalam keadaan selamat.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis dan media dalam usaha mencari anak saya sehingga berjaya ditemui. Saya anggap kejadian ini satu dugaan daripada Tuhan pada bulan Ramadan.

“Saya reda menghadapinya kerana dugaan ini tidak akan diberikan kepada insan yang lemah. Ia mengajar kami sekeluarga supaya lebih tabah dan mempunyai hikmah di sebaliknya,” katanya.

Difahamkan Najwa dipujuk lelaki berkenaan untuk melarikan diri dari rumah sebelum dibawa ke Johor atas sebab-sebab tertentu.
Ditanya sama ada dia ingin mengambil tindakan terhadap teman lelaki anaknya, Seri Wangi menyerahkan siasatan dan tindakan selanjutnya kepada pihak polis.

“Saya enggan memberi sebarang komen mengenai perkara itu dan minta diberikan masa kepada kami untuk berbincang. “Perkara paling penting Najwa ditemui selamat. Insya-Allah kami akan mengadakan kenduri doa selamat dan berharap ia adalah dugaan pertama dan terakhirnya seumpamanya dihadapi keluarga kami,” kata Seri Wangi yang juga ibu tunggal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, siasatan mendapati kes kehilangan mangsa bukan disebabkan diculik.

“Mangsa ditemui di Air Hitam, Batu Pahat, Johor malam semalam (kelmarin) dalam keadaan selamat dan siasatan mendapati, mangsa bukan diculik tapi mengikut rakan lelakinya. Seorang suspek lelaki kini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Bapa subahat

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

JITRA: Tindakan duda membawa teman wanitanya pulang ke rumah hampir setiap malam akhirnya membawa padah apabila dia dan pasangannya dicekup berkhalwat di rumah di Kampung Darat, Changlun, di sini, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 28 tahun yang mempunyai dua anak itu dikatakan menjadikan rumah bapanya sebagai tempat memuaskan nafsu bersama pasangannya berusia 18 tahun berasal dari Kampung Alor Janggus, Napoh, di sini.

Ketika kejadian, bapanya berusia 70 tahun yang tidur dalam bilik berasingan di rumah itu terkejut apabila pintu rumah mereka diketuk sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kubang Pasu (PADKP) jam 1.15 pagi.
Difahamkan, kegiatan maksiat lelaki itu pernah ditegur penduduk kampung kerana tidak mahu bersubahat tetapi disebabkan takut dengan ugutan si anak, si bapa mendiamkan diri dan membenarkan anaknya bergelumang dengan dosa terutama pada Ramadan ini.

Mereka memberi alasan terpaksa tinggal bersama di rumah itu kerana hubungan cinta tidak direstui keluarga perempuan walaupun mereka berhasrat berkahwin.

Sumber berkata, berdasarkan aduan, pihaknya memeriksa rumah terbabit dan ternampak kelibat lelaki itu cuba melarikan diri melalui pintu belakang, tetapi gagal apabila dikepung anggota penguat kuasa.

Katanya, lelaki yang berkemeja-T dan memakai boxer itu gagal meloloskan diri apabila dia terperangkap lalu terpaksa menyerah diri.

“Hasil pemeriksaan menemui wanita memakai kain pelikat dan berkemeja-T keluar dari bilik dipercayai bilik pasangannya itu.
“Selepas disoal siasat, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai ikatan suami isteri,” katanya.

Selain pasangan itu, bapa lelaki terbabit turut ditahan untuk diambil keterangan kerana bersubahat dan membenarkan anaknya melakukan maksiat.

Katanya, mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untukt laporan tangkapan.

Tempah rojak sebelum samun keluarga



PUCHONG: Sekumpulan lelaki menggunakan taktik mahu membuat tempahan rojak sebelum mengikat dan menyamun satu keluarga di Taman Puchong Utama, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa mendakwa didatangi seorang lelaki di depan rumah mereka bertanyakan perniagaan bapanya yang menjual rojak dan bagaimana untuk membuat tempahan. Sumber berkata, mangsa berusia 22 tahun yang ketika itu berada di rumah bersama adiknya tidak mengesyaki apa-apa kerana sebelum ini memang ramai yang datang ke rumahnya untuk membuat tempahan rojak yang diusahakan mereka sekeluarga.

“Bagaimanapun, sedang mangsa rancak memberikan penerangan berkenaan tempahan itu, tiba-tiba muncul tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang keluar dari sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam yang diletakkan berhampiran sebelum bergegas mahu masuk ke rumah mangsa.
“Mangsa melarikan diri ke dalam rumah dan mengunci pintu namun keempat-empat lelaki terbabit memecahkan pintu berkenaan sebelum memukul dan mengikat mangsa bersama adiknya,” katanya.

Menurutnya, selepas mengikat kaki dan tangan dua beradik itu, mereka menggeledah rumah mangsa.

Kira-kira 10 minit selepas itu, kedua ibu bapa mangsa pulang dan turut diikat bersama kedua-dua anak mereka.

“Selain barang kemas dan wang tunai, kereta keluarga mangsa jenis Toyota Hilux turut dilarikan kumpulan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Rugi RM300,000 disamun 2 ‘polis’



KUALA LUMPUR: Seorang pelajar warga Iran berusia 28 tahun kerugian RM300,000 termasuk wang tunai RM6,000 dan sebuah kereta jenis Toyota Alphard apabila disamun dua lelaki menyamar polis di Jalan Kiara 2, di sini petang kelmarin.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum menyedari diekori dua lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an.

Menurut sumber, mangsa mula menyedari dirinya diekori lelaki terbabit yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih ketika mereka berada di satu lampu isyarat berhampiran One Mont Kiara sebelum salah seorang daripada mereka mengarahkan mangsa berhenti.

ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG
YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK



H.R. THABRANI


Daripada Aisyah ra berkata : "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibubapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".




Diantara tanda-tanda kiamat ialah : -

1. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.

2. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.

3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.

4. Orang yang berbuat baik sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.

5. Anak-anak sudah berani melawan orang tua.

6. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang baik dan tidak segan terhadap mereka.


Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tadi. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW.

Kita berdoa, mudah-mudahan Allah SWT menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.


ZAMAN DI MANA ORANG TIDAK PEDULIKAN
DARI MANA MENDAPATKAN HARTA



H.R. NASAK (nun..sim..alif.hamzah)



Daripada Abu Hurairah ra berkata : Bersabda Rasulullah SAW : "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram."




Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin kekayaan. mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.

No comments:

Post a Comment