Tuesday, August 9, 2011

JANGAN ORANG RAMAI BAIKOT DAH....MARAH ZAKAT TIDAK DIGUNAKAN SERATUS PERATUS...MALAH DISEKAT2 HAK ORANG YANG BERHAK...DAH MACAM BANTUAN KEBAJIKAN DARI NEGARA...SEDANGKAN ITU ZAKAT ORANG RAMAI....JIKA SALAH GUNA KUASA...SALAH TADBIR....MAKA HARAM DAN MASUK NERAKA....

Kaunter zakat lengang ramai bayar saat akhir



LAFAZ...pembayar melakukan lafaz zakat di hadapan pegawai di kaunter PPZ di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur.
LAFAZ...pembayar melakukan lafaz zakat di hadapan pegawai di kaunter PPZ di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Sikap masyarakat di negara ini yang suka melakukan kerja pada saat akhir menyebabkan Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di sini, lengang daripada kunjungan pembayar zakat.
Difahamkan, pembayar zakat kebanyakannya memilih untuk berurusan pada waktu pagi dan hanya segelintir yang datang membayar zakat pada waktu petang.

Ketua Unit Kanan, Unit Komunikasi Korporatnya, Nor Mukshar Harun, berkata mengikut trend sebelum ini, pembayar zakat berpusu-pusu menunaikan kewajipan apabila masuk minggu ketiga dan empat Ramadan.
Katanya, kebanyakannya menunggu waktu gaji masuk dan memilih hari minggu untuk membayar zakat.

“Keadaan sama berlaku setiap tahun dengan pembayar lebih memilih untuk menunaikan zakat di saat akhir. Jika membabitkan zakat fitrah, ada yang melengahkan masa sehingga ke pagi solat sunat Aidilfitri.

“Begitu juga dengan pembayaran fidyah, kebanyakan memilih untuk membayar di minggu akhir sebelum Ramadan. Dua bulan yang menjadi tumpuan pembayar zakat ialah pada setiap minggu akhir Ramadan dan Disember,” katanya ketika ditemui.

Bagaimanapun, katanya, sepanjang sembilan hari berpuasa PPZ mengumpulkan RM10.7 juta hasil daripada bayaran zakat harta dan menyasarkan kutipan RM36.9 juta sempena Ramadan ini.

“Kutipan ini datang daripada mereka yang membayar zakat secara dalam talian dan pemotongan gaji setiap bulan. Biarpun tidak dapat datang ke kaunter mereka boleh menunaikan zakat melalui perkhidmatan lain yang disediakan. Bezanya, di kaunter mereka dapat merasai sendiri pengalaman membayar zakat iaitu ada akad dan doa sejurus pembayaran,” katanya.
Untuk keterangan lanjut mereka boleh hubungi talian zakat, 1300885757, laman web zakat.com.my, laman sosial facebook di www.facebook.com/zakat.my.

Remaja antara 18 dicekup langgan pelacur



KUALA LUMPUR: Hasrat seorang remaja lelaki beragama Islam berusia 22 tahun melempiaskan nafsunya melanggan pelacur di sebuah premis empat tingkat di Jalan Silang, di sini, tidak kesampaian selepas premis itu diserbu pihak berkuasa, tengah hari, semalam.
Remaja terbabit adalah antara 18 pelanggan yang dicekup anggota Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, dalam Ops Noda, kira-kira jam 12 tengah hari. Semua pelanggan ditahan berusia antara 22 hingga 30-an termasuk warga Myanmar dan Nepal.

Selain itu, 15 wanita tempatan berumur 19 hingga 56 tahun dipercayai pelacur dicekup dan polis mendapati 12 wanita terbabit beragama Islam.

Salahkan projek mewah

CAMERON HIGHLANDS: Projek pembinaan rumah mewah kira-kira 100 meter dari lokasi tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Ruil, di sini, dipercayai faktor penyumbang kepada tragedi berkenaan, Ahad lalu.
Rata-rata penduduk kampung ditemui menyalahkan projek itu yang didakwa mengancam struktur bukit di kawasan berkenaan berikutan berlaku kerja mengorek dan meratakan tebing.

Difahamkan, projek perumahan itu yang bermula tahun lalu menyebabkan kawasan kampung berkenaan kerap dilanda banjir lumpur selain laluan masuk ke kampung dikotori selut tanah merah dari tapak projek.
Masalah penduduk yang berlarutan sekian lama berakhir tragedi jam 5.45 petang Ahad lalu apabila tanah runtuh terbabit menimbus tiga rumah selain meragut nyawa tujuh penduduk.

Tok Batin Sungai Ruil, Kadir a/l Asan, 32, berkata, projek perumahan itu menyebabkan laluan masuk ke kampung dipenuhi selut lumpur selain bertukar sungai setiap kali hujan lebat.

Menurutnya, keadaan laluan yang dipenuhi banjir lumpur itu mengakibatkan kenderaan ambulans yang dipanggil untuk membawa dua mangsa yang cedera dalam kejadian tanah runtuh itu gagal sampai ke kampungnya.

“Ambulans sampai ke tempat kejadian jam 5.50 petang Ahad lalu, namun penduduk terpaksa membawa mangsa menggunakan alat pengusung untuk dibawa ke ambulans,” katanya.lumpur.

Lelaki cuba samun kedai serbaneka ditahan



AMPANG: Seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan polis selepas dipercayai cuba menyamun sebuah kedai serbaneka di Taman Lembah Maju, di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, lelaki terbabit bersama dua lagi rakannya sedang ‘berbincang’ berhampiran kedai serbaneka berkenaan.

Menurut sumber, sepasukan polis yang menjalankan rondaan ketika itu melihat kelibat suspek dan rakannya dalam keadaan mencurigakan sebelum menghampiri mereka.
“Namun, mereka yang menyedari kehadiran polis bertindak melarikan diri. Seorang daripada mereka memecut laju motosikalnya manakala dua suspek lagi cuba memboloskan diri dengan lari melalui lorong bersebelahan lot kedai berkenaan.

“Bagaimanapun, polis sempat mengejar dan memberkas seorang daripada mereka. Suspek cuba bergelut dengan seorang anggota polis sebelum dapat ditahan hasil bantuan dua lagi rakannya,” katanya.

Difahamkan, seorang suspek yang memecut laju motosikalnya itu merempuh sebuah motosikal lain yang diletak berhampiran kawasan kejadian.

Sumber berkata, hasil pemeriksaan ke atas sebuah motosikal milik suspek terbabit menemui sebilah pisau pemotong daging dipercayai digunakan untuk menyamun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Meratap anak koma

Oleh Shamsul Munir Safini dan Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

ALOR SETAR: “Saya memang tak puas hati. Jika dia terbabas, pasti tubuhnya ada kesan calar dan luka, tetapi apa yang berlaku terdapat benjol besar di belakang kepala dan amat ketara dia dibaling sesuatu,” kata Che Kassim Darus, 47, bapa kepada Mohd Solihin, 14, yang koma selepas didakwa terkena topi keledar dibaling dua anggota polis peronda di Jalan Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, dekat Perlis, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dikatakan keluar bersama dua rakannya yang menunggang berasingan dan melalui jalan kampung itu untuk ke kedai berhampiran.

Bagaimanapun, mangsa tidak bernasib baik apabila tiba-tiba motosikal ditungganginya terbabas dan dua rakannya mendakwa ternampak seorang anggota polis membaling objek dipercayai topi keledar dan terkena mangsa.
Akibat kejadian itu, Mohd Solihin mengalami kecederaan serius di bahagian belakang kepala apabila ia membengkak serta berlumuran darah dan mangsa berada dalam keadaan separuh sedar.

Mohd Solihin kemudian dibawa ke Hospital Tunku Fauziah, Kangar untuk mendapatkan rawatan tetapi dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, tidak lama kemudian selepas doktor mendapati keadaan mangsa parah dan masih tidak sedarkan diri.

Che Kassim berkata, ketika kejadian dia sedang menunaikan solat Tarawih di surau berhampiran rumahnya di Felcra Lubuk Sireh sebelum didatangi dua rakan anaknya memberitahu Mohd Solihin terjatuh dari motosikal selepas dibaling objek oleh dua anggota polis yang bertugas di kawasan itu.

Beliau berkata, dia kemudian bergegas ke tempat kejadian tidak jauh dari rumahnya dan mendapati anaknya dalam keadaan separuh sedar manakala kepalanya mengalami bengkak sebesar piring dan berlumuran darah.

“Rakan anak saya memberitahumereka menunggang dua motosikal dalam perjalanan ke kedai berhampiran dengan anak saya menunggang seorang diri. Sebaik tiba di lokasi, secara tiba-tiba Mohd Solihin yang ketika itu menunggang di hadapan terjatuh dan rakannya ternampak seorang daripada anggota polis yang ada di situ membaling sesuatu dipercayai topi keledar.
“Saya difahamkan, anggota polis terbabit tersilap sasaran dan mereka dipercayai cuba membaling ke arah remaja lain tetapi anak saya yang terkena sasarannya, malah ada beberapa saksi yang berada di tempat kejadian turut memberitahu mereka nampak apa yang berlaku.

“Jalan kampung biasanya kurang kenderaan dan saya pelik apabila polis memberitahu anak saya terbabas menyebabkan kemalangan dan bukannya dibaling objek seperti dimaklumkan rakannya,” katanya ketika ditemui di perkarangan HSB, di sini, semalam.

Mohd Solihin yang juga anak kedua daripada sembilan beradik itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB dan masih dalam keadaan koma. Che Kassim berkata, berikutan kejadian itu dia membuat dua laporan di Balai Polis Kaki Bukit dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar. Dalam pada itu, dia menafikan anaknya terbabit dalam lumba haram atau lari dari sekatan polis berikutan lokasi kejadian adalah jalan kampung, tetapi mengakui anaknya memang tidak memakai topi keledar.

“Kalau anak saya salah, tahan dia atau saman, saya boleh bayar saman itu tapi jangan membabitkan sebarang insiden yang boleh mengancam nyawanya hinggakan sampai sekarang dia masih tidak sedarkan diri.

“Doktor memaklumkan yang anak saya akan menjalani pembedahan membuang air dalam kepalanya disebabkan kecederaan yang dialami selain bahagian otaknya turut mengalami kecederaan,” katanya.

Mangsa dikatakan sudah berhenti sekolah sejak tahun enam disebabkan kemiskinan menyebabkan dia banyak menghabiskan masa membantu bapanya mengambil upah melakukan kerja di sawah serta menghantar dan mengambil adik-adiknya dari sekolah setiap hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros, ketika dihubungi, berkata mangsa dipercayai menunggang dengan laju sebelum terbabas dan terjatuh.

Menurutnya, ketika kejadian dua anggotanya dari Balai Polis Kaki Bukit sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Felcra Lubuk Sireh selepas mendapat aduan mengenai aktiviti bermain mercun di situ.

Che Man berkata, dua anggota berkenaan sedang memeriksa seorang remaja di dalam kawasan masjid di situ sebelum melihat dua motosikal ditunggang dengan laju.

“Salah seorang anggota berkenaan memberi isyarat menyuruh mereka menghentikan motosikal masing-masing, namun mereka menunggang dengan laju bagi melepasi anggota polis tadi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Che Man, rakan mangsa yang menaiki sebuah lagi motosikal di belakang mangsa tidak memberhentikan motosikalnya dan melarikan diri.

“Polis membantu mengangkat mangsa sambil dibantu orang ramai yang berada di dalam masjid yang tidak jauh daripada tempat kemalangan,” katanya.

Che Man juga mengesahkan laporan yang dibuat bapa mangsa dan akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Disamun tidur dalam kereta



GOMBAK: Tindakan seorang lelaki tidur sebentar di dalam kereta sementara menunggu rakannya menerima rawatan di Hospital Selayang (HS) di sini, berakhir dengan nasib malang apabila disamun empat lelaki membabitkan kerugian hampir RM10,000, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun menghantar rakannya ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sakit perut.

Menurut sumber, sebaik menghantar rakannya, mangsa yang mengantuk pergi semula ke kereta Iswara Aeroback yang diletak di luar hospital kerana ingin tidur sementara menunggu rakannya selesai dirawat.
“Bagaimanapun selepas 15 minit terlelap, tiba-tiba empat lelaki tidak dikenali membuka pintu keretanya yang tidak berkunci menyebabkan dia terkejut.

“Walaupun terjaga, mangsa tidak sempat berbuat apa-apa apabila suspek terus memukulnya beberapa kali sebelum meminta dia menyerahkan barangan berharga,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang ketakutan kemudian menyerahkan beg duit dan telefon bimbit kepada suspek.

“Salah seorang suspek mengarahkan mangsa keluar dari kereta jika tidak mahu dipukul menyebabkan dia yang bimbang dengan keselamatan diri menuruti arahan itu.

“Sebaik mangsa keluar, suspek menolak mangsa dan terus masuk ke dalam kereta itu sebelum melarikan diri,” katanya.

Pujuk bawa lari

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

IPOH: Seorang gadis berusia 17 tahun dipercayai ‘diculik’ seorang lelaki misteri yang dikenalinya melalui laman sosial facebook, beberapa minggu lalu.
Seri Najwa Ferda Hasan, dipercayai dipujuk lelaki berkenaan supaya melarikan diri selepas suspek turut menghubungi telefon bimbit mangsa sebanyak 134 kali.

Ibu mangsa, Seri Wangi Mokhtar, 42, berkata, anaknya yang menuntut di tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar hilang sebaik keluar ke sekolah kira-kira jam 6.45 pagi, Khamis minggu lalu, dengan berpakaian sukan, selain membawa komputer riba.
“Beberapa saksi mendakwa melihat Najwa menaiki skuter merah ditunggang seorang lelaki di hentian bas berhadapan Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah, Kampar.

“Mereka memberitahu ada seorang lelaki menaiki skuter itu mengambil anak saya di hentian bas berkenaan dan membawanya menghala ke jalan utama Ipoh-Kampar,” katanya.

Seri berkata, kehilangan anaknya itu amat misteri berikutan mereka sekeluarga tidak berselisih faham dengannya.

Menurutnya, dia mula menyedari kehilangan Najwa selepas mendapati anaknya itu tidak pulang ke rumah sehingga waktu berbuka puasa malah usaha menghubungi telefon bimbit anaknya itu gagal.

“Saya cuba menelefonnya beberapa kali namun tiada jawapan. Malah, saya juga berusaha menjejakinya menerusi facebook, namun statusnya tidak aktif. Saya amat risaukan keselamatannya kerana Najwa tidak pernah bersikap begini,” katanya.
Seri Wangi yang kini menetap di Rancangan Perumahan Tersusun Tualang Sekah, Malim Nawar berkata, naluri keibuannya kuat merasakan ada seseorang melarikan Najwa.

“Saya tidak fikir anak saya melarikan diri kerana kelakuannya pada hari kejadian seperti mahu ke sekolah. Malah kad pengenalannya masih berada dalam simpanan saya. “Dia sentiasa memaklumkan kepada saya jika ingin ke mana-mana. Berdasarkan siasatan, ada seorang lelaki menghubungi telefon bimbitnya sebanyak 134 kali sebelum Najwa didapati lesap,” katanya.

Seri Wangi berkata, laporan polis berhubung kehilangan anaknya sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar pada jam 10.45 Khamis lalu.

Beliau merayu mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Najwa segera menghubunginya di talian 017-59999137 atau menghantarnya ke balai polis berdekatan.

Sepak muka isteri tegur pulang lewat

GOMBAK: Hanya ditegur pulang lewat, seorang suami sanggup menampar, menghantuk kepala, memijak perut dan menyepak muka isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Selayang Pandang, di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, wanita terbabit yang berusia 29 tahun bertanyakan suaminya berusia 30-an ke mana lelaki itu pergi hingga pulang awal pagi.

Bagaimanapun, suaminya yang kepenatan dan mengantuk menyuruh isterinya jangan banyak bertanya kerana dia ingin tidur.
Mangsa yang masih tidak berpuas hati menghalang suaminya masuk bilik kerana mahu meminta penjelasan lanjut.

Menurut sumber, berang dengan tindakan isterinya, lelaki itu naik angin dan menampar pipi mangsa.

“Lelaki terbabit turut menolak kepala isteri ke dinding sebelum menghantuknya beberapa kali dan menendang mangsa hingga terjatuh.

“Lelaki itu turut memijak perut isterinya menyebabkan wanita itu meraung kesakitan.

“Mangsa yang dalam kesakitan mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum membuat laporan di Balai Polis Selayang kerana bimbang kejadian sama berulang,” katanya.

Dewan Pemuda Pas sokong tindakan Jais



SHAH ALAM: Dewan Pemuda Pas Pusat menyatakan sokongan terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu Gereja Methodist, Damansara Utama di Petaling Jaya.
Ketuanya, Nasruddin Hassan, berkata serbuan itu adalah wajar dan perlu disokong semua pihak tanpa perlu timbulnya sebarang keraguan berhubung perkara berkenaan.

“Cuma Dewan Pemuda Pas hendak beri peringatan tindakan Jais itu mesti tepati kaedah dan prosedur. “Pihak kami percaya pihak berkuasa agama patuh dan tahu mengenai perkara ini bagi elak sebarang spekulasi dan kekeliruan.
“Atas dasar ini kita kena beri kepercayaan tanpa sebarang prejudis terhadap pihak yang bertanggungjawab mengenai agama Islam. Pihak Dewan Pemuda sendiri akan tegur (pihak berkuasa agama) kalau prosedurnya salah,” katanya.



Waran tangkap 12 individu

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mengeluarkan waran tangkap kepada 12 individu beragama Islam yang gagal hadir memberi keterangan berhubung isu pemeriksaan Jais ke atas sebuah gereja di Seksyen 13, Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.
Semalam, kesemua individu terbabit dijadual tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan Jais, namun tiada seorang pun hadir.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jais, Sharom Maarof, berkata notis susulan untuk menghadirkan diri dikeluarkan lagi semalam dan seandainya mereka tetap gagal hadir pihaknya akan membuat permohonan daripada Mahkamah Syariah untuk mendapatkan waran tangkap. “Kita akan susul dulu menerusi surat mengandungi notis kehadiran dan dalam tempoh 24 jam mulai hari ini (semalam) jika tak hadir baru keluar waran tangkap.
“Setakat ini, kita sudah serahkan surat dan menelefon mereka supaya hadir dan beri keterangan kepada Jais.

“Bagaimanapun sehingga kini tidak ada seorang pun daripada 12 individu itu hadir. Kami difahamkan mereka dinasihatkan oleh peguam masing-masing supaya tidak hadir memberi keterangan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Rabu lalu, Bahagian Penguat kuasa Jais dan polis menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya kerana mengadakan majlis makan malam anjuran komuniti gereja yang turut dihadiri umat Islam. Majlis itu dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disyaki berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makanan percuma kepada golongan miskin atau menghadapi masalah kewangan sebelum memesongkan akidah mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, dipetik berkata anggota penguat kuasa Jais bersama polis menjalankan pemeriksaan di premis itu walaupun dihalang penganjur.

Katanya, penganjur utama dipercayai beragama Islam berunding hampir sejam bersama ketua pasukan operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis selesai.
Selain itu, pegawai penguat kuasa Jais dan polis turut mendapati ada cubaan untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang.

Hasan berkata, terdapat 12 orang beragama Islam menghadiri majlis itu, namun tiada tangkapan dibuat dan berpandukan siasatan awal, mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Sementara itu, Pengarah Jais, Marzuki Hussin dalam SMS dihantar kepada wartawan semalam memohon semua pihak bertenang berhubung dengan pemeriksaan ke atas DUMC sehingga kertas siasatan selesai.

No comments:

Post a Comment