Thursday, August 11, 2011

TAKDIR ALLAH....TAPI TAK SERUPA....UJIAN ALLAH PELBAGAI....KADANG2 KEKAYAAN SERTA KEBAHGIAAN ITU...BUAT KITA KECUNDANG DALAM UJIAN ALLAH SWT...

‘Saya bertuah’

Oleh Nur Lela Zulkipli
am@hmetro.com.my

TABAH...Muhamad Hairuman kini menggunakan kerusi roda.
TABAH...Muhamad Hairuman kini menggunakan kerusi roda.
SLIM RIVER: Biarpun dugaan dihadapinya maha hebat apabila kedua-dua tangan dan kaki kiri dipotong akibat terkena renjatan elektrik November tahun lalu, Muhamad Hairuman Miskon ternyata anak muda berjiwa kental apabila tetap berkeyakinan tinggi untuk meneruskan kehidupannya.
“Saya tidak menganggap dunia sudah berakhir, sebaliknya berasa diri bertuah kerana masih ‘dipinjamkan’ Allah sebelah kaki lagi untuk meneruskan kehidupan.

“Saya juga tidak rasa bernasib malang kerana sedar ramai lagi insan di dunia ini nasib mereka lebih malang,” katanya.
Mengimbas tragedi yang menimpanya, anak muda berusia 23 tahun itu terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi ketika mengambil upah mengait kelapa sawit di Jalan Masjid Baru, Tanjung Karang, Selangor untuk mencari wang bagi membiayai persekolahan adiknya.

Akibat tragedi yang berlaku pada 20 November tahun lalu itu, doktor mengesahkan kedua-dua tangan serta kaki kirinya terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman ke anggota badan lain dan anak yatim piatu itu juga terlantar hampir tiga bulan di Hospital Kuala Lumpur.

Muhamad Hairuman, anak kesembilan daripada 10 beradik kini tinggal bersama kakaknya, Maryuni, 32, di Klant Halt 2 di sini dan seperti umat Islam lain, dia memanfaatkan sepenuhnya kehadiran Ramadan untuk menambah amal ibadah serta mendekatkan diri dengan Allah.

“Walaupun sukar, Alhamdulillah saya mampu bersolat Tarawih dan terima kasih saya kepada jemaah masjid di sini yang menyediakan ruang khas.

“Selain itu, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca al-Quran dan yang pasti, tidak meninggalkan rawatan fisioterapi pada setiap hari sambil dibantu kakak,” katanya.
Muhamad Hairuman berkata, ketika ini pergerakannya banyak bergantung kepada kerusi roda, namun dia tetap memasang azam dan keyakinan tinggi untuk berjalan seperti biasa pada masa depan.

“Sekarang mungkin saya berjalan terhincut-hincut dengan sebelah kaki, tapi doktor kata, saya boleh pasang kaki palsu pada masa depan dan jika itu dilakukan, saya yakin saya boleh berjalan seperti biasa semula,” katanya.

Malah, bekas pelajar sebuah kolej swasta di Kuala Selangor itu berkata, dia kini giat melakukan rawatan fisioterapi di rumah bagi mengimbangkan tubuhnya berdiri dengan kaki kanan supaya dapat menyesuaikan diri dengan kaki palsu yang bakal digunakan kelak.

Muhamad Hairuman berkata, dia juga bersyukur kerana dikurniakan kakak dan abang ipar yang bekerja keras untuk memastikan dirinya mendapat rawatan dan pulih seperti sedia kala.

“Selepas ibu dan ayah meninggal, kakak dan abang banyak membantu saya untuk menguruskan diri. Saya tahu mereka ada tanggungjawab untuk keluarga, tapi saya tidak pernah rasa terpinggir apabila duduk serumah dengan mereka.

“Saya gembira apabila kakak tidak pernah lupa sediakan saya susu kacang soya ketika sahur sebab dia tahu minuman itu baik untuk proses pemulihan saya. Walaupun saya tak dapat berbakti kepada kakak dan abang, saya sentiasa doakan hidup mereka diberkati,” katanya.

Sementara itu, Maryuni berkata, dia dan suami, Ahmad Faidz Hafidz, 38, kagum dengan ketabahan dan kegigihan adiknya dan semangat itu yang membuatkan dia semakin tabah untuk menjaga Muhamad Hairuman. “Untuk kulitnya yang terbakar pulih sepenuhnya mengambil masa agak lama, tapi saya lihat dia bersabar dengan keadaannya dan itu yang buat saya terharu serta bersemangat,” katanya. Menurutnya, keadaan kulit Muhamad Hairuman belum pulih dan sentiasa berair kerana sistem badannya agak lambat untuk memberi tindak balas positif.

“Kulit yang diambil di paha kiri untuk ditampal di bahagian yang tiada kulit belum sembuh sepenuhnya. Kadang-kadang saya lihat dia menahan gatal di bahagian badan yang ditampal, tapi dia tak pernah merungut apatah lagi meminta yang bukan-bukan,” katanya.

Pada masa sama, Maryuni mengucapkan terima kasih dia atas keprihatinan pelbagai pihak yang sentiasa memberi bantuan serta sokongan kepada Muhamad Hairuman.

“Alhamdulillah, bantuan yang kami terima tak pernah putus, malah kami baru saja terima sumbangan baju dan duit raya daripada seorang insan prihatin dari Johor,” katanya.

‘Mujur tak kena tikam’

Oleh Maiamalina Mohamed Amin, Muhammad Apendy Issahak dan Mior Azlan Mior Kamarulbaid
am@hmetro.com.my

PRIHATIN...Mukhriz  menziarahi Muhammed Asyraf yang dirawat di Royal London Hospital, semalam.
PRIHATIN...Mukhriz menziarahi Muhammed Asyraf yang dirawat di Royal London Hospital, semalam.
KUALA LUMPUR: “Orang kata saya turut ditikam, tapi mujur tak kena. Saya tak nampak pisau, tapi orang di flat berdekatan memberitahu kelompok perusuh itu bersenjatakan pisau,” kata Muhammed Asyraf Haziq Rossli, 20.
Dia yang cedera di mulut akibat diserang dan dirompak perusuh ketika melalui satu kawasan rusuhan di timur London, terpaksa menjalani pembedahan membetulkan rahangnya yang patah dan kini menerima rawatan di Royal London Hospital.
Dalam temubual dirakam wakil Kelab Umno London kelmarin, penuntut perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan, London itu memberitahu, kejadian berlaku pantas dan dia tidak dapat melarikan diri ketika dikerumuni kumpulan berkenaan.

“Saya sedang mengayuh basikal ketika itu dan memang tak boleh buat apa-apa kerana mereka ramai, (ketika dikerumuni) ada yang seluk belakang baju sejuk berhud yang saya pakai dan ada ambil telefon.


“Mereka juga tarik basikal yang saya tunggang menyebabkan saya jatuh dan mulut berdarah. Masa jatuh itulah saya rasa rahang saya sudah patah dan mereka semua lari apabila nampak saya berdarah,” katanya dalam nada berhati-hati menahan sakit.

Noraniza kahwin terbuka

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my

SIDANG MEDIA...Noraniza dan Jeffri ketika mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.
SIDANG MEDIA...Noraniza dan Jeffri ketika mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.
KUALA LUMPUR: Penyanyi etnik kreatif yang pernah popular dengan lagu Awallah Dondang, Noraniza Idirs, 43, memilih tarikh 29 September depan sebagai tarikh perkahwinan dengan bilal dari Singapura, Jeffri Hudi, 52.
Menurut Noraniza, majlis perkahwinannya diadakan secara besar-besaran di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru jam 12 tengah hari, malah persandingannya itu boleh disaksikan orang ramai yang hadir.

“Sebenarnya, perkahwinan ini diadakan serentak dengan ‘Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011’,” katanya pada satu sidang media di Menara Yayasan Tun Razak, di sini, kelmarin.
“Walaupun saya pernah berkahwin sebelum ini, tetapi majlis ini tetap akan diraikan secara besar-besaran dan bagi saya ia tidak salah kerana bertujuan meraikan perkahwinan saya bersama bakal suami,” katanya.

Menurut Noraniza, pintu hatinya masih terbuka untuk mendirikan rumahtangga biarpun pernah kecewadengan dua perkahwinannya yang lalu dan memberitahu kesediaannya mendirikan rumah tangga kerana dia benar-benar mengenali hati budi bakal suaminya.

“Saya yakin Jeffri jodoh saya kerana dia suka berterus terang dan menyokong setiap perkara yang saya lakukan,” katanya.

Kata Noraniza, hubungan yang dibina mereka bermula sejak tahun lalu ketika bertemu pada satu urusan jualan amal anak yatim di bazar Ramadan.

“Selepas setahun berkenalan kami mengikat tali pertunangan pada 22 April lalu dan seterusnya hari ini (kelmarin) menetapkan tarikh perkahwinan kami,” katanya.
Sementara itu, Jefri berkata, antara sebab dia memilih Noraniza sebagai isterinya adalah kerana melihat pada kewibawaannya.

“Saya senang dengan sikap ditunjukkan Noraniza dan perkara paling saya tidak dapat lupakan adalah memakan tat nanasnya. Saya bersyukur kerana semua merestui dan gembira dengan perkahwinan kami,” katanya.

Perkahwinan yang dilangsungkan itu adalah yang ketiga bagi Noraniza dan kedua buat Jeffri.

Noraniza mempunyai dua anak lelaki manakala Jeffri yang menduda sejak 13 tahun lalu mempunyai empat anak berusia antara 15 dan 26 tahun.

Selain perkahwinan pasangan itu, lima lagi pasangan pelbagai keturunan turut serta dalam majlis diadakan di tempat yang sama anjuran Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd bersama Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor.

Ayah hilang mati dalam kereta



BUNGKUS...anggota polis mengangkat mayat mangsa, semalam.
BUNGKUS...anggota polis mengangkat mayat mangsa, semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor pengubahsuaian bangunan yang tidak pulang ke rumah sejak kelmarin ditemui mati dalam keretanya dengan kesan darah pada hidung selain mayatnya berbau di hadapan kilang pemasangan permotoran Tan Chong Motor di Jalan Segambut, di sini, semalam.
Mangsa, Lum Kok Wah, 56, ditemui seorang pengawal kilang berkenaan kira-kira jam 10 pagi dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri atas tempat duduk yang direbahkan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pengawal terbabit yang gagal mengejutkan mangsa kemudian menghubungi polis.
“Siasatan mendapati keempat-empat pintu kereta Proton Iswara milik mangsa tidak berkunci dan barang berharga seperti telefon bimbit serta dompet masih ada pada mangsa.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, punca kematian belum diperoleh, namun kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, anak lelaki mangsa, Lum Wing Kit, 25, berkata, bapanya tidak pulang ke rumah sejak malam kelmarin.

Katanya, bapanya juga mempunyai masalah jantung.


Suami isteri maut nahas jalan raya


Keadaan mayat Yee Fook Wey dan Lew Mee Boon setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Baling -Sungai Petani, Baling, semalam.


BALING 10 Ogos - Sepasang suami isteri warga emas maut apabila motosikal yang mereka naiki bergesel dengan tayar belakang sebuah treler mengakibatkan mereka terjatuh dan cedera parah di Jalan Baling-Sungai Petani, berhadapan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Baling/Sik di sini, hari ini.
Kejadian berlaku pada pukul 9.30 pagi ketika mangsa, Yee Fook Wey, 72, dan isterinya, Lew Mee Boon, 60-an, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Emas, di sini dari pekan Baling selepas membeli keperluan dapur.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Mat Daud Mat Hasan berkata, semasa tiba di tempat kejadian, motosikal itu dipercayai masuk ke laluan kanan sebelum melanggar tayar belakang sebuah treler balak dari arah bertentangan.
"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan disahkan meninggal dunia di Hospital Baling (HB)," katanya di sini hari ini.
Pemandu treler berkenaan, Mohd. Azlen Che Noh, 34, yang tidak mengalami kecederaan berkata, semasa kejadian dia dalam perjalanan dari Sungai Dua, Butterworth, ke Tanjung Pari untuk mengambil balak.
"Sejurus tiba di lokasi, saya melihat motosikal mangsa masuk ke laluan kanan. Saya cuba mengelak tetapi motosikal itu tetap melanggar tayar belakang treler," katanya.

No comments:

Post a Comment