Friday, August 12, 2011

YANG KAYA BERTAMBAH KAYA...YANG MENDERITA TAMBAH DERITA...YANG MISKIN TERUS TIDAK DIBELA DENGAN SEPATUTNYA...MUNGKIN YG KAYA INGINKAN HARTA2NYA DIGANTUNG PADA LEHERNYA DIAKHIRAT KERANA BAKHIL...TU BELUM KIRA KAYA DENGAN JALAN SALAH...AKHIRAT NANTI JAWAB JE LAH...

‘Saya tak tahu ini salah’

Oleh Fazurawati Che Lah
fazurawati@hmetro.com.my

DITAHAN...’orang emas’ yang mengenakan bayaran RM2 setiap kali gambarnya dirakam ditahan penguat kuasa JKM di Jalan Bukit Bintang, kelmarin.
DITAHAN...’orang emas’ yang mengenakan bayaran RM2 setiap kali gambarnya dirakam ditahan penguat kuasa JKM di Jalan Bukit Bintang, kelmarin.
KUALA LUMPUR: “Saya tak tahu langsung pekerjaan yang saya buat ini sebenarnya salah. Kalau saya tahu, saya tak akan ambil risiko untuk melakukan kerja ini,” kata ‘orang emas’ yang ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan dalam satu operasi di Bukit Bintang, di sini, jam 9 malam kelmarin.
Dia yang mahu dikenali sebagai Elvis, 42, berkata menjadi ‘orang emas’ atau ‘Gold Man’ adalah sumber rezekinya dan pendapatan diperoleh agak memuaskan serta mampu menampung isteri dan dua anak berusia dua bulan dan tiga tahun yang tinggal di Ipoh, Perak. “Saya diberi jaminan oleh rakan bahawa pekerjaan ini tidak salah dan pihak berkuasa tidak akan mengganggu serta dijanjikan pulangan pendapatan dengan sekelip mata.

“Tanpa berfikir panjang, saya membeli tiket ke Kuala Lumpur seminggu lalu. Ini hari keempat saya bekerja sebagai Gold Man. Tidak sangka akan ditahan pihak berkuasa,” katanya.
Elvis berkata, kini dia risau memikirkan nasib isteri dan anaknya jika kesalahan yang dilakukan akan menyebabkannya didakwa serta ditahan dalam tempoh yang agak lama.

“Saya buntu memikirkan nasib isteri dan anak yang masih kecil, bagaimana isteri akan mencari wang untuk menampung kehidupan mereka kerana selama ini dia tidak pernah bekerja,” katanya.

Katanya, sepanjang empat hari melakukan pekerjaan itu dia mampu memperoleh pendapatan antara RM100 dan RM200 dalam sehari.

Apa yang dilakukannya hanyalah berdiri dengan meletakkan satu tin kosong dan mengharap simpati orang ramai memasukkan duit bagi membolehkannya membuat pelbagai gaya sambil orang ramai merakam gambar bersamanya.

Elvis berkata, selepas mengetahui apa dilakukannya menyalahi undang-undang dia menyesal dan akan lebih berhati-hati memilih pekerjaan pada masa hadapan. Sementara itu, Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Wilayah Persekutuan, Mujah Hamat berkata, kegiatan Elvis yang meraih simpati agar diberikan sumbangan kewangan dianggap sebagai mengemis.
“Dia akan disiasat mengikut Seksyen 32 Akta Orang Papa 1977 dan boleh ditahan untuk tempoh sebulan,” katanya.

Si buta libas pegawai JKM

KUALA LUMPUR: Seorang pengemis yang cacat penglihatan ibarat naik hantu dan bertindak samseng apabila melibas kerusi lipat miliknya ke arah dua kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika dia cuba ditahan kerana mengemis di bazar Ramadan di Setapak Jaya, di sini kelmarin.
Selepas menyedari kehadiran kakitangan JKM, lelaki pertengahan umur itu bersama seorang rakannya pada awalnya cuba menagih simpati untuk mengelak ditahan, namun apabila rayuannya tidak diendahkan pertengkaran mulut tercetus dan dia melemparkan pelbagai kata-kata kesat sehingga keadaan menjadi tegang.

Situasi bertambah kecoh apabila beberapa pengunjung dan peniaga di bazar Ramadan itu menghalang kakitangan JKM daripada menahan pengemis terbabit bersama seorang rakannya yang senasib.
Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Wilayah Persekutuan, Mujah Hamat berkata, dalam keadaan kecoh itu seorang daripada pengemis itu tiba-tiba melibas kerusi lipat miliknya ke arah kakitangan JKM.

“Namun tiada apa-apa berlaku kerana libasannya tidak mengenai kami walaupun beberapa kali dia berusaha mencederakan kami. “Berikutan insiden berkenaan orang ramai yang berada di situ memarahi dan menengking kakitangan JKM kerana mengesyaki kami cuba berniat jahat ke atas kedua-dua pengemis itu,” katanya.

Katanya, keadaan bertambah tegang berikutan tindakan beberapa peniaga yang mengugut kakitangan JKM supaya meninggalkan kawasan itu sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Dalam situasi yang agak kelam-kabut itu, kedua-dua pengemis terbabit berjaya meloloskan diri di celah orang ramai yang membantu mereka melarikan diri,” katanya.

Menurut Mujah, pihaknya percaya pengemis cacat penglihatan itu mampu memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM500 dan RM1,000 sehari.
Operasi kelmarin, kali kedua diadakan sepanjang Ramadan ini membabitkan 25 kakitangan JKM. Kawasan diserbu termasuk bazar Ramadan Setapak Jaya, Titiwangsa, Bandar Baru Sentul, Chow Kit dan Bukit Bintang.

Dalam operasi itu, enam pengemis dewasa berusia 30 hingga 58 tahun dan sembilan kanak-kanak berusia antara satu hingga sembilan tahun ditahan.

Semua mereka di bawa ke pusat lindungan JKM untuk siasatan lanjut.


Pencuri besi ditembak

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Naimah Mohamed
am@hmetro.com.my

GOMBAK: Seorang lelaki disyaki pencuri besi buruk cedera di rusuk kiri akibat terkena tembakan polis ketika cuba mengundur lori dalam usaha melarikan diri di Jalan Kuang Bulan, Taman Kepong, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, polis yang menerima maklumat berhubung kes ceroboh sebuah kilang di Jalan Ehsan Industrial Park 1, Taman Ehsan daripada pemiliknya segera ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kejadian itu disedari pengurus kilang berkenaan selepas diberitahu jirannya yang ternampak tiga lelaki menceroboh kawasan kilangnya dengan sebuah lori.

Menurutnya, lelaki itu yang mengetahui kilangnya diceroboh kemudian terus menghubungi Balai Polis Desa Jaya dan memberikan maklumat berhubung lori dinaiki suspek.

“Polis yang menerima maklumat itu kemudian bergegas ke tempat kejadian namun suspek sudah tiada di kawasan itu.

“Dua anggota polis bermotosikal yang mendapat maklumat berkenaan berjaya mengesan lori berkenaan.


“Suspek yang menyedari kehadiran anggota polis cuba melarikan diri hingga ke Jalan Kuang Bulan sebelum berjaya dipintas,” katanya.

Abdul Rahim berkata, panik selepas dikepung polis, suspek bertindak mengundur lori menyebabkan mereka melanggar motosikal polis yang berada di belakang.

“Polis kemudian melepaskan satu das tembakan dan mengenai rusuk kiri seorang suspek berusia 27 tahun sementara seorang lagi rakannya berusia 26 tahun berjaya ditahan.

“Bagaimanapun seorang lagi suspek berjaya melarikan diri dan polis kini sedang memburunya,” katanya.

Beliau berkata, akibat rempuhan itu, motosikal dinaiki anggota polis itu mengalami kerosakan namun dua anggota terbabit tidak mengalami kecederaan.

“Polis turut menemui 11 gulung besi yang dianggarkan mencecah ribuan ringgit dalam lori suspek.

“Malah, hasil pemeriksaan lanjut, lori dipandu suspek dilaporkan hilang di Balai Polis Kepong Isnin lalu,” katanya.

Belasah isteri waktu sahur

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

PETALING JAYA : Seorang suami yang kemaruk seks sanggup menumbuk, memijak dan memukul isterinya sebaik mangsa enggan mengadakan hubungan kelamin selepas pasangan berkenaan bersahur di rumah mereka di Bandar Sri Damansara, di sini kelmarin.
Tidak cukup membelasah isterinya yang berusia 18 tahun, suami berkenaan turut mengugut mahu membunuhnya dengan pisau pemotong daging kerana kehendaknya untuk melakukan hubungan seks tidak ditunaikan.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 pagi turut menyebabkan mangsa yang bekerja sebagai kerani cedera di kaki kanan selain lebam di muka serta seluruh badan.

Wanita terbabit yang mahu dikenali sebagai Linda berkata, disebabkan sudah hampir tamat waktu Imsak , dia menolak pelawaan suaminya dengan sopan namun suaminya tetap memaksa.


Katanya, akibat dipaksa dia menolak pelawaan suami dengan mengatakan jika dia bersetuju dengan pelawaannya, dia akan membatalkan puasa dan tidak akan menghalalkan tindakannya itu.

No comments:

Post a Comment