Sunday, August 7, 2011

CINTA TANAH AIR BUKAN MENGIBAR JALUR GEMILANG SAJA...SEPATUTNYA MENJAGA NEGARA DENGAN ADIL...TIDAK MENIPU...TIDAK MENGAMBIL HARTA RAKYAT SECARA BATIL...BUKAN BERPOLITIK MENGAMBIL SESUATU DENGAN KUASA YANG ADA.....ADAKAH TIDAK TAKUT PEMBALASAN DIAKHIRAT...MANUSIA BOLEH KITA TIPU...BAGAIMANA ALLAH....DIMANA ANGGOTA BADAN JADI SAKSI SEGALA PENIPUAN DAN KEMUNGKARAN YANG KITA BUAT DIDUNIA....INSAFLAH..

"Senyummu kepada saudaramu merupakan sedekah, engkau berbuat ma'ruf(baik) dan melarang dari kemungkaran juga sedekah, engkau menunjukkan jalan kepada orang yang tersesat juga sedekah, engkau menuntun orang yang berpenglihatan kabur juga sedekah, menyingkirkan batu, duri dan tulang dari jalan merupakan sedekah, dan engkau menuangkan air dari embermu ke ember saudaramu juga sedekah."(Sunan Tirmidzi : 1879, Shahih)


Awan cerut gergasi



AWAN menyerupai cerut yang terbentuk di kaki langit di Devon, barat daya England baru-baru ini. - Agensi



DARTMOUTH, Britain - Sekumpulan nelayan menyangka mereka berada dalam filem seram klasik, The Fog apabila melihat formasi awan luar biasa di kaki langit, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Mereka sedang memancing di atas sebuah bot di Selat Inggeris baru-baru ini apabila awan gergasi mirip sebatang cerut tiba-tiba muncul beberapa kilometer di hadapan dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.
Awan rendah sepanjang 1.6 kilometer itu bergerak ke arah bot mereka, 48 kilometer ke selatan bandar ini dan menyelubunginya beberapa minit kemudian. - Agensi

Lahirkan rasa cinta kepada negara melalui Jalur Gemilang



RAIS (dua dari kiri) menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil salah sebuah jabatan kerajaan pada program kembara merdeka di Jelebu, Negeri Sembilan semalam.



JELEBU - Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 perlu dijadikan sebagai platform terbaik bagi menyemarakkan semangat cinta kepada negara dalam kalangan rakyat.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, program kembara selama sebulan anjuran Jabatan Penerangan itu bertujuan untuk menaikkan semangat patriotik rakyat sepanjang bulan kemerdekaan ini.
"Kembara ini akan dijalankan ke seluruh tanah air, di mana kita akan menjelajah ke kampung, daerah serta bandar-bandar di seluruh Malaysia untuk membawa mesej bahawa sudah tibanya bulan kemerdekaan," katanya selepas menghadiri Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 dan Majlis Berbuka Puasa Parlimen Jelebu di Masjid Kampung Kuala Dulang di sini malam kelmarin.

Lebih 1,000 PR didakwa jadi warga, PAS S'gor lapor polis
Jimadie Shah Othman
Ogos 5, 11
5:14pm
PAS Selangor hari ini membuat laporan polis ekoran dakwaan pertukaran rekod lebih 1,000 penduduk tetap (PR) menjadi warganegara dalam masa satu hari sahaja.
Setiausaha jabatan pilihan raya PAS negeri Mohamad Asri Sapar berkata, selepas memfailkan bantahan rasmi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 2 Ogos, maklumat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertukar keesokan harinya.
Katanya, berdasarkan maklumat yang diterimanya, beliau terkejut kerana rekod 1,108 penama itu bertukar menjadi warganegara.
"Saya khuatiri ada pihak-pihak tertentu sedang berusaha untuk memasukkan bukan warganegara sebagai pengundi," laporan polisnya itu dipetik.
Beliau ditemani Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman ketika membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam petang ini.
Dalam aduannya, Mohamad Asri, 37, berkata beliau khuatir terdapat unsur subahat di kalangan SPR dan JPN untuk menjayakan "usaha haram" itu.
"Adalah amat membimbangkan sekali bahawa usaha haram ini bukan sahaja akan menjejaskan proses pilihan raya di negara ini malah turut menjejaskan integriti kad pengenalan serta kepentingan dan keselamatan negara," katanya.
Mohamad Asri juga menyerahkan senarai 1,108 nama terlibat untuk membantu siasatan pihak polis. 


  • Bang Karnu · Top Commenter · Kota Bahru
    demi mempertahan kuasa yg ada skrg...sanggup menjual maruah bangsa...itu lah 1Malaysia...

  • Abdul Ghani Jaafar · UNIVERSITI GUNUNG TAHAN
    DAH TAK ADA SANGAT DAH KE ORG MALAYSIA YG LAYAK DN BOLEH MENGUNDI SEHINGGAKAN KENA DAFTAR RAKYAT ASING JADI PENGUNDI...BETUL KE YG DEPA TU BERSUNGGUH UTK MENGUNDI KAT CINI...SETAKAT YG SAYA TAU DEPA TU SEMANGAT NK CARI DUIT DAN ANTA KAT MAK PAK DAN KELUARGA DIORG JER,..KALU NAK MENANG PUN BIOLA CARA BERTANDING ANAK JANTAN JANGAN LAH CARA PONDAN PUN NK IKUT.

    • Yong Chun Wah · Top Commenter
      harap pemimpin BN derma duit untuk binakan rumah bagi golongan ini. nanti setinggan haram berselerak menjolok mata, tiada gaya, dll..... macam dunia ke3...haha!

    • Antong Bin Utoh · Top Commenter · Works at SMK Bunot Payung
      rakyat yang sayangkan negaranya hendaklah mendesak agartubukan siasatan diraja bukanya polis yang bersekongkol dengan umno, humban najib dan hisamudin kedalam ISA kerana merekalah petualang negara

    • Zawawi Kelantan · Works at Facebook Security
      ni orang kata...kera di hutan di susukan...anak kt umah mati kelaparan......

  • Sunan Esa · Top Commenter · Batu Pahat
    Pemimpin politik kin, i hari demi hari telah menjual hak orang malaysia pada orang lain demi kepentingan hayat politik mereka.Siapa pun tidak dapat memaafkan kegilaan mereka yang memberikan kerakyatan tetap pada PR.Kami warga negara malaysia tanpa mengira apa jua wadah politik meminta semua ini dehentikan serta merta, dan siapa jua para penyokong umno yang hanya berdiam diri dengan perlakuan mereka ini, kami tak teragak agak untuk mengatakan mereka juga penderhaka.

    • Halim Basri · Sek. Men. Bukit Merchu Kuala Kangsar
      Itu 1000 target 600 ribu.data mereka yg tinggal lebih dr 5 tahun diperoleh proses epemutihan pekerja asing

    • Md Radzi Othman · Top Commenter
      OOII

      1. Jacklyn Ong
      saudara SE, i sokong u 10000%.keadaan ni kalo diteruskan, satu ari nanti si bang mokhtar yg cakap lorghat indo tu akan jadi PM, betoi tak? i pun hairan mengapa population m'sia ni meningkat ngan cepat nya, lani br tau projek M dulu di sabah n sarawak tu yg menyumbangkan. sedar diri lah ORANG MALAYSIA!




ABDUL RAHIM bersama isteri dan anak merenung masa depan yang kabur kerana terpaksa hidup menumpang di Jasin, Melaka semalam.


JASIN – Entah di mana silapnya, seorang mualaf bersama isteri dan tiga orang anak terpaksa menumpang di rumah orang sejak memeluk Islam sembilan tahun lalu.
Keadaan itu memang menyukarkan Abdul Rahim Tan, 42, dan isterinya, Hoiriah Aman Chik, 36, serta anak-anak mereka untuk menjalani kehidupan sempurna sebagaimana keluarga lain yang mempunyai rumah sendiri.
Lebih membuatkan Abdul Rahim tidak sanggup menanggung situasi itu, apabila dia dan keluarganya sudah menjadi ‘penumpang’ di rumah rakannya, Mohd. Yusuf Abdullah, 50, yang juga seorang mualaf lebih setahun yang lalu.
Malah kata Abdul Rahim, permohonannya mendapatkan bantuan kediaman di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sejak setahun lalu, masih belum diluluskan pihak berkuasa.
“Sudah setahun saya menumpang hidup dengan Mohd. Yusof di Kampung Merlimau, namun persoalannya sampai bila saya dan keluarga harus menumpang di rumahnya?
“Kadang-kala terfikir untuk mencari rumah sewa yang lain tetapi memandangkan pendapatan saya sebagai pekerja kilang besi tidak cukup, saya terpaksa membatalkan hasrat itu'' katanya ketika ditemui semalam.

Tukar pemandu bas serta-merta



JPJ akan memeriksa semua bas bagi mengesan pemandu yang mempunyai rekod trafik yang teruk. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR – Pemandu bas ekspres yang mempunyai rekod kesalahan jalan raya yang serius tidak akan dibenar membawa penumpang pada musim perayaan nanti dan mereka perlu ditukar dengan pemandu lain dengan serta-merta.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, jika syarikat bas berkenaan gagal berbuat demikian, perjalanan bas ekspres terbabit tidak akan dibenarkan sama sekali dan pengusaha berdepan dengan tindakan tegas.
Antara kesalahan yang telah dikenal pasti ialah lesen tamat tempoh serta rekod melanggar peraturan jalan raya termasuk kesalahan memandu dengan laju.
“Saya tidak mahu tengok atau dengar lagi kejadian-kejadian yang tidak diingini sepanjang musim perayaan dan kita akan ambil tindakan tegas termasuk memastikan semua pemandu bas yang mempunyai rekod buruk tidak membawa penumpang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bapa muda jual mercun dijel sehari




WAN MOHD. HAFIZAL tersenyum selepas dijatuhkan hukuman penjara sehari oleh Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU Seorang bapa muda berusia 30 tahun terpaksa menerima hakikat pahit apabila Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,800 ke atas tertuduh kerana menjual mercun dan bunga api.
Lebih menyedihkan, Wan Mohd. Hafizal Wan Nawi memberi alasan bahawa dia terpaksa menjual mercun dan bunga api di bazar Ramadan Pekan Manir di sini pada pukul 6 petang lalu untuk mencari duit tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Bagaimanapun alasan tertuduh itu tidak diterima oleh Majistret Abdul Hayyi Salim setelah mengambil kira bahaya penggunaan bahan terlarang itu terhadap kepentingan awam.
Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap kira-kira pukul 6 petang kelmarin di tapak bazar Ramadan Pekan Manir oleh sepasukan anggota polis dari Balai Polis Manir yang menjalankan rondaan Operasi Payung.
Siasatan mendapati tertuduh menjual beberapa jenis bunga api. Pihak polis kemudian menemui mercun dan bunga api antaranya jenis 'mighty wisthing' sebanyak 50 batang, 'spring thunder' (20 batang)', 'whisthing moon' (90 batang) dan 'smart boy' (30 kotak).


200,000 warga Indonesia didaftar pengundi, dakwa Anwar
Ogos 5, 11 7:39pm
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kira-kira 200,000 warga Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia.

NONEAnwar dipetik oleh The Philippine Star sebagai berkata, beliau menerima
laporan mengenai dakwaan tersebut dan menambah rakyat Filipina di Sabah juga didaftarkan dengan syarat mereka mengundi menyokong kerajaan BN.

"Saya percayakan rakyat Malaysia. Media Malaysia dan kerajaan mungkin telah melabel saya sebagai satu ancaman kepada negara dan menuduh saya menjadi alat (pawn) Zionis dan Amerika Syarikat, tetapi saya percaya orang ramai tidak boleh dipermainkan,” Anwar dipetik berkata demikian oleh portal berita tersebut sewaktu lawatannya ke Manila.

Komen Anwar (kanan) itu adalah ekoran kontroversi baru-baru ini di mana penduduk tetap yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru dalam daftar tambahan pemilih terbaru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hanya empat jam selepas Malaysiakini melaporkan bahawa Mismah telah menjadi pengundi walaupun hanya seorang penduduk tetap, statusnya kemudiannya menjadi warganegara.

Menurut undang-undang pilihan raya, SPR mengemaskini daftar pemilih setiap tiga bulan melalui draf daftar pemilih tambahan suku tahun dan hanya warganegara dibenar didaftarkan sebagai pengundi, dan pengesahannya dilakukan melalui sistem agensi itu (Alis) yang disambungkan ke Jabatan Pendaftaran Negara.

Dakwaan bahawa rakyat asing didaftar sebagai pengundi untuk meningkatkan sokongan kepada parti-parti politik yang memerintah, sentiasa dibangkitkan oleh badan pemantau pilihan raya BERSIH 2.0 dan parti pembangkang, tetapi ia sentiasa dinafikan oleh SPR.


  • Jonathan Wong · Top Commenter · Beaufort, Sabah
    jangan saja cakap indon, pilipin pun suda 300 000 jadi pengundi. selamat ulang tahun kemerdekaan malaya dengan pertambahan penduduk malaysia yang mendadak, kerja kotor united malay national organisation ialah untuk memperkecilkan lagi kaum minoriti seperti kadazan dusun murut di sabah supaya kaum kronisma mereka menjadi kuasa penindas kepada kami orang sabah.

    • Mad Duan Teloi
      bukti dulu bro...ada pernah tgk ke indon,bangla,filipina ngundi....x tau la anwar,kot PKR dpt selangor hr tu agaknya bangla,indon dgn filipina x mau tlg umno kot...ingat org buta ke x kenal bangsa lain yg mengundi.....biasa la nampak sj org lain yg buat salah tp diri sendiri buruk bangsa dan negara x pula salah....fikir2 la org melayu,bangsa kau akan hancur jika ada pemimpin PKR mcm ni......mcm MB kedah walau mcm tu org x marah kat dia.....

    • Jimmy Millee
      mad nanti pilihanraya u dtg pi sabah saya kasi tgk u org pilipin mgundi....

    • Lipan Daging · UKM
      mad duan yg bodoh lg bangang,,,kau mcm beruk.

  • Ibrahim Bin Haji Yunus
    Betul bah tu....di Sabah ini banyak PATI jadi pengundi berdaftar. Nda percaya? Daqtang sendiri ke Sabah..

    • Tanak Butod · Top Commenter
      pada masa yg sama kurang ajar jg org 2 yg sokng UMNO.HARAP SEMUA KETURUNAN KO YG SOKONG UMNO AKAN MENDERITA KELAK.PALUI BODOH BASUG PUNYA ORG.

    • Jonathan Wong · Top Commenter · Beaufort, Sabah
      hahaha...relak ko gaman. saya suda terlebih dahulu buat tu sumpahan stail nenek moyang kita. hehe

    • Diana Ulfah SyedRashad · Top Commenter
      semua pendatang di Sabah dpt mengundi setelah menjaid warga Sabah..Yg tak mengundi adalah warga Sabah yg blum mendapat kewarganegaraan..Dibumi ini kamu semua pendatang dan akan berlalu pergi..datuk,nenek,diri kamu,anak cucu kami semua adalah pendatang..samapai masa kamu semua akan berlalu pergi meninggalkan bekas bekas yg juga akan dimamah masa dan usia..

  • Dewan Pemuda Pas Melaka · Top Commenter · Melaka
    BN sanggup menggadaikan keselamatan negara demi memenangi satu undi... Inilah yg diterjemahkan oleh Najib daripada kata2nya "Kita akan buat apa sahaja demi pertahankan kerajaan BN"...

    • Diga Gamindal · IBKL, UNY & UPM
      KAPAL....semua negara Arab sedang dan semakin menuju kehancuran...fikir2kan kopunya cadangan!!!

    • Long Ok · Top Commenter · Friends with Pas Kawasan Lumut
      tv,radio,surat khabar harian,duit,gula,beras,kai​ n batik,atap ,mangkuk jamban,projek runtuk sana-sini,jambatan,balai raya , basikal, hantu ,pendatang asing ,spr, jpn ,rtm, tv3, ugutan, ISA, AUKU, prof2 kangkung,apa lagi yg belum buat utk khianat rakyat ni?

    • Zaty Hazwani · Top Commenter
      saya ingta lg kain pengidang anti-bersih dkt dewan umno area ampang tu, dia kata bersih pengkhianat negara, heh, diorg tak tahu, pemerintah umno sndr yg pengkhianat negara,oh lupa, diorg dpt 'upah', mana taknye nak sokong umno ~

  • Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    Petanda Besar.. UMNO tidak akan jatuh melalui Pilihanraya yg Kotor.. tapi melalui Revolusi seperti yg berlaku ke atas Mubarak! jahat2 Mubarak menipu undi.. dia takde import pengundi luar.. gadai kedaulatan... Najib lebih Teruk dari Yahudi selepas menjadikan APCO Yahudi sebagai Penasihat.. kalau tanah Melayu KTMB senang2 dia boleh gadai.. inikan IC.. Menanti REVOLUSI BERSIH 3.0!

    • Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
      Sorry tk layan otak lucah UMPORno mcm lu.. pi sembang ngan org Umporno. Baru buat FB sahur tadi ke? freinds pun sorg je.. ha ha

  • Safiya Abadi · Top Commenter · Universiti Teknologi Petronas
    semoga kita berfikir sejenak....?? apa akan terjadi pada malaysia akan dtg...selagi pemyamun & perompak masih masih memegang kuasa memerintah...tuhan bagi akal pada kita..buat lah yg terbaik pd anak cucu kita akan dtg....

    • Muhammad Asyraf Iman Imran · Top Commenter · Friends with Permata Mariam
      suatu ketika dulu ni la cara yg umno gunakan utk tumbangkan pbs d sabah......natijahnya lambakkan warga indon dn filipina kini turut sama bersaing mengaut hasil dn peluang kerja d sabah sehingga ramai anak tempatan yg menganggur......

    • Jimmy Millee
      betul tu asyraf....siapa kah pemimpin yg pintar itu asyraf?

    • Diana Ulfah SyedRashad · Top Commenter
      suka..anak tempatan sabah duduk goyang kaki baa bleh dapat duit..semua karja kasi sama itu cina ,filipina dan org timor dan bugis..Kita goyang kaki dpt duit baaa..

No comments:

Post a Comment